Peras Ungut

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PANDUAN MENGATASI PERAS UGUT DAN BULI

PERAS UGUT ialah perbuatan meminta wang secara paksa dan kekerasan. Jika
tidak diberi, mangsa berkenaan akan dicederakan atau disiksa.

BULI ialah perbuatan mempermainkan orang yang lemah dengan tujuan


menjatuhkan maruah atau untuk menunjuk kekuatan atau suka-suka.
PERAS UGUT dan BULI mendatangkan kesan emosi yang teruk kepada
mangsa dan boleh menyebabkan kecederaan serta pembunuhan.
* Murid yang melakukan peras ugut atau buli boleh dibuang sekolah, ditangkap atau
dipenjara mengikut kejadian kes.
* Berjumpa dengan guru kaunseling jika anda ada sebarang masalah.
* Laporkan kepada guru jika melihat kegiatan peras ugut atau buli di sekolah.
*Berada dalam kumpulan.
* Belajar seni mempertahankan diri untuk keselamatan.
* Jangan berkawan dengan murid yang berisiko tinggi.
* Jangan terpengaruh dengan ajakan kawan.
* Guru perlu menyiasat apabila menerima aduan.
* Guru patut mengambil tindakan yang adil untuk kedua-dua belah pihak dengan
memberi nasihat dan bimbingan.
* Rekodkan semua kes yang disiasat.
* Murid perlu amalkan budaya penyayang, toleransi, menghormati orang lain dan
simpati kepada yang lemah
* Jangan siksa orang lain. Ini merupakan perbuatan yang keji dan zalim

Cara-cara menangani isu peras ungut:


Peraturan
Kita mesti sedar bahawa manusia adalah lemah dan selalu lalai di dalam menjalankan
tanggungjawab dan gagal untuk mengawal emosi dan nafsu. Disebabkan kelemahan ini, maka
terciptalah peraturan-peraturan alam ataupun ciptaan manusia itu sendiri agar segala tindakan
manusia di sesebuah kumpulan ataupun situasi, tidak lari dari landasan kehidupan norma
mereka. Jika di rumah, peraturan alam menentukan tanggungjawab ibubapa dan anak-anak
mereka. Jika di luar rumah, contohnya di jalanraya, kita dengan automatik, mesti mematuhi
segala undang-undang jalanraya ciptaan kita sendiri agar tindakan kita tidak membahayakan
diri dan pengguna jalanraya lain.
Justeru itu, pelajar-pelajar sepatutnya dengan spontan, mematuhi segala peraturan
sekolah yang dicipta khas untuk mereka. Peraturan ini perlu untuk memastikan mereka tidak
mempunyai agenda lain di sekolah selain daripada menumpukan perhatian kepada pelajaran
dan segala aktiviti yang telah dirancang untuk mereka.

Peranan Keluarga
Keluarga adalah merupakan satu kumpulan manusia yang bertalian darah dan
mempunyai susunan yang tertib. Ibubapa bertindak sebagai ketua yang bertanggungjawab
mencorakkan perangai dan tingkah laku anak-anak. Jika tidak baik didikannya, maka buruk
perangai anak-anaknya, dan begitulah sebaliknya.
Tekanan yang berterusan ini akan mengakibatkan anak-anak ini, secara tidak langsung,
terpaksa mempelajari teknik-teknik tersebut untuk terus survive di dalam keluarga mereka.
Anak-anak akan mulai berani menentang ibubapa dan keluarga sendiri untuk mengurangkan
tekanan yang dirasai oleh mereka.. Lama-kelamaan perangai dan tingkah laku akan sebati
dengan jiwa mereka. Sikap inilah yang akan memperkenalkan mereka kepada masyarakat
nanti.
Rentetan permasalahan anak-anak ini bertambah signifikan apabila di bangku sekolah. Kerap
kali berlaku masalah disiplin dan juga lemah di dalam pelajaran di kalangan anak-anak ini.
Akibatnya anak-anak ini sering dihukum dan gagal di dalam peperiksaan yang seterusnya akan
menyebabkan ibubapa berasa malu, bertambah berang ataupun terus tawar hati. Sikap ini pula
akan menyebabkan mereka tidak lagi berminat untuk mengawal atau mengambil kisah hal
ehwal dan segala aktiviti anak-anak mereka.
Jadi persoalannya sekarang ialah, jika ibubapa bertanggungjawab mencorakkan perangai dan
tingkah laku anak-anak, kenapakah masalah disiplin pelajar-pelajar tertumpu di suasana dan
persekitaran sekolah? Ini adalah kerana, jika diamati dengan teliti, subjek-subjek yang terlibat,
masa contact, tindakan dan tindakbalas subjek itu dirangsang oleh sesuatu atau situasi tertentu
di sekolah itu.. Peristiwa-peristiwa seperti bakar sekolah, peras ugut ataupun gangsterisme
sebenarnya mempunyai sumber provokasi (provocation) yang bermula atau tertumpu di masa
sekolah itu dan bukannya di rumah pelajar-pelajar.

