Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Dapur solar merupakan satu alternative yang digunakan untuk menggantikan

kaedah memasak secarakonvensional. Ia menggunakan tenaga solar sebagai medium


utama dalam proses memasak. Dapur solarmerupakan satu dapur mesra alam dan tidak
menyebabkan pencemaran terhadap alam sekitar sertamenjimatkan kos kerana tiada bahan
api seperti kayu, arang batu atau gas digunakan. Dapur solar inimenggunakan sumber
alternative iaitu daripada cahaya matahari untuk memasak. Tenaga alternativeadalah
bermakna tenaga yang terjana daripa sumber bukan berasaskan bahan api asli seperti
petroleumataupun arang batu. Lazimnya, tenaga alternative adalah merupakan tenaga
daripada unsur-unsur sepertitenaga angin, tenaga hidro, tenaga solar dan juga tenaga
nuklear. Tenaga solar yang diperoleh daripadapancaran cahaya matahari mempunyai
potensi luas di Malaysia terletak di kawasan khatulistiwa yangmenerima cahaya matahari
sepanjang tahun dengan suhu setinggi 27 C.
Dapur Solar merupakan rekacipta model yang dilengkapi ciri-ciri kecekapan tenaga
denganmenggunakan sumber tenaga solar secara optimum . Model yang dicipta juga
menggunakan bahanterpakai seperti aluminium, kanta dan cat hitam . Selain itu juga, ia
dapat menguruskan sumber kearahmeningkatkan kecekapan dan penjimatan bahan api dan
secara tidak langsung dapat memulihara alamsekitar. Aplikasi tenaga solar di negara kita
kini pada tahap sangat rendah sedangkan ia berpotensi tinggidan boleh dimanfaatkan . Pada
masa kini hampir 80 peratus daripada sumber-sumber tenaga adalah daripada tenaga
fosilseperti petroleum, arang batu dan gas asli. Pada masa yang sama, sumber tenaga ini
mengambil masaterlalu lama untuk dihasilkan secara semulajadi . Oleh itu penggunaan
sumber tanaga yang bolehdiperbaharui termasuklah tenaga solar mestilah digalakkan.
Diketahui umum bahawa solar adalah murahdan boleh didapati di mana-mana sahaja di
Malaysia dan ianya selamat malah ia tidak berbahaya kepadapersekitaran. Kajian
pembinaan dapur solar ini, diharap dapat menjadi sumber alternatif kepada sumbertenaga
yang sedia ada.Terdapat tiga objektif kajian menguji keberkesanan penggunaan dapur solar,
objektif-objektif berikutperlu dicapai di penghujung kajian ini. i. Menghasilkan tenaga
alternatif daripada tenaga matahari di mana haba daripada matahari digunakan dalam
penyediaan bahan makanan makanan. ii. Menguji pencapaian suhu maksimum yang boleh
dihasilkan melalui penggunaan dapur solar. iii. Menguji penggunaan bahan tambah dalam
ujikaji kotak solar untuk meningkatkan suhu.
Kajian ini dihadkan dengan hanya menguji keberkesanan dapur solar terhadap suhu
persekitaran iaituterhadap suhu persekitaran di kawasan Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak
Bernam, Selangor. Kajian inidilakukan kawasan lapang yang menerima cahaya matahjari
tanpa dilindungi oleh baying-bayang atauapa-apa sahaja objek yang boleh menghalang
cahaya matahari ke atas dapar solar, kajian dilakukanbermula dari pukul 9.00 pagi sehingga
4.00 petang padang bola Politeknik Sultan Idris Shah.Tenaga suria ialah tenaga yang
percuma dan tidak terbatas. Tenaga suria tidak menghasilkanpencemaran, tidak
memerlukan modal yang tinggi serta menggunakan bahan kitar semula. Di Malaysia,kita
menerima cahaya matahari melebihi 6 jam sehari sepanjang tahun. Oleh itu, tenaga suria
amat berpotensi untuk digunakan di Malaysia. Penggunaan pemasak solar boleh
menggurangkan pengeluarankarbon dioksida ke atas alam sekitar. Dapur solar ini amat
sesuai digunakan di negara beriklim panas seperti Malaysia dan mempunyaibanyak
kebaikan iaitu menjadikan tenaga solar sebagai sumber tenaga alternatif yang
murah,menggurangkan penggunaan bahan api dari kayu ,tidak mempunyai ancaman
bahaya kebakaran,keracunan asap dan gas . Dapur solar ini juga amat sesuai digunakan
semasa membuat aktiviti gerakkerja luar seperti perkhemahan . Kaedah memasak

menggunakan tenaga suria digunakan secara meluas di negara-negaramembangun sebagai


