Model Kurikulum Stenhouse

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Model kurikulum Stenhouse lebih menitikberatkan proses dalam melaksanakan sesuatu

pengajaran tersebut. Ia merupakan proses yang berlaku di antara guru, pelajar dan ilmu
pengetahuan. Kurikulum ini juga menyatakan bahawa kurikulum sebenar ialah perkara yang
berlaku di dalam bilik darjah serta persediaan-persediaan yang dilakukan dan penilaian.
Model Kurikulum Stenhouse merangkumi 6 aktiviti. Pertama, aktiviti yang membolehkan pelajarpelajar membuat keputusan dan refleksinya diri sendiri. Contohnya, guru memberikan satu
situasi yang berkaitan dengan dua masalah kemudian murid dikehendaki untuk membuat
keputusan untuk menyelesaikan masalah tersebut dan seterusnya membuat kesimpulan
terhadap permasalahan tersebut.
Kedua ialah aktiviti yang memerlukan pelajar-pelajar melibatkan diri mereka secara aktif dalam
situasi pembelajaran. Guru mengadakan aktiviti berkumpulan dengan melibatkan setiap ahli
untuk membentangkan tajuk yang diberikan secara kritis dan kreatif.
Ketiga ialah aktiviti yang membolehkan pelajar-pelajar menyelesaikan masalah mengikut
kebolehan masing-masing. Murid diberikan aktiviti-aktiviti seperti latih tubi berdasarkan
kebolehan seseorang murid tersebut.
Keempat ialah aktiviti yang memerlukan pelajar-pelajar menggunakan pengamatan dan daya
intelek untuk memerhati situasi dan idea baru, serta aplikasi dalam suatu proses intelek. Murid
diberikan pengalaman untuk mengendalikan eksperimen dan mengaplikasikan eksperimen
tersebut dalam kehidupan seharian.
Kelima ialah aktiviti yang melibatkan pelajar-pelajar dan guru dalam penanggungan risiko
kejayaan atau kegagalan. Keenam ialah aktiviti yang melibatkan pelajar-pelajar dalam aplikasi
bersama dengan penguasaan peraturan-peraturan, piawai atau disiplin

You might also like