Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

LUKA DAN PATAH

NAMA : NORFARAIN BINTI SARBINI @ SALDAN


NO I/C : 980627-13-6064
NO MATRIK : 2016616816
KOD PROGRAM : AP 114
KOD KURSUS : HBU 114
NAMA JURULATIH : PUAN WAN NUR ASIKIN BINTI WAN OTHMAN

ISI KANDUNGAN
BIL

ISI

M/S

PENGHARGAAN

PENGENALAN
- Definisi luka dan patah

JENIS JENIS LUKA

5-8

JENIS-JENIS PATAH

9-12

CARA MERAWAT LUKA DAN PATAH

13-17

KESIMPULAN

18

RUJUKAN

19

PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana telah
mengurniakan kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.
Kerja kursus ini dapat saya laksanakan dengan sempurna kerana hasil kerja ini adalah atas
bantuan daripada pelbagai pihak. Pertama sekali saya ingin mengalungkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Puan Wan Nur Asyikin kerana telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar
sepanjang menyiapkan tugasa ini. Beliau juga telah banyak berkongsi maklumat dan
pengetahuan yang berguna kepada kami.
Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya, Encik Saldan Bin Mairat dan Puan Hasimah Bt
Hamsa kerana banyak memberikan sokongan moral kepada saya sepanjang tempoh ini. Hal ini
demikian kerana, bagi mendapatkan hasil yang baik saya perlulah menitikberatkan perihal
emosi saya sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Ibu bapa saya sentiasa berada di sisi saya
dan memberi dorongan kepada saya untuk terus berusaha.
Ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan saya kerana banyak berkongsi maklumatmaklumat yang berguna. Perkongsian anda sangat bermakna dan telah banyak meringankan
beban saya dalam menyiapkan tugasan ini. Terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung sepanjang tempoh ini.

PENGENALAN
Apakah yang dimaksudkan dengan luka dan patah? Luka ialah sejenis kecederaan kepada tisutisu badan yang mengakibatkan

pengaliran darah dibahagian luar atau dalam badan

disebabkan alat tajam atau tumpul. Luka terbahagi kepada dua iaitu luka terbuka dan luka
tertutup. Luka terbuka berlaku apabila permukaan kulit terkoyak. Luka tertutup berlaku apabila
tisu lembut dibawah kulit tercedera.
Patah bermaksud tulang yang patah dan retak. Patah merupakan satu kecederaan atau
keretakan pada tulang yang disebabkanoleh daya hentaman secara tepat atau tidak tepat
kepada sesuatu bahagian anggota tubuh dan terputus kesinambungan tulang pada bahagin
tersebut.
Terdapat 6 jenis luka iaitu luka lebam, luka lecet, luka terhiris, luka terkoyak, luka tertikam atau
tembus dan luka tembakan. Patah boleh diklasifikasikan kepada 7 kategori iaitu patah tertutup,
patah terbuka, patah berkomplikasi, patah ranting muda, patah penghancuran, patah terpusing
dan patah simple.

JENIS-JENIS LUKA
TERBAHAGI KEPADA 2 KATEGORI :
1) Luka terbuka luka teruk yang melibatkan organ-organ lain, menyebabkan tumpahan
darah yang banyak, renjatan dan juga jangkitan kuman.
2) Luka tertutup kebiasaannya kulit tidak pecah, tumpahan darah terjadi dalam tisu dan
bahagian yang tercedera menjadi lebam.

LUKA TERBUKA
I.

LUKA TERHIRIS
-

Luka mungkin mempunyai tepi yang licin, rata atau bergerigi. Terpotong salur darah.
Darah meleleh dengan banyak. Disebabkan oleh objek tajam atau hentaman objek
tumpul yang membelah kulit atau luka boleh merosakkan saraf, salur darah besar dan
tisu lembut yang lain. Luka pada tangan atau kaki mungkin akan memutuskan struktur
lapisan bawah atau tisu seperti tendon.

II.

LUKA MELECET
-

Disebabkan kulit yang digosokkan atau digeserkan dengan permukaan kasar. Biasanya
sakit kerana pengeseran kulit luar mendedahkan hujung saraf. Luka senang dijangkiti
sekiranya tidak dijaga bersih.

III.

LUKA TERTIKAM/TEMBUS
-

Kulit tercucuk disebabkan objek yang runcing seperti paku, serpihan kaca atau serpihan
kayu. Luka tembus biasanya tidak berdarah banyak. Luka dalam menyebabkan
kekotoran atau kuman mudah meresap dan risiko jangkitan tinggi.

IV. LUKA TERKOYAK


- Sebahagian kulit atau tisu lembut telah separa atau seluruhnya terkoyak. Cebisan kulit
mungkin tidak tertanggal tetapi sebaliknya tergantung. Luka terkoyak seringkali
merosakkan tisu yang lebih dalam, pendarahan biasanya adalah nyata.

