Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

DAERAH HILIR PERAK


Rumah Pengakap
SMK Seri Perak
36000 Teluk Intan
Perak.

Tel : 019-4375204
Fb : Pengakap Hilir Perak

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : PPM/DHP/SUP13/Bil (16)
Tarikh
: 12 Mac 2013
Pengetua/ Guru besar,
Sekolah- sekolah,
Daerah Hilir Perak.
Tuan,
PERKHEMAHAN LENCANA USAHA, JAYA, PRA PENTARAFAN PENGAKAP RAJA DAN
KERIS EMAS DAERAH HILIR PERAK TAHUN 2013
Dengan hormatnya, dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Hilir Perak akan
menganjurkan program tersebut seperti tetapan berikut.
PROGRAM

: PERKHEMAHAN LENCANA USAHA, JAYA, PRA PENTARAFAN


PENGAKAP RAJA DAN KERIS EMAS DAERAH HILIR PERAK
TAHUN 2013
TARIKH
: 15.3.2013 (JUMAAT) HINGGA 17.3.2013 (AHAD)
TEMPAT
: SM SAINS BAGAN DATOH, 36100 BAGAN DATOH
MASA PENDAFTARAN
: 9.00 PAGI
BAYARAN PENYERTAAN : RM 17.00 (sijil dan peralatan- tidak termasuk makanan)
3.
Merujuk kepada surat kebenaran dari Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak,
PPD.H.Pk.08/02/02/Jld4 (25) bertarikh 11 Mac 2013. Bersama-sama ini disertakan senarai
keperluan bagi kem tersebut. Peserta yang ingin menyertai perkhemahan ini mestilah sudah
mendaftar sebagai ahli. Yuran pendaftaran ahli boleh dibayar semasa perkhemahan.
4.
Bagi perkhemahan Lencana Usaha dan Keris Emas, setiap sekolah dikehendaki
menghantar maksimum 20 penyertaan. Bagi perkhemahan Lencana Jaya, peserta mestilah telah
menghadiri perkhemahan Lencana Maju terlebih dahulu.
5. Semua implikasi kewangan berkaitan perkhemahan ditanggung oleh pihak sekolah.
6.
Pegawai perhubungan kami ialah En. Nor Azlan B Norani; Penolong Pesuruhjaya
Pengakap Daerah Hilir Perak (Unit Pengakap Muda), 012-5446368.
7.
Besarlah harapan kami agar semua pengetua/guru besar memberi pelepasan kepada
peserta/pegawai/ guru pengiring untuk menghadirkan diri ke perkhemahan ini. Segala kerjasama
dan keprihatinan pihak tuan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI BERPENGAKAP
Saya yang menurut perintah,
...........
(EN. SARANI B SULAIMAN)
Pesuruhjaya Pengakap
Daerah Hilir Perak
SK: Fail Setiausaha Pentadbiran Pengakap Hilir Perak

You might also like