Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 39

KANDUNGAN

PERKARA
1

Penghargaan

Unit 1: Sumber Semula Jadi Dan Kegunaannya

Unit 2: Kegiatan Ekonomi Dan Lokasi

Unit 3: Sumbangan Kegiatan Ekonomi

Unit 4: Implikasi Kegiatan Ekonomi Terhadap


Alam.

MUKA SURAT

PENGHARGAAN

ALHAMDULILLAH, DENGAN IZIN ALLAH


JUA KAMI DAPAT MENYIAPKAN FOLIO KAJIAN
TEMPATAN INI DENGAN SEADANYA.
KAMI INGIN MENGUCAPKAN
TERIMA KASIH KEPADA
IBUNDA DAN AYAHANDA KAMI
YANG TERCINTA MEMBANTU KAMI
DALAM MENYIAPKAN
FOLIO INI.
KAMI JUGA INGIN
BERTERIMA KASIH KEPADA
KAWAN-KAWAN KAMI YANG MEMBERIKAN
KAMI MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN
DALAM MENYIAPKAN
FOLIO INI.
AKHIR KATA, UCAPAN TERIMA KASIH
YANG TIDAK TERHINGGA UNTUK SESIAPA
JUA YANG TELAH MENOLONG DALAM
MENYIAPKAN FOLIO INI.

UNIT 1 Sumber Semula Jadi dan

Kegunaannya

Sumber semula jadi merupakan


anugerah Tuhan untuk kegunaan
manusia. Manusia memperoleh
sumber semula jadi dari laut, dalam
tanah, dan hutan. Sumber ini banyak
kegunaannya.

Sumber semula jadi yang


diperoleh mestilah digunakan
dengan cara yang optimum.
Apabila sumber sedia ada habis,
sumber alternatif digunakan.

1. JENIS SUMBER
Kita amat bertuah kerana Negara dianugerahi dengan pelbagai jenis
sumber kita semula jadi terdiri daripada sumber semula jadi. Sumber
semula jadi terdiri daripada sumber mineral, hutan dan laut.Mari kita
kaji.

Sumber hutan
Sumber mineral terdapat dalam tanah di darat dan di dasar laut.Sumber
mineral dalam tanah di darat antaranya ialah arang batu,bijih timah dan
emas. Sumber mineral yang terdapat di antara lapisan batuan di dasar
laut antaranya ialah petroleum dan gas asli.

Sumber hutan

Pokok bakau
Pokok buluh

Pokok rotan

Pokok
Tongkat Ali

Pokok
jelutong

Sumber laut

Rumpai laut

Sotong

Tapak sulaiman

Ketam

2.

Hasil dan Kegunaan Sumber

Kamu telah pun mengetahui sumber semula jadi. Sumber tersebut dapat
diproses menjadi pelbagai jenis produk.Mari kita lihat produk dan
kegunaan setiap jenis sumber tersebut.

Hasil Mineral
Petroleum merupakan sumber mineral utama negara kita. Petroleum
mentah diproses di loji untuk menghasilkan pelbagai jenis produk.
Jadual1.1 Petroleum diproses bagi menghasilkan produk untuk pelbagai
kegunaan.
Produk Petroleum
Minyak petrol
Minyak diesel
Kerosin

Contoh Kegunaan
Bahan bakar yang digunakan oleh kenderaan ringan
seperti kereta,van dan motosikal.
Bahan bakar yang digunakan oleh kenderaan berat
seperti bas,lori dan jentera.
Bahan bakar yang digunakan untuk membuat

Nafta
Bitumen

plastik.
Bahan asas yang digunakan untuk membuat plastik.
Bahan untuk menurap jalan raya.
Minyak pelincir untuk enjin kenderaan.

Bijih timah dan emas diproses untuk menghasilkan pelbagai produk bagi
kegunaan kita. Contohnya, bijih timah dan emas diproses menjadi barang
perhiasan. Selain itu, bijih timah dan emas diproses menjadi barang
perhiasan. Selain itu, bijih timah digunakan untuk menyadur tin supaya tidak
berkarat. Arang batu digunakan sebagai bahan bakar untuk tenaga eletrik.

Hasil Hutan
Hutan negara kita kaya dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan. Tumbuhtumbuhan ini banyak kegunaanya. Mari kita kaji.