Peranan Sekolah
Feldman & Weinberger (1994) di dalam buku di atas menerangkan bahawa penampilan sikap
negatif yang persisten oleh pelajar-pelajar hasil daripada keluarga yang bermasalah ini, akan
menyebabkan beberapa respon negatif, tanpa disedari, oleh masyarakat sekolah.
Pelajar-pelajar lain yang lebih pandai akan menjauhi diri daripada mereka.
Pelajar-pelajar ini juga akan kerap dikritik dan tidak diambil berat oleh guru-guru.
Pelajar-pelajar ini akan ditempatkan di dalam kelompok pelajar-pelajar yang sama taraf
akademiknya dan secara relatifnya juga bermasalah dan mempunyai sikap anti-sosial.

Penolakkan masyarakat sekolah tersebut akan menyebabkan skop pergaulan mereka terbatas
kepada pelajar-pelajar yang lemah dalam matapelajaran dan bermasalah sama seperti mereka.
Sesetengah daripada mereka membentuk geng-geng ataupun deviant cliques. Kumpulan ini
akan menjerumuskan mereka kepada peningkatan sikap-sikap agresif, anti-sosial, tidak
mementingkan pelajaran dan terjebak di dalam aktiviti-aktiviti yang berbau jenayah(Thomas
Dishion & Associates, 1991). Kajian tersebut bertepatan dengan senario kita hari ini. Biasanya
unsur-unsur negatif yang besar magnitudnya seperti peras ugut, hooliganisme, gangsterisme
dan membakar sekolah melibatkan penyertaan lebih daripada satu pelajar.
Terdapat juga golongan pelajar yang memencilkan diri, hilang pegangan role model mereka
iaitu ibubapa dan guru dan sebagainya. Sikap destruktif ini akan menyebabkan mereka sangat
senang terpengaruh dengan anasir-anasir kurang sihat di kalangan masyarakat. Mereka yang
selama ini hilang tempat mengadu dan kasih sayang, merasakan bahawa dengan mengikuti
anasir-anasir ini, mereka akan dapat lari ataupun melupakan segala masalah mereka.
Kitaran Hidup
Jika kita amati dengan teliti, terdapat satu kitaran lengkap tindakan dan tindakbalas yang terjadi
di antara pelajar-pelajar bermasalah ini dan orang dewasa iaitu ibubapa dan guru. Kitaran ini
telah diutarakan oleh. Doherty & Mynatt di dalam buku mereka yang bertajuk Understanding
Human Behaviour (1998). Ianya di istilahkan sebagai Positive Feedback Loop. Istilah ini
menerangkan fenomena rangsang - merangsang dan ganda-mengganda yang sering
bergolak di antara jiwa pelajar bermasalah ini dan persekitaran sosial mereka.
Jika di rumah pelajar bermasalah ini, ahli-ahli keluarga mempunyai masalah dengan sikap
masing-masing. Apabila anak-anak ini sering melakukan kesalahan ataupun gagal di dalam
peperiksaan, ibubapa akan menjadi lebih malu, lebih marah ataupun lebih tawar hati. Ini akan
mengakibatkan tindakbalas anak-anak terhadap ibubapa akan digandakan juga. Begitulah
seterusnya fenomena ganda-mengganda dan rangsang-merangsang yang persisten di antara
anak-anak dan ibubapa, Jika fenomena ini kekal dan berterusan, maka akan terjadilah
peristiwa-peristiwa seperti lari dari rumah, berpeleseran, bohsia, bergaduh dan sebagainya.
Begitu juga yang terjadi di sekolah, di mana penolakkan masyarakat sekolah akan
menggandakan sikap hostile dan benci mereka terhadap masyarakat sekolah. Penentangan
berlebihan pelajar-pelajar ini akan menyebabkan guru-guru terpaksa melaksanakan hukuman
yang lebih berat ataupun mengalah dengan membiarkan sahaja mereka ini. Begitulah
seterusnya senario ganda-mengganda dan rangsang-merangsang yang persisten di antara
pelajar-pelajar dan masyarakat sekolah . Jika senario ini kekal dan berterusan, akan
menyusullah kejadian-kejadian tidak sihat seperti bakar sekolah, peras ugut dan sebagainya.