V.
-

LUKA TEMBAKAN
Disebabkan terkena peluru tembakan. Mengakibatkan kecederaan dalaman yang teruk.
Luka kecil dibahagian tembusan tetapi luas diruang keluar. Tisu, saluran darah, saraf
dan juga organ dalam boleh tercedera.

LUKA TERTUTUP
i.

LUKA LEBAM
-

Luka lebam disebabkan terkena pukulan yang kuat seperti ketukan tukul besi. Kerosakan
pada tisu lembut dan salur darah menyebabkan pendarahan di bawah permukaan kulit.
Kawasan itu mungkin kelihatan kemerah-merahan, bertukar jadi merah tua atau ungu.
Menganggu peredaran darah yang menyebabkan bahagian yang tercedera kebiru-biruan.
Lebam yang teruk menandakan kecederaan dalaman atau keretakan tulang.

ii.

HAEMATOMA
-

Pembekuan darah kebiru-biruan. Berlaku didalam organ atau tisu disebabkan kecederaan
atau pembedahan.

JENIS-JENIS PATAH
I.

PATAH RANTING MUDA (GREEN STICK FRACTURE)


-

Kepatahan separa di mana tulang patah dan membengkok. Darah tidak mengalir keluar.
Selalu terjadi kepada kanak-kanak.

II.

PATAH PENGHANCURAN (COMMINUTED)


-

Kepatahan tulang yang menjadi serpihan kecil akibat dari impak yang sangat kuat.
Tulang patah lebih dari dua.

III.

PATAH TERPUSING (SPIRAL FRACTURE)


-

Kepatahan yang disebabkan dari daya putaran yang kuat dan menghasilkan kepatahan
seperti spring.

IV.
-

PATAH BERKOMPLIKASI (COMPLICATED FRACTURE)


Retak tulang dengan tulang pecah menjadi beberapa fragmen.

Kecederaan

melibatkantulang dan organ lain seperti otak, paru-paru dan lain-lain.

V. PATAH TERTUTUP ( CLOSED FRACTURED)


- Tulang yang patah tidak keluar dan boleh menyebabkan pendarahan
pendarah diluar. Permukaan kulit tidak terluka.

10

dalaman. Tiada

VI.

PATAH TERBUKA (OPEN COMPOUND FRACTURE)


-

Patah keseluruhan tulang dan kulit atau otot terkoyak atau tendon terputus. Terdapat
luka yang mendedahkan keretakan tulang. Luka wujud pada bahagian yang patah.
Tulang tertonjol keluar. Darah banyak mengalir keluar.

VII.

PATAH SIMPLE (SIMPLE FRACTURE)


-

Tulang patah dua sahaja.

11

12

RAWATAN PENDARAHAN EKSTERNAL SECARA UMUM


A. LUKA-LUKA KECIL
-

Memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja. Perlu diberi untuk mengelakkan

risiko jangkitan kuman. Langkah-langkah rawatannya adalah:


i.
Bersihkan tangan dengan sabun
ii.
Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
iii.
Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman.
iv.
Keringkan menggunakan tisu ataupun tuala yang bersih.
v.
Lekatkan plaster mengikut saiz luka.
vi.
Jangan bercakap atau batuk kearah tempat luka.
vii.
Gunakan pembalut untuk memegang plaster.

B. LUKA KECIL YANG ADA BENDA ASING


-

Sekiranya ada benda asing yang sukar dikeluarkan dari luka seperti kaca yang
terbenam atau objek-objek lain, jangan keluarkan tersebut. Tindakan ini akan
menyebabkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan pendarahan. Matlamat rawatan
adalah untuk mencegah pendarahan tanpa menekan atau mencabut objek dan
mendapatkan rawatan perubatan. Langkah-langkah rawatannya adalah:
i.
Bersihkan dengan sabun
ii.
Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.
iii.
Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman
iv.
Keringkan perlahan-lahan menggunakan tisu atau tuala yang telah disteril.
v.
Kawal pendarahan dengan menggunakan tekanan yang teguh ke atas kedua-dua
vi.

bahagian atau sekitar tepi objek.


Tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko jangkitan

vii.

kuman.
Kemudian buat balutan sekeliling objek sehingga boleh membalut tanpa menekan

viii.

objek.
Bawa mangsa ke hospital.

C. LUKA TERBUKA
i.

Sekiranya pendarahan masih berlaku, jangan tanggalkan pelapik tetapi tambahkan

ii.

dengan pelapik atau kain kasa yang baru dan balut semula.
Tekanan tidak langsung (indirect pressure)
- Jika pendarahan tidak dapat dikawal dengan tekanan secara langsung gunakan
-

tekanan secara tidak langsung pada titik tekanan (pressure points).


Tekanan secara ini tidak boleh lebih daripada 15 minit.

