Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 53

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK


3.1 Definisi dan konsep Perlembagaan
3.2 Proses penggubalan Perlembagaan:
Malayan Union (1 April 1946)
Perlembagaan 1948 dan 1957
3.3 Kerjasama antara etnik menuju kemerdekaan:
Penentangan terhadap penjajah
Pemerintahan Beraja
Islam dan orang Melayu dalam perlembagaan
3.4 Piagam Madinah dan penyatuan ummah
1

Definisi dan Konsep Perlembagaan


Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Baru perlembagaan
merupakan undang-undang atau peraturan negeri atau dasar pemerintahan
negeri.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga perlembagaan
merupakan suratan prinsip asas undang-undang atau peraturan negeri,
sesebuah unit dengan sesebuah unit dasar yang memerintah negeri dan
sumber undang-undang tertinggi negara
Perlembagaan juga sebagai panduan bagi mengatur dan menyelaras
pemerintahan
Terdapat perlembagaan bertulis dan tidak bertulis
Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 Perkara, 15 Bahagian dan 13
Jadual.
Menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif, judikatif, agama persekutuan,
bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera
Di Malaysia tidak ada satu institusi pun yang boleh mengatasi
ketertinggian Perlembagaan Malaysia.
Perlembagaan memperuntukkan dengan nyata dalam Perkara 4(1) bahawa
Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang utama persekutuan dan
apa-apa undang-undang yang diluluskan yang berlawanan dengan
perlembagaan adalah terbatal setakat mana yang berlawanan.
2

Proses Penggubalan Perlembagaan


Perlembagaan Malayan Union 1946
Perlembagaan 1948
Perlembagaan 1957

Perlembagaan Malayan Union


Malayan Union telah ditubuhkan pada 1 April 1946 di King's House (Carcosa
Seri Negara) selepas Perang Dunia II.
Perlembagaan Malayan Union telah menggabungkan semua negeri Melayu
termasuk PulauPinang dan Melaka di bawah sebuah kesatuan yang akan
diketuai oleh seorang Gabenor yang berpusat di Singapura.
Gabenor pertamanya ialah Sir Edward Gent.
Pengisytiharan ini secara rasmi menggantikan Pentadbiran Tentera British
(British Military Administration - BMA) yang dijalankan di Tanah Melayu
sejak September 1945.
Sebab-sebab Pengenalan Malayan Union:
Persediaan kepada Tanah Melayu Untuk berkerajaan sendiri
British mahu menjimatkan perbelanjaan kos pentadbiran
Melahirkan pentadbiran yang licin
Mengawal kuasa politik orang Melayu
Membentuk bangsa Malayan Union
4

Ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union

Semua Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak


Bersekutu serta dua Negeri selat digabungkan
Diketuai oleh seorang Gabenor British yang dilantik oleh Ratu
England
Singapura diasingkan kerana kepentingan sebagai pelabuhan
bebas
Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli. Semua warga
asing yang dilahirkan di Tanah Melayu atau Singapura serta mereka
yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di sana
untuk tempoh 10 daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942
diberikan kewarganegaraan
Raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis raja-raja Melayu yang berkuasa
dalam bidang adat istiadat Melayu dan agama Islam
Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik untuk menjadi ketua pentadbir
di setiap negeri
5

Di Tentang Orang Melayu

Orang Melayu membantah cara Sir Harold Mc Michael yang mengugut


Raja-raja Melayu jika enggan menerima Malayan Union
Orang Melayu menganggap keadaan selepas Perang Dunia 2 tidak sesuai
untuk British membuat pembaharuan politik
Orang Melayu menentang penghakisan kuasa Raja-raja Melayu dalam
Malayan Union. Raja-raja Melayu hilang tahkta dan kredibiliti sebagai ketua
orang Melayu
Walaupun raja-raja Melayu masih membincangkan hal agama Islam namun
zakat dan fitrah dipungut atas nama Gabenor Malayan Union. Justeru orang
Melayu bimbang kedudukan agama Islam akan tercabar.
Pemberian kerakyatan yang longgar juga ditentang oleh orang Melayu.
Dasar terbuka ini dilihat akan mengancam status quo orang Melayu kerana
hal ini akan menyebabkab jumlah orang Melayu semakin kecil dan ekonomi
dan pendidikan orang Melayu akan mundur.
Orang Melayu juga bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah
dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan ia kekal sebagai tanah
jajahan Inggeris.
6

Golongan yang Menyokong

Orang dagang dan golongan Melayu radikal menyokong Malayan


Union
Mereka bersetuju dengan dasar menyatukan negeri-negeri Melayu
menjadi sebuah unit politik untuk melicinkan pentadbiran
Bersetuju dengan dasar sama rata Malayan Union yang akan
menghapuskan hak-hak perlindungan kepada orang Melayu.
Kerakyatan terbuka juga disokong kerana mereka boleh
mengekalkan kerakyatan asal masing-masing
Mereka percaya janji British untuk memberi kemerdekaan kepada
Tanah Melayu
Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) menyokong kerana
pemerintahannya bersifat Barat serta menghapuskan sistem feudal
Melayu dan tidak mengikhtiraf kuasa raja dan pembesar Melayu
AWAS, BATAS dan API juga menyokong Malayan Union.
7

Tindakan Orang Melayu Menentang


Malayan Union

Akhbar seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara, telah


menggesa orang Melayu menentang Malayan Union dengan
menekankan kerjasama orang Melayu secara berterusan
Orang Melayu telah mengadakan demonstrasi semasa Sir Harold
Mac Michael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu.
Persatuan Melayu dihidupkan untuk menentang Malayan
Union. Mereka menghantar telegram dan surat bantahan ke
Pejabat Tanah Jajahan di London
Dato Onn yang dianggap sebagai penyatu bangsa Melayu. Beliau
telah menyeru orang Melayu bersatu padu secara berorganisasi di
peringkat kebangsaan dan berjaya menganjurkan Kongres Melayu
pada 1 hingga 4 Mac 1946 di kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur

Sambungan

Kongres Melayu tersebut mendapat sambutan dari segenap


masyarakat Melayu dan telah dihadiri oleh 41 buah persatuan
Melayu dari seluruh Tanah Melayu. Ia telah dipengerusikan oleh
Zainal Abidin bin Ahmad ( Zaba).
Kongres Pertama itu telah berjaya membawa kepada
penubuhan United Malays National Organization ( UMNO ).
Pada masa yang sama, orang Melayu turut mengadakan rapat
umum semasa kehadiran dua wakil parlimen British iaitu L.D.
Gammans dan David Rees Williams. Lawatan kedua-duanya Pada
Mei 1946 telah menyaksikan rapat umum di Singapura, Jahor
Bharu, Muar, Batu Pahat, Rembau , Seremban, Klang, Kuala
Lumpur, Alor Star dan George Town
Raja-raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar pada 28 April 1946
untuk menyatakan bantahan mereka terhadap ahli parlimen
tersebut.
9

Perlembagaan 1948
Akibat tentangan hebat orang Melayu, Kerajaan British membatalkan cadangan
menubuhkan Malayan Union. British sedar tanpa sokongan orang Melayu, rancangan
membentuk satu sistem pemerintahan baharu di Tanah Melayu tidak akan berjaya.
Untuk tujuan ini, kerajaan British telah menubuhkan dua jawatankuasa bagi
mendapatkan pandangan-pandangan semua pihak yang berkepentingan,
iaitu Jawatankuasa Kerja yang mengambil input daripada perwakilan Melayu
dan Jawatankuasa Perundingan untuk mendapatkan pandangan-pandangan
daripada bukan Melayu.
Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan pada 25 Julai 1946 dan terbahagi kepada tiga
perwakilan, iaitu perwakilan kerajaan British seramai 6 orang, perwakilan Raja-raja
Melayu seramai 4 orang dan perwakilan UMNO seramai 2 orang untuk merangka
satu deraf perlembagaan baru yang dapat diterima oleh semua pihak. 18 Nov 1946
deraf Perlembagaan siap dan diserah kepada British.
Jawatankuasa Perundingan ditubuhkan bulan Disember 1946 bagi mendapatkan
pandangan bukan Melayu terhadap deraf Perlembagaan yang dirangka oleh
Jawatankuasa Kerja. Mereka terdiri 5 orang wakil British, 2 orang wakil Cina dan 2
orang wakil India.
British telah mengisytiharkan Persekutuan Tanah Melayu dan penguatkusaan
Perlembagaan pada 1 Februari 1948.
10

Jawatankuasa Kerja 1946


Perwakilan Kerajaan British :
Alexander T. Newboult (Ketua Setiausaha Malayan Union)
K.K. O Connors (Peguam Malayan Union)
W.D Godsall (Setiausaha Kewangan)
Dr W.Linehan (Perkhidmatan Awam Tanah Melayu)
A.William (Perkhidmatan Awam Tanah Melayu)
D.C. Watherston (Setiausaha)
Perwakilan Raja Melayu :
Raja Kamarulzaman bin Raja Iskandar (Perak)
Dato Hamzah bin Abdullah (Selangor)
Mohamad Sheriff bin Osman (Kedah)
Dato Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud (Kelantan)
Perwakilan UMNO :
Dato Onn bin Jaafar (Johor)
Dato Abdul Rahman bin Mohd Yassin (Johor)
11

Ciri-Ciri Perlembagaan 1948

Sembilan buah negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka terlibat di dalam
Persekutuan. Namun Singapura kekalkan dibawah jajahan British.
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi
British dan dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis
Mesyuarat Kerajaan Persekutuan.
Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai oleh 17 ahli iaitu 7 ahli
majlis rasmi, 7 ahli tidak rasmi dan 3 ahli ex-officio.
Majlis Undangan Persekutuan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi
yang terdiri daripada:
14 ahli rasmi
9 orang Yang Dipertua Majlis Undangan Negeri
2 wakil Majlis Mesyuarat Negeri Melaka dan Pulau Pinang
50 ahli tidak rasmi yang mewakili kaum-kaum asing
Sultan-sultan diberi semula hak dan kuasa memerintah tetapi dengan
nasihat Majlis Mesyuarat Negeri dan Majlis Undangan Negeri.
12

Sambungan

Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu seseorg pemohon mestilah lahir di


Tanah Melayu dan telah bermastautin selama 8 12 tahun. Seorang
pemohon asing mestilah bermastautin selama 15 tahun . Umur minimum
bagi kedua-dua situasi tersebut adalah 18 tahun dan mempunyai
pengetahuan Bahasa Melayu yang baik.
Orang Melayu diberi hak keistimewaan sebagai kaum bumiputera dan
mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
Jawatan Menteri Besar diwujudkan untuk menggantikan jawatan residen
British dan kuasa kerajaan negeri diperluaskan meliputi kewangan,
kesihatan dan kerajaan tempatan.

Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan 1948 ini, kedaulatan raja-raja Melayu dipertahankan


walaupun tiada lagi kuasa mutlak. Malah syarat kewarganegaraan juga diperketatkan bagi
menjaga hak keistimewaan orang Melayu. Dengan pengisytiharan Persekutuan Tanah Melayu
pada 1 Februari 1948 ini British kemudiannya menubuhkan Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan
dengan tujuan memberi latihan dan pengalaman kepada rakyat tempatan kepada sistem
demokrasi dan berkerajaan sendiri. Dalam usaha merintis kemerdekaan, pilihan raya bandaran
kemudiannya dilaksanakan bagi memberi pengalaman kepada sistem dan perjalanan pilihan raya.
UMMNO, MCA dan MIC kemudiannya bergabung membentuk Perikatan.