alternatif bagi menggantikan panggunaan kayu, arang kayu, arang batu atau bara
api.Penggunaan bahan bakar ini menimbulkan pencemaran yang memeberi kesan terhadap
alam sekitar,kesihatan orang ramai dan menggunakan kos yang tinggi . Terdapat tiga prinsip
asas bagi pembinaan asas bagi kotak solar iaitu cahaya matahari. Dapur solar akan
diletakan di kawasan yang panas dan dilindungi daripada angin kencang. Dapur solar tidak
dapat berfungsi apabila hari mendung atau pada waktu malam. Jumlah kemasukan tenaga
matahari ke dalam dapur solar bergantung kepada reka bentuknya.
Menukar cahaya matahari kepada tenaga haba Permukaan gelap seperti warna
hitam digunakan pada dapur solar serta permukaan yang berkilat seperti keranjang
aluminium dapat membantu dalam proses penyerapan cahaya matahari dan akan
ditukarkan kepada haba . Periuk atau kuali hitam akan menyerap haba dan haba tersebut
digunakan untuk memasak makanan. Pemerangkapan haba. Bahan seperti plastic atau kaca
boleh digunakan untuk meyerap cahaya matahari dan ditukarkan kepada haba. Plastik atau
kaca akan memerangkap haba yang terdapat pada dapur solar . Cahaya matahari akan
diserap oleh periuk atau kuali hitam serta pelapik hitam yang diletakkab di bawah periuk
atau kuali, kemudian cahaya matahari akan ditukarkan kepada tenaga haba dan
memanaskan periuk atau kuali yang terdapat dalam kotak solar. Tenaga haba akan
terperangkap di dalam kotak solar yang bertutup kerana haba tidak dapat melepasi penutup
kaca yang digunakan untuk kotak solar. Haba yang terperangkap dalam kotak suria akan
bertindak balas dengan permukaan yang berwarna gelap dan menghasilkan haba. Kaedah
metodologi ini merangkumi kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk mencapaiobjektif
dan matlamat kajian . Setipa perkara yang dirancang sementinya mempunyai kaedah
atauprosedur yang betul bagi mencapai matlamat atau tujuan yang telah ditetapkan.
Pada peringkat awal , proses pemilihan tajuk amatlah penting . Ini kerana ia akan
mempengaruhi objektif atau tujuan yang sebenarnya. Proses selanjutnya adalah
perlaksanaan projek yang telah dibincangakan dan kerja-kerja mencari malkumat dan
bahan-bahan yang berkaitan dengan projek yang ingin dilaksanakan. Proses kerja-kerja
merekabentuk , menguji serta membuat jadual hasil bagi kajian tersebut supaya data
tersebut boleh dianalisis .Bahan-Bahan Yang DigunakanAnatara bahan-bahan yang
digunakan untuk membuat kotak solar ialah,U-Channel merupakan suatu bahan yang
diperbuat daripada aluminium yang digunakan sebagai bingkai pada kotak solar. Hollow 1x1
bahan yang paling penting dalan dapur solar kerana hollow berfungsi sebagai rangka kotak.
Getah hitam jenis tahan haba berfungsi sebagai untuk memmenuhi ruanga pada u-channel
yang dipasang pasa sekeliling tinted glasses. Racket merupakan bahan yang digunakan
untuk menyambung bahagian antara Hollow 1x1. Clear glasses merupakan penutup bagi
kotak solar ini. Clear glasses digunakan agar haba yang dapat amsuk lebih banyak untuk
diperangkap di dalam kotak solar.Tinte glasses digunakan sebagi dinding kotak solar. Tujuan
tinted glasses digunakan ialah sebagai pemerangkap haba agar tidak keluar daripada kotak
solar. Rebet digunakan sebagai penyambung bahagian u-channel dan antara dinding kotak
solar.
Prosedur Ujikaji Kotak Solar.Prosedur untuk menjalankan ujikaji ke atas dapur solar
menggunakan bahan aluminium sebagai bahan ujikaji ialah Jadual data untuk mengambil
data bacaan suhu pada thermometer yang diletakkan pada air dan kotak solar disediakan
seperti berikut : Masa 9am- 10am- 11am- 12pm- 1pm-2pm 2pm-3pm 3pm-4pm 10am 11am
12pm 1pm Suhu Kotar Solar Suhu Air Peralatan dan bahan ujikaji disedikan seperti

