Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

1.

Pengenalan

Margaret Hilda Thatcher merupakan seorang Perdana Menteri Britain wanita


pertama yang dilantik pada 4 Mei 1979. Beliau merupakan seorang ahli
politik British iaitu, menteri yang paling lama berkhidmat dari tahun 1979
sehingga 1990. Kerjaya politik Margaret Thatcher merupakan salah satu
yang paling luar biasa pada zaman moden. Beliau telah dilahirkan pada 13
Oktober 1925 di Grantham iaitu, sebuah bandar kecil di Timur England. 1
Pada masa yang sama, beliau juga merupakan satu-satunya wanita yang
pernah memegang jawatan dalam kerajaan sebelum dilantik menjadi
Perdana Menteri. Oleh hal yang demikian, Thatcher dipanggil sebagai Iron
Lady, yang merupakan nama samaran dikaitkan dengan politik dan gaya
kepimpinannya.2 Dalam hal ini, beliau bangkit menjadi seorang wanita yang
pertama membawa demokrasi Barat. Dalam pada itu, beliau memenangi
tiga pilihan raya secara berturut-turut dan berkhidmat sebagai Perdana
Menteri selama sebelas tahun pada abad ke-20. Thatcher telah dipilih untuk
menjadi pemimpin Parti Konservatif pada bulan Februari 1975 bagi
menggantikan

bekas

Perdana

Menteri,

Edward

Heath.

Beliau

telah

mengetuai Parti Konservatif dan memenangi pilihan raya umum pada Mei
1979 dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.
Sebagai Perdana Menteri, Margaret Thatcher telah melaksanakan
pelbagai

dasar

dalam

pentadbiran

sepanjang

perkhidmatan

beliau.

Antaranya termasuklah dasar dalam dan juga dasar luar. Dasar dalam yang
dilaksanakan oleh Thatcher merangkumi, Dasar liberalisasi, Dasar Kesatuan
Sekerja, Dasar Percukaian, dan Dasar Penswastaan. Selain itu, Margaret
Thatcher turut melaksanakan beberapa dasar luar yang merangkumi, dasar
menyelesaikan masalah Perang Falklands, dasar mengadakan hubungan
1 Russel Lewis, Margaret Thatcher : A Personal and Political Biography, New York : Routledge,
1975, hlm.60

Blundell, John, Margaret Thatcher : A Portrait Of The Iron Lady, United Kingdom, :
Algora Publishing, 2008, hlm.121

dengan luar negeri, dasar dalam Kesatuan Eropah dan juga menjalinkan
hubungan dengan Amerika Syarikat. Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh
Thatcher ini sekaligus dapat membantu memajukan Britain dan juga
melindungi Britain daripada ancaman luar. Hal ini dapat dilihat melalui
peranannya dalam Perang Falklands. Sepanjang perkhidmatan Thatcher,
hampir setiap aspek politik British, dalam memulihkan ekonomi, membuat
pembaharuan, dan memulihkan semula dasar luar negara. Walaupun beliau
menghadapi banyak cabaran sejak Perang Dunia Kedua berlaku, namun ia
bukan menjadi penghalang untuk Thatcher meneruskan perjuangannya
sebagai Perdana Menteri Britain.3

2.1Latar Belakang Margaret Thatcher


Pada asalnya, sebelum Margaret Thatcher menjadi Perdana Menteri Britain,
beliau pernah menjadi ahli kimia penyelidikan. Sebelum ini, Thatcher pernah
memohon pemilihan sebagai calon untuk pilihan raya Orpington 1955 tetapi
gagal. Selepas itu, Margaret Thatcher mula mencari kerusi selamat iaitu,
terlibat dalam Parti Konservatif dan telah dipilih sebagai calon untuk Fincley
pada bulan April 1958. Pada tahun 1961, Thatcher menyatakan bahawa
penduduk Yahudi Finchley itu sebagai kaumnya dan menjadi seorang ahli
pengasas Liga Anglo-Israel.4
Dalam hal ini, Thatcher mula terlibat dalam bidang politik dan dipilih
sebagai Ahli Parlimen. Pada tahun 1966, Thatcher yang merupakan
Jurucakap Perbendaharaan telah mengkritik dasar cukai tinggi kerajaan
buruh sebagai langkah bukan sahaja ke arah sosialisme tetapi ke arah
komunisme dalam Persidangan Parti Konservatif 1966. Beliau berhujah
bahawa cukai yang lebih rendah adalah sebagai pendorong untuk bekerja
3 Evans, Thatcher And Thatcherism : Making Of The Contemporary World, Routledge, 2004,
hlm.176

4 Ibid., hlm.177

keras. Pada tahun 1967, Margaret Thatcher telah dipilih oleh kedutaan
Amerika Syarikat ke London untuk mengambil bahagian dalam Program
Kepimpinan Pelawat Antarabangsa dimana ia adalah program pertukaran
profesional yang memberikan beliau peluang untuk melawat pelbagai
bandar

Amerika

Syarikat

dan

institusi

seperti

Tabung

Kewangan

Antarabangsa (IMF).
Selepas itu, Thatcher telah menyertai Kabinet Bayangan akhir tahun
1967 dan menjadi jurucakap Minyak. Sejurus selepas pilihan raya umum
1970, beliau telah dinaikkan pangkat kepada jurucakap pengangkutan dan
kemudiannya

jurucakap

pendidikan.

