Definisi Masalah Penglihatan Dalam Kamus Ialah Apa

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 17

Definisi masalah penglihatan dalam kamus ialah apabila seseorang itu kurang daya

penglihatan dan tiada kemampuan untuk melihat. Dari segi undang-undang pula ialah
apabila seseorang itu mempunyai darjah daya penglihatan kurang dari 20/200 dari yang
normal walaupun dengan bantuan menggunakan kacamata dan kanta lekap yang mana
boleh menganggu prestasi pembelajarannya (Carol Castellano, 2000). Selain dari itu
Gilbert, Sawyer, McNeil (2010) berpendapat definisi masalah penglihatan ialah terbahagi
kepada dua iaitu kebutaan yang sah (legal) dan masalah penglihatan dari segi pendidikan
(pembelajaran). Dari segi legal ianya merujuk kepada teknikal evaluasi manakala dari
segi pendidikan ialah lebih kepada pragmatik. Dari aspek pendidikan, masalah
penglihatan bermaksud, cacat separuh atau kurang nampak ialah mereka yang
berkemampuan untuk membaca dan melihat huruf biasa. Buta ialah mereka yang
langsung tidak dapat melihat dan perlu menggunakan kod Braille untuk membaca.
https://dayangkuamalinaphm.wordpress.com/definisi/

Masalah Penglihatan
Definisi masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanak-kanak
yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Kaedah penyampaian
pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan denagn keperluan kanakkanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka.
Murid-murid di program ini juga mengikuti pelajaran yang sama seperti diikuti oleh
murid normal. Yang berbeza adalah kaedahnya, di mana murid-murid ini didedahkan
kepada penggunaan bahan cetak yang dibesarkan saiz tulisannya bagi yang rabun
manakala bagi yang buta mereka akan diajar menggunakan Braille. Program ini juga
disediakan dalam dua jenis iaitu sekolah khas dan di sekolah biasa (bagi program
integrasi)
Kanak-kanak ini memerlukan kurikulum khas yang khusus dan kaedah pengajaran yang
sesuai dengan ketidakupayaan mereka. Masa mereka di sekolah adalah masa yang amat
berharga yang perlu digunakan sepenuhnya untuk meminimumkan kesan kecacatan
terhadap keupayaan mereka.
KLASIFIKASI LOW VISION DAN BLIND MENGIKUT UKURAN KETAJAMAN
PENGLIHATAN DAN AKUITI VISUAL.
Terdapat dua kategori utama dalam masalah penglihatan iaitu buta dan rabun warna
ataupun disebut penglihatan terhad ( low vision). Pertubuhan kesihatan dunia (WHO)
mendefinisikan kedua-dua kategori di atas sebagai:
Kebutaan:
penglihatan kurang daripada 3/60, pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan
kurang daripada 10 darjah setelah menerima rawatan ataupun pembetulan biasa
(refractive)
Rabun ataupun penglihatan terhad (low vision):
penglihatan kurang dari 6/18 sehingga persepsi cahaya pada mata yang terbaik ataupun
medan penglihatan kurang daripada 10 darjah sesudah rawatan ataupun pembetulan biasa
(refractive). Individu dengan penglihatan terhad dapat melakukan tugas seharian
menggunakan deria penglihatan.
Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan
penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual akuiti dan juga adaptasi
pendidikan kha. Masalah penglihatan dapat di lihat dalam tahap berikut:
Sederhana
Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan
menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat Bantu khas
seperti kanta.
Teruk
Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih banyak
masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malah mengalami kesukaran melakukan
aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti, walaupun dengan bantuan alat khas.
Sangat teruk
Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran
melakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta perlu bergantung pada
deria-deria lain.
BAHAGIAN MATA DAN PUNCA MASALAH PENGLIHATAN

Bahagian Mata
Bahagian
Kornea
Retina
Makular
Iris
Kanta Mata
Pupil

Keterangan
merupakan selaput hening di hadapan biji mata yg menutup mata
hitam dan anak mata. Mempengaruhi hampir keseluruhan kuasa
mata.
lapisan mata paling dalam yg peka kpd cahaya mata hitam.
merupakan kawasan anatomi kecil yang dapat dibezakan daripada
tisu sekelilingnya
bahagian yang paling jelas pada mata. Mempengaruhi warna mata.
bersifat lut sinar, menfokus objek pada jarak yang berbeza-beza
bahagian tengah anak mata, berwarna hitam, di kelilingi oleh iris,
mengawal jumlah cahaya yang masuk ke dalam mata.

