Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN TELAGA AIR,

PADAWAN, KUCHING.
YBA 1348

TEL : 082 380832

Rujukan Kami : SKTA. KPM.LDP/2016(1)


Tarikh
: 31 Mac 2016

Kepada :
Cikgu Kamarol Zaman B Mohd. Zen(GB)
Cikgu Muhamad Azizi B Rahim (GPK1)
Cikgu Tuah B Sebli ( GPK HEM)
Cikgu Faizul B Mohd Nor (GPK KO)
Cikgu Madlane Assing(SU LADAP)
Cikgu Siti Roha Bt Bujang (BM)
Cikgu Pauline Linda Paul Tinos (BI)
Cikgu Ismail B Sulong (MT)
Cikgu Sabtuyah Bt Samat (Sains)
Ustazah Nurhafizah Bt Ibrahim (AI)
Cikgu Suriya Bt Ganti (Muzik)
Cikgu Muhamad Zaki B Abdul Hamid ( PJK)
Cikgu Yanti Fairullissa Bt Mahmud (PS)
Cikgu Sepri B Ismail (SEJ)
Ustaz Muhd Irfan B Idris (BA)
Cikgu Amat Yusup B Tokijan (Kelab guru dan staff)
Cikgu Hjh Fatimah Bt Mohd Sapar ( Guru Media)
Cikgu Noni Bt Mohamad (Guru Bimbingan &Kaunseling)
Pn. Saptuyah Bt Dawi ( Pembantu tadbir/PT Kewangan)
MESYUARAT JK LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) KALI
PERTAMA
Merujuk perkara di atas, dengan segala hormatnya saya menjemput tuan/puan
menghadirkan diri ke mesyuarat di atas sebagaimana yang berikut:
Tarikh
Masa
Hari
Tempat

:
:
:
:

04hb April 2016


1.15 tgh
Isnin
Pusat Sumber Sekolah

2. Agenda mesyuarat:
2.1
2.2
2.3
2.4
2.5
2.6

Ucapan aluan pengerusi (GB)


Penerangan LDP
Perlantikan AJK dan peranan masing-masing
Kursus LDP 9.4.2016
Takwin / perancangan aktiviti 2016
Hal-hal lain.

3. Semoga tuan/puan dapat menghadirkan diri bagi melancarkan lagi mesyurat


ini.

Sekian, terima kasih.


MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menjalankan tugas,
...........................................................
(MADLANE ASSING)
SU LADAP,
SK. Telaga Air,
Padawan, Kuching.
.

SEKOLAH KEBANGSAAN TELAGA AIR


PADAWAN, KUCHING
YBA 1348

NO. TEL: 082 380832

MINIT MESYUARAT JK LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP) KALI


PERTAMA 2016

Tarikh
Masa
Tempat :

:
4hb. April 2016
:
1.15 Tengah hari
Pusat Sumber Sekolah

Kehadiran

Cikgu Muhamad Azizi B Rahim (GPK1)


Cikgu Tuah B Sebli ( GPK HEM)
Cikgu Faizul B Mohd Nor (GPK KO)
Cikgu Madlane Assing(SU LADAP)
Cikgu Siti Roha Bt Bujang (BM)
Cikgu Pauline Linda Paul Tinos (BI)
Cikgu Ismail B Sulong (MT)
Cikgu Sabtuyah Bt Samat (Sains)
Ustazah Nurhafizah Bt Ibrahim (AI)
Cikgu Suriya Bt Ganti (Muzik)
Cikgu Muhamad Zaki B Abdul Hamid ( PJK)
Cikgu Yanti Fairullissa Bt Mahmud (PS)
Cikgu Sepri B Ismail (SEJ)
Ustaz Muhd Irfan B Idris (BA)
Cikgu Amat Yusup B Tokijan (Kelab guru dan staff)
Cikgu Hjh Fatimah Bt Mohd Sapar ( Guru Media)
Cikgu Noni Bt Mohamad (Guru Bimbingan &Kaunseling)
Pn. Saptuyah Bt Dawi ( Pembantu tadbir/PT Kewangan)
Tidak hadir,
Cikgu Kamarol Zaman B Mohd. Zen (maaf)
BIL
1

PERKARA
Ucapan Pengerusi ( GPK 1)
1.1 Memulakan mesyuarat dengan bacaan Doa.
1.2 Mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru dan memaklumkan
mengambil tanggungan kerja dari tuan Guru Besar kerana beliau bercuti.
Pengerusi juga berharap semua AJK dapat bekerjasama bagi menjayakan
matlamat kerajaan dalam program LADAP ini.

1.3 Memberikan sedikit ulasan tentang program Latihan Dalam Perkhidmatan


Sekolah.
2.

