Pembangunan Perisian Pendidikan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

PEMBANGUNAN PERISIAN PENDIDIKAN (MMP3012)

TUGASAN KUMPULAN
TEORI PEMBELAJARAN : TEORI KONSTRUKTIVISME
LEV VYGOTSKY
AHLI KUMPULAN :
SITI NURHUSNA BINTI MOHAMAD FADZIL
D20142068982
SITI RAUDHAH BINTI SANI
D20142068978

PENSYARAH :
DR LALILI FARHANA BINTI MD IBRAHIM

ISI KANDUNGAN
1.0

Latar Belakang Tokoh

2.0

Idea Dan Teori Lev Vygotsky

3.0

Aplikasi Dalam Pendidikan

4.0

Kelebihan Dan Kelemahan

5.0

Cara Mengatasi Masalah

6.0

Kesimpulan

7.0

Rujukan

1.0 LATAR BELAKANG TOKOH


Nama penuh bagi Lev Vygotsky ialah Lev Semenovich Vygotsky, dilahirkan
pada 1896 di Belorussia dan dibesarkan di Gomel, sebuah bandar kira-kira
400 batu dari Moscow. Beliau membesar dalam sebuah keluarga yang
sederhana. Ibunya merupakan seorang guru namun hanya tinggal di
rumah kerana mendidik anak-anak. Beliau mempunyai seorang tutor
peribadi yang bernama Solomon Ashpiz. Setelah menerima pendidikan
awal, Vygotsky meneruskkan pengajian di sekolah menengah persendirian
di sebuah Gymnasium Yahudi. Beliau menerima anugerah medal emas di
sekolah menengahnya dan melanjutkan pelajaran ke peringkat uiversiti di
Moscow State University dan tamat pengajian pada tahun 1920.
Setelah tamat pengajian, Vygotsky telah bekerja di beberapa
tempat antaranya ialah Institut psikologi pada pertengahan 1920 dan di
beberapa pusat pendidikan di Moscow, Lerningard dan Kharkow. Beliau
telah bekerja keras dalam menyatakan ideanya tentang perkembangan
kognitif. Beliau telah menulis buku tentang "Pemikiran dan Bahasa" dan
"Fikiran masyarakat". Pada zaman pemerintahan Joseph Stalin di Russia,
karya dan nama Lev Vygotsky telah diharamkan dan hampir 20 tahun
karya dan ideanya tidak disebarkan di khalayak ramai.
Para ahli psikologi telah mengangkat semula idea-idea Vygotsky dan
memperkenalkan di bidang psikologi dunia sehingga ke hari ini. Beliau
percaya

bahawa

perkembangan

kognitif

dipengaruhi

oleh

faktor

persekitaran sosial dan budaya. Melalui interaksi sosial dengan ibu bapa,
guru, rakan, orang dewasa lain, sekolah dan sebagainya. Bayi lahir
dengan beberapa fungsi asas mental (elementary mental function), iaitu
perhatian, sensasi, persepsi dan memori. Vygotsky sangat dikenali
sebagai seorang ahli psikologi pendidikan yang memperkenalkan teori
sosiobudaya.Teorinya ini juga menyatakan bahawa perkembangan kanakkanak bergantung kepada interaksi kanak-kanak dengan orang ada di
sekitarnya

yang

menjadi alat penyampaian sesuatu

budaya

yang

membantu mereka membina pandangan tentang sekelilingnya. Beliau


telah

menulis

buku

tentang

Pemikiran

dan

Bahasa'

dan

Fikiran

Masyarakat.

2.0 IDEA DAN TEORI LEV VYGOTSKY


Teori Konstruktivisme didefinisikan sebagai pembelajaran yang bersifat
generatif, iaitu tindakan mencipta sesuatu makna dari apa yang dipelajari.
Berbeza

dengan aliran behavioristik yang memahami hakikat belajar

sebagai kegiatan yang bersifat mekanistik antara stimulus respon,


kontruktivisme lebih menekankan belajar sebagai kegiatan manusia
membangun atau menciptakan pengetahuan dengan memberi makna
pada pengetahuannya sesuai dengan pengalamanya. Konstruktivisme
bukanlah sesuatu pemikiran yang baru, apa yang dilalui dalam kehidupan
kita selama ini merupakan himpunan dan pembinaan pengalaman demi
pengalaman. Ini menyebabkan seseorang mempunyai pengetahuan dan
menjadi lebih dinamik.

