Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

1.

0 SEJARAH UNIT BERUNIFORM


1.1 Sejarah pengasas pengakap : Lord Baden Powell
Pada tahun 1908, pergerakan pengakap telah ditubuhkan oleh Lord Baden Powell of
Gillwell atau dikenali sebagai BP dalam kalangan ahli pengakap di seluruh dunia. Beliau
dilahirkan pada 22 Februari 1857 di Hyde Park. Beliau merupakan anak ketiga daripada
tujuh orang adik-beradik. Bapa Baden Powell ialah seorang professor dan pakar dalam
bidang sains terutama hal berkaitan mata,cahaya,ilmu pancaran cahaya dan haba di
University Oxford. Walaubagaimanapun, bapa beliau meninggal dunia pada tahun 1860.
Manakala ibunya adalah anak kepada seorang laksamana British.
Kecerdikan dan kepandaian Lord Baden terserlah sejak beliau kecil lagi kerana sejak
kecil lagi beliau didedahkan banyak ilmu tentang ala sekitar dan cara hidup lasak atau
survival melalui abang sulungnya, Warington, merupakan seorang pegawai kapal laut yang
akan membawa beliau berlayar jika ada kelapangan. Seterusnya, Keluarga Baden Powell
telah berpindah ke Goldaming pada tahun 1867 dan pada tahun 1870 beliau telah
memulakan persekolahan beliau yang pertama d sekolah Charterhouse, England.
Sepanjang penglibatan beliau di sekolah, beliau aktif dalam kegiatan sukan, lakonan,
lukisan, dan muzik. Dalam bidang sukan, beliau pernah menjadi penjaga gol kepada
pasukan bola sepak sekolahnya.
Pada usia 19 tahun, beliau menyertai pasukan tentera selepas berjaya dengan
cemerlang dalam ujian saringan untuk pemilihan anggota tentera. Kemudian beliau dilantik
menjadi pegawai dalam pasukan Hussar ke-13. Pada tahun 1876, beliau ditempatkan di
Bombay, India dan dilantik menjadi Pegawai Pemerintah Pasukan Ke-5 Dragoon Guards.
Pada tahun 1887, beliau dihantar berkhidmat ke Afrika bersama pasukannya untuk
menentang kaum zulu dan berjaya menawannya. Selepas berjaya menawannya, beliau
dihantar untuk menawan bangsa Ashanti, bangsa Afrika yang terkenak dengan kebengisan
mereka.
Beliau digelar serigala yang tidak pernah tidur atau impeesa oleh kerana
keberanian dan kecekapannya oleh bangsa Ashanti. Pada tahun 1899, beliau telah
dinaikkan pangkat menjadi colonel. Pergaduhan telah tercetus antara negara British dengan
negara Transvaal, Baden Powell ditugaskan untuk menubuhkan dua battalion askar berkuda
untuk ke Afrika Selatan. Dalam masa dua tahun, 1899-1900 pasukan askar Baden Powell
telah mempertahankan bandar Mafeking selama 217 hari daripada kepungan musuh yang
mempunyai bilangan tentera yang berlipat kali ganda.