Kayu balak
Pokok balak yang ditebang dibawa ke kilang. Kayu balak ini diproses
menjadi kayu gergaji dan papan lapis.

Rotan

Rotan diproses bagi menghasilkan perabot seperti yang ditunjukkan


dalam gambar di bawah.

Ubat-ubatan
Tumbuhan herba seperti mas cotek dan misai kucing diproses menjadi
ubat-ubatan.

Hasil laut
Hasil laut seperti ikan, udang dan sotong merupakan sumber protein
utama bagi penduduk negara kita. Selain itu, terdapat hasil laut yang
boleh diproses menjadi ubat-ubatan dan barang perhiasan.

Penggunaan sumber secara optimum


Di negara kita terdapat banyak sumber semula jadi. Namun, sumber
petrolium,hutan dan laut perlu digunakan secara optimum. Penggunaan
optimum dapat mengelakkan sesuatu sumber daripada dibazirkan.

Tidak boleh bermain terlalu lama.

Sumber Alternatif
Sumber semula jadi akan habis jika digunakan berterusan dan tanpa
kawalan. Oleh itu, bagi menguruskan pergantungan terhadap sumber
semula jadi beberapa sumber alternatif boleh digunakan.
Tenaga yang diperoleh daripada cahaya matahari dapat menghasilkan
tenaga eletrik. Tenaga tersebut boleh digunakan untuk memanaskan air
dan membekalkan tenaga untuk peralatan eletrik.
Bahan sisa pertanian seperti kelapa sawit, sekam padi dan tebu boleh
diproses bagi menghasilkan tenaga elektrik biomas. Tenaga ini dapat
digunakan sama ada di rumah atau bagi keperluan industri.

Fotovoltaik memerangkap cahaya matahari


bagi menghasilkan tenaga elektrik.

UNIT 2 Kegiatan Ekonomi dan Lokasi


Di negara kita terdapat
pelbagai kegiatan ekonomi
seperti perindustrian,
pertanian, perhutanan dan
perlombongan.

Kegiatan ekonomi tersebut


menghasilkan barangan
keperluan untuk kegunaan
kita.

1) Perindustrian
Jenis industri yang terdapat di negara kita ialah industri pemprosesan,
industri berat, industri ringan dan industri desa.

Industri pemprosesan
Industri pemprosesan melibatkan kegiatan memproses bahan mentah
bagi menghasilkan barangan untuk pengguna. Bahan mentah utama yang
diproses ialah petrolium, gas asli, buah kelapa sawit, kayu balak dan
getah.

Pemperosesan minyak kelapa sawit

Industri berat

Industri berat ini terdiri daripada kilang yang menggunakan besi dan
keluli. Gambar di bawah menunjukkan beberapa jenis industri berat di
negara kita.

Membuat kereta

Membuat kapal

Industri ringan
Industri ringan ini terdiri daripada kilang yang membuat pakaian, air
minuman, makanan dan mengetin ikan sardin.

Industri membuat minuman

Industri membuat roti

Industri membuat pakaian

Industri desa

Industri desa terletak di desa atau kampung. Gambar di bawah


menunjukkan beberapa jenis industri desa seperti kain songket, membuat
keropok lekor, mengukir kayu dan memproses kerepek pisang.

Industri membuat kerepek pisang

Industri menenun kain songket

Industri membuat keropok lekor

Industri mengukir kayu

Kawasan perindustrian
Di negara kita terdapat banyak kawasan perindustrian. Kawasan ini
dilengkapi dengan kemudahan seperti jalan raya, bekalan elektrik,
telekomunikasi dan air.

Industri Desa
Contoh: membuat labu sayong di Kuala Kangsar, Perak; kraf tangan di
Melaka; makanan ringan di Kuala Selangor, Selangor;dan menenun kain
songket di Kuala Terengganu, Terengganu.

Industri Berat
Contoh: Membuat labu sayong di Kuala kangsar, Perak dan Shah Alam,
Selangor, dan membuat kapal di Sibu.

Industri Pemprosesan
Contoh: Memproses petroleum dan gas di Pasir Gudang, Johor; Bintulu
dan Miri di Sarawak.

Industri Ringan
Contoh: Membuat pelbagai barangan pengguna di Perai, Pulau Pinang dan
Likas, Sabah.

