Ikhtiar Hidup - Masakan Rimba

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

IKHTIAR HIDUP

ikhtiar idup merupakan satu ikhtiar dalam proses kelansungan hidup. Keadaan yang
selalunya menyebabkan seseorang itu memerlukan teknik survival ialah apabila
seseorang itu berhadapan dengan sesuatu masalah yang tidak dijangka akan berlaku
dan apa akan seterusnya berlaku.
5 Asas Kemahiran Ikhtiar Hidup
Api
Api boleh digunakan untuk memasak air, memasak makanan, memberi isyarat kepada
penyelamat, memanaskan badan, cahaya dan keselesaan,membantu menghalau
binatang liar, dan merupakan sahabat ketika bersendirian. Setiap mereka yang
melibatkan diri dengan aktiviti luar (Outdoors) harus mempunyai pengetahuan cara
untuk menyalakan api sekurang-kurangnya dalam dua keadaan, satu dengan peralatan
dan satu lagi tanpa peralatan. Beberapa tompokan unggun api yang kecil lebih banyak
menghasilkan haba berbanding satu tompokan unggun api yang besar. Cari dan
kumpulkan kayu api untuk digunakan pada sebelah malam dan kemudian kumpulkan lagi
dengan jumlah yang sama, kerana sudah pasti anda memerlukannya kemudian. Jimatkan
bahan bakar dengan cara membuat"star fire" dimana cuma hujung kayu sahaja yang
terletak didalam unggun api,cuma tolak kedalam jika bahan bakar diperlukan lagi. Buat
pembalik haba dengan membuat dinding dibelakang ataupun kawasan haba yang
berdekatan dengan dinding seperti tembok atau dinding gua. Duduk diantara api dan
dinding tersebut supaya anda dapat menerima pemanasan dari belakang.
Perlindungan
Bermaksud melindungi diri daripada terdedah kepada pancaran matahari yang
berlebihan, sejuk, angin dan hujan. Apa sahaja yang boleh menambah dan
mengurangkan suhu badan boleh menjadi musuh kita.Pakaian merupakan cara
perlindungan pertama, pakaian yang sesuai untuk keadaan yang sesuai. Sentiasa
memakai topi. Cuba dan kekalkan supaya lapisan pakaian yang terdekat dengan badan
sentiasa kering. Lapisan yang terdekat dengan kulit lebih panas daripada sehelai baju
yang tebal. Jangan membazirkan tenaga untuk membuat tempat perlindungan
sedangkan alam semula jadi telah menyediakannya (seprti gua dll.). Sentiasalah berlatih
untuk membina tempat perlindungan yang mudah sekiranya tidak menemui tapak
perkhemahan yang sesuai. Jangan tunggu untuk membuat tapak perkhemahan sendiri.
Gunakan "SPACE BLANKET" ataupun baju hujan untuk mengelak daripada kelembapan,
atau untuk menutup tempat perlindungan ataupun digunakan sebagai selimut dengan
keadaan duduk mencangkung (squat position) untuk memberi konsentrasi haba di dalam
badan.

Isyarat

Menandakan kehadiran kita dan kebolehan kita menarik perhatian orang lain untuk
meminta bantuan. Api, lampu suluh, penanda berwarna cerah, bendera,cermin dan wisel
boleh membantu anda untuk ditemui. Tiga tompokan unggun api yang membentuk
segitiga menandakan seseorang itu dalam kesusahan. Kawal pembakaran daripada
merebak dan merosakkan persekitaran. Gunakan Cermin Isyarat atau cermin biasa
apabila terlihat kapalterbang, atau orang pada jarak yang jauh. Gunakan Pemancar
Cahaya Kecemasan "EMERGENCY STROBE light" pada sebelah malam untuk menarik
perhatian mereka yang mungkin berada dikawasan tersebut. Buat unggun api dengan
bahan organic (rumput lembap / getah) untuk menghasilkan asap yang tebal pada
sebelah siang. Cari kawasan yang luas untuk membuat isyarat udara seperti S.O.S
daripada batu, kayuan atau pakaian berwarna, dan apa sahaja yang boleh membezakan
dengan warna permukaan tanah. Kebanyakkan kerja menyelamat menggunakan
kapalterbang / helikopter sebagai cara pertama mereka untuk memerhati.