Kejayaan beliau adalah disebabakan ideanya yang bernas dengan menggunakan


sekumpulan kanak-kanak sebagai utusan keamanan dan pemberitahuan menggantikan
askar. Perkara ini telah dijadikan titik-tolak oleh Baden Powell untuk memikirkan sesuatu
untuk mengembangkan potensi kanak-kanak. Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini
telah mendorong beliau untuk menubuhkan Pergerakan Pengakap.
Beliau dinaikkan pangkat menjadi Major Jeneral pada usia yang muda. Beliau
menamatkan khidmat beliau sebagai askar semasa beliau berpangkat Leftenan General .
penghormatan beliau yang tertinggi adalah diterima daripada King George V, iaitu Bintang
Order of Merit dan Hadiah Keamanan Wateler. Beliau meninggal dunia pada 8 januari 1941
di Paxtu, Kenya dan dikebumikan di kawasan Gunung Kenya, Afrika.
1.2 Sejarah Penubuhan Pergerakan Pengakap oleh Lord Baden Powell
Berdasarkan peristiwa bantuan sekumpulan kanak-kanak semasa Bandar Mafeking
dikepung, mendorong Baden Powell untuk memulakan penubuhan Scouts Movement yang
bermaksud pengintip pada tahun 1906. Susulan tahun berikutnya 1907, beliau berjaya
menyiapkan sebuah buku bertajuk Aids to Scouting yang sarat dengan segala pengalaman
beliau semasa bergaul dengan kaum zulu dan penduduk benua Afrika. Perkhemahan
pertama bersama kanak-kanak telah diadakan pada 25 Julai sehingga 9 Ogos 1907 di
Pulau Brownsea bersama Sir William Smith. Beliau telah digelar Scout Master atau
pemimpin pengakap dalam perkemahan itu.
Motivasi dan semangat beliau mendorong untuk menghasilkan sebuah lagi buku
iaitu Scouting for Boys pada 15 Januari 1908. Buku ini telah menjadi rujukan utama oleh
persatuan pengakap seluruh dunia sehingga ke hari ini. Beliau meneruskan kembaranya
pada tahun 1912 untuk mengelilingi dunia untuk menemui pengakap di beberapa negara.
Tarikh itu dikenang sebagai tarikh permulaan Persaudaraan Pengakap Dunia. Pada 1913,
perkhemahan peringkat antarabangsa buat pertama kalinya telah diadakan di Birmingham.

Pergerakan Pengakap Dunia tergendala seketika semasa tercetusnya Perang Dunia


Pertama tetapi berjaya dipulihkan semula setelah peperangan tamat. Baden Powell tidak
Gambar 1.2: Buku Scouting for Boys yang menjadi rujukan oleh pergerakan
pengakap seluruh dunia

berputus asa dengan menubuhkan beberapa kumpulan baru pada tahun 1916.Pada tahun
1919 pula, Baden Powell berjaya menubuhkan sebuah tapak perkhemahan pertama di
Gilwell Park di London. Jambori pertama telah diadakan di Richmond Park, Olympia,
London pada tahun 1920 dan pada malam akhir Jambori berkenaan beliau diisytiharkan
sebagai Pengakap Agung Dunia, Gelaran Lord Baden Powell telah dianugerahkan oleh
kerajaan British sebagai tanda penghormatan jasa beliau.
Pada tahun 1928, Baden Powell dianugerahi pingat kehormatan Grand Gordon of
Honour bersempena menyambut ulang tahun ke-28 Pengakap Perancis. Isteri belau Lady
Baden Powell turut mengasaskan pergerakan Pandu Puteri dan banyak membantu
suaminya misi mengembangkan Pergerakan Pengakap ke seluruh pelusuk dunia.

TP ae hr ku hn e m 1a 9h 0a 7n p ,eB r at dmbe na liba euPr so aw mebal rk ja ny a k - a n a k te la h d ia d a k a n p a d a 2 5


Jum neltau ky siam phekima gnu lsa ek 9ba unO a pgh eo bns u 1kb 9u 0hb7ae ndr tia Pju kla u B r o w n s e a .

TTaahhuunn 1913192,60p8,BrBekalhiabdeuelniaamuhePnowmprueeslniknggthdaastkielkmnabtbnerrpaubntyagsuanbtukadtmepnegrntganemli nkgail dyunia unt k


TTaahhuunn191920,8J,aBm bdoernPi opPwoerwtlaembledrjiaateynlughmerdniahu hkandsieRbuicahmtoanpd kPpaerk,heOmlyahpina, London beliau
smtmeelabnnhuuadmbhiaulhagpkienabnubgkediBiapartmdupinbkgeuh mrpau.plannebgaarur .
pdpeinsrgtyaaimth erkdhaioGnrmslwebt alngP irPdeiLgoankdop .A gung D unia