thermometer , air sebanyak 500ml dan bikar.Bahan untuk dibuat ujikaji pada hari tersebut
akan dipasang dan diletakkan.Kotar solar akan dipasangkan dengan thermometer pada
dinding sebelah dalam . Air sebanyak 500ml sebagai sampel ujikaji dimasukkan ke dalam
kotak solar.Termometer juga diletakkan di dalam air untuk melihat suhu air . Setelah itu,
sampel air akan ditutupkan dengan penutup untuk menghalang pengeluaran haba berlaku
dan meningkatkan suhu air dengan cepat.
Selepas itu , penutup dapur solar ditutupkan dengan rapat. Setelah selesai , kotar solar
diletakkan dikawasan ujikaji. Bacaan thermometer iaitu suhu pada air dan kotar solar akan
diambil setiap 1 jam. Bacaan suhu ini akan dicatatkan dijadul yang telah disediakan. Ujikaji
selesai setelah semua data telah diambil mengikut masa yang ditetapkan. Ujikaji setiap
bahan akan dilakukan dalam masa sekurang-kurannya tiga hari untuk melihat
keberkesanannya dengan mengulang langkah. Setelah data diperolehi ujikaji ditukar dengan
bahan ujikaji yang berbeza iaitu kanta dan cat bikar yang bercat hitam .Keputusan Ujikaji
Peringkat Pertama Kajian pada peringkat pertama melibatkan ujikaji ke atas bahan-bahan
yang sesuai digunakan untuk pembentukan kotak solar yang paling efisien. Pada peringkat
ini bahan seperti aluminium, cat hitam dan kanta adalah menjadi bahan utama kajian.
Bacaan suhu kotak dan air dengan penggunaan aluminium, kanta dan cat hitamDaripada
Jadual diatas didapati penambahan aluminium dapat meningkatkan lagi suhu kotak dan
suhu airdengan nilai bacaan maksimum 71 0C bagi suhu kotak yang dicatatkan pada jam 2
petang manakala suhuair mencapai nilai maksimum pada jam 3 petang dengan bacaan 70
0C. Bagi penggunaan kotak solar tanpa bahantambahan, bacaan suhu tertinggi yang
dicatatkan ialah 59 0C bagi suhu didalam kotak.Bagi pengunaan kotak solar dengan
penggunaan kanta suhu yang tertinggi dicatatkan ialah 62 0C didalamkotak. Ini
menunjukkan bahawa penggunaan kanta sedikit sebanyak mempengaruhi bacaan suhu
didalamkotak. Bagi penggunaan cat hitam dan kanta suhu tertinggi yang dicatatkan ialah 65
0C. Dan bagipenggunaan aluminium, kanta dan cat hitam suhu tertinggi yang dicatatkan di
dalam kotak ialah 71 0C.
Daripada perbandingan ini dapat dilihat penggunaan bahan untuk mereka bentuk kotak
solar juga mempengaruhi suhu di dalam kotakPengunaan cat hitam, kanta dan aluminium
banyak mempengaruhi bacaan suhu di dalam kotaksolar.Bacaan suhu tertinggi dicatatkan
pada waktu kemuncak iaitu pada pukul 1 hingga 2 petang.Masalah Semasa Proses Pengujian
Dapur SolarSelain daripada penggunaan bahan tambahan yang digunakan untuk membuat
ujikaji, antara faktor yangmempengaruhi bacaan suhu pada kotak solar.
Ujikaji keberkesanan penggunaan dapur solar ini telah dilakukan ke atas sampel air tujuan
untuk tujuanmemasak. Semasa ujikaji dijalankan, banyak faktor yang telah diambilkira
antaranya faktor cuaca.Masalah cuaca seperti mendung dan hujan juga menjadi faktor
utama kerana ia melambatkan pengujian.Ujian dilakukan dalam bulan Oktober dan awal
bulan April di mana menurut Jabatan Meteorologi Malaysia keadaan cuaca adalah lembap
berbanding bulan yang lain. Bilangan hari hujan yangdirekodkan adalah tinggi dan terdapat
hari-hari hujan yang diiringi dengan ribut petir pada sebelahpetang. Ujikaji ini akan lebih
berkesan jika dibuat pada hari yang menerima cahaya matahari terik.Bahan tambah kepada
dapur solarPemilihan bahan tambah ini terpaksa ditukar-tukar untuk melihat bahan tambah
mana yang lebih sesuaidigunakan pada dapur solar tersebut untuk penyerapan haba yang
lebih baik supaya sampel ujikaji iaituair boleh mencapai suhu semaksimum mungkin. Bahan
tambah yang digunakan untuk pengujian dapursolar seperti aluminium foil dan kanta

mempengaruhi bacaan suhu di dalam kotak solar dan sampel.Kesimpulannya, daripada


tempoh ujikaji keberkesanan penggunaan dapur solar untuk melihattahap suhu maksimum
yang boleh dicapai oleh kotak solar tersebut selama dua minggu di kawasanPoliteknik Sultan
Idris Shah, suhu tertinggi yang dicacatkan ialah 71C dan suhu air pula ialah 70C.Ujikaji ini
menunjukkan penggunaan bahan tambah iaitu aluminium, kanta dan cat hitam sebagai
bahanuntuk meningkatkan suhu kotak ternyata memang berjaya kerana melalui gabungan
penggunaan bahantersebut, suhu kotak telah meningkat secara mendadak.
Walaubagaimanapun, suhu yang didapati daripada hasil ujikaji ini masih rendah
danpenggunaanya di kawasan politeknik ini tidak begitu sesuai. Oleh yang demikian kajian
lanjut perludilakukan terhadap bahan tambah yang sesuai kepada dapur solar untuk
meningkatkan suhu disampingdapat mempercepatkan proses memasak makanan. Kajian ini
tidak terhad kepada penggunaan bahan tambah sahaja tetapi kajian mengenai rekabentuk
juga harus diteliti supaya sesuai dengan persekitaran kajian.

Contoh model Dapur Solar yang dihasilkan

You might also like