Dulu Lain Sekarang Lain


Di dalam perbincangan isu masalah disiplin pelajar ini, saya rasa elok juga kita membincangkan
perbezaan ketara di antara zaman sekarang dengan zaman bapa dan datuk kita dulu.
Dahulu masyarakat memandang tinggi guru-guru sekolah. Guru-guru ketika itu dianggap
sangat istimewa kerana mereka mempunyai ilmu yang tidak dimiliki oleh orang lain. Ketika itu
ilmu pelajaran adalah hak eksklusif guru-guru. Segala teknik pengajaran, buah fikiran guru-guru
ataupun cara mereka menghukum pelajar-pelajar diterima baik oleh ibubapa. Mereka percaya
bahawa guru-guru melakukannya supaya anak-anak mereka akan menjadi lebih pandai. Secara
tidak langsung, pengiktirafan tinggi masyarakat ini akan menyebabkan mereka menjadi lebih
bersemangat dan bangga menjadi seorang guru.
Dahulu, kita mempunyai sistem kekeluargaan yang utuh dan berfungsi.. Ibubapa mempunyai
masa dan tidak perlu sangat memikirkan soal wang. Mereka berjaya bertindak sebagai
penyerap kepada permasalahan anak-anak mereka samada di rumah mahupun di sekolah.
Dalam masa yang sama, sebahagian besar ibubapa tidak berpelajaran, maka dengan itu anakanak yang berkebolehan untuk belajar di sekolah ketika itu adalah sesuatu yang amat dikagumi
dan dibanggakan oleh mereka. Bagi mereka, nilai sekolah rendah dan menengah ini dirasakan
amat tinggi dan sangat penting..
Justeru itu, jika dibandingkan dahulu dengan sekarang, banyak yang berubah. Di zaman
sekarang, berlaku perubahan dari segi keperluan fizikal dan mental masyarakat.
Sekarang, hampir semua ibubapa dan masyarakat mempunyai taraf pelajaran yang
lebih tinggi. Orang dewasa ini telahpun berjaya melalui sistem persekolahan tersebut. Ini
menghasilkan satu masyarakat yang juga mempunyai ilmu-ilmu yang dahulunya hak ekskusif
dan hanya diketahui oleh guru-guru. Lantaran itu, mereka mengganggap guru-guru di sekolah
hanya sebagai objek penyalur formal ilmu sahaja. Sebab itulah guru-guru dan pihak sekolah
mempunyai masalah kes saman dan kurangnya penglibatan ibubapa di sekolah.
Institusi sekolah hari ini juga dirasakan tidak istimewa dan eksklusif lagi. Sebagai contoh,
sekarang ini telah wujud kelas-kelas tuisyen yang mempunyai tenaga-tenaga pengajar yang
mempunyai masa untuk memberikan penumpuan yang bersifat individual, berkesan dan
berjaya membantu pelajar-pelajar di dalam peperiksaan mereka. Perkembangan yang telah
bertapak lama ini menunjukkan seolah-olah guru-guru tidak berupaya lagi untuk mengajar
dengan berkesan di sekolah
Sekarang, ibubapa tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengetahui hal ehwal emosi dan
pelajaran anak-anak mereka. Ataupun, mungkinkah ibubapa berpura-pura tidak ada masa untuk
mengetahui pelajaran anak-anak mereka kerana ego dan takut dicop kurang pandai apabila
ditanya oleh mereka? Ataupun, mungkinkah ibubapa tidak mempunyai tahap kesabaran
mengajar seperti ahli-ahli profesional yang bergelar guru ini?