CARA MENAHAN DARAH


13

a) TEKANAN TEPAT
- Tekan terus pada luka tersebut dengan kain bersih jika tiada apa-apa benda pada luka
atau luka tidak disertai dengan patah.
1. Pembebatan sebaik-baiknya gunakan kain/bahan yang disterilkan.
2. Jika keadaan mendesak, tangan kosong boleh juga digunakan dengan menkan
pada tempat berdarah.
3. Gunakan pembalut untuk memegang pembebat.
4. Penekanan hendaklah dikekalkan sampai darah berhenti biasanya 10-15 minit.
b) TEKANAN TIDAK TEPAT
- Tekan pada urat nadi. Gunakan ikatan penjerut. Jangan biarkan ikatan penjerut lebih
dari 15 minit. Komplikasi menggunakan cara ini kerana bolhe mnyebabkan kecederaan
pada otot, saraf dan pembuluh darah jika terlalu ketat. Ikatan yang longgar
memburukkan lagi pendarahan. Ikatan yang lupa dilonggarkan sehingga beberapa jam
menyebabkan anggota mati dan terpaksa dipotong. Gunakan kaedah sekiranya mahir
menggunakannya.

c) ANGGOTA TERPUTUS
- Kawal darah dari berterusan keluar. Bahagian putus hendaklah dibungkus dengan kain
kasa yang basah, sebaik-baiknya dibasah dengan air garam isotonic yang suci kuman.
Masukkan anggota putus dalam bekas plastic. Masukkan plastic tersebut kedalam satu
lagi bekas plastic yang mengandungi ketulan ais. Jangan rendam anggota putus secara
langsung ke dalam ais. Hantar mangsa ke hospital.

14

PEMBEBATAN & PEMBALUTAN


Pembebatan adalah diperbuat daripada jenis kain kasa yang boleh digunakan untuk menutup
luka.
Fungsi pembebat dan pembalut adalah:

Mencegah jangkitan kuman. Menyerap kotoran yang keluar seperti darah. Mengawal
pendarahan dan melindungi luka.

Jenis-jenis pembebatan ialah:

Paraffin- biasanya digunakan untuk luka besar


Pembebat melekat- plaster biasanya untuk luka yang kecil
Pembebat berubat- kain kasa yang disapu ubat pembunuh kuman
Pembebat biasa- gauze

Peraturan membalut:

Bersihkan tangan dengan sabun dan jangan sentuh luka dengan tangan kotor. Cuci
luka dari tempat luka kea rah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka.
Lekatkan pembebat mengikut saiz luka Gunakan pembalut untuk memegang
pembebat.

Jenis-jenis pembalut yang biasa digunakan ialah:

Pembalut bergulung- berasal dari kain kasa


Pembalut segi tiga terdiri dari kain segi tiga
Pembalut cincin diperbuat daripada pembaluttirus
Pembalut kain krep biasanya digunakan untuk kes seliuh.

15

TANDA-TANDA KECEDERAAN TULANG

Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi atau otot. Mangsa mendengar bunyi atau
merasa tulang patah. Tidak berupaya menggerakkan anggota cedera. Bunyi atau terasa
geseran hujung tulang yang tak normal. Keadaan bengkak atau kebiru-biruan pada
sendi, tulang atau otot. Bentuk kedudukan atau pergerakan sendi tidak normal.

PRINSIP RAWATAN SECARA AM

Memberi rawatan segera sekiranyaberlaku keadaan yang mengancam nyawa seperti


gangguan pernafasan dan pendarahan yang banyak. Jangan pindahkan pesakit kecuali
nyawanya terancam. Lakukan rawatan di tempat kejadian. Kurangkan kesemua
pergerakan mangsa dan anggota yang cedera. Jangan cuba meluruskan bahagian yang
cedera. Sekiranya kulit di bhagian yang patah terluka, jangan sentuh. Tutup dengan
menggunakan kain yang bersih. Ampu pergerakan yang patah menggunakan anduh dan
pembebat. Periksa denyutan nadi seberapa kerap boleh dan pastikan jari-jari tangan
tidak menjadi kebas akibat pembebatan yang terlalu ketat.

16

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, luka ialah sejenis kecederaan kepada tisu-tisu badan yang
mengakibatkan pengaliran darah dibahagian luar atau dalam badan dan patah ialah retak atau
patah pada tulang. Jika kecederaan seperti luka dan patah ini tidak diubati, kesannya akan
bertambah buruk. Kita hendaklah mengetahui cara-cara merawat luka atau patah sekiranya
berlaku kecemasan. Matlamatnya adalah supaya dapat mengawal pendarahan daripada keluar
terlalu banyak dan juga untuk mengurangkan jangkitan. Selain itu, ini dapat mencegah
kecederaan daripada merebak atau bertambah lebih teruk supaya tidak membahayakan manamana nyawa.

17

RUJUKAN
https://endrosambodo1984.wordpress.com/2012/03/29/pertolongan-darurat-luka-dan-patahtulang/
https://ms.m.wikipedia.org.patah.tulang
www.idmedis.com.luka&jenis-jenisluka
www.sridianti.pengertian&penanganan-patah-tulang.com

18

You might also like