Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Sistem pemerintah Rusia telah mengamalkan Sistem Pemerintahan Beraja bermula tahun 1547 sehingga

tahun 1917. Sistem pemerintahan Rusia adalah diwarisi daripada sistem pemerintahan empayar
Byzantine selepas berlakunya perkahwinan Ivan III dengan cucu maharaja Byzantine yang terakhir iaitu
Sophia pada tahun 1469. Sistem pemerintahan di Rusia menggunakan konsep caesaropapism iaitu
konsep gabungan unsur keagamaan dan politik yang mengkehendaki rakyat taat setia kepada
pemeriantah Rusia. Gelaran raja/maharaja Rusia dikenali sebagai Tsar sempena gelaran Caesar yang
diguna pakai oleh pemerintah empayar Byzantine. Ivan IV merupakan raja pertama yang menggunakan
gelaran Tsar dan penggunaannya berakhir dengan Dinasti Ramanov pada tahun 1917.
Kedudukan Raja Rusia
1. Kedudukan Tertinggi
Dalam sistem pemerintahan beraja di Rusia, Tsar mempunyai kedudukan tertinggi dalam struktur
masyarakat. Rakyat perlu taat dan memandang mulia kepada Tsar. Tsar merupakan ketua dalam setiap
bidang pemerintahan di Rusia. Tsar berkuasa membuat segala keputusan yang akan dilaksanakan di
Rusia dan segala perintah Tsar rakyat tidak boleh membantah.
2.Berkuasa mutlak
Sebelum Revolusi Rusia 1917, Rusia mempratikkan pemerintahan bercorak autokratik. Pada tahun 1547,
Ivan IV yang lebih dikenali sebagai Ivan yang ganas telah memerintah Rusia dengan menggunakan
kuasa mutlak. Beliau telah bertindak mengisytiharkan kanun undang-undang baharu pada tahun 1550,
menubuhkan badan perwakilan feudal (Zemskii Sabor) pertama di Rusia dan berjaya melemahkan
kedudukan orang Tartar di Rusia dengan menguasai Kazan (1552) dan Astrakhan (1556). Begitu juga
dengan pemerintahan Tsar IV Nikolai II (1894-1917) mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan
keputusan pentadbiran serta hal-ehwal kerajaan.
3. Hak Istimewa
Maharaja Rusia seperti maharaja lain di dunia mempunyai hak istimewa dalam masyarakat seperti
kekebalan dari segi undang-undang dan diberi pelbagai kemudahan istimewa. Segala kata Tsar akan
dirujuk dan dianggap sebagai undang-undang.
Peranan Maharaja Russia dalam pemerintahan
1. Ketua Negara
Maharaja Rusia berperanan sebagai ketua negara atau ketua kerajaan yang berkuasa mutlak dalam
pentadbiran. Baginda berkuasa dalam bidang politik, ekonomi dan sosial seperti mana zaman
pemerintahan Tzar Nicholas II.

2. Dasar Luar
Tsar Rusia berkuasa dalam menentukan hubungan luar negeri/hubungan diplomatik. Maharaja Rusia
telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara Eropah Barat termasuk Jerman untuk
melatih ketenteraan Rusia. Tsar Alexander I (1801-1825) telah menandatangani satu perjanjian dengan
Napoleon pada tahun 1807 iaitu Rusia bebas menjalankan dasar menakluki Turki dan berjaya merampas
wilayah Bessarabia pada tahun 1812.

