Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Saturday, December 19, 2015

Setiap kaum di Malaysia mengamalkan budaya warisan kaum masing-masing


seperti cara berpakaian dan adat perkahwinan. Jelaskan kepentingankepentingan mengekalkan budaya warisan tersebut.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk yang


berbilang kaum. Tiga kaum yang terbesar terdapat di negara ini ialah kaum
Melayu, Cina dan India. Perkara ini juga merupakan salah satu keunikan Malaysia
berbanding negara lain di dunia. Kewujudan pelbagai kaum ini telah
menyebabkan variasi dalam pelbagai bentuk aspek kehidupan seperti makanan
yang berlainan untuk setiap kaum, cara berpakaian dan pakaian tradisional
mengikut mengikut kaum masing-masing, adat melangsungkan perkahwinan
mengikut agama dan kepercayaan serta bahasa. Seperti yang telah termaktub
dalam perlembangan Malaysia, agama Islam merupakan agama rasmi negara
tetapi agama lain bebas diamalkan. Oleh itu, pelbagai budaya warisan telah
wujud di Malaysia sejak dahulu lagi. Namun, pada zaman era globalisasi ini,
pelbagai masalah datang menghampiri masyarakat dengan kemasukan budayabudaya luar seperti budaya Barat dalam kehidupan seharian menyebabkan
keaslian budaya warisan pelbagai kaum terhakis. Sebagai masyarakat Malaysia,
usaha mengekalkan budaya warisan pelbagai kaum adalah amat penting.

Antara kepentingan mengekalkan budaya warisan kaum masing-masing adalah


sebagai tanda ketaatan dan kepatuhan terhadap agama masing-masing. Setiap
adat yang diamalkan oleh sesuatu kaum, pasti berkait rapat dengan
kepercayaan dan agama kaum tersebut. Contohnya, adat melayan tetamu dalam
masyarakat Melayu adalah dengan cara melayan tetamu sebaik-baiknya. Hal ini
berkaitan dengan ajaran Islam yang menyuruh umatnya melayan tetamu dengan
sebaik-baik mungkin kerana tetamu yang datang ke rumah membawa rahmat.
Selain itu, dalam adat berpakaian pula, masyarakat Melayu memakai baju
kurung yang agak longgar. Hal ini kerana agama Islam meyuruh umatnya
memakai pakaian yang longgar dan sopan bertepatan dengan potongan baju
kurung. Perkara ini jelas menunjukan bahawa adalah amat penting untuk
mengekalkan budaya warisan sebagai tanda ketaatan dan kepatuhan terhadap
agama dan kepercayaan masing-masing.

Seterusnya, kepentingan mengekalkan budaya warisan adalah untuk


mengekalkan daripada terus dilupakan dan hilang ditelan zaman. Warisan ini
seharusnya dikekalkan supaya dapat diwarisi oleh generasi akan datang agar tak
lapuk dek hujan, dan tak lekang dek panas. Hal ini juga penting bagi
mengelakkan masyarakat terpengaruh dengan budaya Barat yang boleh
merosakkan bangsa kita. Kemasukan budaya Barat dalam budaya warisan kita

dikhuatiri akan merosakkan generasi yang akan datang dengan pengaruh negatif
yang dibawa oleh mereka. Perkara ini juga penting untuk mengelakkan negara
kita daripada dijajah lagi oleh negara luar sama ada dari segi mental dan fizikal.
Sudah terang lagi bersuluh hal ini menunjukkan bahawa amat penting untuk kita
mengekalkan budaya warisan bangsa agar budaya Barat tidak dapat menyerap
masuk ke dalam diri anak-anak muda yang merupakan bakal pemimpin negara
pada masa yang akan datang.

Selanjutnya kepentingan mengekalkan budaya warisan adalah untuk


menunjukkan identiti kaum masing.masing. Misalnya, kita dapat mengenali
sesuatu kaum melalui cara berpakaian mereka. Contohnya baju Melayu atau
baju kurung merupakan pakaian tradisional orang Melayu. Manakala, Cheongsam
merupakan pakaian tradisional masyarakat China dan Sari merupakan pakaian
tradisional masyarakat India. Perkara ini penting supaya kita dapat mengenali
adat dan budaya kaum lain dengan lebih mendalam dan kita akan lebih
menghormati kaum mereka. Identiti kaum adalah penting untuk menunjukkan
keunikan kaum masing-masing kerana setiap kaum pasti mempunyai keunikan
yang tersendiri. Melalui cara ini jugakita dapat memperkenalkan budaya kita
kepada orang luar. Tegasnya, pengekalan budaya warisan amat penting untuk
menunjukkan identiti kaum masing-masing kepada masyarakat luar.

Akhirnya, kepentingan mengekalkan budaya warisan adalah untuk menunjukkan


variasi dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Perkara ini boleh dijadikan
sebagai satu bahan tarikan pelancong di Malaysia. Makanan yang pelbagai,
bahasa yang bermacam-macam memudahkan komunikasi antara anggota
masyarakat dengan pelancong asing. Malahan pakaian tradisional serta adatadat yang diamalkan oleh kaum masing-masing amat menarik bagi orang luar.
Tambahan pula, dengan suasana negara dan keadaan yang aman damai ini telah
mendorong kemasukan pelancong asing. Kemasukan pelancong asing
menyebabkan berlaku pertukaran wang asing dan ini menyebabkan ekonomi
Malaysia meningkat. Perkara ini diumpamakan sambil menyelam minum air
kerana di samping mengekalkan budaya warisan bangsa , kita juga dapat
menolong meningkatkan ekonomi negara .Jelaslah bahawa mengekalkan budaya
warisan bangsa adalah penting bagi meningkatkan kadar kemasukan pelancong
asing ke negara kita.

Kesimpulannya, budaya warisan seharusnya dikekalkan bagi mengelakkan


budaya tersebut pupus ditelan zaman. Hal ini demikian kerana budaya ini
merupakan warisan daripada nenek moyang kita yang harus dijaga sebaikbaiknya agar dapat diwarisi oleh generasi akan datang justeru semua pihak
haruslah memainkan peranan dalam menjaga warisan bangsa sebagai satu
identiti kaum dan maruah bangsa.

You might also like