Contoh Soalan Rumusan SPM

You might also like

Download as rtf, pdf, or txt
Download as rtf, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Jawab Soalan Ini

Soalan 1: Rumusan
Baca petikan di bawah dengan reliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca mata pelajaran Sejarah tidak
digemari murid dan langkah-langkah menarik minat murid terhadap mata pelajaran tersebut. Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Mata pelajaran Sejarah telah diumumkan sebagai mata pelajaran wajib lulus untuk melayakkan calon Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) mendapatkan sijil. Secara tidak langsung, mata pelajaran ini mempunyai kedudukan yang
sama taraf dengan mata pelajaran Bahasa Melayu. Namun begitu. bukan perkara luar biasa apabila kebanyakan murid
berpendapat bahawa mata pelajaran Sejarah membosankan dan tidak diminati oleh mereka. Walau bagaimanapun,
pendapat tersebut tidak diterima oleh murid-murid yang cemerlang dalam mata pelajaran tersebut. Bagi mereka, mata
pelajaran Sejarah dikatakan mampu menambah jumlah A atau A+ dalam keputusan peperiksaan mereka.
Mengapakah mata pelajaran Sejarah tidak digemari oleh murid-murid? Mereka beranggapan bahawa mata
pelajaran Sejarah tiada nilai komersial jika hendak dibandingkan dengan mata pelajaran yang lain seperti Matematik,
Sains, Fizik, dan Bahasa Inggeris. Masa hadapan penuntut Sejarah pada peringkat universiti juga dilihat masih kabur
kerana penjelasan tentang kepentingan mata pelajaran ini tidak digarap dengan baik oleh tenaga pengajar. Di sekolah,
mata pelajaran Sejarah secara kelazimannya diajar dengan kaedah sama ada "ceramah" atau "ceramah bervariasi".
Tumpuan petnbelajaran lebih berfokuskan hasil, iaitu murid sebagai objek dan produk semata-mata. Proses
pembelajaran dilupakan sedangkan proses inilah yang menentukan hasil atau produk yang bakal dikeluarkan nanti.
Ada sarjana turut menyatakan bahawa tenaga pengajar Sejarah kebanyakannya 'miskin' wawasan kesejarahan
yang berpunca daripada sifat malas untuk menggali dan mengkaji sumber sejarah. Kekurangan ini menyebabkan
mereka tidak mampu untuk merangsang dan mengembangkan daya imaginasi murid untuk menimbulkan perasaan
ingin tahu tentang mata pelajaran tersebut. Kredibiliti guru yang rendah dikatakan turut menghalang objektif
pengajaran Sejarah daripada tercapai dan digemari murid. Namurt begitu v fenomena ini harus dipandang secara positif
oleh para guru Sejarah kerana sumbangan mereka dalam melahirkan warganegara Malaysia yang cemerlang. Walau
bagaimanapun, tentu ada sebab sebilangan pihak menuding jari kepada sebahagian daripada guru Sejarah.
Murid-murid juga didapati tidak menunjukkan kesungguhan untuk mencapai keputusan yang baik dalam mata
pelajaran Sejarah. Hal ini terbukti dengan kehilangan semangat jati diri dalam kalangan murid. Segelintir murid pula
memberikan alasan bahawa pembelajaran Sejarah kurang membentuk daya pemikiran dan intelektual mereka. Fokus
guru dan murid lebih cenderung kepada penghafalan tarikh, fakta serta membuat rumusan semata-mata. Tiada
sebarang usaha untuk melatih murid agar berfikir melalui peristiwa sejarah yang dipelajari. Minat murid turut
terganggu apabila unsur penghafalan mengatasi unsur penghayatan semasa mempelajarinya.
Tumpuan yang lebih kepada mata pelajaran Sains, Matematik, dan Bahasa Inggeris pula menimbulkan tafsiran
yang salah kepada murid, iaitu hanya tiga mata pelajaran ini yang penting. Hal ini diburukkan lagi dengan persepsi
ibu bapa yang lebih banyak memberikan tumpuan terhadap mata pelajaran yang mempunyai keperluan dalam
memenuhi kehendak pasaran kerja ekonomi moden. Agenda yang lebih utama harus terarah untuk mengembalikan
minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah semula yang melibatkan pelbagai pihak. Pendidikan Sejarah mampu
mewujudkan ingatan bersama terhadap sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman
antarabangsa. Hasrat murni tersebut jelas dinyatakan, namun disalahertikan bahawa mempelajari Sejarah hanya untuk
mendapat A dan lulus SPM semata-mata.
Dipetik dan diubah suai daripada 'Menarik Minat
terhadap Mata Pelajaran Sejarah'
oleh Salleh Hashim,
Dewan Siswa, Mei
Soalan 2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
(ii)

Berikan maksud rangkai kata menuding jari.


[2 markah]
Pengarang menyatakan bahawa terdapat sarjana yang berpandangan bahawa tenaga pengajar Sejarah 'miskin'
wawasan kesejarahan.
Nyatakan pandangan-pandangan tersebut.
[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, selain memupuk jati diri murid, apakah manfaat-manfaat yang diperoleh oleh murid-murid
apabila mereka mempelajari Sejarah?
[4 markah]

You might also like