13

Perlembagaan 1957

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah digubal oleh Suruhanjaya Reid yang
ditubuhkan pada 1956. Keahliannya terdiri dari Lord Reid (British), Sir Ivor Jennings
(British), Sir William Mckell (Australia), Tuan B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid
(Pakistan).
Suruhanjaya ini telah menerima 131 memorandum bertulis dan telah bersidang
banyak kali dari bulan Jun hingga Oktober 1956.
Suruhanjaya ini telah meminta cadangan dan pandangan daripada bukan sahaja
parti-parti politik tetapi juga orang ramai, individu-individu dan Raja-raja Melayu.
Perlembagaan Malaysia sekarang ini telah mendapat persetujuan dan pandangan
semua rakyat Malaysia. Inilah yang dikatakan kontrak sosial iaitu kaum Melayu
dan bukan Melayu bersetuju atas beberapa perkara yang sangat penting kepada
kestabilan negara.
Melalui kontrak sosial ini, orang bukan Melayu telah diberikan hak kewarganegaraan
yang longgar berasaskan prinsip jus soli. Manakala orang Melayu diperuntukkan
dalam perlembagaan mengenai agama Islam, Bahasa Melayu dan kedudukan
istimewa orang Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu.
Akhirnya draf Perlembagaan Malaysia telah diterima dan diisytiharkan sebagai
Perlembagaan Malaya pada 31 Ogos 1957. Perlembagaan Malaysia sekali lagi
diperbaharui apabila Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung dengan Malaya lalu
membentuk Malaysia pada 16 September 1963.

14

4 ciri utama Perlembagaan 1957


Struktur kerajaan
Bahasa
Kewarganegaraan
Peruntukan-peruntukan lain
1. STRUKTUR KERAJAAN
i) Yang diPertuan Agong
ii) Perdana Menteri
iii) Penubuhan Parlimen
iv) Peringkat Negeri
2. BAHASA
i) Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan bagi Persekutuan Tanah
Melayu (PTM)
ii) Bahasa-bahasa lain digunakan secara umum tidak dilarang iii)
Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Majlis Mesyuarat Undangan atau
Mahkamah hanya dibenarkan untuk tempoh 10 tahun selepas
kemerdekaan
15

Sambungan
3. KEWARGANEGARAAN
i) Mereka yang lahir di PTM
Pada atau selepas kemerdekaan
ii) Mereka yang telah pun menjadi warganegara PTM sebelum kemerdekaan
iii) Mereka yang lahir di PTM
- Berumur 18 tahun ke atas
- Menetap di negara ini selama 5 tahun dpd 7 tahun lepas
- Mengetahui bahasa Melayu - Boleh memohon untuk menjadi warganegara dan
bersedia mengangkat sumpah dan taat setia pada negara
iv) Mereka yang lahir di luar PTM
- Berumur 21 tahun ke atas
- Menetap di negara ini selama 8 12 tahun yang lalu
- Mengetahui bahasa Melayu
- Bersedia mengangkat sumpah taat setia pada negara ini
- Memiliki 2 kerakyatan tidak dibenarkan kecuali kerakyatan Commonwealth
4. PERUNTUKAN PERUNTUKAN LAIN
i) Kedudukan istimewa orang Melayu hendaklah dikekalkan tanpa mengurangkan hak
warganegara lain
ii) Agama rasmi bagi persekutuan Tanah Melayu adalah agama Islamiii) Kebebasan
beragama dibenarkan bagi semua warganegara negara ini
16

Perlembagaan sebagai suatu kontrak


sosial
Perkara 3
Perkara 8
Perkara 10

Perkara 11
Perkara 12
Perkara 14
Perkara 32
Perkara 38
Perkara 89
Perkara 121
Perkara 150
Perkara 152
Perkara 153

Perkara 161A

(Agama bagi Persekutuan)


(Sama rata)
(Kebebasan bercakap, berhimpun dan
menubuhkan persatuan)
(Kebebasan agama)
(Hak-hak berkenaan pelajaran)
(Kewarganegaraan)
(Ketua negara)
(Majlis Raja-Raja)
(Tanah Rezab Melayu)
(Kuasa kehakiman bagi Persekutuan)
(Perisytiharan darurat)
(Bahasa Kebangsaan)
(Perezapan quota mengenai
perkhidmatan, permit dsb, untuk orang Melayu)
(Kedudukan istimewa bumiputera negeri-negeri
Sabah dan Sarawak)
17

Perkara 3 (Agama bagi Persekutuan)


(1) Agama Islam adalah agama persekutuan. Perkara ini diimbangan dengan
agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana
bahagian persekutuan. Ini kerana semasa penjajahan Inggeris imigran telah
dibawa masuk ke Tanah Melayu yang secara langsung membawa sekali
agama Kristian, Hindu dan Buddha.
(2)Raja menjadi ketua agama bagi negerinya dan mempunyai hak dan
keistimewaan sebagai ketua agama Islam.
(3)Perlembagaan bagi negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak
hendaklah membuat peruntukan bagi menjadikan Yang Di-Pertuan Agong
sebagai ketua Agama bagi negeri berkenaan
(4)Tiada apa-apa dalam perkara ini mengurangkan kuasa mna-mana
peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.
(5)Yang Di-Pertuan Agong menjadi ketua agama Islam bagi Wilayah-wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Parlimen boleh
membuat peraturan mengenai hal ehwal Islam dan menubuh Majlis Agama
Islam bagi menasihati Yang Di-Pertuan Agong.