3. Melantik Menteri
Dalam sistem pemerintahan beraja di Rusia, Tsar juga mempunyai kuasa melantik menteri bagi
mengukuhkan kedudukannya. Selain itu baginda juga berkuasa untuk memecat menteri yang dianggap
menentangnya dalam pemerintahan. Contohnya semasa pemerintahan Tsar Nicholas II. Tsar akan
memilih dan melantik menterinya yang benar-benar boleh dipercayai dan mampu mentadbir kerajaan.
Menteri diibarat sebagai tulang belakang atau penyokong kuat kerajaan. Kuat atau lemah seseorang Tsar
itu bergantung kepada golongan menteri ini.
4. Bertanggungjawab menjaga keamanan
Pemerintahan Rusia bertanggungjawab untuk memulih, menjaga keamanan dan keselamatan seluruh
negara Rusia daripada ancaman musuh. Pemerintah Michael Ramanov telah berjaya mempertahankan
Rusia daripada pencerobohan asing dengan menjadikan beberapa buah bandar yang berkubu di selatan
untuk menentang Tartar dan Turki.
5. Mengetuai ketenteraan
Dasar perluasan wilayah juga mendorong pemerintah Rusia mengawal ketenteraan. Oleh sebab Rusia
sering terancam telah menyebabkan pemerintah Rusia memperkuatkan tenteranya seperti mana yang
dilakukan oleh Peter The Great. Peter teleh menambah peruntukan ketenteraan sebanyak 2.3 juta rouble
pada tahun 1701 kepada 32 juta rouble pada tahun 1710. Peter juga memastikan peruntukkan
perbelanjaan pusat memberi keutamaan kepada pertahanan negara Rusia. Begitu juga dengan
pemerintah Yekaterina Agung (1762-1796) yang meluaskan kuasanya ke Poland-Lithuana dan di selatan
memerangi wilayah empayar Uthmaniyyah. Alexander II (1855-1881) yang telah memodenkan tentera
Rusia berjaya membebaskan Bulgaria daripada pemerintahan Uthmaniyyah dalam Perang Rusia-Turki
(1877-1898).
6. Mengetuai bidang ekonomi
Pemerintah Rusia juga bertanggungjawab memajukan ekonomi supaya negara bertambah kukuh dan
stabil. Kesungguhan pemerintah Rusia dalam memajukan ekonomi dapat dilihat semasa pemerintahan
Peter The Great, Tzar Alexander II dan Tzar Nicholas II. Semasa Peter The Great, beliau telah
menggalakkan pembangunan industri perkilangan membuat senjata, peralatan tentera, pembuatan
makanan, sektor pembuatan seperti tekstil, kertas, kaca dan barangan kulit. Industri besi dan keluli juga
dimajukan di Ural sehingga Rusia boleh muncul sebagai pembekal besi utama untuk pasaran Eropah
pada abad ke-18. Tzar Alexander II pula membangunkan sistem pengangkutan kereta api bagi
memajukan lagi sektor industri di Rusia. Begitu juga pemerintah Tzar Nicholas II turut memberi tumpuan
kepada kemajuan pengangkutan kereta api kerana ia menjadi kunci kepada pembangunan ekonomi
Rusia.

7. Sebagai ketua agama Kristian


Pemerintah Rusia juga berperanan sebagai ketua agama dan bertanggungjawab memperkukuhkan serta
menyuburkan ajaran agama Kristian Ortodoks. Pemerintah Rusia perlu memastikan rakyatnya sentiasa
mematuhi pengamalan agama. Sebagai contoh pemerintah Peter The Great telah memberikan tawaran
kemewahan dan kebendaan serta ada yang diugut yang mana tanah mereka akan dirampas jika tidak
menukar agama. Bagi menjayakan hasratnya juga, beliau telah mengarahkan mubaligh Kristian

mempelajari bahasa masyarakat tempatan, menterjemahkan kitab Bible ke dalam bahasa tempatan dan
menghantar mubaligh tinggal bersama keluarga yang menjadi sasaran pemerintah.
Tsar Rusia
Pada abad ke 16 hingga abad ke-20, pemerintahan beraja di Rusia di bawah Dinasti Romanov iaitu
bermula dengan Michael Ramanov (1613-1645), Peter The Great (1682-1725), Catherine I (1725-1727),
Tzar Alexander I (1801-1825), Tzar Nicholas I (1825-1855), Tzar Alexander II (1855-1881), dan Tzar
Nicholas II (1894-1917). Sistem beraja di Rusia di bawah Dinasti Ramanov selama 304 tahun berakhir
semasa pemerintahan Tsar Nicholas II.

Kesimpulan
Kedudukan dan peranan Tsar di Rusia sememangnya tidak banyak bezanya dengan kedudukan dan
peranan raja/maharaja di negara-negara lain di dunia ketika itu. Tetapi akhirnya kedudukan dan peranan
Tsar tamat setelah berlakunya Revolusi 1917 di Russia yang akhirnya Russia menjadi sebuah negara
republik yang dipimpin oleh seorang Presiden.

You might also like