Penyelesaian
Patterson (1982; Patterson et. al 1989) mengatakan bahawa sikap anak-anak dan
persekitaran keluarga yang destruktif ini tidak mungkin boleh dipulihkan jika mereka tidak
mendapat bantuan daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab. Malah jika kepincangan ini
berterusan sehingga ke peringkat dewasa, segala kaedah membetulkan sikap pelajar ketika itu
terasa mustahil dilaksanakan kerana ianya juga perlu membetulkan mind sets masyarakat
sekeliling yang terlalu ramai dan bebas. Ketika itu para pelajar akan berdepan dengan pelbagai
jenis dan karakter masyarakat yang selama ini telah mendukung persepsi kukuh tetapi serong
terhadap mereka
Perlu ditekankan juga, bahawa masa contact sosial pelajar-pelajar di dalam sekolah
adalah yang kedua lamanya selepas di rumah. Masa contact ini dan kajian-kajian di atas jelas
menunjukkan betapa mustahaknya peranan sekolah. Peranan institusi sekolah ini adalah
setaraf dengan peranan institusi kekeluargaan di dalam membentuk mental dan rohani pelajarpelajar. Malah atmosfera di dalam sekolah akan menentukan kesudahan corak jiwa pelajar di
peringkat remaja ini .
Disebabkan itulah segala usaha perlu disegerakan di masa pelajar-pelajar berada di
institusi yang kecil dan terkawal ini iaitu di sekolah. Kita perlukan suatu kaedah pencegahan
untuk memastikan nilai-nilai negatif ini dapat dibendung daripada terlepas dari kawalan kita. Di
samping itu, perlu diwujudkan satu tindakan susulan untuk menghilang atau mengurangkan
masalah sebenar pelajar-pelajar.
Justeru itu, pihak-pihak berkuasa perlu lebih proaktif dan bersegera di dalam menangani
masalah ini. Sistem-sistem pendidikan sekarang mestilah dikemaskinikan agar lebih fleksibel
dan sesuai dengan orde masyarakat hari ini dan masa hadapan.
Hukuman
Buku Developmental Psychology: Childhood & Adolescence (4th edition, 1996) telah
menggariskan beberapa cara pencegahan untuk permasalahan di atas. Di antaranya ialah: Penumpuan lebih dan membantu pembelajaran pelajar bermasalah ini agar setanding dengan
pelajar-pelajar lain di sekolah. Bukannya dengan mengkritik atau menyisihkan mereka.
Mengadakan suatu stimulus yang dapat menimbulkan rasa minat dan berguna mereka di
sekolah.
Mendekati dan memahami mereka secara ikhlas dan mendalam. Guru-guru keseluruhannya
hendaklah juga mengajar mereka sikap-sikap yang baik agar mereka dapat berinteraksi kembali
dengan pelajar-pelajar keseluruhannya. Bukannya dengan membebankan masalah pelajarpelajar kepada guru disiplin atau unit kaunseling sahaja.
Membantu ibubapa mempelajari teknik pengurusan anak yang lebih efektif.
Kaedah di atas amat perlu diutamakan di dalam pengubahsuaian sistem institusi sekolah.
Biarpun hasil perlaksanaannya mengambil masa yang lama tetapi ianya lebih kekal dan berjaya
mengurangkan respon negatif dan masalah sebenar pelajar ini(Mynatt & Doherty, 1998).
Pendekatan sistem hukuman (punishment) sekarang, mesti diubah dan dianjakkan kepada
memfokuskan usaha-usaha murni bagi mengisi kekosongan jiwa pelajar-pelajar malang ini.
Kaedah hukuman atau punishment yang dipraktikkan selama ini seperti merotan, gantung
sekolah dan lain-lain sebenarnya akan menghasilkan respon yang dikehendaki dengan cepat
tetapi ianya bersifat sementara dan kerap tidak berjaya menyelesaikan masalah sebenar pelajar
ini.
Sayangnya, walaupun kaedah ini sudah tidak sesuai lagi sekarang, ianya terus menjadi pilihan
utama. Ia adalah disebabkan oleh desakan sistem yang inginkan respon yang cepat dan juga
oleh persepsi fixed ideas masyarakat sendiri.