18

Perkara 8 (Sama rata)


(1)Semua orang adalah sama rata disisi undang-undang
dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata
disisi undang-undang.
(2)Tidak boleh ada pembezaan terhadap warganegara
semata-mata oleh sebab agama, kaum, keturunan atau
tempat lahir dalam mana-mana undang-undang atau
apa-apa perlantikan bagi apa-apa jawatan
(3)Tidak boleh ada perbezaan terhadap rakyat dari negerinegeri yang berbeza.
(4)Kerajaan tempatan tidak boleh membezakan terhadap
mana-mana rakyat dari mana-mana negeri.
(5)Pengecualian peruntukan ini dalam soal agama,
kedudukan istimewa Melayu, rizab tanah dan seumpama
nya.
19

Perkara 10 (Kebebasan bercakap,


berhimpun dan menubuhkan persatuan)
(1)Setiap rakyat bebas bersuara dan mengeluarkan fikiran, bebas
berhimpun secara aman tanpa senjata dan bebas menubuhkan
persatuan.
(2,3)Kebebasan ini boleh disekat oleh Parlimen demi keselamatan dan
ketenteraman awam.
(4)Kebebasan yang diberi ada batasannya. Sekatan-sekatan yang
dikenakan demi kepentingan keselamatan dan ketenteraman awam,
mempersoalkan apa-apa perkara yang berkaitan dengan hak, taraf,
kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, bumiputera, agama
Islam, bahasa Melayu, raja-raja Melayu, Yang Di-Pertuan Agong,
termasuk Sabah dan sarawak
Batasan hak kebebasan bersuara dikalangan kumpulan etnik daripada
menyentuh kedudukan raja-raja, Islam, orang Melayu,
kewarganegaraan dan seumpamanya.

20

Perkara 11(Kebebasan agama)


(1)Setiap rakyat bebas menganut dan mengamalkan dan
mengembangkan agamanya.
(2)Tiada sesiapapun boleh dipaksa membayar apa-apa juga
pembayaran atau cukai selain untuk agamanya sendiri
(3) Setiap kumpulan agama mempunyai hak untuk:
(a)Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri.
(b)Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau
khairat.
(c)Memperolehi dan memiliki harta benda serta memegang dan
mentadbirnya mengikut undang-undang.
(4)Kerajaan negeri dan pusat mempunyai bidang kuasa mengenai hal
ehwal Islam seperti mengawal atau menyekat pengembangan
ajaran sesat di kalangan orang Islam.

21

Perkara 12 (Hak-hak berkenaan


pelajaran)
(1)Setiap orang berhak menerima pelajaran dan tidak
boleh ada pembezaan terhadap warganegara
disebabkan oleh perbezaan agama, kaum, keturunan
atau tempat lahir.
(2)Setiap kumpulan agama berhak menubuh dan
menyenggara institusi pelajaran agama masingmasing.Tetapi kerajaan pusat dan negeri boleh
menubuh atau menyenggara institusi-institusi Islam dan
membiayainya.
(3)Tiada sesiapapun boleh dipaksa menerima ajaran atau
mengambil bahagian selain agamanya sendiri
(4)Agama bagi seseorang yang berumur kurang 18 tahun
adalah ditentukan oleh kedua ibubapa atau penjaganya
22

Perkara 14 (kewarganegaraan)
(1)Orang-orang berikut yang lahir sebelum Hari Malaysia
adalah menjadi warganegara dengan cara kuatkuasa
undang-undang
(a)Mereka yang sebelum sahaja Hari Merdeka menjadi
warganegara Persekutuan menurut mana-mana
peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948,
samaada dengan kuatkuasa undang-undang atau
sebaliknya.
(b)Mereka yang lahir di Persekutuan pada atau selepas
Hari Merdeka tetapi sebelum bulan oktober 1962.
(c)Mereka yang lahir selepas bulan September 1962 dan
sekurang-kurangnya ibu atau bapanya pada masa
kelahiran adalah seorang warganegara.
23

Perkara 32 (Ketua negara)


(1)Yang Di-Pertuan Agong hendaklah
menjadi ketua negara dan tidak boleh
didakwa dimana-mana mahkamah kecuali
Mahkamah Khas.
(2)Permaisuri Agong mengambil tempat
selepas Yang Di-Pertuan Agong.
(3)Yang Di-Pertuan Agong hendaklah dipilih
oleh Majlis Raja-Raja selama lima tahun.
24

Perkara 38 (Majlis Raja-Raja)


(1)Penubuhan Majlis Raja-Raja
(2)Fungsi Majlis Raja-Raja
(3)Majlis Raja-Raja dan Perdana Menteri
bertanggungjawab mengenai dasar-dasar negara
(4)Tiada undang-undang yang boleh menyentuh
keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran
Raja-Raja yang diluluskan tanpa persetujuan Majlis
Raja-Raja.
(5)Majlis Raja-Raja mempunyai kuasa tentang dasar dan
perlaksanaan yang menyentuh perkara 153

25

Perkara 89 (Tanah rezab orang


Melayu)
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami
benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu
kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan,
Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50%,
Selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kauam lain.
(Wasiat Raja-Raja Melayu di Hari Merdeka)
(1)Kekal Tanah Rezab Melayu walaupun telah Merdeka
(2)Kuasa mengisytiharkan Tanah Rezaan Melayu
(3)Kuasa Kerajaan Negeri mengenai Tanah Rezab Melayu
(4)Tanah yang sedang dimiliki bukan melayu tidak boleh
dijadikan Tanah Rezab Melayu

26

Perkara 121(Kuasa kehakiman


bagi Persekutuan)
(1)Penubuhan Mahkamah Tinggi dan bidangkuasa
yang dimiliki
(1A)Semua mahkamah yang terdapat di seluruh
negara hendaklah tidak mempunyai bidang
kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara
dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah
(1B)Penubuhan Mahkamah Rayuan dan
bidangkuasa yang dimiliki.
(2)Penubuhan Mahkamah Persekutuan dan
bidangkuasa yang dimiliki.
27