Thatcher

menjadi

Setiausaha

Pendidikan bermula dari tahun 1970 sehingga 1974. Thatcher kemudiannya


dilantik sebagai Setiausaha Negara bagi pendidikan dan sains. Dalam hal
ini, beliau memberi keutamaan kepada keperluan akademik di sekolah. 5
Dalam pada itu, kerajaan Heath terus mengalami kesukaran dengan
embargo minyak dan permintaan kesatuan untuk kenaikan gaji pada tahun
1973. Dalam hal ini, Edward Heath telah dilantik sebagai Setiausaha Negara
bagi Pendidikan Sains dalam kerajaan pada tahun 1970. Pada tahun 1975,
Margaret Thatcher menjadi ketua pembangkang. Menjelang tahun 1975,
Thatcher telah dikalahkan oleh Heath dalam pemilihan kepimpinan Parti
Konservatif dan menjadi ketua pembangkang, serta wanita pertama yang
menerajui sebuah parti politik yang utama di United Kingdom. Kenyataan ini
jelas seperti yang dinyatakan oleh, Bernard Garfinkel iaitu,
Thatcher was chosen to be the leader of the
Conservative Party in February 1975, succeeding
Prime Minister Edward Heath. She was opposed to
socialism and out of control union power which
had brought down the previous conservative
government in 1974. She led the Conservative to
victory in the May 1979 General Election, and
thus became Prime Minister.67

Richard Vinen, Thatcherism Britain : The Politics And Social Upheaval Of the
Thatcher Era, United Kingdom : Simon And Schuster Publishing, 2009, hlm.132

Beliau menjadi Perdana Menteri selepas memenangi pilihan raya umum


1979. Thatcher menang dalam pilihan raya penggal pertama pada tahun
1979 hingga 1983, seterusnya menang pada pilihan raya penggal kedua
iaitu, 1983 hingga 1987, dan pilihan raya penggal ketiga 1987 hingga 1990.
Semasa Margaret Thatcher menjadi seorang Perdana Menteri Britain,
banyak dasar yang telah dilakukan oleh beliau terutamanya dalam dasar
pentadbiran.8
3.1Dasar Dalam, Pentadbiran Margaret Thatcher
3.1.1 Dasar Liberalisasi
Dasar Liberalisasi di Britain telah membawa kepada perkembangan
pembangunan yang pesat. Dasar ini telah dilaksanakan pada tahun 1984
oleh Margaret Thatcher. Dalam hal ini, Margaret Thatcher berjaya menyekat
penganut yang berfahaman sosialis dan Marxist terutamanya dalam
pelbagai kesatuan sekerja yang cuba menghalang pembangunan.
Britain yang merupakan sebuah negara demokrasi amat menentang
fahaman yang dilaksanakan oleh komunis dan sosialis. Hal ini kerana, bagi
Thatcher dengan mengamalkan sistem demokrasi, maka rakyat dapat
berpeluang

menikmati

kehidupan

dengan

bersifat

liberal. 9

Berikutan

daripada ini, bank dan institusi kewangan menikmati liberalisasi dan


6 Blundell, John, Margaret Thatcher : A Portrait Of The Iron Lady, United Kingdom : Algora
Publsihing, 2008, hlm.145

7 Bernard Garfinkel, Margaret Thatcher : World Leaders Past And Present, England : Oxford
University, 1985, hlm.94

8 Reitan, The Thatcher Revolution, United Kingdom : Rowman And Littlefield Publishers Inc,
2003, hlm.260

9 Urban G.R, Diplomacy and Disillusion At the Court of Margaret Thatcher : An Insiders View,
New York : Routledge

kebesaran lebih besar bagi meneroka peluang pelaburan yang baru.


Walaubagaimanapun,

berlaku

masalah

inflasi

yang

menyebabkan

pengangguran secara besar-besaran dengan jumlah penganggur melebihi


3,000,000 kerana penutupan banyak kilang dan lombong arang batu.
3.1.2Dasar Dalam Kesatuan Sekerja
Semasa Margaret Thatcher menjadi Perdana Menteri Britain, terdapat
sentimen terhadap kesatuan sekerja. Oleh itu, Thatcher berusaha untuk
mengurangkan pengaruh mereka. Dalam hal ini, dasar Thatcher adalah
secara tidak langsung terlibat dalam sektor swasta. 10
Menurut beliau, pekerja harus menghadapi pengangguran kerana,
sektor pekerjaan adalah sangat terhad. Alasan beliau, bahawa pekerja
adalah lebih prihatin dengan memelihara pekerjaan mereka daripada
terlibat dalam konfrontasi politik dan perindustrian. Dalam hal ini, undangundang pertama dalam menghadkan kuasa kesatuan adalah dengan
menubuhkan Akta Pekerjaan 1980. Ia memerlukan kelulusan 80 peratus
pekerja untuk menubuhkan sebuah kedai tertutup, tempat kerja dimana
keahlian kesatuan adalah wajib. Undang-undang ini juga melarang mogok
dilakukan dalam kalangan pekerja.
Seterusnya, terdapat satu lagi akta iaitu, Akta Pekerjaan 1982. Dalam
hal ini, ia amat bertentangan dengan Akta Pekerjaan 1980, dimana
mendifiniskan mogok dalam kalangan pekerja adalah sah di sisi undangundang terutamanya di antara pekerja dan juga majikan mereka sendiri.
Pada masa yang sama, dalam Akta Pekerjaan 1982, menyatakan bahawa
individu yang telah dipecat untuk tidak menyertai mana-mana kesatuan
adalah berhak mendapat pampasan yang berat. 11

10 Smith, North And South : Britains Economic, Social, And Political Divide, Britain : Penguin
Books, 1994, hlm.575

11 Ibid., hlm.577

3.1.3Dasar Cukai
Semasa Margaret Thatcher menjadi Perdana Menteri Britain, beliau amat
menitik beratkan tentang dasar cukai yang telah diperkenalkan sebelum ini.
Dalam hal ini, Thatcher telah membuat pembaharuan dalam dasar cukai,
dimana
dianggap

cukai

pendapatan

membebankan.