Punca
Terdapat pelbagai punca bagi kecacatan ini termasuk:
baka dan keturunan
komplikasi semasa hamil dan semasa lahir
Rubella
Rubella adalah penyakit virus berjangkit seakan-akan cacar yg boleh menyebabkan
kecacatan kepada bayi sekiranya dihidapi oleh seseorang ibu yg mengandung antara satu
hingga tiga bulan.
sifilis
kecederaan
penyakit
MASALAH-MASALAH MATA YANG LAIN.
1. Katarak
Katarak adalah sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan
rabun. Kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya. Keadaan ini
menjejaskan penglihatan seseorang dan akan menjadi buta sekiranya lewat, atau tidak
dirawat. Masalah katarak berbeza dengan glaukoma yang merupakan sejenis kerosakan
mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata.
Golongan yang berisiko mengidap katarak adalah seperti berikut :Pesakit kencing manis yang gagal mengawal penyakitnya.
Kandungan gula dalam darah menjadikan kanta kurang kenyal dan membentuk katarak.
Orang dewasa yang berusia 60 tahun ke atas.
Katarak merupakan suatu proses akibat usia yang lanjut.
Kanak-kanak dan bayi yang baru lahir dengan komplikasi
Katarak boleh berlaku pada bayi atau kanak-kanak sekiranya si ibu mengidap jangkitan
seperti penyakit Rubella semasa mengandung.
2. Glaukoma
Glaukoma adalah sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang
terlalu tinggi di dalam bebola mata. Kesemua jenis Glaukoma adalah disebabkan
gangguan atau dihalang oleh bendalir yang mengedarkan ke dalam mata. Pusat atau
sempada penglihatan akan rosak atau hilang keseluruhannya apabila tekanan meningkat

dan merosakkan saraf optik. Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan
serabut saraf sehingga ruang penglihatan sekitar seseorang itu menjadi semakin sempit
dan akhirnya akan terus menjadi buta.
Glaukoma Akut
Glaukoma Akut menyerang secara tiba-tiba, mengurangkan daya penglihatan,
menyebabkan mata merah serta kesakitan di dalam dan sekitar bola mata. Glaukoma Akut
memerlukan rawatan kecemasan. Rawatan awal boleh menyelamatkan penglihatan
mereka yang mengidap Glaukoma.
Glaukoma Kronik
Glaukoma Kronik melarat secara perlahan-lahan tanpa rasa sakit. Glaukoma Kronik
melarat secara perlahan-lahan tanpa rasa sakit atau kabur penglihatan. Penghidap
Glaukoma tidak menyedari yang mereka mempunyai masalah Glaukoma Kronik
sehingga keadaan menjadi terlalu lewat untuk mendapatkan rawatan.
Tanda-tanda Glaukoma Kronik
Di antara tanda-tanda Glaukoma Kronik adalah ruang penglihatan yang semakin sempit.
Penglihatan menjadi kabur dan rabun. Kesukaran menyesuaikan penglihatan dalam
keadaan gelap (rabun ayam). Kerap menukar cermin mata kerana penglihatan masih tidak
terang.
3. Degenerasi Makular
Degenerasi Makular, selalunya dipanggil AMD adalah penyebab utama kehilangan
penglihatan dan kerabunan. AMD berlaku apabila makular yang merupakan sebahagian
dari retina yang berfungsi untuk ketajaman, dan pusat penglihatan yang diperlukan untuk
membaca atau memandu, semakin merosot. Degenerasi makular terbahagi kepada dua,
iaitu dalam bentuk basah dan kering.
Degenerasi Makular Kering.
AMD Kering adalah peringkat awal kepada penyakit ini, dan disebabkan oleh penuaan
dan penjarangan tisu-tisu mokular, endapan pigmen di dalam mokular atau kombinasi
kedua-dua proses di atas.
Degenerasi Makular Basah
Kadang kala, AMD kering menjadi lebih parah dan menjadi suatu penyakit yang dikenali
sebagai degenerasi makular basah. Degenerasi Makular Basah terjadi apabila saluran
darah yang baru membesar di bawah retina pecah dan membocorkan darah dan cecair.
Kebocoran ini menyebabkan kerosakan kekal kepada sel-sel retina yang sensitif kepada
cahaya dan seterusnya mewujudkan titik buta pada pusat penglihatan.
4. Ocular Motility
Kebolehan mata untuk bergerak terhalang. Kerosakan ini memberi masalah kepada
penglihatan binokular yang mana kebolehan kedua-dua belah mata untuk memfokuskan
ke atas satu objek dan menyatukan dua imej kepada satu imej yang lebih jelas.
5. Strabismus (Mata Juling)
Suatu keadaan di mana kedua-dua mata tidak searah dan memandang pada titik yang
berbeza. Masalah ini adalah ketidakbolehan untuk memfokuskan objek yang sama pada
kedua-dua belah mata kerana penyimpangan ke dalam atau ke luar pada sebelah atau
kedua-dua belah mata. Sekiranya tidak dirawat, strabismus boleh mengakibatkan
kehilangan penglihatan kekal.
6. Amblyopia (Lazy Eye)
Suatu keadaan di mana salah satu mata tidak berfungsi dan perlu bergantung pada sebelah