Makanan/Air
Makanan/air berkait secara langsung dengan ikhtiar hidup. Kawal perpeluhan bukannya
mengawal pengambilan air. Kalau boleh seseorang itu digalakkan untuk hanya meminum
air pada sebelah petang yang redup atau dingin. Kita boleh hidup sehingga tiga hari
lamanya tanpa meminum air. JANGAN memakan tumbuhan yang anda tidak pasti. Jangan
sesekali meminum urin(cecair dari tubuh spt. peluh / kencing). Seseorang seharusnya
membawa sejumlah makanan dengan mengandaikan bahawa mereka akan memerlukan
makanan dan air yang lebih sebelum merancang perjalanan anda. Bawa makanan
ringkas yang berprotein, bertenaga dan berglukosa tinggi (coklat,gula-gula) didalam
poket pada setiap masa, untuk kegunaan ketika perlu.Masaklah air dengan
menambahkan 10 minit atau lebih tempoh memasak air setiap kedudukan anda
meningkat 1000 kaki dari aras laut. Tapis air menggunakan sapu tangan anda untuk
mengasingkan bendasing yang kasar daripada air minuman Jangan tunggu hingga anda
betul-betul kehabisan air baru hendak mencari air. Simpan air didalam bekas minuman.
Jangan memakan mana-mana buah-buahan liar jika tidak pasti. Selain itu kita juga boleh
mengumpulkan air hujan dengan menggunakan "space blanket" atau baju hujan dengan

menadahkannya di atas permukaan tanah yang tinggi sedikit dan terbuka.

Pertolongan Cemas.
Pertolongan cemas bukan sahaja keperluan perubatan yang asas, ia juga merupakan
tindakan asas untuk ikhtiar hidup. JANGAN PANIK, sentaias tenang dan lakukan apa yang
anda harus lakukan serta jangan lupa menjaga keselamatan diri sendiri. "STOP"
bermaksud Sit (duduk), Think (fikir),Observe (tinjau), dan Plan (rancang). Ia merupakan
tindakan bijak apabila anda dapati anda telah tersesat atau terkandas. Elimen terpenting
ialah BERFIKIR SECARA RASIONAL, ini hanyalah petunjuk kecemasan yangasas. Periksa
segala keperluan sebelum mengembara, buat catatan perubatan "medical checklist" dan
sediakan kit kecemasan peribadi yang kecildan bawalah ia bersama setiap masa.
Kebanyakkan situasi ikhtiar hidup hanya memerlukan alat rawatan untuk luka kecil,
bengkak dan keperluan perubatan peribadi. Pastikan kita tahu apa yang kita ada dan
tahu cara menggunakannya. Jangan terlebih "muatan", bawa hanya barang yang
difikirkan perlu sahaja. Bawa juga gambar keluarga atau orang tersayang dan simpannya

bersama peralatan anda untuk mengingatkan diri supaya bertenang dan berusaha untuk
terus hidup. Elakkan"hypothermia" (in english)dengan memanaskan badan dengan baju
panas atau "spaceblanket".

MEMASAK TELUR BERSALUT TANAH

ASAS MASAKAN HUTAN


Pengetahuan mengenai kaedah memasak altenatif penting bagi seorang ahli pengakap.
Aktiviti seperti kembara dan perkhemahan lazimnya tidak mengizinkan ahli pengakap
untuk membawa barangan dan makanan yang cukup kerana beberapa faktor yang tidak
dapat dielakkan. Kembara contohnya, memerlukan ahli pengakap untuk berjalan
beberapa kilometer menyusuri pantai, anak sungai malah kadang kala jauh ke dalam
hutan belantara. Justeru dalam nota kali ini, saya akan menunjukkan beberapa contoh
masakan alternatif (masakan hutan) yang boleh digunakan oleh ahli pengakap jika
berhadapan dengan situasi luar jangkaan seperti kehabisan bekalan makanan, sesat atau
kemalangan ringan.
Resipi Pertama - Roti lilit

Bahan - Tepung gandum secukupnya, sedikit garam, air dan ranting kayu atau belahan
buluh yang telah dibersihkan.
Cara Membuat - Campurkan tepung gandum, air dan sedikit garam. Lakukan dengan
cermat dan sedikit demi sedikit mengikut keperluan. Uli sehingga sebati sehingga
menjadi doh. Bila siap gentel doh tadi menjadi bentuk selinder yang panjang sebelum
dililit dengan kemas pada sebatang belahan buluh atau ranting. Pastikan ukuran lilit doh
tidak terlalu tebal kerana bimbang lambat masak. Jika ada mentega, sapukan di atas doh
tadi. Kemudian panggang di tepi api yang sederhana sambil dipusing-pusingkan supaya
semua bahagian doh masak dengan sempurna. Apabila telah masak, bolehlah dihidang
di atas daun pisang. Bagaimana hendak menyalakan api ? Sebelum api dinyalakan, buat
lubang berukuran 2 kaki x 1 kaki dengan kedalaman yang sesuai. Tujuan lubang ini ialah
untuk meletakkan ranting kering supaya tidak ditiup angin.
Kebaikkan Menggunakan Lubang Api
1. melindungi tiupan angin
2. mengawal bara api supaya tidak dipijak
3. kekemasan dapur bawah (tanah)
4. lebihan bara api boleh terus ditimbus bila selesai masak
5. mengelakkan lokasi perkhemahan dikesan musuh
Cara Menyalakan Api Menggunakan Kanta
1. alternatif jika mancis basah, habis atau tertinggal
2. boleh digunakan jika hari panas (matahari terik)
3. perlukan sebuah kanta