Guru-guru pula perlu lebih tangkas mengesan perubahan sikap pelajar, mengenalpasti
masalah, prihatian dan membantu menyelesaikan masalah pelajar mereka. Guru-guru perlu
mengenengahkan sikap-sikap lain yang ada di dalam peribadi pelajar-pelajar ini. Pelajar-pelajar
bermasalah ini pasti mempunyai sikap-sikap murni yang boleh diterima umum tetapi selama ini
terpendam akibat dibayangi oleh sikap anti-sosial yang terlalu dominan di dalam personaliti
mereka ataupun yang terbantut disebabkan persepsi negatif masyarakat ke atas mereka.
Sikap-sikap murni ini perlu dikembangkan agar ianya dapat menguasai kembali jiwa mereka.
Pendekatan Lain
Pengasingan pelajar-pelajar di dalam kelas-kelas yang berdasarkan kepada kepandaian dan
merit kini perlu dikaji semula. Kelas sepatutnya mempunyai pelajar-pelajar yang dipilih secara
rawak. Dengan cara ini akan berkuranglah terbentuknya geng-geng jahat seperti sekarang ini.
Dalam masa yang sama guru-guru akan dapat mengajar dengan lebih saksama dan semangat
sihat seperti berlumba-lumba untuk mencari ilmu akan tercapai di antara pelajar-pelajar..
Saya rasa perlu juga dislotkan masa perjumpaan dengan guru kelas di dalam jadual waktu
sekolah sekarang.. Masa ini bukan untuk mengajar dan belajar tetapi satu slot khas untuk
pelajar-pelajar menanyakan masalah mereka agar dapat dikongsi bersama guru-guru. Cara ini
amat baik kerana ianya akan menimbulkan rasa minat dan bergantung pelajar-pelajar kepada
guru . Bila masalah disiplin pelajar terjadi, guru-guru diberikan keistimewaan untuk berjumpa
dan berbincang dengan ibubapa pelajar tersebut, di slot masa perjumpaan dengan guru kelas
tersebut.
Guru-guru juga perlu diringankan tugas mereka. Saya rasa perlu ditubuhkan satu organisasi
profesional lain yang bertanggungjawab untuk menyediakan mode-mode rangka pelajaran yang
canggih dan menarik, menyediakan dan memeriksa kertas peperiksaan . Dengan cara ini,
teknik pengajaran guru-guru akan menjadi tersusun, menarik dan dikagumi oleh pelajar-pelajar
dan ibubapa. Di samping itu, guru-guru akan mempunyai lebih masa bersama-sama pelajar
untuk mengulangkaji pelajaran .
Sekolah-sekolah perlu berkonsepkan mini universiti. Peperiksaan di sekolah perlu meniru
sistem Cummulative Grading Points Average (CGPA) di mana setiap markah yang diperolehi
daripada setiap ujian, projek, persatuan dan peperiksaan akan menyumbang kepada markah
akhir pelajar tersebut. Sistem ini akan memaksa pelajar-pelajar lebih aktif di dalam aktiviti
sekolah dan juga belajar dengan lebih konsisten.
Jika diamati dengan teliti, guru-guru kelas yang juga mengajar matapelajaran tertentu,
terpaksa berpindah-randah di antara kelas-kelas untuk mengajar subjek tersebut. Saya rasa
mungkin telah tiba masanya untuk kita menterbalikkan senario ini. Jadi konsep mencari ilmu
yang ditekankan selama ini bukan setakat hadir di sekolah sahaja, tetapi juga berusaha mencari
guru-guru mereka. Kelas-kelas yang dahulunya diberikan nama seperti 3 Biru, 3 Hijau dan
sebagainya, perlu dispesifikkan kepada setiap mata pelajaran, contohnya Makmal Bahasa
Malaysia, Makmal Matematik dan sebagainya. Guru-guru yang mengajar subjek-subjek tersebut
akan diberi penghormatan untuk menggunakan kelas tersebut sebagai bilik utama mereka dan
bukannya meja-meja kecil seperti di bilik guru sekarang. Bilik guru ini nanti boleh digunakan
sebagai bilik rehat eksklusif untuk mereka yang lengkap dengan peralatan media dan komputer
bagi meningkatkan professionalisme dan motivasi mereka.
Di masa yang sama, perlu diadakan badan profesional yang lain yang dapat memberikan
kaunseling dan berupaya menyelesaikan masalah keluarga pelajar-pelajar tersebut. Ibubapa
akan diberi tunjuk ajar dan semangat baru untuk memimpin keluarga mereka dengan lebih
efektif.