mata yang sihat. Mata malas merupakan gangguan yang terjadi pada masa perkembangan
penglihatan. Oleh sebab ketajaman penglihatan berkurang, mata menjadi malas
melakukan fungsinya. Saraf mata yang seharusnya berkembang menjadi terhenti.
Masalah ini sukar dikenal pasti kerana dengan hanya satu mata sahaja, individu mampu
melakukan kegiatan dengan normal. Sekiranya mata yang baik mengalami gangguan,
barulah dapat dikesan bahawa salah satu mata sebenarnya malas melakukan fungsinya.
7. Nistagmus
Nistagmus adalah pergerakan bola mata yang kelihatan bergerak-gerak secara teratur
tetapi pergerakan itu terjadi sendiri. Pergerakan bola mata tersebut seolah seperti
menari-nari, bergoyang, atau melompat-lompat. Nistagmus merupakan salah satu
tanda adanya masalah pada mata itu sendiri atau adanya kelainan di otak. Seseorang
boleh menghidap penaykit ini sejak lahir atau dapat dideritai di kemudian hari.
CIRI-CIRI DAN CABARAN YANG DIHADAPI DARI ASPEK ADAPTASI KHAS
MURID MASALAH PENGLIHATAN, MURID-MURID RABUN,
PENGUBAHSUAIAN BILIK DARJAH, PERKEMBANGAN BAHASA, KEUPAYAAN
INTELEK, ORIENTASI DAN MOBILITI DAN PERKEMBANGAN SOSIAL
Kementerian kesihatan Malaysia menghasilkan buku Manual On The Management of
Children With Visual Impairement yang antara lain memberi cadangan kaedah yang
dapat digunakan semasa menjalankan aktiviti rangsangan terhadap kanak-kanak
bermasalah penglihatan berkaitan penggunaan deria di atas iaitu:
Sentuh
Pandu tangan kanak-kanak untuk menyentuh benda-benda. Beri kanak-kanak pelbagai
benda ataupun objek pelbagai tekstur, bentuk dan saiz. Beri peluang kepada kanak-kanak
untuk menjalankan aktiviti seharian seperti bermain, mengurus diri, menyertai keluarga di
dapur ataupun di taman.
Pendengaran
Bercakap dengan kanak-kanak itu pada setiap kesempatan. Namakan benda-benda yang
disentuhnya dan beritahu apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Terangkan juga
benda-benda yang sedang dilakukan dan jelaskan kepada kanak-kanak itu tentang
perasaan.
Galakkan kana-kanak bercakap, misalnya dengan bertanya soalan kepadanya dan
galakkan ia bertanya kembali.
Elakkan daripada menggunakan bahasa pelat (baby talk) dengan kanak-kanak. Pastikan
orang bercakap terus kepada kanak-kanak. Misalnya jika ada orang yang bertanya ,
Adakah anak anda mahu aiskrim?, cadangkan kepada orang itu supaya bertanya terus
kepada kanak-kanak.
Bau
Pastikan kanak-kanak diberikan peluang untuk menghidu benda, misalnya makanan yang
dimakannya, minumannya, sabun yang digunakan untuk mandi, bau pasar, bau kiosk
petrol, minyak wangi, bedak dan lain-lain.
Rasa
Galakkan kanak-kanak memasukkan benda ke dalam mulut kerana ini menggalakkan
sensasi rasa. Ini selamat dilakukan jika objek itu bersih dan besar serta tidak boleh
ditelan. Aktiviti ini perlu dihentikan apabila kanak-kanak tumbuh gigi.
Berikan makanan dan minuman yang berbagai-bagai dari segi rasa dan tekstur dan
beritahu mereka apakah makanan yang diberikan itu. Tahap kehilangan penglihatan dan