2) Pertanian
Kita bertuah kerana iklim dan tanih negara kita sesuai untuk kegiatan
pertanian. Kegiatan pertanian terdiri daripada kegiatan penanaman,
penternakan, dan perikanan.

Penanaman
Hasil kegiatan penanaman ialah buah kelapa sawit, padi, getah dan sayursayuran. Contohnya kegiatan menanam padi terdapat di Dataran Kedah,
Delta Kelantan dan Tanjong Karang. Kelapa sawit banyak terdapat di
Jengka Labis, Trolak dan Sibu. Getah pula banyak ditanam terutamanya
di Muar, Johor dan Tenom, Sabah. Nanas ditanam terutamanya di
Pontian, Johor. Sayur-sayuran sederhana ditanam di Cameron Highlands,
Pahang dan Kundasang, Sabah.

Sawah padi di Sg Manik

- Sarah Nabila tinggal di Felda Lenga, Muar, Johor. Bapanya bekerja


sebagai penoreh getah. Kebun getah bapanya terletak di kawasan
beralun, bertanih laterit dan bersaliran baik. Di samping itu, bapanya
menggunakan baja penggalak untuk meningkatkan pengeluaran susu
getah. Racun rumpai digunakan untuk menghapuskan rumput dan semak.
Bapanya menggunakan teknik menoreh yang betul bagi mengelakkan
kerosakan kulit batang getah. Selain itu, dengan teknik penorehan
terbaru terbaru, iaitu G-Flex, lebih banyak susu getah dapat dikeluarkan.
Melalui teknik ini, pokok getah boleh mengeluarkan susu getah sehingga
enam hari selepas sekali ditoreh.

Penternakan
Ayam dan lembu banyak diternak di negara kita. Contohnya, kawasan
penternakan ayam terdapat Manjung, Perak, manakala kawasan
penternakan lembu tenusu terdapat di Kluang, Johor.

Ternakan ayam di Batu Pahat, Johor

Ternakan lembu di Kuala Selangor.

Low Siqng Tey tinggal di Manjung, Perak. Bapanya ialah seorang


penternak ayam telur. Beliau mendapat khidmat nasihat tentang
penternakan ayam daripada Jabatan Haiwan. Beliau menggunakan baka
ayam yang terbaik. Di samping itu, ternakan ayamnya selalu disuntik
ubat bagi mencegah penyakit. Oleh itu, ternakan ayamnya sihat dan
menghasilkan telur yang bermutu tinggi. Telur-telur tersebut dipasarkan
dalam negeri dan dieksport.

Perikanan
Kegiatan menangkap ikan di negara kita dilakukan sama ada di sungai,
tasik dan laut. Selain itu, terdapat kegiatan akualtur. Pusat pendaratan
ikan yang utama ialah Kuantan, Kuala Perlis, Chendering, Besut dan Tok

Bali. Kegiatan utama akualtur pula terdapat di Bukit Merah, Perak dan
Kukap, Johor.

Pusat Pendaratan ikan di Tok Bali, Terengganu.

Amirul tinggal di Chendering, Terengganu. Bapanya bekerja


sebagai nelayan. Agensi kerajaan iaitu Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia (LKIM), telah membantu bapanya memasarkan hasil tangkapan
ikan. Agensi ini juga membantu memberikan pinjaman membeli pukat
dan bot berenjin. Pada musim tengkujuh, bapa Amirul tidak dapat
menangkap ikan kerana laut bergelora dan berbahaya.

3) Perhutanan

Kawasan hutan ini mempunyai pokok-pokok balak yang bermutu tinggi


seperti cengal, merbau, nyatuh, keruing, seraya dan meranti.

4)

Perlombongan

Petrolium dan gas asli dilombong di dasar laut. Emas, arang batu dan
timah pula dilombong di dataran.

UNIT 3
Sumbangan kegiatan Ekonomi
Di negara kita, terdapat banyak kegiatan ekonomi.
Kegiatan ekonomi menyediakan peluang pekerjaan
kepada penduduk. Oleh itu, penduduk memperoleh
pendapatan daripadanya.

Negara perlu memperoleh pendapatan melalui


pelbagai cukai termasuklah cukai yang dikenakan
kepada penduduk. Pendapatan ini digunakan bagi
menyediakan pelbagai kemudahan untuk penduduk.