yang

dikenakan

Berikutan

terhadap

daripada

hal

pekerja adalah

ini,

beliau

telah

mengurangkan cukai langsung iaitu, cukai pendapatan yang dikenakan


terhadap para pekerja. Hal ini kerana, beliau berpendapat bahawa,
sekiranya cukai pendapatan dikenakan terhadap pekerja, maka secara tidak
langsung para pekerja akan hilang motivasi diri untuk bekerja. Tambahan
pula, kadar cukai pendapatan yang dikenakan sebelum ini adalah tidak
selaras dengan gaji para pekerja dan dianggap sangat membebankan. 12
Sebagai contoh, cukai pendapatan seperti Nilai Ditambah Cukai (PPN) dan
cukai petrol adalah sangat membebankan para pekerja. Keadaan ini sangat
jelas dengan falsafah Thatcher sendiri dalam bajet pertama beliau pada
tahun 1979 dimana, meningkatkan simpanan wang peribadi dengan
mengurangkan kadar cukai pendapatan terhadap pekerja. Pada masa yang
sama, tujuan Bajet 1979, adalah mengurangkan beban cukai dalam
kalangan

golongan

miskin

dan

juga

kelas

pertengahan. 13

Thatcher

menyedari bahawa golongan miskin dan pertengahan telah dikenakan cukai


yang lebih. Sebelum ini, didapati kadar cukai pendapatan yang dikenakan
adalah sebanyak 83 peratus dan menurun kepada 60 peratus setelah bajet
1979 dilaksanakan. Ternyata dasar Thatcher ini adalah melindungi hak
rakyat sebagai pekerja dan mereka berhak untuk menikmati peluang hidup
tanpa ada cukai yang membebankan. Ternyata hasrat Thatcher adalah
untuk memulihkan keadaan ekonomi yang tidak stabil pada ketika itu. Hal

12

Caimcross, The British Economy Since 1945 : Making Contemporary Britain, United
Kingdom : Blackwell Publsihing, 1992, hlm.344

13 Ibid., hlm.347

ini dapat dibuktikan seperti yang telah dinyatakan dalam Majalah Times
yang ada menulis tentang Thatcher iaitu,
She was catalyst who set in motion a series of
interconnected
events
that
gave
a
revolutionary twist to the centurys last two
decades and helped mankind end the
millennium on a note of hope and confidence.
The triumph of capitalism, the almost
universal acceptance of the market as
indispensable to prosperity, the collapse of
Soviet imperialism, the downsizing of the state
on nearly every continent and in almost every
country in the world. Margaret Thatcher
played a part in all these transformations, and
it is not easy to see how any world have
occurred without her. Champion of free minds
and markets, she helped topple the welfare
state and make the world safer for capitalism
and mankind.
Namun begitu, dalam mengurangkan inflasi pada tahun 1981, Thatcher
telah meningkatkan kadar cukai terhadap rakyat. Walaupun begitu, ia telah
bercanggah dengan dasar cukai yang telah diperkenalkan oleh Thatcher
pada awalnya. Sebenarnya, langkah yang terbaik bagi Thatcher untuk
mengatasi masalah inflasi adalah memerlukan pinjaman awam dan
perlunya bekerjasama dengan sektor swasta. Walau bagaimanapun, dalam
bajet

1981

telah

wujudnya

cukai

pendapatan.

Namun

demikian,

peningkatan dalam kadar cukai pendapatan adalah tidak kekal. Kadar cukai
akan diturunkan kepada tahap yang sebelumnya. Menjelang tahun 1984,
keadaan ekonomi Britain telah pulih dan hasil daripada penjualan minyak di
Laut Utara telah mampu menampung perbelanjaan ekonomi Britain pada
ketika itu.
Seterusnya, kadar cukai yang dikenakan terhadap rakyat adalah
dikurangkan. Ia adalah bertujuan menghapuskan defisit bajet dan untuk
pembiayaan dalam bidang-bidang tertentu seperti, pendidikan, kesihatan
dan sebagainya. Keadaan ini dapat dijelaskan menurut kenyataan Margaret
Thatcher sendiri dimana beliau ada menyatakan bahawa,

The economic success of the Western world is a


product of its moral philosophy and practice. The
economic results are better because the moral
philosophy is superior. Choice is the essence of
ethics, if there were no choice, there would be no
ethics, no good, no evil, good and evil have
meaning only insofar as man is free to choose. 14
Oleh hal yang demikian, dasar cukai yang telah dikenakan adalah untuk
mengatasi masalah ekonomi iaitu inflasi yang berlaku di Britain. Namun
begitu, terdapat beberapa langkah dalam mengatasi masalah ini, iaitu
dengan memperjuangkan peningkatan hak pemilikan rumah. Dalam hal ini,
beliau

menyarankan

suri

rumah

perlu

menyimpan

makanan

untuk

mengawal kesan inflasidan juga melaksanakan langkah berjimat cermat


serta melucutkan kawalan harga dalam usaha untuk memulihkan kembali
kuasa pasaran bebas dalam ekonomi Britain.

3.1.4Dasar Penswastaan
Thatcher amat menitikberatkan dalam perusahaan bebas, persaingan dan
ekonomi pasaran. Thatcher telah melaksanakan dasar penswastaan semasa
pentadbirannya. Dalam hal ini, Dasar penswastaan ini telah dilaksanakan
pada tahun 1983. Bagi beliau, pemilikan awam industri, bermakna para
pekerja akan terlindung daripada persaingan pasaran. Atas sebab-sebab
politik, kebanyakan industri yang telah dimilik negarakan tidak meletakkan
beban yang berat ke atas pembayar cukai yang telah diberikan subsidi.
Pada masa yang sama, mereka merupakan tenaga kerja yang sangat
diperlukan.15
Dasar penswastaan yang telah dibuat oleh Margaret Thatcher dapat dilihat
melalui

