Lokasi Kajian

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

970922-08-5926

3.0 LOKASI KAJIAN

PETA : PULAU PINANG


Pulau Pinang adalah salah satu daripada 13 buah negeri-negeri di Malaysia dan merupakan
negeri kedua terkecil selepas Perlis. Tetapi dari segi bilangan penduduk, Pulau Pinang
mempunyai penduduk kesembilan terbanyak di Malaysia. Pulau Pinang terletak berhampiran
dengan persisiran barat laut Semenanjung Malaysia. Dipisahkan di antara Negeri Kedah di
sebelah Utara dan Timur, Negeri Perak di sebelah Selatan dan Perairan Selat Melaka dan
Sumatera (Indonesia) di sebelah Barat. Pulau Pinang terdiri daripada bahagian pulau dan juga
tanah besar yang dikenali sebagai Seberang Perai. Keluasan kawasan pulau adalah 285 km2 yang
terpisah sepenuhnya daripada Seberang Perai.

970922-08-5926

PETA : SEBERANG PERAI UTARA


Seberang Perai Utara (SPU) ialah salah satu daripada lima daerah pentadbiran di tanah besar
Pulau Pinang, Malaysia. SPU adalah daerah terbesar dengan keluasan 26588.04 hektar (262.53
km persegi) dan merupakan daerah separa bandar yang masih berteraskan kawasan luar bandar.
Ibu pejabat daerah ini terletak di Bertam, Kepala Batas dan bandar terbesarnya ialah
Butterworth. Pekan-pekan yang lain termasuklah Tasek Gelugor, Bagan Ajam, Seberang Jaya,
Perai, Sungai Dua dan Teluk Ayer Tawar. Ia merupakan salah satu daripada tiga daerah
pentadbiran di wilayah Seberang Perai, kawasan tanah besar semenanjung Malaysia.

970922-08-5926

PETA : KEPALA BATAS


Kepala Batas merupakan sebuah bandar dan Kompleks Pejabat Kerajaan bagi daerah Seberang
Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia. Ia terletak di tengah perjalanan Butterworth ke Sungai
Petani.Kepala batas juga membawa maksud bahagian depan batas sawah padi. Batas ialah
pemisah antara tanah pesawah-pesawah padi. Kepala Batas juga sangat berdekatan dengan Tasek
Gelugor, Penaga dan Bukit Mertajam. Stesen Keretapi Tasik Gelugor sekarang juga merupakan
satu lagi stesen alternatif untuk melancong ke Selatan bagi penduduk sini.

You might also like