I. Kepentingan Kegiatan Ekonomi


Kegiatan ekonomi menyediakan peluang pekerjaan, menambah pendapatan
negara, menyumbang kepada pembangunan negara, menyumbang kepada
pembangunan negara dan mendorong pembangunan kawasan.

Kegiatan Ekonomi dan Jenis Pekerjaannya


Kegiatan ekonomi menyediakan pelbagai jenis pekerjaan dalam bidang
pertanian, perlombongan, perindustrian, pembinaan dan perkhidmatan.

-Pertanian
Bidang pertanian meliputi kegiatan penanaman, penternakan dan
perikanan. Kegiatan penanaman menyediakan pekerjaan seperti pesawah
dan peladang kelapa sawit. Kegiatan penternakan menyediakan pekerjaan

seperti penternak ayam, lembu dan rusa. Kegiatan perikanan pula


menyediakan pekerjaan seperti nelayan dan penternak ikan kolam.

-Perkhidmatan
Bidang perkhidmatan menawarkan pelbagai kemudahan kepada orang
ramai. Bidang ini menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk .

-Perlombongan
Bidang perlombongan meliputi kegiatan seperti melombong petroleum,
bijih timah, emas dan arang batu. Bidang ini menyediakan peluang
pekerjaan seperti pengurus lombong, jurutera lombong, jurutera
lombong, penyelia dan pekerja am.

-Pembinaan
Bidang pembinaan melibatkan kegiatan membina kemudahan seperti
bangunan, jalan raya, lebuh raya, kabel elektrik dan peralatan
telekomunikasi. Bidang ini menyediakan peluang pekerjaan seperti
kontraktor, pengurus projek, arkitek, jurutera, penyelia, juruteknik dan
pekerja am.

-Perindustrian
Bidang perindustrian melibatkan pengeluaran barangan. Bidang ini
menyediakan peluang pekerjaan seperti pengurus kilang, jurutera,
juruteknik, kerani, penyelia, operator mesin, pemandu dan pekerjaan
awam.

-Pekerjaan dalam Sektor Awam dan Sektor Swasta


Bidang pekerjaan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu sektor awam dan

sektor swasta. Sektor awam merupakan sektor yang diuruskan dan


dibiayai oleh kerajaan. Sektor swasta merupakan sektor yang diuruskan
dan dibayai oleh syarikat, koperasi, keluarga dan individu.

Menambahkan Pendapatan Negara


Pelbagai kegiatan ekonomi boleh menambahkan hasil pendapatan kepada
negara. Lihat teks di bawah.

Syarikat rimbun glokal sendiriaN berhad

Bapa
Hafiz ialah pemilik Syarikat Rimbun Glokal. Syarikat
ini mengeluarkan produk ubat-ubatan yang
diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan herba.
Produk syarikat ini dijual dalam negara dan
dieksport ke negara eropah, Timur Tengah dan
Afrika. Syarikat ini memperoleh memperoleh
pendapatan daripada hasil jualan ubat-ubatan.

Hasil daripada pendapatan, syarikat membayar gaji


dan elaun kepada pekerja. Syarikat membayar cukai
kepada kerajaan. Pekerja yang mendapat
pendapatan juga membayar cukai pendapatan
kepada kerajaan.
Semua pendapatan dan cukai ini dapat
menambahkan pendapatan negara.

Membangunkan Negara
Kegiatan ekonomi memberikan pendapatan kepada pihak pengusaha dan
pekerja. Mereka termasuklah pekerja sektor awam dan sektor swasta.
Mereka membayar cukai kepada kerajaan. Pendapatan daripada cukai
tersebut digunakan oleh kerajaan untuk membuat projek pembangunan
tersebut memberikan kemudahan kepada penduduk.

UNIT 4
Implikasi Kegiatan Ekonomi terhadap
Alam Sekitar

Pelbagai kegiatan ekonomi dijalankan di negara


kita. Kegiatan ekonomi tersebut memberikan
kesan terhadap alam sekitar.Kegiatan ekonomi
menyebabkan perubahan landskap,
pencemaran dan kepupusan. Kesan ini boleh
diatasi dengan langkah-langkah pemuliharaan
dan pemeliharaan.