4.
5.
6.
7.

gunakan habuk halus (buluh diraut halus)


atau kapas sebagai bahan bantu mula
kelemahannya, mengambil masa yang lama
amat menguji kesabaran ahli pengakap

Resipi Kedua - Masak nasi dalam buah kelapa

Bahan - Sebiji kelapa, beras secukupnya dan beberapa helai daun kelapa atau daun
pandan.
Cara Membuat - Kelapa tua dikupas sabutnya tetapi tidak perlu di belah dua. Buat lubang
di hujung tempurung kelapa berkenaan supaya beras dapat diisi dengan mudah. Beras
yang telah dicuci di masukkan kelapa berkenaan berlahan-lahan bersama-sama air
kelapa yang telah sedia ada di dalamnya. Ukuran beras ialah separuh dari keluasan buah
kelapa berkenaan. Seterusnya, tutup lubang tadi dengan daun kepada atau daun pandan
(jika ada), supaya air kelapa tidak melimpah keluar apabila mendidih kelak. Akhir sekali,
masukkan kelapa yang berisi beras tadi ke dalam bara api dan tunggu sehingga
mendidih dan masak. Salah satu tanda nasi telah masak ialah tempurung kelapa telah
hangus. Angkat kelapa berkenaan, dan belah dua untuk melihat hasilnya. Nasi tadi
berasa amat sedap dan berbau wangi seperti nasi lemah. Sebiji kelapa sesuai untuk
hidangan dua orang dewasa.
Resipi Ketiga - Masak nasi dalam buluh

Bahan - Dua batang buluh lemang, beras secukupnya dan beberapa helai daun pisang
muda.
Cara Membuat - Potong buluh kira-kira panjang sebelah tangan. Kemudian cuci sehingga
bersih dan lapik menggunakan daun pisang muda di bahagian dalamnya (seperti buat

lemang). Beras yang telah dicuci di masukkan ke dalam buluh. Ukuran beras ialah
separuh dari ketinggian buluh berkenaan dan tuangkan air hingga 3/4 penuh. Tutup
hujung buluh dengan daun pisang muda yang telah dibuat gumpalan. Tujuannya supaya
habuk dan asap tidak masuk ke dalam nasi berkenaan. Akhir sekali, sendengkan buluh
yang berisi beras tadi ke tepi bara api dan tunggu sehingga mendidih. Salah satu tanda
nasi telah masak ialah air dalam buluh tadi kering. Sebatang nasih yang dimasak dalam
buluh sesuai untuk hidangan dua orang dewasa.
Resipi Keempat - Masak telur dalam limau

Bahan - beberapa biji telur, dua biji buah limau sunkist, dan beberapa batang lidi.
Cara Membuat - Limau sunkist perlu dipotong dua. Bahagian yang perlu dipotong ialah di
bahagian atas limau berkenaan dan jadikan seperti tutupnya. Kemudian buang bahagian
isi dalamnya dengan cermat supaya tidak bocor. Hanya perlukan kulit luar sahaja untuk
dijadikan 'periuk' sementara. Jika limau sunkist tiada, cari buah hutan yang berkulit tebal
dan basah serta dibuang isi dalamnya. Pecahkan sebiji telur ke dalam 'periuk limau' tadi
dan kacau perlahan-lahan sebelum ditutup dengan kemas. Gunakan lidi sebagai 'jarum'
supaya tutup limau tidak terbuka. Letakkan 'mangkuk limau' yang mengandungi telur
dengan cermat di tepi bara api. Tunggu sehingga telur tadi masak dan dihidang di atas
daun pisang. Rasa telur amat enak, kerana campuran perisa limau dan telur tadi.
Resepi Kelima - Telur bersalut tanah liat

Bahan - Telur secukupnya dan tanah liat sungai.


Cara Membuat - Kumpul tanah liat sungai dalam sebuah bekas. Pastikan tanah liat tidak
terlalu cair. Kemudian balut telur tadi dengan menggunakan tanah liat sehingga tebal.
Tujuan utama kenapa tanah perlu dibalut dengan tebal supaya telur tidak pecah atau
meletup apabila dibakar. Jika selesai, masukkan telur ke dalam bara api dan tunggu
sehingga masak. Tanda telur telah masak ialah, bahagian tanah liat tadi kelihatan kering
dan merekah.

You might also like