menswastakan

Paerbadanan

Pengangkutan

Kebangsaan,

14 Margaret Thatcher, Downing Street Years, United Kingdom : Harper Collins, 2001, hlm.166
15

Earl A. Reitan, The Thatcher Revolution Margaret Thatcher, John Major, And Tony
Blair, And The Transformation Of Modern Britain 1979-2001, State University :
Rowman and Littlefield, 2003, hlm.144

sebahagian daripada British Aerospace, kabel dan Wireless, Minyak British,


Syarikat Gula British, dan Pelabuhan Bersekutu British, Syarikat Bas
Kebangsaan, dan beberapa limbungan tentera laut. Dalam hal ini, didapati
British Airways merupakan senarai penswastaan yang tertinggi pada tahun
1987

dan

hasilnya

amat

menguntungkan

dimana,

mengurangkan

kakitangan yang tidak perlu dan secara tidak langsung dapat meningkatkan
sistem perkhidmatan. Pada masa yang sama, terdapat lebih banyak lagi
yang telah diswastakan. Hal ini dapat dilihat melalui dengan penswastaan
Rolls Royce Pihak Berkuasa Lapangan Terbang British dan selebihnya iaitu
sebanyak 31.5 peratus daripada Petroleum British telah diswastakan
menjelang tahun 1987. Keadaan ini diikuti dengan Syarikat Keluli British di
swastakan pada tahun 1988. Motif sebenar dasar penswastaan yang
dilakukan oleh Thatcher adalah, bermotifkan keuntungan di samping dapat
menikmati teknologi moden, menjimatkan kos perbelanjaan iaitu dengan
mengurangkan kakitangan yang tidak diperlukan. 16 Pada tahun 1988,
didapati Syarikat Keluli British menajdi salah satu syarikat keluli terbesar
dan paling menguntungkan di dunia. Apabila ia telah diswastakan, sebanyak
23 peratus daripada stok telah dikhaskan untuk pelabur-pelabur kecil.
Seterusnya, pada tahun 1989, Sistem Air British turut diswastakan.
Dalam hal ini, sistem air British telah dimiliknegarakan yang terdiri daripada
sepuluh syarikat yang menyediakan lembangan sungai yang utama. Setiap
syarikat ini telah dipertanggung jawab untuk mengendalikan pelupusan air
dan kumbahan di samping pembersihan alam sekitar, dan pemuliharaan
alam semulajadi. Dalam usaha untuk menswastakan syarikat-syarikat air
kerajaan telah membayar hutang mereka, diberikan pengecualian cukai,
melabur sejumlah besar wang tunai, dan ditawarkan saham pada harga
yang rendah. Saham tersebut dianggap sebagai pelaburan yang baik dan
memperoleh persaingan yang baik.
Selain itu, pada tahun 1989, Sistem Elektrik Britain juga diswastakan.
Dalam hal ini, terdapat dua belas syarikat elektrik serantau telah dicipta.
16 Caimcross, The British Economy Since 1945 : Making Contemporary Britain, United
Kingdom : Blackwell, 1992, hlm.367

Dua belas syarikat elektrik serantau adalah milik bersama Grid Nasional.
Dua belas syarkat elektrik yang dibeli elektrik dari salah satu daripada
kedua-dua syarikat penjanaan. Berikutan daripada ini, mereka dikehendaki
untuk membeli kuasa elektrik daripada sumber yang lebih murah. Entiti lain
dialu-alukan untuk memasuki perniagaan penjanaan elektrik. Dalam hal ini,
penswastaan menyediakan manfaat ekonomi tambahan selain daripada
meningkatkan kecekapan. Hal ini bermaksud, menswastakan perbadanan
bermakna tidak ada lagi subsidi, perniagaan swasta akan bertanggungjawab
untuk kejayaan dan memajukan syarikat mereka. Secara tidak langsung, ia
dapat

mengurangkan

perbelanjaan

subsidi

kerajaan

dan

sekaligus

menjimatkan kos perbelanjaan. Dasar penswastaan yang dibuat oleh


Margaret Thatcher dapat dibuktikan seperti yang dinyatakan oleh Smith
iaitu,
Thatchers political and economic philosophy
emphasized free markets and since gaining
power, she had experimented in selling, of
nationalized industries starting with the National
Freight Company, most of the large utilities
followed. Privatization was perhaps the most
enduring legacy of the political economy
developed under Thatcher. She privatized long
nationalized corporations such as the telephone
and aerospace firms and most important, sold
public housing to tenants, all on favourable
terms.17
Ternyata dasar penswastaan yang telah dilaksanakan oleh Margaret
Thatcher ini amat menguntungkan terutamanya, dalam aspek ekonomi
Britian dan juga rakyat Britain dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa
dan meningkatkan taraf hidup mereka.

4.1Dasar Luar, Pentadbiran Margaret Thatcher


4.1.1 Penyelesaian Perang Falklands 1982
17 Smith, North And South : Britains Economic, Social And Political Divide, Britain : Penguin
Books, 1994, hlm.580

10

Perang Falklands merupakan perang yang berlaku antara Argentina dengan


United Kingdom pada tahun 1982. Konflik itu berpunca daripada pertikaian
lama atas kedaulatan Kepulauan Falklands dan Georgia Selatan dan
Kepulauan Sandwich Selatan yang terletak di Atlantik Selatan, timur
Argentina. Perang Falklands bermula pada hari Jumaat 2 April 1982 apabila
tentera Argentina menyerang dan menduduki kepulauan Falkland dan
Georgia Selatan.18 Dalam hal ini, kerajaan British dengan arahan Margaret
Thatcher telah menghantar sebuah pasukan petugas tentera laut untuk
merebut kembali pulau oleh serangan Argentina. Menurut Adrian English
dan Anthony Watss ada menyatakan bahawa,
Margaret Thatcher led Britain to victory against
Argentina in 1982 war over Argentinian
aggression against the Falklands Islands.
Konflik yang berlaku selama 74 hari dan berakhir dengan penyerahan
Argentina pada 14 Jun 1982 dimana, pulau-pulau tersebut kembali di bawah
kawalan British. Semasa konflik, seramai 649 anggota tentera Argentina,
255 anggota tentera British. Konflik ini adalah hasil daripada konfrontasi
sejarah mengenai kedaulatan pulau-pulau. Argentina telah menegaskan
bahawa kepulauan Falkland adalah terletak di wilayah Argentina sejak abad
ke-19. Oleh itu, kerajaan Argentina dicirikan pencerobohan awal mereka
sebagai pendudukan semula wilayah mereka sendiri, manakala kerajaan
British melihat ia sebagai pencerobohan wilayah bergantung British. Walau
bagaimanapun,