latar belakang murid serta latihan yang diterima memberi kesan terhadap pelbagai strategi
dan cadangan. Kanak-kanak dengan masalah penglihatan memerlukan bantuan dalam
pelbagai aspek pendidikan seperti orientasi dan mobiliti di kawasan yang belum biasa
baginya.
Pendidikan bagi kanak bermasalah penglihatan perlu dilengkapi dengan peralatan yang
sesuai mengikut tahap masalah yang dihadapinya. Antaranya adalah tongkat putih, mesin
braille, buku Braille, alat sentuh seperti peta, gamba rajah timbul, model tiga dimensi,
bilik sumber yang dilengkapi dengan kemudahan mesin braille, alat rakaman audio,
duplicator braille, bilik penyelenggaraan braille, bilik low vision, hand held magnifier,
stand magnifier, spectacle magnifier, dan teleskop.
Bagi setiap kanak-kanak low vision, mereka mesti dinilai dari segi fungsi visual bagi
menentukan tahap penglihatan mereka yang masih ada dengan bantuan alat khas ataupun
tidak. Ini perlu bagi membolehkan mereka menggunakan baki penglihatan dengan
optimum. Penilaian ini mungkin melibatkan preskripsi dan latihan penggunaan alat-alat
untuk kanak-kanak kategori ini.
Kajian Rokiah Omar dan Zainora Mohammed (2004) di sekolah khas menunjukkan
kebanyakkan murid low vision mempunyai akuiti visual dekat yang lebih baik
berbanding akuiti visual jauh. Walau bagaimanapun, kajian mereka turut mendedahkan
ramai murid yang tidak menggunakan peralatan khusus dan ini menyokong kajian Leat
dan Karadsheh (1991) serta Kalloniatis dan Johnston (1990) yang memang mendapati
ramai kanak-kanak low vision tidak dilengkapi dengan peralatan khusus yang sesuai
dengan kecacatan mereka. Alasan yang diberikan oleh murid low vision di sekolah khas
yang dikaji oleh Rokiah dan Zainora adalah seperti berikut:
Tidak mampu membeli peralatan itu,
Peralatan yang ada hilang,
Tidak tahu menggunakan peralatan itu,
Tidak suka menggunakan peralatan itu.
Penggunaan peralatan khas ini perlu dilatih supaya murid bermasalah penglihatan yang
masih mempunyai baki penglihatan dapat memanfaatkan penglihatan mereka. Namun
begitu, latihan perlu diberi di samping memberi motivasi kepada murid-murid dalam
menggunakan peralatan itu.
Keadaan murid low vision yang tidak dibantu dengan peralatan khas menyekat
perkembangan murid itu bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga bidang
perkembangan yang lain seperti emosi dan sosial. Memang diakui ramai murid low
vision yang malu hendak menggunakan peralatan khas atas alasan tersendiri. Namun
dengan memberi kesedaran kepada mereka tentang faedah yang diperoleh, sudah pasti
mereka bersedia melangkah ke hadapan.
http://krt3013blog.blogspot.my/2011/10/masalah-penglihatan.html

JENIS- JENIS MASALAH PENGLIHATAN


Low Vision/ penglihatan terhad
Low vision boleh didefinisikan sebagai kecacatan penglihatan yang tidak sepenuhnya
iaitu apabila seseorang itu berkebolehan melihat antara 20/200 dan 20/70 iaitu kurang
daripada 20%. Menurut World Health organization (WHO) dan Norini Salleh (1993)
telah mengistilahkan kerabunan/ low vision sebagai mempunyai baki penglihatan
(residual vision) yang signifikan.

Penglihatan terhad didefinisikan sebagai signifikan terhadap penurunan tahap


pengupayaan penglihatan iaitu ketepatan penglihatan adalah kurang daripada 6/18 atau
keadaan penglihatan kurang daripada 20 darjah garis pusat (Norini Salleh, 1993).
Masalah penglihatan biasanya meliputi ketajaman penglihatan, keluasan penglihatan dan
pengamatan penglihatan. Ketajaman penglihatan bermaksud keupayaan melihat sesuatu
benda dengan jelas. Keluasan penglihatan bermakna luasnya kawasan yang dapat dilihat
sekiranya mata dan kepala tidak digerakkan. Pengamatan penglihatan bermaksud
pentafsiran penglihatan yang diproses di dalam otak untuk mengenal pasti konsep ruang.
Kedudukan atau orentasi objek sama ada terbalik atau tidak. Penglihatan terhad terbahagi
kepada beberapa jenis iaitu:
I.

Miopia/ rabun jauh

Objek dekat saja dapat difokuskan dengan jelas kerana biji mata terlalu panjang atau
kuasa kanta mata yang terlalu tinggi. Ini menyebabkan sinar cahaya bertumpu dihadapan
retina. Kecacatan ini boleh dibetulkan dengan memakai cermin mata berkanta cekung
yang memapah cahaya supaya imej dapat difokuskan ke atas retina ( Hallan dan
Kauffman, 1994)
II.

Hiperopia/ rabun dekat

Objek jauh dapat difokuskan dengan jelas kerana biji mata terlalu pendek ataupun kuasa
kanta mata yang terlalu rendah. Ini menyebabkan sinar cahaya bertumpu di belakang
retina. Kecacatan ini boleh dibetulkan dengan memakai cermin mata berkanta cembung
yang menumpukan cahaya supaya imej dapat difokuskan ke atas retina (Hallan dan
Kauffman, 1994)
III.

Presbiopia

Masalah ini disebabkan kekenyalan kanta mata dan biasanya berlaku di kalangan orang
tua. Kecacatan ini boleh dibetulkan dengan memakai cermin mata berkanta Bifokal.
Bahagian atas kanta digunakan untuk pandangan jauh dan bahagian bawah digunakan
untuk membaca.
IV.

Astigmatisme

Cahaya tidak dapat difokuskan pada titik yang sama. Kecacatan ini boleh diperbetulkan
dengan memakai cermin mata berkanta bifokal. Bahagian atas kanta digunakan untuk
pandangan jauh dan bahagian bawah digunakan untuk membaca.
V.

