FAQ Hibah General

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

Soalan Lazim / Frequently Asked Questions (FAQs)

Perkara

: Hibah Takaful Am

Pemilik Proses

: Hj Nazrul Hisham Abdul Hamid

Jabatan

: Operasi Takaful Am

Tarikh

: 7 Oktober 2015

Kawalan Versi

: 1.0

SOALAN UMUM DARIPADA PESERTA / WAKIL


Soalan
1.

Apakah pengagihan Hibah?

Jawapan

Sumbangan takaful am anda didermakan ke dalam dana yang


dikenali sebagai Dana Risiko Am (GRF). Tuntutan dibayar
daripada GRF ini, manakala keuntungan pelaburan dan
kerugian juga dikreditkan kepada GRF.
Lebihan semasa pada tahun kewangan tersebut, jika GRF
mempunyai rekod baki positif setelah pembayaran tuntutan dan
peruntukan untuk rizab. Sebahagian daripada lebihan yang
diagihkan kepada peserta disumbangkan dalam bentuk Hibah.
Hibah adalah pemberian sukarela daripada Syarikat.
Kami akan membayar Hibah anda, jika ia adalah lebih daripada
atau sama dengan RM10.00. Jika Hibah anda adalah kurang
daripada RM10.00 bagi setiap yang sijil layak, ia akan
dikekalkan dalam Dana Risiko, mengikut peruntukan dalam sijil
anda.

2.

Adakah Hibah diberi untuk


semua pelan takaful Takaful
IKHLAS?

Hibah diberikan kepada peserta yang menyertai pelan Takaful


Am sahaja.

3.

Adakah saya layak untuk


menerima Hibah?

Takaful IKHLAS menawarkan Hibah kepada peserta yang layak


sekiranya tiada sebarang tuntutan difailkan dalam tempoh
perlindungan kepada semua peserta produk Takaful Am.

4.

Berapakah Jumlah Hibah


yang saya terima

Jumlah hibah yang akan diterima adalah bergantung kepada


kadar sumbangan asas. Untuk maklumat lanjut sila hubungi
pusat panggilan pelanggan kami ditalian 03-2723 9999.

5.

Bagaimanakah Hibah ini akan


diberikan kepada peserta?

Selaras dengan mekanisme e-pembayaran, pembayaran Hibah


anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang diberikan.

6.

Adakah boleh pembayaran


hibah ini dibuat didalam
bentuk cek?
Jika saya telah membuat
tuntutan terhadap sijil takaful
am saya, adakah layak
menerima Hibah?

Bayaran melalui cek adalah dibenarkan sekiranya jumlah hibah


yang diterima melebihi RM50 dan keatas.

7.

Hibah hanya layak diberikan sekiranya tiada sebarang tuntutan


difailkan dalam tempoh perlindungan kepada semua peserta
produk Takaful Am.

Soalan Lazim / Frequently Asked Questions (FAQs)


SOALAN UMUM DARIPADA PESERTA / WAKIL
Soalan

Jawapan

8.

Bilakah saya akan terima


bayarah Hibah tersebut?

Bayaran Hibah (jika ada) akan dibayar selepas berakhir tahun


kewangan berdasarkan tamat tempoh sijil anda.

9.

Bagaimanakah Hibah saya


dikira?

Sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan atas sijil


berkenaan dan tidak membatalkan sijil semasa tempoh
perlindungan Takaful, cara pengiraan adalah:(a)Tolak Yuran Wakalah dan caj retakaful yang berkaitan
daripada sumbangan kasar anda bagi mendapatkan jumlah
tabarru sebenar anda;
(b) Jumlah tabarru anda akan di kira pada kadar purata untuk
tempoh kuatkuasa sijil bagi tempoh berkenaan untuk tahun
kewangan yang mempunyai lebihan, dan
(c) Hibah anda kemudiannya akan dikira dengan mendarabkan
kadar purata tabarru dengan Kadar Hibah seperti yang
diisytiharkan oleh Syarikat.
(d) Jika sijil anda masih berkuatkuasa, Hibah anda akan
terkumpul berdasarkan sumbangan anda yang diperolehi pada
tahun-tahun kewangan tersebut, dan diagihkan selepas
berakhir tahun kewangan yang selari dengan tamatnya tempoh
sijil anda yang layak.

10. Apakah Kadar Hibah?

Takaful IKHLAS menggunakan Dana Risiko tunggal bagi


portfolio takaful am. Oleh itu kadar Hibah yang diisytiharkan
setiap tahun adalah berdasarkan jumlah peruntukan Hibah
seperti yang diisytiharkan oleh Syarikat, dibahagikan dengan
jumlah sumbangan kasar yang diperolehi. Kadar Hibah yang
telah diisytiharkan mengikut tahun kewangan terdahulu adalah
seperti berikut:
Tahun Kewangan Berakhir
31-Mar-2012
31-Mar-2013
31-Mar-2014

Kadar Hibah
3.78%
6.58%
11.16%

11. Mengapa saya tidak menerima Antara sebab mengapa peserta tidak menerima Hibah adalah
seperti berikut:
Hibah untuk salah satu sijil
saya?
(a) Jumlah Hibah anda bagi sijil tersebut adalah kurang
daripada RM10;
(b) Sijil yang berkaitan telah dibatalkan/diserahkan sebelum
tamat kontrak
(c) Tiada lebihan pada Dana Risiko Am.

