Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

DOA SEMPENA

MAJLIS PERBARISAN BADAN BERUNIFORM UMS 2015

..
.




.
.

,Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Sesungguhnya kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran atas
iradat dan qudrat-Mu, yang telah menentukan dan mengizinkan kami untuk
berhimpun pada pagi/petang yang berbahagia ini, di dalam Majlis Perbarisan
Badan Beruniform UMS 2015.
Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar,
Kami memohon kepada-Mu Ya Allah, sejahterakanlah tubuh badan kami,
sejahterakanlah pendengaran kami, sejahterakanlah penglihatan kami,
kurniakanlah kepada kami keazaman dan kesungguhan untuk belajar
dengan bersungguh-sungguh, dan jauhkanlah kami daripada sebarang
perkara-perkara yang tidak diingini. Juga jadikanlah kami dalam kalangan
insan yang berdikari dan mempunyai jati diri yang berkualiti.
Ya Allah, Ya Hayyu, Ya Qayyum,
Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut, muliakanlah kami dengan ilmu dan amal, serta
sempurnakanlah keindahan diri kami dengan keimanan dan ketaqwaan.
Ya Allah, Ya Faarijal Hamm wa Ya Kaashifal Gham,
Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami
ini akan dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan syakhsiah.

.




.




.
. ..


.

.

You might also like