Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

ALAT MUZIK TRADISIOANAL

NAMA: MAWADDAH BINTI SHAMSUL


KELAS: 4 ARIF
MATA PELAJARAN: MUZIK
NAMA GURU: PN ROSZAINA BINTI ABU BAKAR

ISI KANDUNGAN

KOMPANG / KERINCING:

M/S 1

SOMPOTON / GAMBUS:

M/S 2

KAYU TIK TOK / GENDANG:

M/S 3

GONG / REBANA:

M/S 4

SERULING/ANGKLUNG:

M/S 5/6

ALAT MUZIK

INI IALAH KOMPANG.


Kompang digunakan di pelbagai majlis seperti Perarakan Hari Kemerdekaan,
pelbagai majlis rasmi, serta majlis perkahwinan. Kompang yang berbentuk seperti
sebiji tamborin tanpa kepingan besi disekelilingnya, selalunya dimainkan secara
berkumpulan. Pelbagai corak paluan dihasilkan dengan melapiskan pelbagai rentak
paluan yang berbeza menjadi satu gabungan ritma yang menarik.

INI IALAH KERINCING.


Kerincing diperbuat daripada besi dan berbentuk segitiga. Kerincing mempunyai
sebatang besi pengetuk. Apabila diketuk kerincing menghasilkan bunyi lanjut yang
nyaring.

INI IALAH SOMPOTAN


Alat muzik Sompoton ini dimainkan oleh Suku kaum Dusun Kadazan yang berada di
pedalaman.Alat muzik ini merupakan alat organ mouth yang dikategorikan sebagai
alat muzik erofon.

INI IALAH GAMBUS


Ia mempunyai 12 tali tangsi. Badannya membujur bulat seakan-akan labu air dengan
belakangnya yang melengkung. Lehernya ialah persambungan dari badannya. Ia
dipetik sama seperti bermain gitar. Alat muzik ini digunakan dalam permainan
Ghazal atau tarian Zapin dan untuk mengiringi nyanyian serta tarian Andai-Andai
oleh orang Brunei di Sabah.

INI IALAH KAYU TIK TOK


Tik-Tok diberbuat daripada kayu. Ia mempunyai pemegang dan sebatang pengetuk.
Tik-Tok menghasilkan bunyi yang tidak lanjut. Bunyi di bahagian kanan tik-tok tidak
sama dengan bunyi di bahagian kirinya. Cara memegang dan memainkan tik-tok:
Pegang tik-tok dengan tangan kiri dan pemegangnya dengan tangan kanan.
Ketuk tik-tok pada bahagian kanan dan kirinya secara bergilir-gilir.

INI IALAH GENDANG


Gendang ialah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau,
kambing atau lembu. Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam keluarga
genderang. Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan. Ada
gendang yang digunakan untuk persilatan bagi orang Melayu. Ada gendang
digunakan bagi tari menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut
perayaan atau pertabalan Diraja.

INI IALAH GONG


Gong merupakan alatan penting yang berperanan sebagai bunyi tulang belakang
dalam essemble persembahan muzik gamelan. Gong terdiri daripada pelbagai saiz
untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersamasama mengikut rentak lagu. Di Malaysia, jumpaan terawal bentuk awal gong adalah
gendang Dong Son yang dijumpai di Batu Buruk, Terengganu pada 1974.

INI IALAH REBANA


Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi
lagu-lagu budaya. Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana
sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang.
Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong.

INI IALAH SERULING


Seruling merupakan sejenis alat muzik yang ditiup. Ia diperbuat daripada buluh satu
ketika dahulu. Namun kini seruling moden ada yang diperbuat daripada logam
aluminium dan plastik. Cara memainkannya adalah dengan meniup. Akan tetapi cara
meniup seruling hendaklah betul bagi mengeluarkan bunyi yang baik .

INI IALAH ANGKLUNG


Angklung adalah alat musik terbuat dari dua tabung bambu yang ditancapkan pada
sebuah bingkai yang juga terbuat dari bambu. Tabung-tabung tersebut diasah
sedemikian rupa sehingga menghasilkan nada yang beresonansi jika dipukulkan.
Dua tabung tersebut kemudian ditala mengikuti tangga nada oktaf. Untuk
memainkannya, bagian bawah dari bingkai ini dipegang oleh satu tangan, sementara
tangan yang lain menggoyangkan angklung secara cepat dari sisi kiri ke kanan dan
sebaliknya. Hal ini akan menghasilkan suatu nada yang berulang.

2
8

3
9

4
10

You might also like