01 Penilaian Pelan Anuiti Dan Insurans

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TUGASAN 3 : Penilaian Pelan Anuiti dan Insurans

1. Pengumpulan maklumat mengenai :


a. Pelan Pesaraan (anuiti hayat)
Anuiti adalah suatu kontrak di mana syarikat insurans bersetuju untuk
menyediakan anda dengan pendapatan yang berterusan untuk sepanjang
hayat, sebagai balasan kepada caruman premium yang dibayar sekali
gus.
Lazimnya seorang pesara memerlukan lebih kurang 60% daripada gaji
terakhir

beliau

untuk

mengekalkan

taraf

hidupnya

pada

masa

persaraannya. Caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)


boleh menjadi sumber pendapatan persaraan yang penting tetapi satu
kajian berkenaan KWSP menunjukkan bahawa kebanyakan pencarum
menghabiskan simpanan mereka dalam masa tiga tahun dari tarikh
pengeluaran selepas bersara. Anuiti persaraan memastikan masa depan
anda terjamin.
Sumber : http://www.insuranceinfo.com.my/

b. Pelan Insurans dan Takaful


Insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti
anda, atau sebuah organisasi, seperti syarikat anda, kepada syarikat
insurans. Anda atau syarikat anda akan dikenali sebagai pemegang polisi.
Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada anda dalam bentuk
premium dan sekiranya

anda mengalami sebarang kerugian atau

kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada anda.


Takaful

adalah

pelan

perlindungan

berdasarkan

prinsip

Syariah.

Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk


caruman penyertaan (tabarru), anda memeterai kontrak (aqad) bagi
membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk
saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta
mengalami kerugian yang ditetapkan.

Kedua-dua insurans dan takaful mempunyai prinsip asas yang sama.


Sebagai

contoh,

pemegang

polisi

(anda)

mestilah

mempunyai

kepentingan yang sah terhadap barang atau hayat yang diinsuranskan. Ini
bermakna, anda akan menanggung kerugian kewangan sekiranya berlaku
sesuatu kerosakan atau kehilangan kepada harta benda atau hayat yang
diinsuranskan.
Anda tidak perlu membeli lebih daripada satu polisi atau pelan untuk
melindungi harta anda. Sekiranya anda memiliki lebih daripada satu polisi,
anda hanya boleh membuat satu tuntutan jika sebarang kerugian atau
kerosakan berlaku. Jumlah yang boleh dibayar akan disumbangkan oleh
syarikat-syarikat insurans yang terlibat. Oleh itu, anda tidak boleh meraih
keuntungan daripada polisi insurans am atau pelan takaful. Sekiranya
anda mengalami kerugian, syarikat insurans akan membayar pampasan
yang setimpal atau anda akan ditetakkan kepada keadaan yang sama
sebelum berlaku kerugian. Walau bagaimanapun, anda boleh membeli
lebih daripada satu polisi untuk melindungi hayat anda.
Kontrak insurans atau takaful adalah atas prinsip penuh percaya
mutlak . Oleh itu, anda sebagai pemegang polisi atau pelan haruslah
mendedahkan semua maklumat penting yang diperlukan. Sekiranya anda
gagal mendedahkan maklumat berkenaan, polisi atau pelan anda
mungkin tidak sah dan anda tidak akan dilindungi ke atas sebarang
kerugian atau kerosakan.
Selain itu, di bawah pelan takaful, anda boleh menikmati perkongsian
lebihan daripada dana takaful, berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui
sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tahun
tersebut.

Sumber : http://www.insuranceinfo.com.my/

You might also like