Kegiatan Ekonomi dan Pencemaran


Kegiatan ekonomi yang tidak diuruskan dengan baik boleh mendatangkan
kesan terhadap alam sekitar. Kesan-kesan itu ialah perubahan landskap,
pencemaran dan kepupusan.

Perubahan Landskap Akibat Kegiatan Ekonomi


Perindustrian
Pada hari ini, kawasan penanaman getah dan kelapa sawit telah menjadi
kawasan perindustrian, perniagaan dan perumahan. Oleh itu, pokok-pokok
kelapa sawit dan getah ditebang. Banyak kilang, bangunan perniagaan dan

rumah dibina. Kegiatan perinustrian telah mengubah lanskap kawasan itu


daripada kawasan pertanian menjadi kawasan perindustrian.

Perlombongan
Kegiatan melombong mineral seperti bijih timah meninggalkan kolam air
yang besar, tanah berpasir dan permukaan bumi tanpa tumbuh-tumbuhan.

Pembalakan
Kegiatan membalak menyebabkan kawasan hutan menjadi kawasan
belukar. Setelah pokok balak yang berharga ditebang, yang tinggal
hanyalah pokok-pokok kecil, lalang, palma dan semak samun serta jalan
lori balak.

Pembinaan
Kegiatan pembinaan boleh mengubah kawasan hutan menjadi kawasan
perumahan, kilang atau bangunan untuk pejabat dan perniagaan. Ada juga
kawasan hutan yang dibina infrastruktur seperti lebuh raya, lapangan
terbang, pelabuhan dan kabel elektrik.
SEBELUM

SELEPAS

Kawasan hutan

Lebuh raya

Pertanian
Kegiatan pertanian telah menyebabkan kawasan hutan semula jadi
menjadi kawasan hutan semula jadi menjadi kawasan penanaman seperti
ladang kelapa sawit dan getah.

Pencemaran
Kegiatan ekonomi yang tidak dikawal boleh menyebabkan pencemaran.
Pencemaran boleh menjejaskan kehidupan manusia dan hidupan lain sama
ada di darat atau laut.

Pencemaran udara
Kegiatan perindustrian boleh mencemar udara. Misalnya, kilang membuat
simen yang melepaskan habuk ke udara tanpa kawalan. Habuk yang
mengandungi habuk halus menjejaskan penafasan penduduk yang tinggal
berhampiran kilang.
Kilang memproses getah dan kilang kelapa sawit pula boleh mengeluarkan
bau busuk. Bau busuk ini mengeluarkan bau busuk. Bau busuk ini
mengganggu keselesaan penduduk sekitar.
Pembakaran hutan untuk pertanian, perindustrian dan kegiatan ekonomi
lain boleh menghasilkan asap dan debu yang banyak boleh menyebabkan
jerebu. Jerebu menjejaskan kesihatan dan mengurangkan jarak
penglihatan.

Asap kilang mencemari udara.

Pencemaran Air
Terdapat pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab membuang
sampah sarap dan sisa keladak terus ke dalam sungai. Kesannya, hidupan
dalam sungai akan musnah.
Pencemaran air laut boleh disebabkan oleh perlanggaran kapal tangki
yang mengangkut petroleum mentah atau kapal pecah aakibat dilanda

taufan. Pencemaran air laut oleh minyak boleh mengancam hidupan di


dalamnya.
Penggunaan racun rumpai, racun serangga dan baja kimia yang tidak
terkawal boleh menyebabkan air sungai dan tasik tercemar. Kesannya,
hidupan dalam sungai akan musnah.
Kegiatan penternakan di kawasan berhampiran sungai boleh menyebabkan
pencemaran air sungai. Pencemaran berlaku apabila air najis haiwan
disalrkan terus ke dalam sungai. Air najis itu mengurangkan kandungan
oksigen dalam air dan boleh mengancam hidupan di dalamnya.

Pencemaran Darat
Sisa pepejal industri yang dibuang di merata tempat boleh menjadi
tempat pembiakan haiwan seperti lipas, lalat dan tikus. Haiwan ini boleh
menyebarkan penyakit kepada manusia.
Kilang kimia banyak menghasilkan sisa toksik. Pengusaha kilang yang tidak
bertanggungjawab membuang sisa toksik di merata tempat. Sisa toksik

ini boleh meresap dalam tanah dan menyebabkan pencemaran air bawh
tanah. Air yang tercemar jika igunakan akan menjejaskan kesihatan
manusia dan haiwan.