Perkara 150(Perisytiharan darurat)


(1)Yang Di-Pertuan Agong berkuasa mengisytiharkan
darurat.
(2)Darurat boleh diisytiharkan samaada telah berlaku atau
belum berlaku kacau bilau
(5)Semasa darurat Parlimen masih boleh membuat
undang-undang demi keamanan dan ketenteraman.
(6A)Semasa darurat Parlimen tidak mempunyai
bidangkuasa terhadap kedudukan agama Islam, adat
istiadat Melayu, bahasa dan bumiputera Sabah dan
Sarawak, kewarganegaraan dengan apa juga alasan.
Dengan kata lain kedudukan agama Islam, adat istiadat
Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak,
kewarganegaraan tidak boleh disentuh meskipun dalam
keadaan darurat.
28

Perkara 152 (Bahasa Kebangsaan)


(1)Bahasa Malaysia sebagai Bahasa kebangsaan dan untuk tujuan
rasmi.
(2)Bahasa Inggeris masih boleh diguna dalam tempuh sepuluh
tahun selepas merdeka di Majlis Parlimen dan Majlis Dewan
Negeri
(3)Bahasa Inggeris masih boleh diguna dalam tempuh sepuluh
tahun selepas merdeka untuk tujuan undang-undang dan akta.
(4)Bahasa Inggeris masih boleh diguna dalam tempuh sepuluh
tahun selepas merdeka perbicaraan di Mahkamah
(5)Bahasa Inggeris masih boleh diguna dalam tempuh sepuluh
tahun selepas merdeka perbicaraan di Mahkamah Rendah
Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa
menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka.

29

Perkara 153 (Perezapan quota mengenai


perkhidmatan, permit dsb, untuk orang Melayu)
(1)Tanggungjawab Yang Di-Pertuan Agong memelihara
kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera
Sabah Sarawak tanpa menafikan kedudukan yang
sah kaum lain
(2)Termasuk dalam keistimewaan orang Melayu dan
bumiputera ialah jawatan Perkhidmatan Awam,
Biasiswa dan keistimewaan pelajaran atau latihan,
Permit atau lesen perniagaan.
(3)Arahan Yang Di-Pertuan Agong mengenai perkara
153 wajib dipatuhi oleh semua pihak
(8A)Kouta pendidikan di Universiti
30

Perkara 161A(Kedudukan istimewa bumiputera


negeri-negeri Sabah dan Sarawak)

(4)Perlembagaan negeri-negeri Sabah dan


Sarawak boleh membuat peruntukan yang
bersamaan (dengan apa-apa
pengubahsuaian yang perlu) dengan
perkara 153.

31

Kerjasama Antara Etnik Dalam


Menuju Kemerdekaan

Penentangan melalui kekerasan


Penentangan melalui saluran politik
Bekerjasama membentuk Perlembagaan
Pemerintahan Beraja
Islam sebagai agama Persekutuan
Orang Melayu dalam Perlembagaan

32

Agama Islam

Islam dipilih sebagai agama rasmi kerana ia telah bertapak


lebih 500 tahun lampau dan semasa penjajah Inggeris juga
kedudukan agama Islam langsung tidak diganggu dan menyerahkan
urusan agama Islam kepada raja-raja Melayu.
Islam dipilih sebagai agama Persekutuan kerana sesuai dengan
takrif Melayu iaitu Perkara 160 mendefinisikan Melayu sebagai
seorang yang beragam Islam, lazimnya bertutur dalam bahasa
Melayu dan mengamalkan budaya Melayu.
Di negeri-negeri Melayu sebelum penjajah Inggeris,
penggunaan undang-undang Islam telah diperkenalkan dan
diiktiraf.
Agama Islam telah diterima sebagai agama persekutuan sejak
zaman kesultanan Melayu Melaka sehinggalah ke zaman
penjajah Inggeris.

33

Bahasa Melayu

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan ialah bahasa


Melayu telah menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabadabad lamanya.
Bahasa Melayu lebih mudah dipelajari dan bersifat lebih tekal
dari segi istilah dan sebutan berbanding bahasa lain.
Meskipun Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,
penggunaan bahasa ibunda masing-masing tidak disekat malah
dijamin oleh perlembagaan.
Menurut sejarah, sebelum Perang Dunia Kedua, bahasa Melayu
telah digunakan secara meluas bagi tujuan rasmi seperti
mesyuarat, surat menyurat, perundangan dan kehakiman, di
Jabatan Polis dan sebagainya bagi memudahkan urusan
pentadbiran kerana kakitangannya terdiri dari pelbagai kaum.

34

Kedudukan Istimewa Orang Melayu


dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
Bumiputera Sarawak ialah: Mana-mana satu kaum asli
iaitu Bukitan, Bisayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat,
Kedayan, Kelabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum,
Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan
Ukit atau dia berketurunan campuran dari kaum
tersebut.
Bumiputera Sabah ialah: Bajau, Bisayah, Brunei, Pulau
Cocos, Dumpas, Idahan, Ilanun, Kadazan, Kedayan,
Kwijau, Lotud, Mangkaan, Maragang, Minokok, Murut,
Orang Sungai, Paitan, Rumanau, Rungus, Sino_Native,
Sulu, Tambanuo, Tidong
35

Pemerintahan Beraja

Telah wujud sejak berabad lamanya


Raja mempunyai kuasa mutlak.
Pentadbirannya dibantu oleh pembesar
Zaman Penjajahan Inggeris, pemerintahan
beraja tetap wujud
Pemerintahan beraja dikekalkan selepas
merdeka di bawah konsep raja
berperlembagaan
36