Rajah 1.2: Kronologi Penubuhan Pergerakan Pengakap oleh Lord Baden Powell
1.3 Sejarah Penubuhan Persekutuan Pengakap Malaysia
Pengakap tiba di negara Malaysia pada tahun 1910, iaitu selepas tiga tahun setelah
pergerakan pengakap diasaskan oleh Baden Powell. Pada masa itu, negara Malaysia
dikenali sebagai Tanah Melayu sebelum diisytiharkan sebagai Malaysia pada tahun 1963.
Pada tahun yang sama, wujud percubaan untuk menubuhkan Pergerakan Pengakap di
Pulau Pinang (1908) dan Selangor (1909) tetapi gagal kerana tidak aktif dalam pergerakan.
Pada tahun 1910, pasukan pengakap telah berjaya ditubuhkan di Singapura oleh
seorang pendidik dan pemimpin pengakap yang terkenal di Nottingham, England F.C Sands.
Kumpulan ini dianggotai seramai 30 ahli kumpulan. Pergerakan pengakap terus
berkembang ke seluruh negara sebagai contohnya di Pahang (1912), Perak (1926), Kedah
dan Perlis (1922), Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor (1926), Terengganu (1927),
Kelantan (1927) dan akhir sekali Johor (1928).
Pada awal penubuhan pergerakan Tanah Melayu berada di bawah cawangan bagi
Persekutuan Budak-Budak Pengakap Great Britain. Pada akhirnya, kumpulan ini telah
dikenali sebagai Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaya termasuk Singapura dengan
setiap negeri di Tanah Melayu sebagai daerah Pengakap manakala Sabah dan Sarawak
dipisahkan menjadi cawangan yang berasingan di bawah Persekutuan Budak-Budak
Pengakap Great Britain.
Selepas tamatnya perang dunia kedua, pertubhan pengakap disusun semula.
Selepas Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada 1 September 1957, Persekutuan
Budak-budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi bebas dan berasingan
serta menjadi anggota penuh. Pentadbirannya diambil oleh Allahyarham Datuk Sulaiman bin
Datuk Abdul Rahman yang menjadi Ketua Pengakap dan Encik Muhammad Yusof bin
Ahmad sebagai Ketua Pesuruhjaya Agungnya.
Apabila tertubuhnya persekutuan negara Malaysia pada tahun 1963 menandakan
penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura bagi
membentuk Malaysia. Pengakap Singapura,Sabah dan Sarawak di bawah cawangan
Persekutuan Budak-Budak Pengakap Great Britain gugur dengan sendirinya. Akhir sekali
pada tahun 1964, Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia yang mengandungi
Persekutuan-persekutuan Budak-budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu, Singapura,
Sbaha dan Sarawak telah ditubuhkan. Persekutuan Budak-budak Pengakap Singapura

berhenti daripada menjadi sebahagian daripada Persekutuan Budak-budak Pengakap


Malaysia apabila Singapura keluar daripada Malaysia pada Ogos 1965.

1.4 Penubuhan S.I.T.C Scouter Training Group dan Kumpulan Latihan Maktab
Pertama
Disebabkan oleh peperangan yang berlaku di Malaya pada waktu itu, semua
kegiatan di Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) terhenti seketika termasuklah pergerakan
pengakap. Pergerakan pengakap terhenti seketika semasa Perang Pasifik pada tahun
1937 hingga 1945 apabila ia diharamkan oleh pentadbiran tentera Jepun. Walau
bagaimanapun, masih ada yang menjalankan aktiviti mereka secara senyap-senyap di luar
pengetahuan pihak Jepun. Selepas Perang Pasifik pada tahun 1948 pergerakan pengakap
di Malaya mula kembali aktif dan telah menubuhkan pentadbiran peringkat negeri serta
Negeri-Negeri Selat untuk mentadbir daerah. Pentadbiran ini dinamakan Majlis Pengakap
Negeri atau Majlis Pengakap Negeri-Negeri Selat 3 (Mohd Aswadi Adam Sakeri, 2008, ms.
34).
Pada 1 September 1946, Pergerakan Pengakap memulakan kembali latihan mereka
apabila penggal persekolahan dibuka.

Pengakap MPSI mengadakan perkhemahan di Ulu Bernam pada 13 Januari 1947


yang melibatkan 88 pengakap dan Camp Fire pada 21 Januari 1947 di padang
MPSI.

Pada 23 Januari 1947, mereka dilawati Pesuruhjaya Agong Pengakap Malaya, iaitu
F.C Sands dan Penguasa Pelajaran Negeri-negeri Malyu, H.R Cheeseman.

Hasil kedatangan kedua-dua pemimpin, Mereka diberi bantuan dari segi pakaian,
kemeja pengakap scarf, dan seluar pengakap pada Mei 1947.

Pada tahun 1949. Pengakap MPSI bergabung dengan Persekutuan Budak-Budak


Pengakap Negeri Perak.

Pada 29 Disember 1948 sehingga 9 Januari 1949, mereka berjaya menyertai satu
perkhemahan besar Jambori Pengakap Australia di Swan Bourne Camp.