12. Bolehkah saya menggunakan


Hibah saya untuk
mengurangkan bayaran
sumbangan pembaharuan
sijil?

Dipihak Takaful IKHLAS, kami lebih suka anda yang


memutuskan cara terbaik bagi pengurusan kewangan anda.
Oleh yang demikian, mekanisme pengagihan Hibah dibuat
secara berasingan daripada proses sumbangan pembaharuan.

13. Bolehkah Syarikat menarik


balik Hibah yang telah
diisytiharkan pada sijil saya?
14. Apa akan berlaku kepada
semua jumlah Hibah yang
kurang daripada RM10?

Tidak.

Jika jumlah Hibah bagi setiap sijil adalah kurang daripada


RM10.00, ia akan dikembalikan ke dalam Dana Risiko. Amaun
terkumpul akan menyediakan penampan untuk Dana Risiko

Soalan Lazim / Frequently Asked Questions (FAQs)


SOALAN UMUM DARIPADA PESERTA / WAKIL
Soalan

Jawapan

dalam menguruskan tuntutan yang tidak dijangka atau


sebarang kemungkinan di masa hadapan.

15. Adakah terdapat apa-apa


cukai ke atas Hibah dibayar
kepada saya?

Cukai pegangan pada kadar maksimum 8% dikenakan ke atas


jumlah Hibah yang diagihkan kepada peserta individu.Jika
peserta adalah syarikat bukan pemastautin, kadar cukai yang
berbeza akan dikenakan.

16. Jika saya menyerahkan sijil


saya atas sebab tertentu,
adakah saya layak untuk
agihan Hibah?

Jika anda menyerahkan sijil anda sebelum tamat tempoh


kontrak, anda adalah tidak layak untuk pengagihan Hibah.

17. Jika tempoh sijil saya kurang


daripada 12 bulan
bagaimanakah Hibah saya
akan terjejas?

Jika sijil anda yang secara kontraknya berkuatkuasa untuk


tempoh yang kurang daripada 12 bulan, ia masih layak untuk
pengagihan Hibah, berdasarkan sumbangan pro-rata.

18. Jika sijil saya lebih panjang


daripada 12 bulan
bagaimanakah Hibah saya
akan terjejas?
19. Saya telah membuat
perubahan, menyebabkan
sumbangan tambahan
dibayar, adakah akan
dipertimbangkan untuk
pengedaran Hibah?

Jika sijil anda adalah berkuat kuasa untuk tempoh yang lebih
daripada 12 bulan, ia akan layak untuk Hibah pada tahun
kewangan yang berkaitan di mana sijil masih berkuat kuasa.

20. Saya telah membuat


perubahan/endosmen yang
telah menyebabkan
pembayaran balik sebahagian
sumbangan berlaku,
bagaimana ini akan memberi
kesan kepada Hibah saya?

Pengurangan sumbangan yang timbul daripada


perubahan/pengendorsan akan mengurangkan jumlah
sumbangan yang diambilkira dalam menentukan Hibah anda.

21. Apakah jenis pelaburan yang


digunakan untuk menjana
Hibah?

Sumbangan anda dalam Dana Risiko selalunya dimasukkan ke


dalam pelaburan patuh Syariah seperti akaun pelaburan
Mudharabah, sekuriti kerajaan dan Sukuk atas budi bicara
Syarikat. Oleh itu, keuntungan yang diperolehi daripada
pelaburan tersebut melalui beberapa akaun pelaburan turut
menyumbang kepada lebihan Dana Risiko.

22. Adakah sebarang


pemberitahuan kepada
Peserta mengenai pengagihan
Hibah?
23. Apakah tempoh sebenar
kiraan dalam menentukan
agihan Hibah iaitu tamatnya

Ya, kami akan memaklumkan peserta yang layak melalui


pelbagai cara. Maklumat tersebut oleh diperolehi melalui laman
web kami, Pusat Panggilan dan Ejen Takaful Am kami.

Sumbangan tambahan anda juga akan dimasukkan dalam


penentuan pengiraan Hibah.

Bayaran Hibah tahun ini akan dibuat bagi Sijil Takaful layak
dengan tarikh tamat tempoh dalam tahun kewangan Syarikat
yang lepas.

Soalan Lazim / Frequently Asked Questions (FAQs)


SOALAN UMUM DARIPADA PESERTA / WAKIL
Soalan

Jawapan

polisi pada bulan/tahun yang


mana?
24. Takaful IKHLAS
menggunakan kontrak
Wakalah dan bukan kontrak
Mudharabah, bagaimanakah
pihak Syarikat memperolehi
pendapatan untuk agihan
Hibah?

Betul, Wakalah adalah kontrak berasaskan fi manakala dalam


kontrak Mudharabah,ada elemen perkongsian keuntungan.
Berdasarkan kontrak Wakalah, Takaful IKHLAS menerima
Yuran Wakalah dalam mengurus Dana Tabarru Peserta.
Lebihan mungkin timbul dalam tahun kewangan jika ada baki
positif. Sebahagian daripada lebihan diagihkan kepada peserta
dalam bentuk Hibah (seperti Soalan 1).
Pembayaran hibah dibuat secara sukarela dan boleh dianggap
sebagai sebahagian daripada usaha Syarikat dalam
menghargai para peserta. Kami benar-benar menghargai
sokongan berterusan dan semangat kerjasama anda serta
mengharapkan agar kadar lebihan yang lebih baik dapat
dihasilkan pada masa hadapan.

You might also like