negeri

tidak

rasmi

mengisytiharkan

perang

dan

permusuhan dan hampir dan terhad kepada wilayah-wilayah di bawah


pertikaian dan kawasan tempatan Atlantik Selatan.19
Konflik ini mempunyai impak yang sangat mendalam terhadap keduadua buah negara. Hal ini memperlihatkan semangat patriotik dalam
18 Duncan Anderson, The Falklands War 1982, United Kingdom : Osprey Publishing, 2002,
hlm.165

19

Adrian English and Anthony Watss, Battle For The Falklands : Naval Forces, United
Kingdom : Osprey Publishing, 1982, hlm.178

11

kalangan tentera Argentina sangat tinggi sehingga mendorong bantahan


besar terhadap pemerintahan tentera British. Di United Kingdom, Perdana
Menteri, Margaret Thatcher telah mempunyai sokongan yang banyak kerana
berjaya menyelesaikan masalah Perang Falkland ini. Ia telah memberi
pelbagai kesan kepada masyarakat British terutamanya dalam aspek
patriotisme. Namun begitu, hubungan antara United Kingdom dengan
Argentina telah berjaya dipulihkan pada tahun 1989 berikutan mesyuarat di
Madrid dimana, kedua-dua kerajaan mengeluarkan kenyataan bersama
yang dengan jelas tidak mengubah kedudukan ke atas kedaulatan. 20
4.1.2Menjalinkan Hubungan Dengan Luar Negara
Semasa Margaret Thatcher menjadi Perdana Menteri Britain, beliau juga ada
mengadakan hubungan dengan negara luar. Dalam hal ini, Thatcher
menyokong

keputusan

NATO

untuk menggunakan

pelayaran

nuklear

Amerika Syarikat dan peluru berpandu Pershing di Eropah Barat serta


membenarkan Amerika Syarikat mempunyai lebih daripada 160 peluru
berpandu pelayaran di Greenham Common bermula pada 14 November
1983 sehingga mencetuskan bantahan secara besar-besaran oleh Kempen
untuk perlucutan nuklear.21
Pada masa yang sama, beliau telah membeli peluru berpandu Trident
kapal selam sistem nuklear dari Amerika Syarikat. Hal ini terbukti dalam
hubungan Thatcher dengan Amerika Syarikat iaitu semasa urusan Westland
pada Januari 1986, apabila beliau bekerjasama dengan rakan sekerja
membenarkan pengilang helikopter untuk menolak tawaran pengambil
alihan dari firma Itali Agusta. Dalam hal ini, Setiausaha Pertahanan United
Kingdom, Micheal Heseltine yang telah disokong perjanjian Agusta telah
meletakkan jawatan sebagai tanda protes.
20 Simon, Obe, Falklands War, Marshall : Marshall Cavendish International Private Limited,
2007, hlm.189

21

Bernard Garfinkel, Margaret Thatcher : World Leaders Past and Present, England :
Oxford University, 1985, hlm.70

12

Di samping itu, Thatcher juga amat menentang dasar aparteid yang


dilaksanakan

di

Afrika

Selatan.

Dalam

hal

ini,

beliau

cuba

untuk

mengekalkan hubungan diplomatik perdagangan dengan Afrika Selatan


sambil memujuk rejim di sana untuk menghapuskan dasar aparteid.
Penentangan dasar aparteid ini ditentang melalui persidangan-persidangan
yang telah dibuat. Hal ini memperlihatkan bahawa pada Jun 1984 Presiden
Botha telah dijemput untuk melawat ke United Kingdom sebagai tanda
kerjasama.22

4.1.3Dasar Margaret Thatcher Dalam Kesatuan Eropah


Margaret Thatcher mempunyai idea yang jelas mengenai dasar-dasar yang
perlu ada di Eropah. Sebab utama mempunyai dasar di Eropah kerana ia
memberikan banyak keuntungan kepada negara-negara yang menyertai
Kesatuan Eropah. Dalam hal ini, Thatcher memikirkan bahawa dasar yang
tidak efektif atau dasar yang memberi manfaat kepada hanya satu
bahagian yang tidak mewakili negara-negara Eropah dan perlu berurusan di
peringkat kebangsaan. Oleh hal yang demikian, Thatcher mahu membuat
reformasi dalam Kesatuan Eropah, terutamanya dengan melaksanakan
dasar Dasar Pertanian Bersama. Namun begitu, dalam usaha melaksanakan
dasar ini, ia amat memerlukan kos yang banyak dan juga melibatkan
pertukaran matawang dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah. 23
Perkara ini sangat jelas seperti yang dinyatakan oleh, Hix Simon iaitu,
The main reason for having a European policy
should be the benefit of the states, and hence for
the benefit of the people of Europe represented by
22