Rabun warna

Rabun warna bukanlah merupakan kerabunan tetapi kecacatan penglihatan yang


menyebabkan seseorang yang mengalaminya tidak dapat membezakan warna khususnya

warna asas. Ia adalah kecacatan keturunan yang aneh yang melibatkan kira-kira 8% lelaki
dan 0.4% perempuan (Norini Salleh, 1993). Orang yang menghadapi rabun warna sering
mengalami kesulitan untuk membezakan di antara warna merah dan hijau. Ujian
mengesannya mudah dilakukan iaitu dengan menunjukkan beberapa plat buku yang
mengandungi titik berwarna yang berbeza untuk dijadikan nombor tertentu. Nombornombor ini akan disalahtafsirkan oleh orang yang rabun warna. Terdapat tiga jenis rabun
warna iaitu dichromat (merah-hijau), dichromat (kuning-biru), dan monokromat hanya
menggunakan satu warna untuk menghasilkan warna-warna pelangi.
VI.

Rabun malam

Ia adalah kecacatan disebabkan oleh keturunan. Ia sukar dikesan dan mungkin


menjejaskan pekerjaan seseorang. Keadaan ini tidak dapat dirawat.
VII.
Penglihatan terowong
Penglihatan yang terhad. Hanya sebahagian saja objek yang dapat dilihat.
VIII.

Strabismus (juling)

Oleh kerana tidak ada koordinasi di antara otot-otot mata menyebabkan mata tidak lurus,
tetapi bertemu di atas, terpesong keluar atau tegak ke atas atau ke bawah. Oleh itu tidak
dapat memfokuskan pada satu tang sama. Juling boleh dikesan apabila bayi berumur
enam bulan apabila penglihatannya kabur.
IX.

Ambliopia (mata malas)

Masalah ini mungkin disebabkan juling. Salah satu mata tidak dapat berfungsi dengan
betul. Oleh itu, penglihatan menjadi kabur dan menimbulkan kekeliruan. Keadaan ini
boleh dirawat sebelum umur tujuh tahun.
X.

Glaukoma

Masalah ini disebabkan tekanak pada biji mata yang memusnahkan urat saraf mata dan
seterusnya menjejaskan penglihatan. Biasa dialami oleh orang yang berusia 40 tahun ke
atas.
XI.

Diplopia

Mereka yang menghadapi masalah ini akan mengalami masalah di mana semua objek
nampak dua.
XII.

Albinisme

Mereka yang menghadapi masalah ini sangat sensitif pada sinaran cahaya. Penyakit ini
selalunya disebabkan oleh keturunan.

Ciri-ciri masalah penglihatan atau buta.


Kanak-kanak yang mengalami kecacatan penglihatan yang teruk biasanya dapat
dikesan dari peringkat pra sekolah dan persekolahan sebenarnya.
Hewett udan Forness (1974), menyatakan kecacatan ini boleh dikesan melalui tiga cara
iaitu rupa, tingkahlaku, dan aduan. Ini diakui oleh The uNational Society For The
Prevention Of Blindness (1972), pula menyatakan ia boleh dikesan melalui:
a)

Rupa

Kanak-kanak yang cacat penglihatan adalah berbeza daripada kanak-kanak normal seperti
berikut:
I.
II.
III.
IV.
V.
VI.
b)

Matanya sangat sensitif pada cahaya.


Bahagian tepinya berwarna merah.
Kelopak matanya bengkak
Matanya selalu berair
Juling iaitu memutarkan matanya bila melihat
Bintik-bintik putih di tengah mata.

Tingkahlaku

Tingkahlaku kanak-kanak yang mengalami kecacatan penglihatan juga boleh dikesan


melalui:
I.
Menggosok dan mengerdip mata dengan berlebihan
II.
Selalu mengerutkan mata
III.
Suka menutup dan melindungi sebelah mata
IV.
Mendekatkan kepala bagi melihat sesuatu mata.
V.
Susah untuk membaca atau melakukan sesuatu kerja dan perlu
mendekatkan objek pada mata
VI.
Kerap menangis
VII.
Memegang kepala dengan cara luar biasa
VIII.
Kerap melanggar sesuatu dan terjatuh apabila berjalan.
c)

Aduan

Kanak-kanak yang mengalami sesuatu masalah biasanya kan menyatakan tidak puas
hatinya untuk mendapatkan perhatian. Ciri-ciri bagi kanak-kanak yang mengalami
masalah kecacatan penglihatan ialah:
I.
II.
III.
IV.

