Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

GURU SEJARAH BERKESAN

Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajlb dipelajari oleh semua murid
secara berterusan selama lima tahun di sekolah menengah. Tujuan mata pelajaran
ini diajar di sekolah adalah untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia
negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia. Di samping itu, mata pelajaran
Sejarah dapat mewujudkan pembangunan negara bangsa Malaysia, semangat
patriotisme clan kesefahaman antarabangsa. Dapatan pemeriksaan Jemaah Nazir
Sekolah menunjukkan mata pelajaran Sejarah kurang diminati oleh murid. Hal ini
berkait rapat dengan kaedah pengajaran guru. Pengajaran Sejarah yang berkesan
bergantung kepada sikap, keupayaan, kemahiran dan pengetahuan guru itu sendiri.
Mengikut Brown (1980), pula "Menguasai Kurikulum Sejarah bukanlah merupakan
perkara yang sukar tetapi kelemahan sebenar terletak pada cara penyampaiannya".
Oleh sebab itu, kaedah pengajaran guru tidak berkesan menjadi punca utama murid
kurang berminat terhadap mata pelajaran Sejarah.

Guru Sejarah berkesan :


1. mempunyai latar belakang pengetahuan sejarah yang kukuh;
2. mempunyai latihan profesional yang mencukupi, terutama dalam bidang
kurikulum dan pedagogi sejarah;
3. mempunyai sikap yang positif terhadap peranannya sebagai guru sejarah dan
sentiasa mencari jalan untuk melengkapi dirinya dengan isu-isu yang berkaitan
dengan pengajaran Sejarah;
4. mempunyai daya imaginasi, kreatif, kritis dan inovatif,
5. mempunyai ciri-ciri peribadi yang menarik, aktif dan daya kecindan (sense of
humour);
6. berupaya mengenal pasti perbezaan latar belakang murid agar dapat
menggunakan pendekatan Pelbagai Kecerdasan (Multiple Intelligences) dalam
pengajaran;
7. berupaya menyediakan sokongan persekitaran pembelajaran yang berkesan
untuk menjayakan Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD)
8. menyedia dan memberi peluang belajar kepada murid untuk menghayati mata
pelajaran Sejarah;
9. berusaha menggunakan sumber pembelajaran dan keupayaan yang maksimum;
10. sentiasa membuat penilaian kendiri dan kajian tindakan berdasarkan kekuatan
dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran;

11. mempunyai kemahiran:


mengurus bilik darjah dengan cekap dan berkesan;
mengurus kerja projek, lawatan dan pengajaran secara kumpulan dengan
berkesan;
melaksanakan pembelajaran berasaskan aktiviti (activity based learning) dan
pembelajaran berasaskan pemikiran (brain based learning);
mengurus bahan pembelajaran yang diperlukan dan
merancang program atau aktiviti secara sistematik.
12. peka kepada perubahan terkini seperti penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK), Pembelajaran Bestari, dan Pembelajaran Kontekstual.

You might also like