Urban G.R, Diplomacy And Disillusion At the Court Of Margaret Thatcher : An


Insiders View, New York : Routledge, 1996, hlm.53

23 Mesina Alberto, The Future Of Europe : Reform Or Decline, Cambridge : MA London, 2006,
hlm.77

13

the states. Thatcher thought that any inefective


policy or a policy benefiting just an unpresentative
part of the European states should be a deal on a
national level. By that it is clear that she wanted a
reform in the existing policies of the European
Communities

mainly

the

Common

Agricultural

Policy.24
Walaubagaimanapun,

Thatcher

tetap

mempertahankan

konsep

inter

govermentalism dimana belanjawan masing-masing haruslah diuruskan


sendiri. Sehingga tahun 1984, beliau telah memperjuangkan get our
money back dengan menghalang perdagangan dengan komuniti serta
berjaya mengurangkan sumbangan Britain kepada belanjawan komuniti. 25
Menurut Thatcher, sekiranya dasar ini memerlukan kos perbelanjaan
yang

banyak,

dan

United

Kingdom

secara

tidak

langsung

menjadi

penyumbang utama kepada organisasi kewangan bagi negara-negara di


Eropah, serta tidak memberi keuntungan kepada United Kingdom maka
dasar ini adalah salah. Berdasarkan idea Thatcher, pembaharuan adalah
amat memerlukan kerjasama daripada negara lain yang menganggotai
Kesatuan Eropah.26 Dalam hal ini, niat Thatcher adalah mudah iaitu,
Kesatuan Eropah tidak perlu bergerak ke arah pembentukan sebuah negara
supranasional

dengan

mengambil

alih

dasar-dasar

negara

anggota

walaupun ia adalah jelas tidak dapat diatasi dengan berkesan di peringkat


Eropah.

Dalam

erti

kata

lain,

dasar

yang

dilaksanakan

hendaklah

24 Hix Simon, The Political System Of the European Union, New York : Plagrave Macmillan,
2005, hlm.93

25 Rosamond Ben, Theories Of European Integration, New York : Palgrave, 2000, hlm.89

26 Leonard Mark, Why Europe Will Run the 21 Century, New York : Public Affairs, 2006,
hlm.56

14

mempunyai persetujuan bersama dan memberi manfaat kepada semua


negara anggota Kesatuan Eropah. 27
4.1.4Dasar Menjalinkan Hubungan Antara Negara Eropah Dengan
Amerika Syarikat
Semasa

pemerintahan

Margaret

Thatcher,

beliau

telah

menjalinkan

hubungan antara Eropah dengan Amerika Syarikat. Dalam hal ini, Thatcher
adalah penyokong kuat antara kedua-dua pihak antara Atlantics di Eropah
dan bukan Atlantics. Menurut Thatcher, salah satu isu yang paling penting
ialah agenda politik dalam Kesatuan Eropah iaitu, dnegan mengekalkan atau
menjaga hubungan tradisional antara Amerika Syarikat dengan Eropah.
Dalam hal ini, Thatcher merupakan sekutu setia Ronald Reagan. Mereka
bekerjasama dalam menentang ideologi komunis dan Thatcher banyak
membantu Amerika Syarikat dalam menentang Blok Soviet. Hal ini amat
jelas apabila beliau mengkritik dasar Soviet yang terlalu menekankan
penggunaan

senjata

dan

nuklear

hingga

mengabaikan

kepentingan

rakyatnya. Oleh itu, wujud persamaan atau keserasian antara kedua-dua


wilayah ini.28 Perkara ini sangat jelas seperti yang dinyatakan oleh, Nugent
Neill iaitu,
Margaret Thatcher was a loyal ally of Ronald
Reagan and supported fully his approach against
Soviet Union far from mild positions. She was
thankful to the efort of USA defending Europe
and thought that the roots of the American values
were European. So, the similarities between both
areas are much more numerous than the
diferences.29
27 Hix Simon, The Political System Of the European Union, New York : Plagrave Macmillan,
2005, hlm.95

28

James Cooper, Margaret Thatcher and Ronald Reagan : A Very Political Special
Relationship, New York : Palgrave Macmillan, 2012, hlm.113

29 Nugent Neill, The Government and Politics Of the European Union, Basingtoke :
Macmillan, 1999, hlm.115

15

Dalam pada itu, pada masa sebelum dan selepas pentadbiran Thatcher
United Kingdom mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Amerika
Syarikat. Hal ini terbukti dengan United Kingdom dan Amerika Syarikat
dimana mereka saling berkongsi bahasa, budaya, dan juga persamaan dari
aspek ekonomi, dan kerjasama ketenteraan. Pada masa yang sama, keduaduanya saling bertukar idea atau pandangan antara satu sama lain.
Keadaan ini juga menyebabkan salah satu sebab Charles de Gaulle dengan
menolak dua kali niat United Kingdom untuk menyertai Kesatuan Eropah.
Dalam hal ini, Thatcher berdasarkan hubungan tradisi ini disokong dan
dianggap untuk membina sistem pertahanan Eropah penting dan tetap
bekerjasama rapat dengan Amerika Syarikat. 30

5.1Analisis
Jelaslah terdapat pelbagai dasar yang telah dilaksanakan oleh Margaret
Thatcher sepanjang pemerintahan beliau dari tahun 1979 hingga 1990.
Melalui beberapa penelitian yang telah dibuat, beliau telah melaksanakan
dasar dalam negara dan juga dasar luar negara. Dasar dalam negara yang
dibuat Thatcher adalah merangkumi Dasar Liberalisasi, Kesatuan Sekerja,
Dasar Cukai, dan juga Penswastaan. Jika kita lihat dasar luar yang telah
diperkenalkan oleh Thatcher, ia adalah merangkumi dasar penyelesaian
Perang Falklands, dasar menjalinkan hubungan dengan negara luar, dasar
dalam Kesatuan Eropah, dan juga dasar dalam menjalinkan hubungan
antara negara Eropah dengan Amerika Syarikat. Secara tidak langsung,
dasar-dasar

yang

dilaksanakan

oleh

Thatcher

dapat

membantu

perkembangan dalam negara United Kingdom itu sendiri, malah beliau


sangat berperanan dalam Kesatuan Eropah.