Penerangan LDP
2.1 Setiausaha memaklumkan bahawa mesyuarat Profesional
KPM Bil. 7/2007 bertarikh 21 November 2007 telah
meluluskan Konsep Pengoperasian Latihan Peningkatan
Profesionalisme Bidang Pengajaran dan Pembelajaran Bagi
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, KPM dengan memberi
penekanan pengoperasiannya secara school-based selaras
dengan konsep let managers manage dan amalan LDP
guru-guru luar negara yang menunjukkan fokus latihan guru
masa kini adalah kepada latihan berasaskan sekolah.
2.2 Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM diperlukan
mengikuti kursus sekurang-kurangnya tujuh hari setahun
dikira tempoh 6 jam sebagai satu hari.
2.3 Guru-guru yang tidak mencapai jumlah jam yang diperlukan iaitu
sekurang-kurangnya 42 jam tempoh berkursus setahun dikehendaki
melengkapkan jumlah jam itu dengan pembacaan buku-buku ilmiah
sesuai dengan profesyen masing-masing.
2.4 Guru-guru boleh juga memohon kursus secara pribadi di laman web Institut
Aminuddin Baqi di http://mail.iabu.moe.gov.my/index.asp

Perlantikan Ahli Jawatan kuasa dan Peranan


3.1 Perlantikan AJK adalah seperti berikut ;
Pengerusi

Guru Besar
Cikgu Kamarol Zaman B Mohd. Zen

Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan 1


Cikgu Muhamad Azizi B Rahim
Setiausaha LDP :
Pen. Setiausaha :

Cikgu Madlane Assing


Guru Data
Cikgu Mohd Zaki B Abdul Hamid

Ahli Jawatankuasa : Penolong Kanan HEM


Cikgu Tuah B Sebli
Penolong Kanan Kokurikulum
Cikgu Faizul B Mohd. Nor
Ketua-Ketua Panitia

3.2 Peranan AJK antara lain adalah : Menganalisis kajian keperluan kursus dan rumusan
Membantu menyediakan minit mesyuarat
Melengkapkan senarai semak kandungan fail (Lampiran13)
Memasukkan data dalam tapak KLMDP selepas setiiapkali
kursus.
Menyediakan laporan LDPBS
Menjalankan kajian keperluan kursus panitia
Menyediakan tempat, makanan dan peralatan
Membuat penilaian kursus panitia
Menyediakan laporan kursus panitia
Membuat penilaian kursus panitia
Menjadi Pengacara Majlis
Mendapatkan biodata penceramah
Menguruskan Kad Pelaporan Latihan
Menyusun tentatif program
Pendaftaran kehadiran
Cenderamata
Menyediakan sijil kehadiran dan sijil penghargaan
Mengurus tempahan makanan, tempat dan
peralatan
Fotografi / rakaman
Mengurus kewangan kursus mengikut prosedur
Menghantar prestasi kewangan setiap hujung bulan.
4

Kursus LDP 9hb April 2016


4.1 Dimaklumkan satu kursus in-house akan diadakan pada tarikh yang
tersebut dan penceramah jemputan terdiri dari pegawai motivasi Cikgu
Abdul Rahim B Abol dari sekolah SMK Agama Matang 2.
4.2 Tajuk beliau ialah menangani stress di tempat kerja disampaikan
selama satu jam setengah.
4.3 Diikuti dengan slot penerangan program Pentaksiran Berasaskan
Sekolah oleh Cikgu Nurina Jeslina, penyelaras tahun 1 yang baru saja
selesai berkursus.
4.4 Dan selebihnya kursus merangkaikan MS excel dengan E-pantau oleh
Cikgu Amat Yusup B Tokijan untuk memudahkan pengisian markah
ujian bulanan.
4.5 Perlantikan JK Kerja bagi program tersebut telah pun disiapkan dan
dipersetujui ahli dengan sedikit pindaan dalam pembahagian kerja dan
menu kudapan pukul 10.00 pagi.
4.6 Untuk makluman peruntukan yang diluluskan hanyalah RM4.00 satu
kepala untuk makan sahaja dan sebarang kos tambahan dipersetujui
akan dicari penyelesaiannya oleh penolong kanan 1.

Takwim/ Perancangan Aktiviti 2016


5.1 Semua Ahli Jawatan Kuasa hendaklah menyenaraikan kursus yang
bersesuaian untuk guru-guru dan diisi dalam borang yang dilampirkan
sebelum diserah kepada SU.
5.2 Ketua-ketua panitia boleh juga mengadakan bengkel atau kursus
berasingan untuk ahli panitia pelajaran masing-masing dengan
mengambilkira jumlah jam minima selama 3 jam untuk satu slot.
5.3 Pengisian rekod kehadiran hendaklah menggunakan aplikasi BPGLDPBS
yang telah pun diinstalkan dalam komputer Bilik Guru.
5.4 Kad biru masih perlu disi tetapi diserahkan kepada SU untuk simpanan
fail sekolah apabila diminta berbuat demikian.

6.

Hal-hal lain
6.1
6.2
6.3

Cikgu Siti Roha mencadangkan diadakan satu kursus penggunaan


komputer dan projector LCD dalam pdp supaya semua guru mahir
mengoperasikan alatan tersebut tanpa bergantung kepada guru lain.
Cikgu Meriam Hj Tempurong memohon disenaraikan tentatif program
untuk kursus akan datang.
Beliau juga mencadangkan satu program berfokuskan nilai dan etika
dan dilaksanakan dengan slot qiammulai.

Mesyuarat ditangguhkan pada 2.00 petang dengan bacaan Surah Al Asr.


Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

-----------------------------(MADLANE ASSING )

-----------------------------( MUHAMAD AZIZI B RAHIM)

Setiausaha,
LADAP,
Sekolah Kebangsaan Telaga Air,
Padawan, Kuching.

Timbalan Pengerusi,
Penolong Kanan 1
Sekolah Kebangsaan Telaga Air,
Padawan, Kuching.

You might also like