Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Sesi temu bual bersama pihak pengurusan sekolah

Nama guru : Puan Rahimah bt Kidam


Jawatan : Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Soalan 1: Pada pandangan Puan, sejauh manakah kelancaran


pengurusan dan pentadbiran di sekolah Sri Putra?
Jawapan : Pada pandangan saya, pengurusan dan pentadbiran di sekolah Sri
Putra berjalan dengan amat lancar sekali. Semua guru dan kaki tangan
menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan baik dan berdidikasi.
Semua rekod sekolah dan pelajar juga disimpan dengan rapi. Dan
Alhamdulillah, atas sebab inilah sekolah kami berjaya mendapat anugerah
Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Soalan 2 : Bolehkan Puan ceritakan serba sedikit peranan dan tugas


Guru Penolong Kanan Pentadbiran dalam sesebuah sekolah?
Jawapan : Antara peranan Guru Penolong Kanan Pentadbiran ialah
melaksana dan menjalankan segala tugas dan tanggungjawab Guru Besar
semasa ketiadaannya di sekolah, mengajar sebilangan daripada waktu
mengikut arahan Guru Besar yang ditetapkan dari semasa ke semasa,

bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal yang berhubungkait


dengan kurikulum, pentadbiran dan pengurusan sekolah, hubungan dengan
masyarakat dan juga keselamatan, membantu Guru Besar dalam
pengurusan dan pentadbiran sekolah yang mempunyai sesi petang,
memberi segala bantuan kepada Guru Besar dalam tugas menyelia dan
menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan membantu Guru Besar
dalam semua aspek perancangan, pengurusan dan pelaksanaan program
dan projek sekolah.

Soalan 3 : Apakah sumbangan yang berjaya Puan lakukan terhadap


sekolah ini sehingga berjaya mendapat anugerah Sekolah Kluster
Kecemerlangan?
Jawapan : Sebenarnya, semua pihak termasuklah kaki tangan sekolah
banyak membantu dan mneyumbang terhadap sekolah ini. Pada saya,
semua ini bergantung kepada usaha kami. Kami banyak berbincang untuk
memajukan sekolah sama ada dari segi infrastruktur, pencapaian murid,
disiplin dan banyak lagi. Saya telah memastikan semua guru menghantar
dan menyimpan rekod murid sebagai rujukan. Saya juga telah menerima
aduan dan komen guru-guru dan ibu bapa dan menjadikannya sebagai
medium untuk memjukan lagi sekolah dan diri saya sendiri. Saya juga
berusaha menjaga kebajikan semua pelajar sekolah Sri Putra.

Soalan 4 : Adakah terdapat usaha-usaha yang sedang dalam


pertimbangan atau sedang dijalankan bagi memajukan lagi sekolah
ini sebagai sebuah sekolah kluster kecemerlangan?
Jawapan : Sebenarnya terdapat banyak perancangan yang telah dirancang
untuk memajukan lagi sekolah ini. Tetapi, kami harus mendapat kelulusan
pihak atasan terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu perkara. Antaranya,

kami sedang dalam usaha untuk membina tempat menunggu ibu bapa yang
berbumbung untuk memberi kemudahan kepada ibu bapa/penjaga supaya
mereka tidak berpanas terik atau berhujan semasa menjemput anak mereka.
Selain itu, kami juga dalam usaha untuk membaik pulih kemudahan dan
infrastruktur dalam sekolah, makmal sains, makmal computer, bengkel
kemahiran hidup dan bilik darjah untuk keselesaan pelajar.

Soalan 5 : Sebagai guru penolong kanan, apakah harapan Puan


terhadap sekolah ini?
Jawapan : Saya amat berharap agar sekolah ini berjaya mengekalkan
kecemerlangan pelajarnya dari segi akademik, ko kurikulum serta sahsiah
dan prestasi mereka sebagai sekolah kluster kecemerlangan dapat
dikekalkan dan ditingkatkan lagi.

Sesi temu bual bersama mentor.


