Professional Documents
Culture Documents
Konsep PBP
Konsep PBP
IPTAR
100 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008 Pengajaran Berasaskan
Projek (Project Based Learning/PBL)merupakan suatu kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang pesat berkembang dalam zaman moden ini. Kaedah ini
menekankan kolaborasi antara guru dan pelajar dalam mempelopori sesuatu
perkara atau topik secara penyempurnaan projek. Kementerian Pelajaran
Malaysia (2006) mentafsirkan Pembelajaran Berasaskan Projek sebagai model
aktiviti yang keluar daripada amalan bilik darjah yang biasa dan banyak
melibatkan gabungan antara disiplin ilmu. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran secara projek merupakan suatu kaedah yang difikirkan amat sesuai
dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid masa kini. Bagaimanapun
sesuatu projek memerlukan perancangan terperinci serta kaedah pelaksanaan
yang sistematik di samping keperluan sumber serta kepakaran yang sesuai.
Sehubungan itu kajian ini cuba untuk merungkai perseoalan berkaitan keperluan
serta cabaran dari aspek perancangan dan pelaksanaan projek bagi meneliti
kesesuaiannya dalam membawa nilai tambah ilmu kepada murid serta
sumbangan kepada pembelajaran. Objektif Kajian Secara spesifik kajian ini
cuba untuk melihat keperluan dan keberkesanan pelaksanaan projek dari segi: a.
Mengenalpasti keperluan perancangan, pengurusan dan kesesuaian pelaksanaan
projek. b. Mengenalpasti sumbangan projek kepada kaedah dan proses
pengajaran dan pembelajaran.