Perkara 153
Beberapa cadangan diberi pertimbangan untuk
disepakati. Dalam proses ini semangat toleransi yang
tinggi antara Melayu dan bukan Melayu berkaitan
kepentingan masing-masing dikenali sebagai kontrak
sosial contohnya:
Kaum Melayu melonggarkan syarat kerakyatan bagi bukan
Melayu sementara kaum bukan Melayu menerima hakikat
kedudukan istimewa kaum Melayu.
Pada ketika itu kaum Melayu menerima prinsip jus soli iaitu
pengecualian tentang perlunya mengetahui bahasa Melayu
bagi bukan Melayu. Perlaksanaan prinsip ini telah memberi hak
kerakyatan kepada lebih 800,000 orang Cina walaupun pada
masa tersebut kesetiaan sebilangan besar kaum bukan Melayu
terhadap Persekutuan Tanah Melayu boleh dianggap
meragukan disebabkan dasar pecah dan perintah yang
dilaksanakan oleh penjajah Inggeris.
37

Sambungan
Perkhidmatan awam. Yang DiPertuan
Agong berkuasa merizabkan jawatan
perkhimatan awam kepada Melayu dan
bumiputera Sabah dan Sarawak
Ekonomi. Rata-rata Melayu dan
Bumiputera miskin dan melarat
Pendidikan. Rata-rata Melayu dan
Bumiputera ketinggalan.
38

Piagam Madinah dan Penyatuan Ummah


Al-Quran dan Sunnah merupakan
perlembagaan tertinggi
Merujuk kepada Sahifah Madinah
Perlembagan bertulis yang pertama
Bertujuan mengiktiraf hak dan
tanggungjawab orang Islam dan bukan
Islam
39

Piagam Madinah dan Hubungan Etnik


Sahifah al-Madinah dikenali juga sebagai Piagam Madinah, Perjanjian Madinah,
Perlembagaan Madinah dan Dustar al-Madinah. Sahifah al-Madinah telah digubal
oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah,
merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia
Di antara sebab-sebab terbentuknya Sahifah al-Madinah ;
i
Menghadapi masyarakat majmuk Madinah
ii Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama oleh semua penduduk
iii Ingin menyatukan masyarakat berbagai kaum
iv Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan
v Mewujudkan keamanan di Madinah.
Di antara tujuan Piagam Madinah digubal oleh Rasululah SAW adalah untuk:
i Menentukan hak-hak dan kewajipan nabi dan
penduduk setempat
ii Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin.
iii Membentuk kesatuan politik dalam mempertahankan Madinah.
iv Merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, khususnya Yahudi
v Memberi peruntukan pampasan kepda kaum Muhajirin yang kehilangan harta benda
dan keluarga di Mekah.
40

Kumpulan Etnik Di Madinah


Kumpulan Etnik Utama
1. Aus
2. Khazraj
3. Qainuqa
4. Nadhir
5. Quraizhah
Kumpulan Etnik Minoriti
1. Parsi
6. Saadah
2. Habsi
7. Harith
3. Quraisy
8. Jasham
4. Badwi
9. Najjar
5. Qibti
10.Thalabah

11. An-Nabit
12. Ammar

41

Piagam Madinah dan Hubungan Etnik


Perkara-perkara utama yang terkandung dalam Piagam Madinah:
i Nabi sebagai ketua negara dan segala pertelingkahan perlu dirujuk kepada nabi.
ii Penduduk Madinah tidak boleh bermusuhan dan hendaklah hidup dalam satu bangsa
iaitu bangsa Madinah.
iii Penduduk Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing.
iv Penduduk Madinah hendaklah bekerjasama dalam masalah ekonomi dan
mempertahankan Madinah dari serangan musuh.
v Keselamatan orang Yahudi dijamin selagi mereka taat kepada perjanjian

Tujuan Piagam Madinah digubal adalah untuk:


i Menentukan hak-hak dan kewajipan nabi dan penduduk setempat
ii Meletakkan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin.
iii Membentuk kesatuan politik dalam mempertahankan Madinah.
iv Merangka persefahaman penduduk Islam dengan bukan Islam.
v Memberi saguhati kepada Muhajirin yang kehilangan harta benda ketika hijrah.

42

Piagam Madinah dan Hubungan Etnik


Prinsip umum negara berdasarkan Piagam Madinah:
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
viii
ix
x

Al-Quran dan al-Sunnah sumber undang-undang Negara.


Kesatuan Ummah dan Negara.
Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah.
Hak dan tanggungjawab di dalam pertahanan Negara.
Hubungan kebajikan di antara warganegara.
Tanggungjawab menegak keadilan sosial.
Undang-undang keselamatan.
Kebebasan beragama.
Tanggungjawab negara terhadap warganegara bukan Islam
Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian.

43

Kandungan Piagam Madinah


1

POLITIK

Nabi sebagai ketua agama, ketua negara dan hakim


kepada muslim dan non-muslim

AGAMA

Penduduk Madinah bebas mengamalkan agama dan


adat masing-masing

SOSIAL

Penduduk Madinah sebagai satu ummah, tidak boleh


bermusuhan dan wajib memelihara negara

UNDANG UNDANG

Undang-undang Islam menjadi undang-undang utama,


peraturan kabilah yang tidak bercanggah dengan Islam
boleh diamalkan

PERTAHANAN

Penduduk Madinah bertanggungjawab mempertahankan


negara

EKONOMI

Ekonomi Madinah berasaskan ekonomi Islam, amalan rib


a, rasuah, penipuan dan penindasan adalah dilarang

YAHUDI

Keselamatan dan hak orang Yahudi dijamin selagi


mereka mematuhi Piagam Madinah
44

Piagam Madinah
1.

2.

3.

4.