Nama guru : Puan Nurhafizah
Kelas : 5 Kenanga

Soalan 1 : Pada pendapat Puan, sejauh manakah program mentormentee ini berkesan?
Jawapan : Pada pendapat saya, program mentor mentee ini amat berkesan
dan efektif sekali. Melalui program ini, guru-guru dapat mengenali pelajar
dengan lebih dekat, memahami masalah pelajar, membantu pelajar dan
berkongsi cerita bersama mereka.
Soalan 2 : Bolehkan Puan ceritakan serba sedikit peranan mentor
terhadap sesebuah kelas?
Jawapan : Bagi saya, mentor memainkan peranan yang besar dalam
membentuk seseorang pelajar. Seseorang mentor bukan sahaja mengajar,
tetapi juga berkongsi cerita, membantu pelajar menyelesaikan masalah,
membentuk sahsiah pelajar dan membimbing pelajar menjadi insan berguna.
Soalan 3 : Apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan supaya dapat
menarik minat pelajar terhadap program mentor mentee?

Jawapan : Antara usaha yang dapat dilakukan adalah seperti membuat


permainan atau aktiviti, berchatting dengan pelajar melalui laman social
seperti facebook, berkenalan dengan ibu bapa pelajar dan bertanyakan
masalah dan banyak.
Soalan 4 : Sebagai mentor, apakah harapan Puan terhadap mentee
Puan?
Jawapan : Harapan saya adalah ingin melihat pelajar-pelajar saya menjadi
insan berjaya dunia akhirat, Selain itu, saya juga berharap agar program
mentor mentee ini berjaya dan mendapat kerjasama daripada pelajar supaya
objektif program ini tercapai.

Sesi temu bual bersama guru-guru lain


Nama guru : Puan Jawiyah bt Jonit
Jawatan : Guru kelas dan guru perpustakaan

Soalan 1 : Apakah pendapat cikgu terhadap sekolah Sri Putra?

Jawapan : Pada pendapat saya, sekolah Sri Putra merupakan sekolah yang
cemerlang dari segi akademik, ko kurikulum mahupun sahsiah. Semua guru
dan kaki tangan sekolah memainkan peranan masing-masing dan pelajarnya
juga amat berdisiplin dan menghormati guru. Kebanyakan infrastruktur di
sekolah ini juga lengkap dan memuaskan. Pada saya juga, sekolah ini
memang layak mendapat anugerah sekolah kluster kecemerlangan.

Soalan 2 : Bagaimanakah cikgu menjalankan PnP di dalam kelas?


Jawapan : setiap cikgu mempunyai cara yang berlainan dalam menjalankan
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Bagi saya, saya lebih suka
membuat aktiviti sebelum mula mengajar. Contohnya, saya recap semula
subjek yang telah kami pelajari pada minggu sebelumnya supaya pelajar
ingat semula subjek tajuk yang lepas. Selain itu, permainan seperti kuiz juga
dapat menarik minat pelajar untuk mengajar. Selain itu, kadang-kadang saya
menggunakan muzik seperti radio, di samping internet. Ini adalah kerana
budak-budak kecil adalah lebih cenderung kepada seni muzik. Saya juga
akan memastikan saya memahami sesuatu pelajaran sebelum mengajar
pelajar saya.
Soalan 3 : Apakah peranan guru perpustakaan? Adakah program
Nilam diterapkan dalam diri setiap pelajar di sekolah ini?
Jawapan : Antara peranan guru perpustakaan adalah memastikan pelajar
merekodkan pinjaman dan pemulangan buku, memastikan buku-buku di
perpustakaan disusun dengan kemas, memastikan pelajar tidak membuat
bising di perpustakaan, mengemaskini rekod nilam pelajar dan banyak lagi.
Ya, program nilam amat dititikberatkan di sekolah ini. Setiap pelajar
dikehendaki pergi ke perpustakaan pada waktu yang ditetapkan dan
merekodkan bacaan mereka dalam buku nilam. Pelajar yang gagal
merekodkan bacaan mereka dalam buku nilam akan dikenakan denda.