30 Nugent Neill, The Government and Politics Of the European Union, Basingtoke :
Macmillan, 1999, hlm.70

16

Walaupun terdapat pelbagai halangan yang dihadapi oleh Margaret


Thatcher dalam melaksanakan dasar pentadbirannya, namun beliau tidak
mudah putus asa untuk memulihkan keadaan. Hal ini dapat kita lihat
melalui dasar liberalisasi yang telah dilaksanakan, dimana beliau terpaksa
membendung berjaya menyekat penganut yang berfahaman sosialis dan
Marxist

terutamanya

menghalang

dalam

pembangunan.

pelbagai

kesatuan

Memandangkan

sekerja

Thatcher

yang

cuba

mengamalkan

fahaman demokrasi, maka rakyat dapat berpeluang menikmati kehidupan


dengan bersifat liberal. Berikutan daripada ini, bank dan institusi kewangan
menikmati

liberalisasi

dan

menikmati

keuntungan

lebih

besar

bagi

meneroka peluang pelaburan yang baru.


Dari aspek dasar kesatuan sekerja pula, kita dapat lihat bahawa
Thatcher berusaha untuk mengurangkan pengaruh mereka. Menurut beliau,
pekerja harus menghadapi pengangguran kerana, sektor pekerjaan adalah
sangat terhad. Alasan beliau, bahawa pekerja adalah lebih prihatin dengan
memelihara pekerjaan mereka daripada terlibat dalam konfrontasi politik
dan

perindustrian.

Dalam

hal

ini,

undang-undang

pertama

dalam

menghadkan kuasa kesatuan adalah dengan menubuhkan Akta Pekerjaan


1980. Pada masa yang sama, Thatcher turut menubuhkan Akta Akta
Pekerjaan 1982. Dalam hal ini, ia amat bertentangan dengan Akta Pekerjaan
1980, dimana mendifiniskan mogok dalam kalangan pekerja adalah sah di
sisi undang-undang terutamanya di antara pekerja dan juga majikan mereka
sendiri. Pada masa yang sama, dalam Akta Pekerjaan 1982, menyatakan
bahawa individu yang telah dipecat untuk tidak menyertai mana-mana
kesatuan adalah berhak mendapat pampasan yang berat.
Selain itu, dalam dasar cukai kita dapat lihat bahawa Semasa
Margaret Thatcher menjadi Perdana Menteri Britain, beliau amat menitik
beratkan tentang dasar cukai yang telah diperkenalkan sebelum ini. Dalam
hal ini, Thatcher telah membuat pembaharuan dalam dasar cukai, dimana
cukai pendapatan yang dikenakan terhadap pekerja adalah dianggap
membebankan. Berikutan daripada hal ini, beliau telah mengurangkan cukai
langsung iaitu, cukai pendapatan yang dikenakan terhadap para pekerja.
17

Hal ini kerana, beliau berpendapat bahawa, sekiranya cukai pendapatan


dikenakan terhadap pekerja, maka secara tidak langsung para pekerja akan
hilang motivasi diri untuk bekerja. Tambahan pula, kadar cukai pendapatan
yang dikenakan sebelum ini adalah tidak selaras dengan gaji para pekerja
dan dianggap sangat membebankan. Sebagai contoh, cukai pendapatan
seperti Nilai Ditambah Cukai (PPN) dan cukai petrol adalah sangat
membebankan para pekerja. Keadaan ini sangat jelas dengan falsafah
Thatcher sendiri dalam bajet pertama beliau pada tahun 1979 dimana,
meningkatkan simpanan wang peribadi dengan mengurangkan kadar cukai
pendapatan terhadap pekerja. Pada masa yang sama, tujuan Bajet 1979,
adalah mengurangkan beban cukai dalam kalangan golongan miskin dan
juga kelas pertengahan. Namun begitu, dalam mengurangkan inflasi pada
tahun 1981, Thatcher telah meningkatkan kadar cukai terhadap rakyat.
Walaupun begitu, ia telah bercanggah dengan dasar cukai yang telah
diperkenalkan oleh Thatcher pada awalnya. Sebenarnya, langkah yang
terbaik bagi Thatcher untuk mengatasi masalah inflasi adalah memerlukan
pinjaman awam dan perlunya bekerjasama dengan sektor swasta. Walau
bagaimanapun, dalam bajet 1981 telah wujudnya cukai pendapatan.
Jika kita lihat dari aspek dasar penswastaan pula, Thatcher amat
menitikberatkan
pasaran.

dalam

Thatcher

perusahaan

telah

bebas,

melaksanakan

persaingan

dasar

dan

penswastaan

ekonomi
semasa

pentadbirannya. Dalam hal ini, Dasar Penswastaan dilaksanakan pada tahun


1983. Bagi beliau, pemilikan awam industri, bermakna para pekerja akan
terlindung

daripada

persaingan

pasaran.

Atas

sebab-sebab

politik,

kebanyakan industri yang telah dimilik negarakan tidak meletakkan beban


yang berat ke atas pembayar cukai yang telah diberikan subsidi. Pada masa
yang sama, mereka merupakan tenaga kerja yang sangat diperlukan. Dasar
penswastaan yang telah dibuat oleh Margaret Thatcher dapat dilihat melalui
menswastakan

Paerbadanan

Pengangkutan

Kebangsaan,

sebahagian

daripada British Aerospace, kabel dan Wireless, Minyak British, Syarikat


Gula British, dan Pelabuhan Bersekutu British, Syarikat Bas Kebangsaan, dan
beberapa limbungan tentera laut. Dalam hal ini, didapati British Airways

18

merupakan senarai penswastaan yang tertinggi pada tahun 1987 dan


hasilnya amat menguntungkan dimana, mengurangkan kakitangan yang
tidak perlu dan secara tidak langsung dapat meningkatkan

sistem

perkhidmatan. Pada masa yang sama, terdapat lebih banyak lagi yang telah
diswastakan. Hal ini dapat dilihat melalui dengan penswastaan Rolls Royce
Pihak Berkuasa Lapangan Terbang British dan selebihnya iaitu sebanyak
31.5 peratus daripada Petroleum British telah diswastakan menjelang tahun
1987. Keadaan ini diikuti dengan Syarikat Keluli British di swastakan pada
tahun 1988. Motif sebenar dasar penswastaan yang dilakukan oleh Thatcher
adalah, bermotifkan keuntungan di samping dapat menikmati teknologi
moden,

menjimatkan

kos

perbelanjaan

iaitu

dengan

mengurangkan

kakitangan yang tidak diperlukan.


