Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia

(PPOBM)
Matlamat kami
1. Matlamat Pertubuhan ialah mewujudkan kesempatan saksama dan penyertaan sepenuh orang buta dalam
segala aspek masyarakat.
2. Tujuan Pertubuhan ialah menyediakan sumber dan perkhidmatan bagi pembangunan sosioekonomi orang
buta di Malaysia khususnya:
(a) Meningkatkan dan membantu dalam pendidikan dan pemulihan orang buta dengan menyediakan kursus
latihan dan khidmat sokongan.
(b) Meluaskan peluang pekerjaan dan menggalakan keusahawanan di kalangan orang buta melalui bimbingan
kerjaya dan penempatan pekerjaan.
(c) Mengadakan forum untuk pertukaran pandangan di kalangan orang buta serta menyuarakan pandangan
mereka kepada badan-badan yang berkenaan dengan maksud mewujudkan dasar dan undang-undang yang
mendorong kemajuan orang buta.
(d) Memupuk kesedaran tanggungjawab diri dan sikap positif dikalangan orang buta melalui program motivasi.
(e) Membekalkan kemudahan, alat bantuan atau barangan khas untuk orang buta termasuk penyediaan
perkhidmatan dan maklumat untuk memperoleh dan menggunakan sumber tersebut.
(f) Menyediakan bahan bacaan dalam braille, audio, tulisan besar, digital atau bentuk lain yang boleh diakses
oleh orang buta.
(g) Menjalankan penyelidikan atas perkara-perkara bersangkutan dengan orang buta atau memberi kesan
kepada mereka serta menyebarkan maklumat darihal cacat penglihatan.
(h) Memupuk tanggapan betul dan imej yang positif tentang orang buta di kalangan masyarakat umum melaui
kempen kesedaran awam.
(i) Menggalakkan integrasi sosial serta membantu orang buta mengatasi diskriminasi di bidang pendidikan,
pekerjaan atau akses.
(j) Mempromosikan persekitaran bebas halangan atas dasar akses sama rata dengan cara kempen dan khidmat
nasihat.

(k) Menerima pemberian, wasiat atau wrisan dalam apa jua bentuk untuk tujuan-tujuan Pertubuhan dan
menambahkan tabung kewangan dengan cara yang yidak bercanggah dengan undang-undang.
3. Segala wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil dari penyertaannya dalam mana-mana
perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memejukan dan menjalankan tujuan-tujuan
Pertubuhan ini, dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar
faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli Pertubuhan. Sesungguhpun begitu, peruntukan ini tidak
menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan
atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Pertubuhan ini.

You might also like