Download as odp, pdf, or txt
Download as odp, pdf, or txt
You are on page 1of 8

AHLI-AHLI KUMPULAN

BIOLOGI KAMI:

4 SCIENCE 1
v
v HANIFF BIN ROSLI
JEE
v
v JONATHAN
NICHOLAS
v
v SYLVESTER JOE
v
v MIKE HARRISON
v
v CLAYBE JAYVEN
v
v SHAHRUL AZAM BIN
ALI
v

KANDUNGAN FOLIO

A. PENGENALAN
B.
C. MAKSUD PENIPISAN
LAPISAN OZON
D.
E. PUNCA-PUNCA
PENIPISAN OZON
F.
G. KESAN-KESAN
PENIPISAN
LAPISAN OZON
H.
I. CARA-CARA
MENGURANGKAN
PENIPISAN
LAPISAN OZON
J.
K. RUMUSAN

PENGENALAN

Ozon(O3) merupakan sebatian yang terdiri


daripada tiga atom oksigen setiap
molekul. Pada suhu dan tekanan biasa ia
berbentuk gas biru. Ozon membentuk
cecair biru tua pada suhu bawah -112 C,
dan cecair biru tua gelap pada suhu di
bawah -193 C. Ozon dijumpai oleh
Christian Friedrich Schonbein pada tahun
1840. Ozon diketahui berupaya menyerap
radiasi UV-B. Ozon terbentuk secara
semulajadi di lapisan ozon. Lapisan ozon
terhakis oleh klorofluorokarbon (CFC).
Secara semulajadi, ozon terhasil melalui
tindak balas cahaya ultra-lembayung
dengan atmosfera bumi dan membentuk
satu lapisan ozon pada ketinggian 50
kilometer.

Lapisan ozon ini wujud di antara lapisan


Stratosfera dan Mesosfera dan melindungi
bumi daripada sinaran ultra-lembayung.
Bagaimanapun sekiranya ozon terhasil di
permukaan bumi seperti melalui asap
kenderaan, ozon boleh membahayakan
kesihatan. Sekiranya lapisan ozon tiada,
banyak kehidupan di bumi akan pupus
termasuk manusia. Oleh itu orang ramai
merasa bimbang apabila terdapat laporan
wujudnya lubang pada lapisan ozon di
kutub utara dan kutub selatan.

MAKSUD PENIPISAN LAPISAN OZON

Lapisan ozon terdapat di lapisan kedua atmosfera,iaitu lapisan


stratosfera,yang terletak kira-kira 30 km hingga 40 km daripada
permukaan bumi.Lapisan ozon mampu menyerap kebanyakan sinar
ultraungu supaya manusia dan hidupan lain di bumi terlindung daripada
sinaran yang berbahaya ini.Akan tetapi,ketebalan lapisan ozon kini
semakin berkurang.Inilah yang dikatakan sebagai penipisan lapisan ozon.
Penipisan lapisan ozon telah direkodkan oleh ahli sains semenjak
tahun 1970-an.Pada tahun 1985,ahli sains telah melaporkan bahawa
kepekatan ozon di Antartik telah berkurang sebanyak 40% semenjak
1977.Kepekatan ozon yang sangat rendah di kawasan ini telah
menyebabkan wujudnya lubang ozon.Satu lagi lubang ozon wujud di
kawasan Artik.Akibatnya,sinaran ultraungu telah meningkat sebanyak
7% dalam satu dekad di hemisfera utara dan di hemisfera selatan
peningkatan adalah sebanyak 10%.

PUNCA PENIPISAN LAPISAN OZON


Penipisan lapisan ozon disebabkan oleh peningkatan paras klorofluorokarbon
dalam atmosfera.CFC ialah sekumpulan sebatian kimia yang mengandungi
klorin,karbon, dan fluorin.CFC sering digunakan sebagai bahan penyejuk dalam alat
penyaman udara dan peti sejuk,sebagai bahan semburan dalam tin aerosol, dan agen
pembusa dalam pembuatan stirobusa.P.Hal ini akan menyebabkan lapisan ozon
terhakis sedikit demi sedikit sehinggalah wujudnya lubang ozon.Akibatnya,sinaran
ultraungu telah meningkat.

Selain itu,kemajuan aeroangkasa yang menggunakan jet supersonik juga tidak


terkecuali dalam menjadi punca kepada penipisan lapisan ozon.P.Jet supersonik yang
menembusi atmosfera bumi akan membebaskan gas seperti karbon dioksida,karbon
monoksida dan oksida nitrogen.Gas-gas ini akan kekal di atmosfera bumi dan
menyebabkan molekul-molekul ozon bertindak balas terhadap gas
tersebut.Akibatnya,berlakunya penipisan lapisan ozon.

Seterusnya,punca yang lain ialah pembakaran bahan api fosil.Pembakaran bahan api
fosil dalam enjin kenderaan dan stesen jana kuasa elektrik membebaskan sejumlah
besar karbon dioksida ke atmosfera.

Bahan cemar lain yang dibebaskan oleh ekzos kenderaan bermotor adalah
jelaga,plumbum,karbon monoksida,oksida nitrogen,dan hidrokarbon yang disebabkan
oleh pembakaran api fosil yang tidak lengkap.Kilang perindustrian juga membebaskan
sejumlah besar gas karbon monoksida,karbon dioksida dan sulfur dioksida ke
atmosfera.Oksida nitrogen dan sulphur dioksida bergabung dengan wap air dalam
untuk membentuk asid nitrik dan asid sulfurik.Asid nitrik dan asid sulfurik
kemudiannya turun sebagai hujan asid.
Punca-punca lain yang menyumbang kepada penipisan lapisan ozon ialah
pembalakan secara berleluasa.P.Hal ini disebabkan oleh sikap manusia yang lebih
kepada mementingkan wang ringgit daripada kesan perbuatan mereka terhadap alam
sekitar.Pembalakan secara berleluasa akan menyebabkan kekurangan pokok yang
berperanan untuk menyerap karbon dioksida dan menukarkannya kepada oksigen.Hal
ini akan menyebabkan berlakunya peningkatan karbon dioksida di atmosfera dan
secara tidak langsung juga boleh menyebabkan penipisan lapisan ozon.

