Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

1.

0 Pengenalan
Aktiviti muzikal merupakan satu proses untuk medididik pelajar dengan memberikan
galakan kepada mereka supaya memerhati, mendengar, meniru, sereta membezakan bunyibunyi yang didengari. Menurut Campbell (1995), muzik adalah suatu kesenian yang
tertumpu pada aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, aktiviti muzikal
sememangnya boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam
bentuk elemen muzik.
Semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama seminggu, kami
dikehendaki untuk melibatkan diri dalam satu aktiviti muzik sekolah dan menghasilkan
laporan reflektif untuk aktiviti muzikal tersebut. Saya telah melaksanakan PBS saya di SK
Serasot, Bau, Sarawak. Aktiviti muzikal yang telah saya sertai semasa di sekolah tersebut
ialah aktiviti pancaragam.
Pancaragam merupakan kumpulan pemuzik yang memainkan alat muzik tiupan kayu
(rekorder, piccolo, flut, klarinet, saksofon) alat perkusi (dram samping/dram getar, dram bes,
simbal, zailofon, bell lyre, tom-tom) dan alat brass (cornet, trompet, hon, trombon,
euphonium, bariton, tuba). Pada asalnya pancaragam ditubuhkan untuk memainkan muzik
yang berkaitan dengan ketenteraan. Di sesetengah negara pancaragam juga dikenali
sebagai marching band.

2.0 Pancaragam SK Serasot, Bau


Pasukan pancaragam SK Serasot telah ditubuhkan pada tahun 2004. Walau
bagaimanapun, pasukan pancaragam ini hanya bergiat aktif semenjak tahun 2007 di bawah
bimbingan Cikgu Eugene Nyahun Langip. Objektif utama penubuhan pasukan ini adalah
untuk memupuk minat murid terhadap muzik. Selain daripada itu ia bertujuan melahirkan
anak murid yang berkaliber terhadap penguasaan alat muzik bermelodi dan alat muzik yang
tidak bermelodi. Ia juga membantu meningkatkan pengetahuan murid dalam teori dan
praktikal.
Kekuatan pasukan pancaragam ini adalah seramai 36 orang yang terdiri daripada muridmurid Tahun 4 dan Tahun 5. Perjumpaan pasukan pancaragam dijalankan pada hari Rabu
setiap minggu bermula dari jam 2.30 petang hingga 3.30 petang bertempat di bilik muzik
sekolah. Antara aktiviti mingguan adalah seperti latihan pratikal dalam kemahiran alat
bermelodi seperti rekorder dan melodian, latihan asas teori, pengukuhan beat alat perkusi
dan kawad untuk pancaragam.

3.0 Penulisan Reflektif


Sepanjang menyertai aktiviti pancaragam sekolah, saya telah membuat pemerhatian
dan analisis. Saya mendapati bahawa terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan dalam
aktiviti pancaragam tersebut. Saya juga mencadangkan beberapa penambahbaikan agar
dapat meningkatkan lagi prestasi pasukan pancaragam sekolah tersebut.
1. Kekuatan
Terdapat beberapa kekuatan yang telah saya kenal pasti semasa menyertai aktiviti
pancaragam ini. Yang pertama, aktiviti pancaragam sekolah ini melatih murid untuk
memberikan sepenuh perhatian dan fokus yang tinggi khususnya kepada konduktor yang
memberikan arahan. Berdasarkan pemerhatian saya, saya mendapati bahawa apabila
konduktor menunjukkan isyarat mendatar, muzik akan dimainkan pada nada rendah
manakala not kembali tinggi apabila konduktor menaikkan tangan sehingga tamat
persembahan. Saya juga turut memerhati bahawa konduktor pasukan pancaragam SK
Serasot memberikan komitmen yang tinggi dalam memimpin rakan-rakannya yang lain. Hal
ini kerana tugas konduktor bukan sekadar memberi arahan tentang alunan muzik, malah dia
juga turut bertindak memastikan tempoh masa sesebuah lagu dan susun atur corak
persembahan.
Selain itu, aktiviti pancaragam ini juga bermanfaat dan mendorong murid-murid untuk
bersungguh-sungguh menghafal not setiap lagu yang telah diberikan oleh guru pembimbing.
Tanpa kesungguhan dan mengambil sikap sambil lewa dalam aspek menghafal not, ia akan
menjejaskan kualiti persembahan secara keseluruhan. Keseimbangan irama yang terhasil
daripada paduan kepelbagaian alat muzik amat penting dalam sesebuah pertunjukan
pancaragam. Saya juga turut memerhati bahawa aktiviti ini menyemai rasa cinta murid
terhadap muzik serta menggalakkan perkembangan bakat dan sifat kreativiti murid.
Seterusnya, saya juga mendapati bahawa pancaragam mendidik murid menjadi individu
yang berdisiplin, lebih menghargai nilai persahabatan dan kerjasama memandangkan
kumpulan muzik berkenaan melibatkan jumlah ahli yang ramai. Semasa menyertai aktiviti
pancaragam di sekolah, saya sempat menemuramah seorang pelajar Tahun 5, iaitu Lucy
Amanda. Dia memberitahu saya bahawa selain menjalani latihan di sekolah, setiap ahli
perlu melakukan latihan di rumah. Inisiatif itu wajar dipraktikkan untuk memantapkan skil
mengendalikan alat muzik mengikut susunan not yang betul. Dia turut menyatakan bahawa
mereka perlu bijak mengurus masa supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran dan juga
sentiasa bergiat aktif dalam pasukan pancaragam.

2. Kelemahan
Sepanjang menyertai aktiviti pancaragam ini, saya juga mendapati bahawa terdapat
beberapa kelemahan yang dilakukan. Antaranya ialah tumpuan tidak boleh diberi kepada
keseluruhan murid kerana jumlah pelajar yang ramai menyebabkan guru sukar untuk
memberi perhatian kepada tiap-tiap murid. Saya mendapati bahawa

You might also like