Perpustakaan sekolah ini juga pernah berjaya menjadi perpustakaan terbaik


daerah Kuala Langat, dari sudut infrastruktur, bahan bacaan, pengurusan,
rekod dan banyak lagi.
Soalan 4 : Apakah harapan anda terhadap sekolah ini?
Jawapan : Saya amat berharap agar sekolah ini berjaya mencapai visi dan
misi sekolah pada masa akan datang. Selain itu, saya amat berharap melalui
program nilam, semangat dan minat membaca dapat dipupuk dalam diri
setiap pelajar. Saya juga berharap agar sekolah ini akan terus menjadi
sekolah terbaik dan terus mendapat anugerah sekolah kluster
kecemerlangan.

Sesi temu bual bersama kaki tangan sekolah


Nama : En. Rosman
Jawatan : Kerani

Soalan 1 : Apakah pendapat Encik tentang sekolah ini?


Jawapan : Pada pendapat saya, sekolah ini merupakan antara sekolah
terbaik dan sistem pengurusan di sini juga berjalan dengan lancar. Saya juga
amat berbangga kerana dapat berkhidmat sebagai kerani di sekolah kluster
kecemerlangan ini.

Soalan 2 : Apakah tugas dan peranan encik dalam membantu


pengurusan sekolah?
Jawapan : Antara tugas saya ialah bertanggungjawab Menyediakan

tuntutan gaj, tuntutan bonus, tuntutan bantuan perkapita,


pembayaran bil-bil, penyata akaun tahunan, mengemaskini Buku
Tunai, mengurus cek-cek, kira-kira yuran khas pelajar dan
menyimpan slip bank, pesanan barang-barang keperluan pejabat
dan pendapatan photostat dan telefon.
Soalan 3 : bagaimankah layanan staff2 lain terhadap anda?
Jawapan : Semua guru dan kaki tangan lain di sekolah ini sentiasa memberi
layanan yang baik kepada saya. Begitu juga dengan murid-murid, mereka
menghormati saya walaupun saya hanyalah kerani.
Soalan 4 : Apakah harapan anda terhadap sekolah ini?
Jawapan : Harapan saya semoga sekolah Sri Langat ini dapat mengekalkan
kecemerlangannya dari segi akademik, kokurikulum mahupun sahsiah
supaya dapat mencapai kecemerlangan yang lebih cemerlang di masa
hadapan.

Interaksi dengan murid.


Nama murid : Muhd Faidzzuan Shah
Kelas : 5 Kenanga

Soalan 1: Apakah pandangan kamu terhadap sekolah ini?


Jawapan : Saya suka bersekolah di sini kerana cikgunya amat baik. Selain
itu, saya mempunyai ramai kawan di sini. Sekolah ini juga telah mendapat
anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan.
Soalan 2 : Bagaimanakah tahap pencapaian kamu dalam
peperiksaan?
Jawapan : Saya mendapat keputusan yang bagus dalam peperiksaan. Barubaru ini, saya mendapat nombor 10 dalam kelas dan saya rasa saya telah
buat yang terbaik. Namun, saya tahu saya harus berusaha lebih untuk
bersaing dengan rakan lain yang lebih pandai.

Soalan 3 : Adakah kamu terlibat dalam apa-apa ko kurikulum di


sekolah?

Jawapan : Ya, saya terlibat dalam takraw dan saya rasa seronok bermain
sepak takraw.
Soalan 4 : Pernahkah kamu melanggar peraturan sekolah? Apakah
tindakan yang dikenakan?
Jawapan : Saya pernah datang lambat ke sekolah dan pengawas telah
mencatat nama saya dan memberikannya kepada guru disiplin. Cikgu
disiplin telah berjumpa saya dan memberikan amaran supaya tidak lambat
atau tindakan keras akan diambil. Sejak itu, saya tidak pernah lewat lagi.

You might also like