Menurut teori ini, guru tidak hanya memberikan pengetahuan kepada


murid, namun murid

juga perlu aktif membangunkan pengetahuan di

dalam memorinya. Dalam hal ini, guru hanya bertindak sebagai pemudah
dalam proses pembelajaran dengan memberi peluang kepada murid
untuk mencipta idea-idea dalam menyelesaikan masalah mereka sendiri,
dan mengajar murid secara tidak langsung menggunakan teknik ini. Guru
dapat memberikan bantuan kepada murid ke tingkat pemahaman yang
lebih tinggi.

2.1 Teori Konstruktivisme Lev Vygotsky

Lev Vygotsky banyak menekankan tentang konstruktivisme sosial di mana


ilmu pengetahuan dibina berdasarkan kepada interaksi sosial , alat
budaya , dan aktiviti yang membentuk pembinaan dan pembelajaran
individu.

Contohnya , Vygotsky mencadangkan konsep pembinaan zon


proksimal , di mana kanak-kanak boleh menyelesaikan masalah sesuatu
masalah dengan bantuan orang dewasa, rakan atau guru (scaffolding).
2.1.1 Zon Perkembangan Proximal (ZPD)

Terdapat dua konsep penting dalam teori ini, iaitu Zon Perkembangan
Proximal

(ZPD)

dan

bantuan

(scaffolding).

ZPD

merupakan

suatu

kemampuan untuk melakukan sesuatu dengan bantuan orang dewasa.


Dalam konteks pembelajaran, murid dan guru hendaklah bekerjasama
untuk meningkatkan muridan dan membolehkan kanak-kanak melakuakn
kerja tersebut sendiri. Dalam erti kata lain actual developmental level
merujuk

kepada

semua

aktiviti

yang

boleh

dipersembahkan

oleh

seseorang kanak-kanak sendiri tanpa bantuan orang lain. Sebaliknya,


zone of proximal development ialah sesorang kanak-kanak atau murid
melakukan sesuatu kerja dengan bantuan orang lain.

2.1.2 Pendekatan perancahan (scaffolding)


Dengan scaffolding, semakin lama murid semakin dapat mengambil
tanggungjawab untuk pembelajarannya sendiri.
a.

Pengelolaan pembelajaran

Interaksi
mempengaruhi

sosial

individu

perkembangan

dengan

lingkungannya

pembelajaran

seseorang,

sengat
sehingga

perkemkembangan sifat-sifat dan jenis manusia akan dipengaruhi oleh


kedua unsur tersebut. Menurut Vygotsky dalam Slavin (2000), guru dan
murid melaksanakan aktiviti belajar melalui interaksi dengan orang
dewasa dan rakan sebaya . Interaksi sosial ini memacu terbentuknya idea
baru dan memperkaya perkembangan intelektual murid.

b.

Pemberian bimbingan

Menurut Vygotsky, tujuan belajar akan tercapai dengan belajar


menyelesaikan tugas-tugas yang belum dipelajari tetapi tugas-tugas
tersebut

masih

(Wersch,1985),

berada
iaitu

perkembangannya.

dalam

perkembangan

tugas-tugas
Menurut

melaksanakan aktiviti

terdekat

yang

terletak

di

atas

Vygotsky,

semasa

guru

mereka
peringkat

dan

murid

di dalam zon perkembangan proksimal , tugas

yang tidak dapat diselesaikan sendiri akan dapat mereka selesaikan


dengan bimbingan atau bantuan orang lain.

3.0 APLIKASI DALAM PENDIDIKAN


Zon Perkembangan Proksimal
Tahap di mana sesuatu keupayaan dan kemahiran yang masih belum
tercapai oleh seorang kanak-kanak secara bersendirian dan hanya dapat
dicapai dengan pertolongan orang dewasa atau rakan sebaya.
Vygotsky