5.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Inilah sebuah dokumen dari Muhammad, Rasulullah S.A.W, untuk mengatur
hubungan antara orang-orang yang beriman dan Muslim dari Quraisy Makkah dan
Yathrib Madinah, dan dengan sesiapa sahaja yang mengikuti, dan bekerjasama
dengan mereka.
Orang-orang Islam di Yathrib dan orang-orang Islam Quraisy adalah sebagai satu
umat. Bagi orang-orang bukan Islam, mereka berada di luar golongan satu umat
(Muslim).
Para emigran Quraisy (yang kemudian lazimnya dipanggil sebagai Muhajirin atau
pendatang), tetap di atas peraturan lama mereka, mereka saling tanggungmenanggung dan membayar dan menerima diyat di antara sesama mereka, dan
mereka menebus tawanan mereka sendiri dengan cara yang baik dan adil di
kalangan orang-orang yang beriman.
Suku Banu Awf, tetap di atas peraturan lama mereka, mereka saling tanggungmenanggung dan membayar dan menerima diyat di antara sesama mereka, dan
mereka menebus tawanan mereka sendiri dengan cara yang baik dan adil di
kalangan orang-orang yang beriman.
Suku Banu Saadah, tetap di atas peraturan lama mereka, mereka saling tanggungmenanggung dan membayar dan menerima diyat di antara sesama mereka, dan
mereka menebus tawanan mereka sendiri dengan cara yang baik dan adil di
45
kalangan orang-orang yang beriman.

Piagam Madinah
6. Suku Banu al-Harith bin al-Khazraj, tetap di atas peraturan lama mereka, mereka
saling tanggung-menanggung dan membayar dan menerima diyat di antara sesama
mereka, dan mereka menebus tawanan mereka sendiri dengan cara yang baik dan
adil di kalangan orang-orang yang beriman.
7. Suku Banu Jasham, tetap di atas peraturan lama mereka, mereka saling tanggungmenanggung dan membayar dan menerima diyat di antara sesama mereka, dan
mereka menebus tawanan mereka sendiri dengan cara yang baik dan adil di
kalangan orang-orang yang beriman.
8. Suku Banu Najar, tetap di atas peraturan lama mereka, mereka saling tanggungmenanggung dan membayar dan menerima diyat di antara sesama mereka, dan
mereka menebus tawanan mereka sendiri dengan cara yang baik dan adil di
kalangan orang-orang yang beriman.
9. Suku Banu Amr bin Awf, tetap di atas peraturan lama mereka, mereka saling
tanggung-menanggung dan membayar dan menerima diyat di antara sesama
mereka, dan mereka menebus tawanan mereka sendiri dengan cara yang baik dan
adil di kalangan orang-orang yang beriman.
10. Suku Banu al-Nabit, tetap di atas peraturan lama mereka, mereka saling tanggungmenanggung dan membayar dan menerima diyat di antara sesama mereka, dan
mereka menebus tawanan mereka sendiri dengan cara yang baik dan adil di
kalangan orang-orang yang beriman.
46

Piagam Madinah
11. Suku Banu Aus, tetap di atas peraturan lama mereka, mereka saling tanggungmenanggung dan membayar dan menerima diyat di antara sesama mereka, dan
mereka menebus tawanan mereka sendiri dengan cara yang baik dan adil di
kalangan orang-orang yang beriman.
12. (a)
Orang-orang yang beriman tidak boleh membiarkan seseorang menanggung
beban atau hutang di antara sesama mereka. Mereka harus dibantu untuk menebus
tawanan atau membayar tebusan darah (diyat).
(b)
Orang-orang yang beriman tidak boleh mengikat janji dengan sesiapa sahaja
untuk memusuhi umat Islam lainnya.
13. Orang-orang yang beriman dan takut kepada Allah harus melawan orang-orang yang
melakukan kejahatan, meskipun di antara mereka sendiri. Juga orang-orang yang
melakukan ketidakadilan, dosa atau kerosakan dan kerugian (korupsi) di antara
mereka sendiri. Mereka harus bersama-sama melawan semua itu, meskipun
terhadap anaknya sendiri.
14. Orang-orang yang beriman tidak boleh membunuh sesamanya untuk kepentinagn
orang-orang kafir. Juga membantu orang kafir dalam memusuhi orang-orang yang
beriman.

47

Piagam Madinah
15. Janji perlindungan Allah adalah satu: orang-orang yang beriman, yang lemah akan
diberi perlndungan hingga menjadi kuat. Sesama orang beriman adalah teman,
hendaknya saling tolong menolong satu sama lain.
16. Orang-orang Yahudi yang mengikuti langkah kami, akan memperoleh pertolongan
dan hak yang sama. Mereka tidak akan dianiaya dan dimusuhi.
17. Perjanjian damai yang dilakukan oleh orang-orang yang beriman haruslah satu . tidak
dibenarkan orang Muslim mengadakan satu perjanjian damai dengan meninggalkan
yang lain, dalam keadaan perang di jalan Allah. Keadaan mereka harus sama-sama
terbuka dan sejajar satu dengan lainnya.
18. Orang-orang yang beriman harus memilih pemimpin di antara mereka sendiri.
19. Semua orang yang beriman harus membela sesama muslim yang gugur di jalan
Allah.
20. (a)
Orang-orang yang beriman dan takut kepada Allah menyukai kebaikan dan
nasihat yang jujur
(b)
Tak seorang pun di antara orang-orang kafir mengambil kekayaan atau
meletakkan orang-orang Quraisy di bawah kekuasaannya. Juga tak boleh campur
tangan memusuhi orang-orang yang beriman.
48