Melalui penelitian yang telah dibuat, dasar luar Thatcher iaitu,
penyelesaian

Perang

Falklands

secara

tidak

langsung

dapat

Perang

Falklands merupakan perang yang berlaku antara Argentina dengan United


Kingdom pada tahun 1982. Konflik itu berpunca daripada pertikaian lama
atas kedaulatan Kepulauan Falklands dan Georgia Selatan dan Kepulauan
Sandwich Selatan yang terletak di Atlantik Selatan, timur Argentina. Perang
Falklands bermula pada hari Jumaat 2 April 1982 apabila tentera Argentina
menyerang dan menduduki kepulauan Falkland dan Georgia Selatan. Dalam
hal ini, kerajaan British dengan arahan Margaret Thatcher telah menghantar
sebuah pasukan petugas tentera laut untuk merebut kembali pulau oleh
serangan Argentina. Konflik yang berlaku selama 74 hari dan berakhir
dengan penyerahan Argentina pada 14 Jun 1982 dimana, pulau-pulau
tersebut kembali di bawah kawalan British. Semasa konflik, seramai 649
anggota tentera Argentina, 255 anggota tentera British. Konflik ini adalah
hasil daripada konfrontasi sejarah mengenai kedaulatan pulau-pulau.
Argentina telah menegaskan bahawa kepulauan Falkland adalah terletak di
wilayah Argentina sejak abad ke-19. Konflik ini mempunyai impak yang
sangat mendalam terhadap kedua-dua buah negara. Hal ini memperlihatkan
semangat patriotik dalam kalangan tentera Argentina sangat tinggi
sehingga mendorong bantahan besar terhadap pemerintahan tentera

19

British. Namun begitu, hubungan antara United Kingdom dengan Argentina


telah berjaya dipulihkan pada tahun 1989 berikutan mesyuarat di Madrid
dimana, kedua-dua kerajaan mengeluarkan kenyataan bersama yang
dengan jelas tidak mengubah kedudukan ke atas kedaulatan.
Pada masa yang sama, Thatcher turut terlibat dalam membuat dasar
Kesatuan Eropah. Oleh hal yang demikian, Thatcher mahu membuat
reformasi dalam Kesatuan Eropah, terutamanya dengan melaksanakan
dasar Dasar Pertanian Bersama. Namun begitu, dalam usaha melaksanakan
dasar ini, ia amat memerlukan kos yang banyak dan juga melibatkan
pertukaran matawang dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah.
Walaubagaimanapun,

Thatcher

tetap

mempertahankan

konsep

inter

govermentalism dimana belanjawan masing-masing haruslah diuruskan


sendiri. Sehingga tahun 1984, beliau telah memperjuangkan get our
money back dengan menghalang perdagangan dengan komuniti serta
berjaya mengurangkan sumbangan Britain kepada belanjawan komuniti.
Dalam dasar menjalinkan hubungan dengan negara luar pula,
Semasa Margaret Thatcher menjadi Perdana Menteri Britain, beliau juga ada
mengadakan hubungan dengan negara luar. Dalam hal ini, Thatcher
menyokong

keputusan

NATO

untuk menggunakan

pelayaran

nuklear

Amerika Syarikat dan peluru berpandu Pershing di Eropah Barat serta


membenarkan Amerika Syarikat mempunyai lebih daripada 160 peluru
berpandu pelayaran di Greenham Common bermula pada 14 November
1983 sehingga mencetuskan bantahan secara besar-besaran oleh Kempen
untuk perlucutan nuklear. Pada masa yang sama Thatcher juga menentang
dasar apartheid di Afrika Selatan. Hal ini memperlihatkan bahawa pada Jun
1984 Presiden Botha telah dijemput untuk melawat ke United Kingdom.
Dalam dasar menjalinkan hubungan antara negara Eropah dengan
Amerika Syarikat, Thatcher mempunyai hubungan yang sangat rapat
dengan Ronald Reagan. Hal ini kerana, disebabkan negara Eropah dengan
Amerika Syarikat mempunyai banyak persamaan dari segi budaya, bahasa
dan

juga

ekonomi,

malah

saling

20

bekerjasama

dalam

keselamatan

ketenteraan. Thatcher berdasarkan hubungan tradisi ini disokong dan


dianggap untuk membina sistem pertahanan Eropah penting dan tetap
bekerjasama rapat dengan Amerika Syarikat.

6.1

Kesimpulan

Kesimpulannya, jelaslah terdapat pelbagai dasar yang merangkumi dasar


dalam dan dasar luar yang dibuat oleh Margaret Thatcher sepanjang
pentadbirannya

sebagai

Perdana

Menteri

Britain.

Walaupun

terdapat

beberapa kekangan yang dihadapi oleh beliau, namun ia dapat diselesaikan


sebaiknya dengan usaha yang dilakukan oleh Thatcher sendiri.
Kepimpinan beliau ini amat penting dalam sejarah pemerintahan
negara Britain, kerana Thatcher merupakan satu-satunya Perdana Menteri
wanita yang pertama di United Kingdom pada ketika itu. Jelaslah bahawa
dasar yang telah dilaksanakan amat penting dalam sejarah negara Britain.

21

You might also like