Mengadu melihat objek yang tidak jelas atau nampak


Merasa sakit kepala bila membuat sesuatu kerja
Pandangan sentiasa kabur
Mengadu nampak dua imej pada sesuatu (double vision)

2.1.4 Ciri-ciri kanak-kanak Low Vision/ penglihatan terhad


Masalah penglihatan boleh dialami oleh kanak-kanak, tetapi keadaan itu sukar
dikesan pada peringkat awal. Ini kerana kanak-kanak tidak memahami masalah itu dan
tidak tahu bagaimana menyatakan. Kanak-kanak yang mengalami kecacatan penglihatan
terhad biasanya dapat dikesan pada peringkat prasekolah, tetapi kecacatan yang
sepenuhnya mungkin dapat dikesan bila mereka mula bersekolah. Hewett dan Forness
(1974) menyatakan kecacatan ini boleh dikesan melalui tiga cara iaitu rupa, tingkahlaku
dan aduan. The National Society For The Prevention Of Blindness (1972) pula
menyatakan ia boleh dikesan melalui:
a)

Rupa

Mata kanak-kanak bermasalah penglihatan terhad adalah berbeza dengan kanak-kanak


normal antaranya ialah:
I.
II.
III.
IV.
V.
VI.

Sentiasa mengerdip dan menggosok mata.


Penglihatan kabur dan kadang kala menjadi dua imej
Juling iaitu memutar-mutar matanya bila melihat sesuatu
Kelopak mata keras, bengkak dan merah di keliling.
Bahagian tepi matanya berwarna merah
Mengadu sakit mata kadang kala mata selalu berair kerana

terlalu sakit
VII.

Katarak- bahagian anak mata berbintik putih, berkabut dan

kelam
VIII.
b)

Mata yang terlalu sensitif kepada sebarang cahaya.

Tingkahlaku

Tingkahlaku kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan juda boleh dikesan


seperti:
I.
Selalu mengerut mata dan bahagian kening
II.
Suka menutup dan melindungi sebelah mata
III.
Mendekatkan kepala bagi melihat sesuatu objek
IV.
Susah untuk membaca atau melakukan sesuatu kerja dan perlu
mendekatkan objek kepada mata.
V.
Kerap menangis
VI.
Kerap melanggar tiang-tiang dan tunggul sewaktu berjalan
VII.
Memegang kepala dengan cara luar biasa
VIII.
Suka memicit dan mencucuk matanya untuk melihat sesuatu
IX.
Meniru ketika berada berada di dalam kelas
X.
Mata cepat letih
XI.
Sering tersandung dan terjatuh apabila berjalan, menaiki atau
menuruni tangga.

c)

Aduan

Kanak-kanak yang mengalami sesuatu masalah biasanya akan menyatakan perasaan tidak
puas hati supaya mendapat perhatian. Tanda-tanda aduan yang dapat diperhatikan seperti:
I.
II.
III.
IV.
V.
VI.
VII.

Mangadu kerana tidak dapat melihat dengan jelas


Berasa sakit kepala apabila membuat sesuatu kerja
Pandangan kabur
Mengadu nampak dua imej pada suatu objek
Mengadu suasana manjadi gelap apabila awan mendung
Mengadu sakit mata sehingga kadang kala mata berair
Pelajarannya kurang memuaskan

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan


Kaedah pengajaran dan penmbelajaran bagi kanak-kanak bermasalah penglihatan agak
berbeza dengan kanak-kanak bermasalah pendengaran walaupun kanak-kanak
bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran melalui arus perdana. Perbezaan ini
dapat dilihat dari segi penyampaian sesebuah matapelajaran dan kaedah yang dipilih oleh
guru dalam program pendidikan khas bermasalah penglihatan. Kaedahkaedah yang
dipilih adalah seperti berikut:
Kemahiran mendengar dan menggunakan deria lain.
Kanak-kanak bermasalah penglihatan hanya tidak dapat melihat atau tidak melihat
dengan jelas tetapi mereka mempunyai daya pendengaran yang agak tinggi. Maka mereka
menggunakan daya pendengaran untuk mempelajari pelbagai matapelajaran. Selain
menggunakan daya pendengaran, mereka juga menggunakan deria mereka yang lain
seperti tangan. Mulut dan deria rasa untuk menjalankan tugasan atau kerja yang diberikan
oleh guru mereka.
Pengubahsuaian Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Guru akan mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran sesuatu matapelajaran
mengikut keupayaan kanak-kanak bermasalah penglihatan. Contohnya, guru akan
mengajar menulis dengan menaip menggunakan Braille. Ini akan memudahkan kanakkanak bermasalah penglihatan bagi menulis nota atau menyiapkan kerja yang diberikan
oleh duru mereka.

http://lisazadora.blogspot.my/2012/07/jenis-jenis-masalah-penglihatan.html

Ada 2 definisi masalah penglihatan


Dari Segi Perundangan
Definisi masalah penglihatan melibatkan penilaian ketajaman penglihatan dan medan
penglihatan seseorang. Bacaan ketajaman penglihatan akan membezakan seseorang, sama
ada dia buta atau kabur penglihatan
Dari Segi Pendidikan
Dari segi pendidikan masalah penglihatan bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang
memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan.
Klasifikasi masalah penglihatan boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
(a) Kategori low vision (penglihatan terhad)
Kategori low vision juga dikenali sebagai penglihatan terhad. Penglihatan kurang

daripada 6/18 sehingga persepsi cahaya pada mata yang terbaik ataupun medan
penglihatan kurang daripada 10 darjah sesudah rawatan ataupun pembetulan biasa.
Individu dengan penglihatan terhad dapat melakukan tugas seharian menggunakan deria
penglihatan.
(b) Kategori blind (buta)
Biasanya penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang terbaik, ataupun medan
penglihatan kurang daripada 10 darjah setelah menerima rawatan ataupun pembetulan
biasa.