percaya

apabila

individu

berada

di

bawah

Zon

Perkembangan Proksimal, individu tersebut boleh belajar sesuatu tanpa


bantuan orang lain. Sebaliknya apabila seorang individu berada dalam
Zon Perkembangan Proksimal, individu tersebut boleh belajar dengan
bantuan orang lain, manakala apabila individu tersebut berada di atas Zon
Perkembangan Proksimal, individu tidak boleh belajar apa-apa kemahiran
pun, walaupun dengan bantuan orang lain. Oleh itu, peranan guru dalam
teori ini adalah menentukan tahap yang sesuai untuk pembelajaran, dan
menentukan cara pengajaran yag perlu dan sesuai membantu murid
melalui zon tersebut dan belajar sesuatu. Zon ini juga menunjukkan suatu
situasi pembelajaran bersama guru dan guru bekerjasama dengan murid
meningkatkan perkembangan kanak-kanak tersebut.
Bagi mengaplikasikan Zon Perkembangan Proksimal di dalam
pengajaran memerlukan tiga langkah iaitu :

i. Penilaian. Guru harus berupaya memahami suatu masalah secara


realistik.

Proses

ini

dipanggil

penilaian

dinamik.

Seseorang

yang

mempunyai keupayaan menaakul, berpengalaman dan mempunyai minat


pada sesuatu akan mempengaruhi zon ini.
ii. Penyesuaian sesuatu tugasan mengikut tahap perkembangan murid.
Sekiranya tugasan terlalu senang, maka bantuan tidak diperlukan.
Sekiranya tugasan terlalu sukar pula,murid akan keliru dan tertekan. Maka
seorang guru perlu mengenal pasti bagaimana caranya menyampaikan
tugasan mengikut kemampuan murid. Matlamat yang ingin dicapai dalam
proses ini ialah persefahaman diantara guru dan murid mengenai sesuatu
tugasan.
iii. Penyediaan sokongan instruksional. Langkah ini dilaksanakan dengan
mengaplikasikan konsep baru iaitu "scaffolding" yang bermaksud suatu
bantua kepada murid menyiapkan sesuatu tugasan yang mereka tidak
dapat selesaikan tanpa panduan guru, Menurut Vygotsky (1978), guru
dapat meransang zon ini dengan memberikan peluang yang banyak
kepada murid bergerak balas yang mencakupi kemahiran dan kebolehan
yang dilakukan oleh murid secara bersenairian serta lain-lain kemahiran
yang memerlukan bantuan guru. Scaffolding ialah bantuan yang diberikan
kepada peajar supaya menyiapkan tugasan yang gagal mereka siapkan
secara bersendirian. scaffolding membantu murid bergerak melalui zon
perkembangan proksimal dengan membolehkan murid menyelesaikan
sesuatu tugasan tanpa bantuan orang lain.
Scaffolding

yang

berkesan

dapat

bertindak

balas

dan

memenuhi

keperluan murid dengan mengubahsuai segala keperluan dan tugasan


kepada tahap pencapaian yang boleh dicapai murid. Guru harus
memberikan bantuan apabila murid mula menunjukkan kemampuan
menyelesaikan

tugasan.

mencapai kejayaan.

Ini

membenarkan

murid

berkembang

dan

Scaffolding berinstruksional memberikan sokongan kepada murid. Di


dalam bilik darjah, guru menyediakan "scaffolding' dengan menghuraikan
dan membahagikan isi sesuatu petikan kepada perenggan-perenggan
yang

dapat

diselesaikan,

menunjukkan

kemahiran

'modeling'

dan

membenarkan murid menyelesaikan masalah secara bersendirian apabila


guru berasa yakin murid-murid sudah bersedia.
Fungsi scaffolding adalah sebagai alat bantu murid memmuridi kemahiran
baru. Perkembangan murid akan terbantut atau lambat sekiranya
kekurangan 'scaffolding'. Namun sekiranya guru memberikan terlalu
banyak sokongan instruksional, murid akan gagal berkembang dan tidak
berupaya melaksanakan tugasan bersendirian. Maka "scaffolding" yang
berkesan perlulah fleksibel dan dapat memenuhi keperluan murid semasa
mereka bergerak melalui zon perkembangan proksimal.
4.0 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN TEORI KONSTRUKTIVISME
Dalam menjalankan sesebuah teori