Piagam Madinah
21. Barangsiapa membunuh orang Islam tanpa alasan yang cukup, maka ia harus
mendapat balasan yang setimpal (qisas), kecuali jika keluarganya ikhlas atau
menerima tebusan darah yang diberikan. Dan semua Mumin haruslah bersamasama memusuhi mereka (yang membunuh) dan tak boleh mereka hanya tinggal
diam sahaja.
22. Orang-orang Mumin yang telah mengakui isi dokumen ini, yang percaya kepada
Allah dan hari akhirat tidak dibenarkan menolong atau membela pelaku kejahatan.
Dan barangsiapa yang menolong atau membelanya, ia akan menerima kutukan Allah
pada hari kiamat dan tak ada tebusan apa pun yang boleh diterima.
23. Jika di antara kalian ada yang berselisih, kembalikanlah masalah itu kepada Allah
dan utusan-Nya, Rasulullah Muhammad S.A.W.
24. Orang-orang Yahudi hendaklah ikut menanggung biaya perang dan berjuang
bersama-sama orang-orang yang beriman.
25. Orang-orang Yahudi dari Banu Awf adalah segolongan dengan orang-orang mumin.
(Orang-orang Yahudi itu menganut agama mereka dan orang Islam menganut
agamanya sendiri), termasuk pengikut mereka. Kecuali orang yang berbuat aniaya
dan dosa. Orang seperti itu hanyalah menghancurkan diri sendiri dan keluarganya
sendiri.
49

Piagam Madinah
26.
27.
28.
29.
30.
31.
32.
33.
34.
35.
36.

Hal seperti itu berlaku juga bagi orang-orang Yahudi dari Banu al-Najjar.
Hal seperti itu berlaku juga bagi orang-orang Yahudi dari Banu al-Harith.
Hal seperti itu berlaku juga bagi orang-orang Yahudi dari Banu Saidah.
Hal seperti itu berlaku juga bagi orang-orang Yahudi dari Banu Thalaba.
Juga bagi orang-orang Yahudi dari Banu Aus.
Juga bagi orang-orang Yahudi dari Banu Jusham.
Dari Banu Jafna, salah satu cabang dari Banu Thalaba.
Juga bagi orang-orang Yahudi dari Banu al-Shutaybah.
Orang-orang merdeka dari suku Thalaba.
Juga teman-teman dekat orang-orang Yahudi.
(a)
Tidak seorang pun di antara mereka boleh keluar dari Madinah tanpa izin
Rasulullah Muhammad S.A.W.
(b)
Namun seseorang tidak boleh dihalangi dari usahanya menuntut balas kerana
dilukai. Misalnya barangsiapa yang diserang tanpa peringatan terlebih dahulu,
kepada diri atau keluarganya. Kecuali jika hal itu kerana salahnya sendiri. Dalam itu,
Allah yang menentukannya.
50

Piagam Madinah
37. (a)
Orang-orang Yahudi harus menanggung nafkah mereka sendiri dan orangorang Islam harus juga menanggung nafkahnya sendiri. Satu dengan yang lainnya
harus saling membantu menghadapi siapa sahaja yang akan menyerang pihak mana
pun yang ikut menandatangani dokumen ini. Mereka juga harus saling memberi dan
menerima nasihat serta konsaltasi dan setia adalah satu bentuk perlindungan dari
serangan para pengkhianat.
(b)
Seseorang tidak bertangungjawab atas kesalahan orang lain. Namun ia wajib
menolong orang-orang yang salah (agar menemukan kebenaran).
38. Orang-orang Yahudi terus berkewajipan mengeluarkan biaya bersama-sama dengan
orang Islam selama masih terus terjadi peperangan.
39. Madinah hendaklah menjadi tempat suci bagi penduduk yang ikut menandatangani
dokumen ini.
40. Orang-orang asing dilindungi, seperti juga tuan rumah, asal tidak bersalah dan bukan
penjahat.
41. Tiada perlindungan yang dapat diberikan kepada orang asing tanpa persetujuan dari
pihak-pihak yang terlibat.
42. Jika terjadi perselisihan yang menyebabkan adanya kesulitan di antara mereka,
haruslah penyelesaikannya kepada Allah dan Rasullullah Muhammad S.A.W, Allah
bersama orang yang teguh dan setia terhadap perjanjian.

51

Piagam Madinah
43. Orang-orang Quraisy (kafir) dan sesiapa sahaja yang membantu mereka, tidak
boleh diberi perlindungan.
44. Semua pihak haruslah membantu satu dengan yang lainnya menghadapi siapa
sahaja yang akan menyerang Yathrib.
45. (a) Jika mereka mengajak berdamai, orang-orang Muslim haruslah
menerimanya. Jika mereka meminta bahagian yang sama dengan orang-orang
Mumin harus juga dipenuhi, kecuali dalam kes-kes perang kerana perintah
agama.
(b) Bagi setiap orang, bagi pihaknya sendiri mempunyai bahagiannya masingmasing.
46. Orang-orang Yahudi dari suku al-Aws, mereka dan orang-orang mereka yang
sudah dimerdekakan, berdiri sama tinggi dengan penduduk lainnya dalam
memenuhi kesetiaan mereka terhadap mereka sesama pengikut perjanjian.
Kesetiaan adalah suatu bentuk perlindungan melawan pengkhianatan. Orang
yang berbuat suatu kejahatan, harus memikul sendiri semua akibatnya. Allah
bersama orang-orang yang patuh terhadap perjanjian ini.
47. Orang-orang yang aniaya dan durhaka tak akan dilindungi. Barangsiapa yang
keluar dari Kota Madinah untuk berjuang atau tetap tinggal dalam kota,
keselamatannya tetap dijamin. Kecuali kalau mereka berbuat aniaya dan jahat.
Allah selalu melindungi sesiapa sahaja yang beramal baik, bertaqwa kepada 52
Allah dan mengakui Muhammad S.A.W, sebagai utusan-Nya.

Bab 3
Selesai bab 3.
Anda akan didedahkan pula topik bab 4

53

You might also like