Pencemaran Bunyi
Kegiatan perindustrian dan pembinaan boleh menyebabkan pencemaran
bunyi. Punca pencemaran bunyi termasuklah jentera di tapak pembinaan,
stesen jana kuasa dan kenderaan berat.

Kepupusan Flora Dan Fauna


Kegiatan ekonomi seperti penerokaan hutan dan perindustrian yang tidak
dikawal boleh menyebabkan tumbuhan, haiwan liar dan hidupan dalam air
pupus.

Kepupusan Flora
Kegiatan pembalakan dan pembukaan tanah pertanian boleh menyebabkan
pokok dalam hutan berkurangan dan seterusnya pupus. Selain pokok
balak, tumbuh-tumbuhan berharga lain seperti orkid hutan, pokok paku
pakis, periuk kera dan bunga Rafflesia juga pupus.
Periuk kera antara tumbuhan yang mengalami
kepupusan.

Kepupusan Fauna
Penerokaan hutan menjejaskan habitat haiwan liar seperti gajah, tapir
dan burung merak. Haiwan tersebut sukar memperoleh haiwan dan
membiak. Akhirnya, haiwan akan mati dan pupus. Pengusaha kilang, ladang
ternakan dan lombong yang membuang bahan buangan ke sungai atau tasik
boleh mencemarkan air. Bahan buangan menyebabkan kandungan oksigen
dalam air sungai atau kolam berkurangan. Oleh itu, hidupan dalam air
sukar bernafas dan akhirnya mati.

Kesan Kepupusan terhadap Kegiatan Ekonomi


Kegiatan ekonomi berasaskan sumber semula jadi yang tidak dikawal
boleh menyebabkan sumber itu mengalami kepupusan. Kegiatan
pembalakan yang berlebihan dan tidak terkawal boleh menyebabkan
kepupusan hutan. Apabila hutan pupus, kegiatan pembalakan tidak dapat
dilakukan pada masa hadapan. Kesannya tiada lagi peluang pekerjaan
dalam bidang pembalakan. Sumber kayu balak dalam negara perlu

mengimport kayu balak. Selaian itu, kepupusan hutan menyebabkan


kegiatan rekreasi dalam hutan tidak dapat dijalankan.
Kegiatan menangkap iakan menggunakan pukat tanda menyebabkan anakanak ikan turut tertangkap. Oleh itu, sumber ikan akan berkurangan.
Tumpahan minyak dari kapal tangki pula menyebabkan permukaan laut
dilitupi dengan minyak. Oleh itu, hidupan laut akan mati kerana tidak
memperoleh cahaya matahari dan oksigen yang mencukupi.

Pukat tunda

Apabila

sumber

perikanan

berkurangan

peluang pekerjaan seperti nelayan dan peraih ikan akan terjejas. Sumber
protein daripada hasil kegiatan perikanan menjadi kurang. Oleh itu,
negara terpaksa mengimport sumber perikanan bagi keperluan penduduk.

Langkah pemeliharaan dan pemuliharaan


Kesan alam sekitar akibat kegiatan ekonomi boleh diatasi melalui langkah
pemeliharaan dan pemuliharaan. Sebagai waraga yang sayangkan negara,
kita semua mestilah menyokong usaha ini.

Pemeliharaan
Pemeliharaan merupakan langkah
melindungi dan memelihara sesuatu

Badak Sumatera merupakan


haiwan yang hampir pupus

sumber semula jadi daripada


tercemar atau pupus. Usaha ini
menjamin sumber semula jadi terus
wujud dan dapat digunakan secara
berterusan pada masa hadapan.

Pemuliharaan
Pemuliharaan merupakan langkah
memulihkan sumber semula jadi
yang sedang terancam dan hampir
pupus supaya boleh terus hidup dan
membiak. Di pusat pemuliharaan,
tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang
terancam dipuihara dengan rapi.
Tumbuh-tumbuhan dan haiwan
dibiakkan.