semestinya

terdapat beberapa

kebaikan dan keburukan. Berikut terdapat beberapa kebaikan dan


kelemahan bagi teori konstruktivisme.
4.1 Kekuatan Teori Konstruktivisme
Berfikir merupakan alam proses membina pengetahuan baru, melalui teori
konstruktivisme kita dapat lihat bahawa murid perlu berfikir sendiri bagi
menyelesaikan masalah. Hal ini akan menjana idea murid-murid dalam
membuat sesuatu keputusan. Teori ini menitikberatkan penglibatan muridmurid berfikir secara aktif dalam menyelesaikan masalah yang mana
menuntut kebolehan berfikir pelajar yang lebih tinggi. Sebagai contoh
guru memberi sesuatu topik yang umum untuk mereka bincangkan secara
kritis dan kreatif. Guru hanya sebagai pemerhati dan pembimbing. Muridmurid sendiri yang perlu melahirkan dan melontarkan idea-idea mereka.
Kekuatan seterusnya bagi teori ini ialah murid lebih mudah
memahami sesuatu ilmu baru. Hal ini kerana, guru merupakan penolong,
pemudahcara dan perancang. Guru hanya berperanan menyampaikan

teori pengajaran dan menghubungkait dengan pengalaman murid untuk


pemahaman. Guru memilih idea yang terdekat dengan prinsip yang
hendak diajar kepada murid. Ini bermakna, pelajar memainkan peranan
utama dalam aktiviti pembelajaran. Mereka melibatkan diri secara
langsung dengan penyelesaian masalah yang dilaksanakan dalam kelas.
Sudah tentu ini membolehkan mereka lebih memahami pelajaran tersebut
dan boleh mengapliksikan pelajaran tersebut dalam kehidupan.
Kekuatan atau kelebihan yang terdapat di dalam teori ini ialah nilai
koperatif dan kolaboratif diterapkan di dalam diri murid-murid. Hal ini
kerana,

murid

akan

diminta

bekerjasama

dalam

kumpulan

untuk

memberikan hipotesis mereka sendiri berkaitan dengan sesuatu topik


pelajaran yang dipelajari. Kaedah ini adalah sangat bagus kerana boleh
memotivasikan

pelajar,

membimbing,

dan

menggalakkan

pelajar

melibatkan secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Oleh


kerana murid terlibat secara langsung dengan aktif, mereka akan ingat
lebih lama semua konsep yang dipelajari mereka.
Selain itu, kemahiran sosial juga dapat diperolehi melalui teori ini.
Hal ini kerana kemahiran sosial ini diperolehi apabila berinteraksi dengan
rakan dan guru dalam membina pengetahuan baru sebagai contoh aktiviti
berdiskusi atau berbincang. Ini akan menjadikan murid lebih kendiri dan
berfikiran matang dalam mengetengahkan pedapat dan berfikiran terbuka
menerima pendapat orang lain. ia juga dapat menanamkan sikap sosial
yang positif dalam kalangan murid-murid.
Tambahan lagi, teori konstruktivisme ini juga tidak menggunakan
kaedah

atau

teknik

tradisional seperti

syarahan,

menghafal

dan

mengingat. Murid mendapat ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman


yang dibina di dalam minda mereka bukannya yang wujud luar daripada
minda mereka. Aktiviti yang dilaksanakan dan alat bantu mengajar yang
menarik serta pelbagai juga akan membuatkan murid mudah faham dan
berasa lebih seronok ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh
kerana mereka terlibat secara terus, mereka faham, ingat, yakin dan
berinteraksi dengan sihat, maka mereka akan berasa seronok belajar
dalam membina pengetahuan baru.

Teori konstruktivisme ini juga dapat meningkatkan penguasaan


teknik lisan dan bukan lisan dalam diri murid-murid. Dalam teori ini, guru
hanya membentangkan teori dan pelajar akan mengadaptasinya sendiri
berdasarkan pengalaman sendiri. Mereka akan memberi idea-idea mereka
sendiri berdasarkan pengalaman tersebut. Manakala aktiviti dalam kelas
memperkukuhkan lagi pemahaman murid tersebut. Hal ini bermakna,
guru dan murid menggunakan kaedah timbal balik, di mana penggunaan
serta penguasaan teknik lisan dan bukan lisan diaplikasikan.
4.2 Kelemahan Teori Konstruktivisme
Menurut Mok Soon Sang (2006), antara kelemahan teori ini adalah
ketidaksediaan murid untuk merancang strategi, berfikir dan menilai
sendiri teori pengajaran berdasarkan pengalaman sendiri. Tidak semua
murid mempunyai pengalaman yang sama atau menepati apa yang akan
diajar

oleh

guru.