Kesan penipisan lapisan ozon kepada


manusia dan alam sekitar
Penipisan lapisan ozon ini, nyata mengundang pelbagai
risiko dan implikasi terhadap hidupan di muka bumi. Kesihatan
manusia merupakan ancaman utama yang paling ketara. Dalam hal
ini, pancaran ultra ungu yang mempunyai gelombang antara 290320 namometer boleh mengakibatkan penyakit kulit seperti
melanoma.
Penyakit ini terjadi apabila gen-gen dalam kromosom mengalami
mutasi yang menyebabkan pembahagian sel-sel tidak sistematik
lantaran daripada pancaran ultra ungu yang terlalu kuat.
Berdasarkan kajian para saintis, pengurangan 1% dalam lapisan
ozon akan menyebabkan pertambahan sebanyak 5% dalam kes
penyakit kulit. Masalah ini amat ketara di negara-negara barat
kerana kebanyakkan penduduknya berkulit putih yang lebih
sensitif dan berisiko terhadap pancaran ini.
Selain itu, pancaran ultra ungu ini juga akan menyebabkan
penyakit mata. Sesorang yang terlalu lama terdedah kepada
pancaran ultra ungu ini akan menghidap penyakit katarak mata
yang boleh menyebabkan buta, lantaran daripada ketumbuhan
selaput putih yang menutupi anak mata.P. Penduduk-penduduk
yang kurang mampu membiayai pembedahan mata dan membeli
cermin mata bagi mengelakkan pancaran ini akan lebih terdedah
kepada risiko penyakit katarak.
Disamping itu, penipisan lapisan ozon ini juga akan
menyebabkan kepupusan hidupan laut. Pancaran ultra ungu yang
keterlaluan akan menyebabkan mikroorganisma dalam air seperti
plankton akan mati.P. Hidupan laut yang bergantung kepada
plankton ini juga akan semakin berkurangan dan mungkin akan
mengalami kepupusan lantaran daripada ketiadaan sumber
makanan. Hal ini akan memberi impak yang besar terhadap
pembiakan ikan yang akan berkurangan secara perlahan-lahan dan
secara tidak langsung menjejaskan sumber protein bagi manusia
dan juga haiwan lain.

Penipisan lapisan ozon ini juga, akan menyebabkan peningkatkan


suhu bumi. Suhu bumi yang melebihi paras normal akan
mengakibatkan glasier di utara Artik dan Kutub Antartika akan

CARA MENGURANGKAN PENIPISAN LAPISAN


OZON
Terdapat pelbagai langkah yang dapat diaplikasikan dan
dititikberatkan oleh kita untuk mengurangkan penipisan lapisan
ozon pada Bumi kita. Antaranya ialah kita dapat mengawal
pembelian racun nyamuk seperti tin aerosol dan penghawa dingin
yang mengandungi klorofluorokarbon (CFC).P. Dengan mengawal
pembelian barangan ini oleh pengguna kita dapat mengawal
penggunaan CFC dan pembebasan bahan kimia ini ke atmosfera
kita.

Selain itu,kita dapat memastikan asap yang dibebaskan oleh


kilang-kilang tidak berbahaya dengan memasang penapis udara
pada cerobong asap kilang-kilang tersebut kerana asap yang
dbebaskan oleh kilang tersebut mengandungi pelbagai gas
beracun seperti sulfur dioksida dan karbon monoksida dapat
mengakis lapisan ozon dengan mudah.

Berkaitan dengan asap pula, asap daripada hasil pembakaran


petrol atau diesel dalam kenderaan juga dapat dielakkan dengan
mengurangkan penggunaan kenderaan. Purata bilangan orang
dalam setiap kereta di negara kita adalah hanya seorang. Oleh itu,
kita perlulah menitikberatkan perkongsian kenderaan sesama
kawan dan penggunaan kenderaan awam seperti monorel atau
LRT.P. Di samping itu, kita juga dapat mangadakan kempen bagi
menyedari pelbagai lapisan masyarakat mengenai penipisan
lapisan ozon dan cara mengurangkannya.

Bumi ini telah sakit dan


kesakitan itu dipanggil
penipisan lapisan ozon. Ini
telah disebabkan parasit yang
menakluk bumi ini dengan
teknologi yang canggih.
Namun, setiap yang baik ada
buruknya.
Kita mungkin dikenali sebagai
manusia namun kita tidak
berperikemanusiaan terhadap
Bumi kita ini. Sebagai seorang
insan yang berguna, sedarlah
bahawa Bumi ini sedang sakit
dan hendaklah kita menyedari
punca dan kesan kesakitan ini
kepada kita serta
mengaplikasikan cara
mengurangkan kesakitan ini
dari pelbagai lapisan
masyarakat. Perasaan simpati
terhadap Bumi ini harus
disemai di dalam hati rakyat
sejak bangku sekolah lagi
agar anak-anak zaman yang
akan datang tidak seksa atau
sengsara kerana tidak dapat
merasai keindahan alam
semulajadi.

You might also like