Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Tokoh AMINUDDIN BAKI

Aminuddin Baki dilahirkan pada 6 Januari 1926 di


sebuah kampung dalam daerah kecil Chemor di Perak. Beliau menerima
pendidikan awal di Sekolah Melayu Chemor dari tahun 1932 hingga 1936.
Selepas lulus peperiksaan darjah lima beliau meneruskan pelajarannya di
Sekolah Anderson ,Ipoh . Sekolah tersebut merupakan sekolah Inggeris
terbaik dan mempunyai guru yang baik dan berpengalaman. Aminuddin belajar
di sekolah tersebut dari tahun 1936 hingga 1941.
Sekitar tahun 1945 hingga 1946 beliau mula menunjukkan minat dengan
persatuan pelajar. Beliau sangat kagum dengan Persatuan Pelajar-pelajar
Melayu yang ditubuhkan pada 20 November 1945 di Victoria Institution,Kuala
Lumpur. Pada ketika itu hanya mempunyai 11 orang ahli. Persatuan ini
kemudiannya menjadi Kesatuan Kesuratan Penuntut-penuntut Melayu yang
ditubuhkan pada 11 Februari 1946. Kesatuan ini telah menubuhkan satu
jawatankuasa bagi menyatukan semua persatuan pelajar di negara ini dan
Aminuddin telah dilantik sebagai setiausaha. Pada masa yang sama beliau
telah menubuhkan Persatuan Pelajar di Perak yang dikenali sebagai Persatuan
Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI) pada bulan April 1946. Namun begitu
penglibatannya hanya sementara kerana pada bulan Oktober 1947 beliau
diterima sebagai pelajar di Raffles College, sebuah kolej termasyhur.
Pada masa ini UMNO telah ditubuhkan bagi menentang penubuhan Malayan
Union. Dalam masa yang sama pemimpin-pemimpin persatuan pelajar
digalakkan berusaha ke arah pencapaian matlamat mereka. Oleh kerana itu,
Aminuddin dan pemimpin pelajar lain mengambil keputusan untuk
menubuhkan persatuan yang lebih kuat. Tujuh persatuan telah bersidang
selama dua hari di Jalan Tambun, Ipoh.

Hasil daripada persidangan itu terbentuklah Gabungan Pelajar-pelajar Melayu


Semenanjung (GPMS) pada 15 Ogos 1948. Walau bagaimanapun pada tahun
1949 Aminuddin terpaksa berhenti bergiat aktif dalam persatuan pelajar kerana
ditawarkan ke Universiti Malaya, Singapura. Pada ketika itu beliau hanya
mengikuti perkembangan persatuan dari jauh sahaja.
Semasa di universiti beliau berminat mengajar dan untuk menimba
pengalaman beliau telah mendaftar sebagai guru sambilan di Anglo-Malay
Evening School. Beliau telah mengajar di sekolah itu dari tahun 1949 hingga
1951. Dalam tahun 1950, beliau bergiat aktif dalam GPMS dan dilantik sebagai
Yang Dipertua persatuan. Dalam tahun yang sama beliau telah lulus
peperiksaan Sarjana Sastera dan pada tahun berikutnya, lulus Ijazah Kepujian
Sarjana Sastera
Selepas menamatkan pelajarannya, beliau kembali ke Perak dan menjadi guru
di Sekolah Inggeris Sultan Yusuf di Batu Gajah. Pada tahun 1951 hingga Julai,
1952, beliau telah berkhidmat di Sekolah Anderson. Beliau telah melanjutkan
pelajaran
dalam
bidang
pendidikan
di
Institut
Pendidikan,
Universiti London dengan Biasiswa Queen.
Beliau meninggalkan Pulau Pinang dengan menaiki kapal SS Canton pada 12
Julai 1952. Aminuddin menamatkan pengajiannya pada bulan Julai 1953
dengan mendapat Ijazah Master of Methods dalam bidang pendidikan. Selepas
pulang ke tanahair beliau ditawarkan jawatan Pensyarah di Maktab Perguruan
Sultan Idris di Tanjung Malim. Sumbangan besarnya kepada pelajar dengan
memperkenalkan Sejarah Islam tetapi tidak termasuk dalam sukatan pelajaran.
Pada bulan September 1955 Aminuddin terlibat dalam menyediakan Laporan
Pendidikan Razak dan pada tahun 1960 pula beliau dipilih sebagai ahli
jawatankuasa penasihat dalam menyiapkan Laporan Rahman
Pada usia 36 tahun beliau telah dilantik menjadi Ketua Pegawai Pendidikan
Selangor. Pada masa yang sama beliau aktif dalam persatuan dan pertubuhan
lain seperti Senat Universiti Malaya, Persatuan Al-Rahman, Persatuan Sejarah
Tanah Melayu dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan usaha beliau juga
peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil .Pelajaran Malaysia (SPM) dan
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) diwujudkan. Beliau telah menubuhkan
Lembaga Peperiksaan pada tahun 1963. Aminuddin Baki meninggal dunia
pada 24 Disember 1965 kerana diserang penyakit jantung selepas menunaikan
sembahyang. Pada ketika itu memegang jawatan Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia

You might also like