-Kegiatan pembalakan
Pemeliharaan Hutan
Kerajaan mewartakan sesuatu kawasan hutan sebagai hutan simpan kekal,
dan taman negara. Dalam hutan simpan kekal, pembalakan dan pemburuan
tidak dibenarkan. Bagaimanapun, tumbuh-tumbuhan herba dan buahbuahan hutan boleh diambil dengan kebenaran Jabatan Perhutanan.
Dalam taman negara, kegiatan pembalakan dan pemburuan tidak boleh
dijalankan. Walaupun begitu, kegiatan rekreasi, pelancongan dan
penyelidikan dibenarkan. Contoh kawasan taman negara ialah Taman

Negara Pahang, Taman Negara Endau-Rompin di Johor, Taman Negara


Kinabalu di Sabah dan Taman Negara Bako di Sarawak.

Kawasan Taman Negara, Pahang

Pemuliharaan Hutan
Kawasan hutan yang telah dibalak ditanam semula untuk menggantikan
pokok yang telah ditebang. Contohnya pokok jati bermutu tinggi ditanam
di kawasan tersebut. Pokok ini dibiakkan di pusat pembiakan pokok hutan
seperti di Mantin, Negeri Sembilan dan di Sandakan, Sabah. Pusat ini
diuruskan oleh Jabatan Perhutanan.

Pemeliharaan Haiwan Liar


Kegiatan menebang hutan menyebabkan habitat haiwan terancam. Oleh
itu, ada haiwan ditempatkan semula di pusat pemeliharaan haiwan.
Contohnya gajah dipelihara di Pusat Pemeliharaan Gajah di Kuala Gandah,
Pahang.

Kegiatan Pertanian
Pemeliharaan
Contohnya, pada musim pertama kawasan tanah ditanam dengan pokok
kacang panjang, pada musim kedua kawasan tanah yang sama ditanam
dengan pokok cili.

Pemuliharaan
Penggunaan baja kimia secara berterusan menyebabkan tanih berasid dan
tidak sesuai untuk tanaman. Keadaan ini boleh diatasi dengan cara
menggunakan baja organik dan menjalankan tanaman secara bergilir.

Kegiatan perikanan
Pemeliharaan
Menangkap ikan menggunakan bom di laut atau tuba di sungai boleh
menebabkan hidupan dalam air mati. Bagi mengatasinya Jabatan Laut
mengadakan pemantauan. Penangkap ikan yang tidak bertanggungjawab
akan dikenakan tindakan undang-undang.
Pemuliharaan
Ancaman kepupusan ikan dalam sungai boleh dipulihkan dengan
mewujudkan santuari ikan. Contohnya, ikan kelah yang hampir pupus boleh
dibiakkan dan dilepaskan semula ke sungai atau tasik. Antara kawasan
santuari ikan kelah termasuklah Tasik Kenyer, Terengganu.

Kegiatan Perlombongan
Pemeliharaan
Kegiatan melombong dan mengangkut minyak ke pusat pemprosesan
sering menyebabkan tumpahan minyak. Oleh itu, pemantauan dan tindakan
segera terhadap pencemaran air laut dapat mengelakkan hidupan laut
daripada musnah. Pihak yang melakukan pencemaran boleh dikenakan
tindakan undang-undang.
Pemuliharaan
Pencemaran air boleh menyebabkan hidupan seperti kerang, ikan dan
penyu musnah. Oleh itu, langkah pemuliharaan hidupan ini perlu dilakukan.

Contohnya, pusat pemuliharaan diwujudkan di Rantau Abang, Terengganu.


Pusat ini dikenali sebagai Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (TUMEC).

Kegiatan Perindustrian
Pemeliharaan
Terdapat pengusaha kilang memproses kelapa sawit yang tidak
bertanggungjawab menyalurkan sisa keladak kelapa sawit ke dalam
sungai. Tindakan ini boleh mencemarkan air sungai. Oleh itu, air sisa
keladak perlu dialirkan ke dalam kolam takungan terlebih dahulu supaya
keladak mendap. Selepas itu, air yang tidak mengandungi keladak
dialirkan ke dalam sungai.

FOLIO
KAJIAN
TEMPATAN
EKONOMI NEGARA

NAMA:

MUHAMMAD EHSAN BIN


MOKHTAR
NUR HAKIMIN BIN SATAR
NAMA GURU:

PUAN SITI ZAITON


sEkolah kebangsaan Perwira,
km5, jalan changkat jong 36000,
intan

teluk

You might also like