Kaedah-kaedah yang bersifat superficial seperti Kelab Cegah Jenayah, pelajaran mencegah
jenayah atau cadangan menambah kuasa kepada guru-guru, guru disiplin dan guru besar
mungkin tidak akan tercapai matlamatnya. Kaedah-kaedah ini hanya mampu membantutkan
(suppress) ransangan emosi negatif tetapi tidak akan dapat menyelesaikan masalah sebenar
pelajar-pelajar ini. Jika tersilap langkah dan tidak tepat kesasarannya, kaedah-kaedah ini
mungkin akan menjadi sumber provokasi terbaru di dalam kekusutan fikiran pelajar-pelajar ini.
Kesimpulan
Saya percaya yang kita tidak dapat menyalahkan satu pihak sahaja di dalam hal ini tetapi saya
pasti kesalahannya adalah terletak di bahu semua orang dewasa yang selama ini leka, tidak
prihatin dan sensitif. Orang dewasa bersalah kerana gagal memanipulasikan sistem keluarga,
pelajaran, sekolah dan masyarakat untuk kebaikan pelajar-pelajar ini. Akibatnya, pelajar-pelajar
ini yang terpaksa menanggung kekecewaan dan kesengsaraan sendirian, semata-mata
angkara kesilapan orang dewasa itu sendiri!
Jambatan Pulau Pinang, kereta nasional Malaysia ataupun perlaksanaan sekatan matawang di
masa kegawatan ekonomi, yang dulunya dirasakan tidak orthodoks, telah berjaya
menampakkan hasil dan keuntungan. Maka saya fikir telah tiba masanya untuk kita
melaksanakan pendekatan radikal di dalam membenteras kepincangan pemikiran pelajarpelajar ini. Kaedahnya mungkin dirasakan radikal atau berlainan dari kebiasaannya sekarang,
tetapi dengan berpandukan kajian, pegangan agama dan logik, ianya akan berjaya
menghasilkan pelajar-pelajar yang berintelek lagi berakhlak tinggi di masa hadapan.
Kita mesti sedar bahawa negara kita masih di dalam tahap negara membangun lagi. Kita masih
lagi berusaha untuk memperkukuhkan kedudukan dan kerelevanan negara kita di dunia ini.
Untuk itu, penggemblengan usaha diperlukan dari setiap rakyat Malaysia. Kita tidak mampu
untuk membazirkan tenaga rakyat sendiri walaupun hanya satu, biarpun ianya seorang manusia
yang bergelar pelajar bermasalah.

You might also like