Masalah

ini,

kadang

kala

menyebabkan

aktiviti

pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak berkesan. Guru sedar


bahawa idea-idea sedia perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti
dengan idea yang lebih saintifik oleh murid. Perkara inilah yang kadangkadang tidak difahami oleh murid. Tambahan pula, murid terpaksa
mengenalpasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea
sedia ada sebelum mereka memahaminya.
Selain itu, teori konstruktivisme juga menjadi penghalang kepada
kefahaman konsep dalam pembelajaran kerana tidak selaras dengan
pandangan saintifik. Oleh yang demikian ia menimbulkan kesusahan
kepada murid untuk mengasimilasikan dan menyusun idea saintifik baru.
Kelemahan
mengajar. Ini
pembelajaran

seterusnya

kerana

ialah

guru

pembelajaran

berpusatkan

murid

iaitu

merasakan
konstruktivis
murid

aktif

mereka

tidak

menekankan
dalam

proses

pengajaran dan pembelajaran. Jadi, guru hanya bertindak sebagai tutor


atau pembimbing sahaja. Murid yang memainkan peranan sendiri dalam
setiap pembelajaran yang dijalankan.
Selain itu, amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara
konstruktivis dianggap tidak realistik. Ini kerana kurikulum yang dibina

melihatkan peranan murid dan guru saling memberikan maklum balas


dalam

sesi

pengajaran

dan

pembelajaran.

Guru

juga

merasakan

penerangan mereka tidak penting lagi. Oleh itu, guru hanya bertindak
sebagai agen pemerhati yang hanya akan membantu apabila murid
memerlukan sokongan bantuan daripada pihak lain dalam membina
konsep-konsep baru.
Di samping itu, kawalan kelas agak merosot. Hal ini kerana semua
murid bergerak secara aktif dalam membina pengetahuan mereka sendiri.
Pergerakan murid menyebabkan suasana kelas dalam kawalan menjadi
tidak terkawal. Seterusnya, guru yang sedang menukar cara pengajaran
kepada

pendekatan

konstruktivisme

memerlukan

sokongan

profesionalisme serta pengukuhan keyakinan daripada pihak sekolah.


5.0 CARA MENGATASI MASALAH
Cara mengatasi kekurangan dalam teori konstruktivisme adalah dengan
menggunakan peluang melalui peranan murid dan guru. Murid perlu
mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu, kemudian
secara individu murid akan membuat analisis dan menjawab soalansoalan tersebut. Murid perlu bertanggungjawab terhadap pembelajaran
mereka sendiri dengan berusaha menyelesaikan masalah. Selain itu,
murid perlu berbincang dengan guru dan rakan-rakan. Perbincangan akan
membantu murid mengembangkan dan mengukuhkan idea-idea mereka.
Jika murid berpeluang mengemukakan idea dan mendengar idea orang
lain, murid tersebut akan membina pengetahuan melalui apa yang
mereka faham.
Di samping itu, murid perlu mencabar hipotesis yang telah dibuat
dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak
ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui
perbincangan di dalam kumpulan. Bagi mengatasi kelemahan dari teori
ini, murid perlu menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif
dan interaktif dalam membantu mereka menjana idea dan pengetahuan.
Seterusnya guru pula bertindak sebagai agen dalam menggalakkan

murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka.


Guru perlu bertindak menstrukturkan pelajaran untuk mencabar persepsi
murid. Guru perlu membantu murid memahami hakikat kurikulum
kehidupan mereka melalui mentafsir pembelajaran semasaaktiviti di
dalam kelas, bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis. Guru juga perlu
menggalakkan murid membuat tugasan dalam bentuk penyelesaian,
menganalisis,

meramal,

meneroka

dan

membuat

hipotesis

serta

menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut. Akhir sekali guru perlu


memberikan masa yang secukupnya kepada murid untuk membuat
perkaitan

antara

idea-idea

yang

telah

dijana

bagi

menggalakkan

pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan tertentu.

6.0 KESIMPULAN

7.0

RUJUKAN

1. Gallagher, C. (1999). Lev Semyonovich Vygotsky. Di petik daripada


http://www.muskingum.edu/~psych/psycweb/history/vygotsky.htm
2. Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad. (2007).
PEDAGOGI. strategi dan teknik mengajar dengan berkesan.

3. Shahabudin Hashim, Mahani Razali & Ramlah Jantan (2007).


Psikologi Pendidikan. kuala Lumpur

You might also like