Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PENGENALAN

Tema perkahwinan moden seperti kotemporari, perkahwinan dalam taman dan ala
barat walaupun menarik tetapi adat perkahwinan tradisional mempunyai keunikannya
tersendiri berbanding dengan tema zaman moden. Menurut kamus dewan kahwin bermaksud
perikatan yang sah di antara pihak lelaki dengan perempuan menjadi suami isteri.
Perkahwinan merupakan perihal berkahwin, pernikahan antara 2 unsur yang berlainan. Adat
yang merupakan peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun di dalam sesuatu masyarakat
sehingga menjadi suatu perkara yang penting iaitu menjadi pegangan dan peraturan yang
harus dipatuhi. Dalam kalangan Melayu adat merupakan sesuatu perkara yang perlu
diutamakan. Adat yang terdapat dalam sesuatu perkahwinan melayu membantu kelancaran
sesebuah majlis perkahwinan tersebut. Kajian ini akan membandingkan adat perkahwinan
masyarakat melayu yang diamalkan dahulu dan sekarang.
Adat perkahwinan melayu berbeza mengikut negeri. Setiap negeri mempunyai adat
perkahwinan yang tersendiri. Adat perkahwinan masih berpegang kepada ajaran islam tetapi
diselit dengan adat resam masyarakat tersebut yang menjadikan upacara perkahwinan
merupakan upacara yang meriah dan mendapat sambutan ramai. Melalui pengamalan adatadat yang diwarisi sejak turun temurun hubungan di antara masyarakat itu menjadi lebih erat
kerana adat tersebut dilakukan bersama-sama dalam sesebuah komuniti masyarakat. Antara
perkara yang dalam upacara perkahwinan melayu ialah merisik, pertunangan, akad nikah,
dan walimatul urus. Setiap proses perkahwinan ini mengalami perubahan yang menjadikan
adat perkahwinan dahulu berbeza dengan zaman sekarang.

You might also like