FUNGSI SETIAP BAHAGIAN MATA.


SKLERA (sclera)
mempunyai ciri-ciri iaitu lapisan putih yang kuat,Memegang bentuk mata,dan berfungsi
untuk melindungi mata.
KORNEA (cornea)
mempunyai ciri-ciri iaitu membran lut cahaya (translucent) sklera, pada bahagian depan
mata.dan berfungsi untuk membenarkan cahaya masuk ke dalam mata dan memfokus
cahaya pada retina.
KOROID (choroid)
Mempunyai ciri-ciri iaitu lapisan gelap yang mempunyai banyak kapilari darah.dan
berfungsi untuk membekal oksigen dan makanan kepada mata dan menyerap dan
mengelakkan pantulan cahaya di dalam mata.
KONJUNKTIVA (conjunctiva)
Mempunyai ciri-ciri iaitu lapisan epitelium pada depan mata.dan berfungsi untuk
melindungi kornea.
IRIS
mempunyai ciri-ciri iaitu lapisan berbentuk cakera (disc-shaped) pada depan mata.dan
berfungsi untuk menentukan warna mata dan mengawal saiz pupil dan jumlah cahaya
yang memasuki mata.
ANAK MATA (pupil)
Mempunyai ciri-ciri iaitu bukaan kecil pada depan mata.dan berfungsi untuk
membenarkan cahaya memasuki mata.
KANTA MATA (lens)
Mempunyai ciri-ciri iaitu Kanta cembung yang lut sinar dan elastik.dan berfungsi untuk
membias dan menfokus cahaya pada retina.
OTOT SILIA (ciliary muscle)
Mempunyai ciri-ciri iaitu otot yang membentang dari koroid.dan berfungsi untuk
mengubah ketebalan kanta apabila jarak fokus kanta berubah.
LIGAMEN GANTUNG (supportive ligament)
Mempunyai ciri-ciri iaitu satu struktur yang terbentuk daripada gentian kolagen.dan
berfungsi untuk menyokong dan memegang kanta pada tempatnya
GELEMACA (vitreous humour)
Mempunyai ciri-ciri iaitu bahan seperti jeli yang mengisi ruang di dalam biji mata.dan
berfungsi untuk mengekalkan bentuk mata,menyerakkan dan memfokus imej pada
retina,dan bertindak sebagai penyerap getaran pada mata.
GELEMAIR (aqueous humour)
Mempunyai ciri-ciri iaitu cecair tidak berwarna yang mengisi ruang di bahagian hadapan

kanta mata.dan berfungsi untuk membias dan menfokus cahaya yang memasuki mata.
SARAF OPTIK (optic nerve)
Mempunyai ciri-ciri iaitu sekumpulan saraf yang menghubungkan retina ke otak.dan
berfungsi untuk menghantar impuls dari retina ke otak untuk ditafsirkan.
RETINA
Mempunyai ciri-ciri iaitu lapisan sel yang peka kepada cahaya.Dan berfungsi untuk
mengesan rangsangan cahaya dan menukarkannya kepada impuls.
(A) bintik kuning(yellow spot)
Titik bertentangan dengan pupil dan kaya dengan reseptor peka cahaya.Dan berfungsi
untuk kawasan mata yang paling peka terhadap cahaya dan imej objek yang dilihat
difokus disini.
(B) bintik buta(blind spot)
Titik melalui saraf optik, yang keluar dari retina, dan tidak mempunyai sel yang peka
kepada cahaya.Dan berfungsi untuk kawasan mata yang tidak peka terhadap cahaya dan
imej objek yang terbentuk di sini tidak dapat dikesan.
https://haddahayata.wordpress.com/masalah-penglihatan/