Pada tahun 1950, Pergerakan MPSI terhenti akibat mogok besar-besaran pelajar
MPSI.

Pada 11 Ogos 1953, Pergerakan Pengakap MPSI ditubuhkan semula pada 11 Ogos
1953 dengan nama 1st Federation of Malaya Training Group, atau S.I.T.C atau Pusat
Latihan 01 atau Kumpulan Latihan 01
Rajah 1.4 Kronologi penubuhan Pergerakan Pengakap MPSI

1.5 Tujuan Penubuhan Pergerakan Pengakap Di Malaysia


Melahirkan golongan remaja yang seimbang dari segi JERIS, memupuk semangat
dan mengasuh cara pemikiran melalui pendidikan tidak formal. Memupuk remaja yang
bertanggungjawab terhadap masyarakat, negaranya dan masyarakat antarabangsa.

Ketua Pengakap Negara/Yang Dipertua


Naib Yang Dipertua
Ketua Pesurujaya Pengakap Negara

Timbalan Ketua Pesuruhjaya


Pengakap Negara

Timbalan Ketua Pesuruhjaya


Pengakap Negara

Ketua
Setiausaha
Kerja

Penolong-penolong
Ketua Pesuruhjaya
Pengakap Negara

Setiausaha
Kerja
Latihan

Pesuruhjayapesuruhjaya Ibu
Pejabat

Pesuruhjaya Antarabangsa

Pengakap Khas

Pesuruhjaya Latihan Negara

Pengakap Kanak-kanak

Kesihatan dan Bencana Alam

Pengakap Muda

Pendaftaran dan Keahlian

Pengakap Kelana

APR Liason Officer

Pengakap Laut

Pembangunan Kepengakapan

Pengakap Udara

Sumber Dewasa

Unit Antarabangsa

Media dan ICT

Tugas-tugas Khas

Bendahari

Logistik
Program

Hal Ehwal Wanita

Tugas-tugas khas

Rajah 2.1 : Struktur Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia

Kumpulan Pengakap Sekolah


Majlis Kumpulan
Penaung

: Pengetua/Guru Besar

Pengerusi

: Penolong Kanan Kokurikulum

Setiausaha

: Pemimpin Kumpulan

Bendahari

: Pen.Pemimpin Kumpulan

Jawatankuasa : Semua Pemimpin dan Penolong Pemimpin

Kepimpinan Kumpulan Pengakap


Pemimpin Pengakap Kanak-kanak
Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-kanak

Ketua Kumpulan Pengakap Kanak-kanak


(Ahli Pengakap Kanak-kanak)
Majlis Ketua Patrol (COH)
Ketua Patrol/Sekawan
Penolong Ketua Patrol/Sekawan
Kuarter Master Patrol/Sekawan
Rajah 1.6 : StrukturAhli-ahli
dan organisasi peringkat sekolah
1.6 Bagi menubuhkan Unit Pengakap Kanak-kanak (PKK) di sekolah rendah
sekurang-kurangnya 12 orang kanak-kanak diperlukan (berumur sekitar 8 hingga
12 tahun). Organisasi unit PKK adalah seperti berikut :

Kuasa Penganjur (Guru Besar)

Pemimpin PKK

Ketua Sekawan

Ketua Sekawan

Ketua Sekawan

Ketua Sekawan

PKK

PKK

PKK Penolong

PKK

PKK

PKK

PKK

PKK

PKK

PKK

PKK

PKK

PKK

PKK

PKK

Pen. Ketua Sekawan

Pen. Ketua Sekawan

Pen. Ketua Sekawan

Pen. Ketua Sekawan

PemimpinPKK
PKK

Berdasarkan struktur organisasi di atas , jelaslah bahawa kanak-kanak dibahagikan


kepada kumpulan-kumpulan kecil terdiri daripada enam orang bagi setiap kumpulan. Setiap
kumpulan mempunyai seorang ketua sekawan dan seorang penolong ketua sekawan.
Setiap sekawan boleh dinamakan dengan sekawan biru, sekawan hijau dan sebagainya.
RUJUKAN
Suthanthiradevi J.N.J Money. & Ekmal Rosli. (2015). Pengakap Kanak-kanak untuk jurulatih
dan pemimpin. Petaling Jaya: Sasbadi.

You might also like