Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

JEREBU

Jerebu ialah satu fenomena di mana habuk, asap, dan zarah-zarah kering yang lain berkumpul di
udara, menyebabkan penglihatan yang kurang jelas dan jarak penglihatan yang berkurangan. Ini
berlaku apabila keadaan cuaca menghalang bahan pencemaran ini daripada disebarkan secara
meluas. Apa yang berlaku ketika jerebu ialah bahan pencemaran ini bertumpu kepada sesuatu
kawasan dan menyelimutkannya dan ini secara umumnya mengakibatkan pemandangan yang kurang
jelas dan juga boleh menjadi satu ancaman kesihatan terutamanya kesihatan sistem
pernafasan.Jerebu boleh berwarna coklat atau biru dan bergantung kepada saiz zarah, jerebu tidak
selalunya boleh dilihat dengan mata kasar.

Jerebu menyelubungi bandar Kuala Lumpur.

Photo taken August 10, 2005 in Kuala Lumpur (Malaysia) with a Sony DSC-P43.

PUNCA JEREBU
Jerebu boleh disebabkan oleh tindakan manusia serta sebab-sebab semula jadi. Tindakan ini biasanya menyebabkan habuk, asap dan
lain-lain zarah kering dilepaskan ke udara. Contoh tindakan-tindakan ini ialah:
Jerebu Buatan manusia
- Pembakaran terbuka
- Pencemaran Kenderaan
- Pencemaran Perindustrian
- Pertanian (cth. pembersihan tanah)
Jerebu punca Asli
- Kebakaran Hutan
- Habuk yang dibawa angin

Terdapat beberapa faktor-faktor lain yang diperlukan untuk mewujudkan keadaan yang sesuai untuk berlakunya
jerebu. Ini termasuk cuaca kering yang berpanjangan, ketiadaan atau sedikit angin, dan bekalan bahan pencemar di
udara. Dalam keadaan sebegini, -zarah-zarah di udara terperangkap, tertumpu dan tidak disebarkan atau dileraikan
dan ini menyebabkan jerebu. Di Semenanjung Malaysia, jerebu biasanya berlaku pada bulan-bulan Januari hingga
Februari dan Jun hingga Ogos kerana cuaca pada masa-masa itu secara umumnya kering dan tidak berangin.
Kebakaran hutan samada buatan manusia atau semulajadi yang berlaku pada masa ini sering menyebabkan jerebu.

Gambar satelit menunjukkan asap daripada kebakaran terbuka di Indonesia bergerak ke Singapura dan Malaysia, mengakibatkan jerebu yang teruk.

Masalah Jerebu
Jerebu adalah satu masalah yang meruncing di Malaysia dan negara-negara lain di Asia Tenggara terutamanya dalam tempoh dua dekad yang lalu
disebabkan pembersihan hutan di Indonesia dengan kaedah pembakaran terbuka. Ini adalah sesuatu masalah yang masih berterusan dan sedang
ditangani oleh negara-negara ASEAN.
Jerebu yang disebabkan oleh pembakaran hutan secara luas boleh menjadi teruk dan berpanjangan. Pendedahan jangka panjang kepada jerebu
sebegini boleh memudaratkan kesihatan. Semasa jerebu, sering terdapat peningkatan dalam masalah kesihatan berkaitan mata dan tekak berserta
masalah pernafasan, khususnya di kalangan mereka yang lebih sensitif atau sakit. Orang ramai digesa untuk memantau kualiti udara di kawasan
mereka dan mengikut nasihat pihak berkuasa kesihatan tempatan. Adalah menjadi kebiasaan untuk berada di dalam rumah dengan pintu dan
tingkap tertutup dan memakai topeng yang patut ketika jerebu teruk.
Indeks Pencemaran Udara
Indeks Pencemaran Udara (IPU) adalah satu cara untuk menggambarkan kualiti udara di Malaysia. Indeks IPU dikira dari beberapa set data
berkenaan pencemaran udara termasuk mengukur jumlah karbon monoksida, ozon, nitrogen dioksida dan sulfur dioksida di dalam atmosfera. Data
IPU terkini untuk Malaysia boleh diperolehi daripada laman web ini: http://apims.doe.gov.my/apims/.
Skala ini di bawah menunjukkan klasifikasi yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
IPU

Tahap Pencemaran Udara

0 - 50

Baik

51 - 100

Sederhana

101 - 200

Tidak Sihat

201 - 300

Sangat Tidak Sihat

301+

Merbahaya

Hujan juga mengumpul


dan membawa
bersamanya
zarah jerebu
dari
ke tanah
Zarah jerebu
halus membantu
pembentukan
titisan
air atmosfera
yang akhirnya
akan jatuh ke ta

BAGAIMANA JEREBU DAPAT DIATASI


boleh membawa zarah jerebu tinggi ke atmosferaZarah
di mana
ia akan
luasakan jatuh ke tanah atau ke atas mana-mana permukaan dise
jerebu
yangtersebar
lebih besar

You might also like