Definisi masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanak-kanak


yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Kaedah penyampaian
pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan denagn keperluan kanakkanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka.
Murid-murid di program ini juga mengikuti pelajaran yang sama seperti diikuti oleh
murid normal. Yang berbeza adalah kaedahnya, di mana murid-murid ini didedahkan
kepada penggunaan bahan cetak yang dibesarkan saiz tulisannya bagi yang rabun
manakala bagi yang buta mereka akan diajar menggunakan Braille. Program ini juga

disediakan dalam dua jenis iaitu sekolah khas dan di sekolah biasa (bagi program
integrasi)
Kanak-kanak ini memerlukan kurikulum khas yang khusus dan kaedah pengajaran yang
sesuai dengan ketidakupayaan mereka. Masa mereka di sekolah adalah masa yang amat
berharga yang perlu digunakan sepenuhnya untuk meminimumkan kesan kecacatan
terhadap keupayaan mereka.
KLASIFIKASI LOW VISION DAN BLIND MENGIKUT UKURAN KETAJAMAN
PENGLIHATAN DAN AKUITI VISUAL.
Terdapat dua kategori utama dalam masalah penglihatan iaitu buta dan rabun warna
ataupun disebut penglihatan terhad ( low vision). Pertubuhan kesihatan dunia (WHO)
mendefinisikan kedua-dua kategori di atas sebagai:
Kebutaan:
penglihatan kurang daripada 3/60, pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan
kurang daripada 10 darjah setelah menerima rawatan ataupun pembetulan biasa
(refractive)
Rabun ataupun penglihatan terhad (low vision):
penglihatan kurang dari 6/18 sehingga persepsi cahaya pada mata yang terbaik ataupun
medan penglihatan kurang daripada 10 darjah sesudah rawatan ataupun pembetulan biasa
(refractive). Individu dengan penglihatan terhad dapat melakukan tugas seharian
menggunakan deria penglihatan.
Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan
penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual akuiti dan juga adaptasi
pendidikan kha. Masalah penglihatan dapat di lihat dalam tahap berikut:
Sederhana
Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan
menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat Bantu khas
seperti kanta.
Teruk
Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih banyak
masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malah mengalami kesukaran melakukan
aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti, walaupun dengan bantuan alat khas.
Sangat teruk
Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran
melakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta perlu bergantung pada
deria-deria lain.
CIRI-CIRI DAN CABARAN YANG DIHADAPI DARI ASPEK ADAPTASI KHAS
MURID MASALAH PENGLIHATAN, MURID-MURID RABUN,
PENGUBAHSUAIAN BILIK DARJAH, PERKEMBANGAN BAHASA, KEUPAYAAN
INTELEK, ORIENTASI DAN MOBILITI DAN PERKEMBANGAN SOSIAL
Kementerian kesihatan Malaysia menghasilkan buku Manual On The Management of
Children With Visual Impairement yang antara lain memberi cadangan kaedah yang
dapat digunakan semasa menjalankan aktiviti rangsangan terhadap kanak-kanak
bermasalah penglihatan berkaitan penggunaan deria di atas iaitu:
Sentuh
Pandu tangan kanak-kanak untuk menyentuh benda-benda. Beri kanak-kanak pelbagai
benda ataupun objek pelbagai tekstur, bentuk dan saiz. Beri peluang kepada kanak-kanak

untuk menjalankan aktiviti seharian seperti bermain, mengurus diri, menyertai keluarga di
dapur ataupun di taman.
Pendengaran
Bercakap dengan kanak-kanak itu pada setiap kesempatan. Namakan benda-benda yang
disentuhnya dan beritahu apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Terangkan juga
benda-benda yang sedang dilakukan dan jelaskan kepada kanak-kanak itu tentang
perasaan.
Galakkan kana-kanak bercakap, misalnya dengan bertanya soalan kepadanya dan
galakkan ia bertanya kembali.
Elakkan daripada menggunakan bahasa pelat (baby talk) dengan kanak-kanak. Pastikan
orang bercakap terus kepada kanak-kanak. Misalnya jika ada orang yang bertanya ,
Adakah anak anda mahu aiskrim?, cadangkan kepada orang itu supaya bertanya terus
kepada kanak-kanak.
Bau
Pastikan kanak-kanak diberikan peluang untuk menghidu benda, misalnya makanan yang
dimakannya, minumannya, sabun yang digunakan untuk mandi, bau pasar, bau kiosk
petrol, minyak wangi, bedak dan lain-lain.
Rasa
Galakkan kanak-kanak memasukkan benda ke dalam mulut kerana ini menggalakkan
sensasi rasa. Ini selamat dilakukan jika objek itu bersih dan besar serta tidak boleh
ditelan. Aktiviti ini perlu dihentikan apabila kanak-kanak tumbuh gigi.
Berikan makanan dan minuman yang berbagai-bagai dari segi rasa dan tekstur dan
beritahu mereka apakah makanan yang diberikan itu. Tahap kehilangan penglihatan dan
latar belakang murid serta latihan yang diterima memberi kesan terhadap pelbagai strategi
dan cadangan. Kanak-kanak dengan masalah penglihatan memerlukan bantuan dalam
pelbagai aspek pendidikan seperti orientasi dan mobiliti di kawasan yang belum biasa
baginya.
https://ecekalsmkbb.wordpress.com/guru-pendidikan-khas-2/masalah-penglihatan/

You might also like