Hantu Melayu EDIT

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 37

PONTIANAK

1. *Pontianak* / *Puntianak* / *kuntilanak* - wanita berpakaian


serbaputih membalas dendam.

*Pontianak* atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai


olehmasyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan
yang mati ketikamengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat
menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak
mengganggu manusia.

LANGSUIR

2. *Langsuir* - perempuan
*Langsuir* adalah sejenis makhluk halus penghisap darah
dalamkepercayaan masyarakat Melayu. *Langsuir* dipercayai akan
merasuk mangsadan menghisap darah mangsa secara perlahanlahan sehingga mati. Terdapat sesetengah pendapat bahawa
*Langsuir* berasal daripada wanita yang matibersalin atau selepas
itu.*Langsuir* dipercayai mampu menyerupai seorangperempuan
yang cantik dan mengoda lelaki agar mengikuti mereka ketempat
sunyi. Apabila sampai ketempat yang sunyi, *langsuir* akan
berubah kembali kepada rupa asal dan akan merobek perut mangsa
atau mencekik leher mangsa dan menghisap darah mereka.

TOYOL

3. *Toyol* - hantu kanak-kanak bogel


*Toyol* merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu,
kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan
mencuri. *Toyol* ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut
mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus
ini dikenali sebagai saka.

PELESIT

4. *Pelesit* - boleh dipelihara


Pelesit* merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan,
yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita,bagi tujuan memudaratkan musuh.
Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu *pelesit* dipercayai diberi
makan darah dari jari tangan tuannya.Hantu *pelesit* dikatakan mampu menjelma sebagai
sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam tirus, dan
masuk kerumah mangsa.*Pelesit* ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk
menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.

HANTU RAYA

6. *Hantu raya* - boleh dipelihara


*Hantu Raya* dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara
tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan
membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan
makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Cara mengambilnya ialah: amik dekat pokok kelapa
yg kena panah petir*Hantu Raya* akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya
melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. *Hantu Raya* juga boleh disuruh oleh tuannya bagi
merasuk seseorang. *Hantu raya* mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa
atau haiwan lain, dan biasanya*Hantu Raya* akan menjelma sebagai tuannya.*Hantu Raya*
yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya
makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang,
pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, *Hantu
Raya* yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.*Hantu Raya* biasanya perlu diwarisi, dan
sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya
mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup.
Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

PONCONG

7. *Hantu bungkus* - makhluk ghaib yang dilihat berbungkus dalam kain kafan.
*Hantu bungkus* atau juga dikenali sebagai *hantu punjut* atau *hantu pocong* merujuk
kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain
kafan.*Hantu bungkus* sering dikatakanmengusik orang yang lemah semangat, dan akan
bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak
sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

HANTU AIR

5. *Hantu air* - dalam air


*Hantu air* (juga termasuk *Hantu laut*) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang
atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu
membahayakan mereka yang bertembung dengannya.Kebiasaannya ia dikatakan terapungapung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh
dengannya.Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di
pinggir air.Dipercayai bahawa *hantu air* berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang
dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.Air laut
yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi
para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan
diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.

POLONG

8. *Polong*
Hantu *Polong* merujuk kepada semangat atau makhluk halus belaan yang dipelihara oleh
seseorang, biasanya lelaki, bertujuan untuk tujuan memudaratkan musuh. Hantu
*polong*dipercayai diberi makan darah dari jari tuannya.Menurut kepercayaan orang Melayu,
*polong*dihasilkan dengan meletak darah orang yang mati dibunuh kedalam botol bermulut
panjang. Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam
tempoh masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi mengerit
daripada dalam botol. Pemuja *polong* perlu menghiris sedikit jarinya dan memasukkan
jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk memberi *polong* makan. Dengan memberi
makan, *polong* ini akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan
tuannya.*Polong* biasanya akan disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan apabila
hendak memusnahkan musuh. Mangsa*polong* biasanya boleh dikenali dengan kesan lebam
pada mayat dandarah keluar melalui mulut.

BAJANG

10. *Bajang* - makhluk aneh


*Bajang* merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan,
yang dipelihara bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali
sebagai saka.*Bajang* merupakan makhluk setan yang dipuja daripada mayat bayi yang mati
semasa lahir. Ia merupakan setan jantan yang sering kali menjelma sebagai kucing pole cat.
*Bajang*seringkali menyerang kanak-kanak dan mampu menyebabkan penyakit misteri yang
boleh membawa maut kepada mangsanya.*Bajang* akan dikawal oleh pemiliknya dan akan
disimpan di dalam tabung buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai penyumbat
tabungan tersebut dan dikunci dengan tangkal. *Bajang* hanya dikeluarkan apabila
pemiliknya hendak mengenakan musuhnya.*Bajang* yang dipelihara itu akan diberi makan
telur dan juga susu. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, *Bajang* yang
kelaparan itu akan menyerang tuannya.*Bajang* boleh dihindari dengan menggunakan
tangkal atau azimat. Tidak ada cara membunuh *bajang* tetapi biasanya sekiranya tuannya
diketahui, dia akan dibunuh atau diusir dari kampung tersebut.*Bajang* biasanya perlu
diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai
bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan
bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

BUNIAN

11. *Bunian*, Kerajaan dan keluarga Bunian.


Orang *Bunian* ialah sebarang makhluk halus dari golongan jin dalamlegenda Melayu, mirip
dengan elf dalam legenda Eropah.Mereka dikatakan wujud dalam masyarakat besar,
menyerupai struktur sosial manusia, mempunyai keluarga, puak, dan struktur masyarakat.
Orang*Bunian* dikatakan mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan
manusia, tetapi ada juga yang tinggal berdekatan dengan manusia malah berkongsi rumah
dengan keluarga manusia. Sesetengah masalah kerasukan dikatakan berpunca dari orang
*bunian*.Orang *bunian*mempunyai kuasa luar biasa yang hebat, dan juga diketahui
berkawan dan menolong manusia, terutamanya pawang atau bomoh. Orang *bunian*
dikatakan menculik kanak-kanak, dan bayi didalam perut wanita dan ada dituduh
menyebabkan manusia sesat di dalam hutan.Semenjak orang *bunian* mirip dengan manusia
(kecuali berasaskan fakta mereka biasanya ghaib atau halimunan) tidaklah dihiraukan untuk
mereka berkahwin dengan manusia. Malah ada pendapat yang mengusulkan bahawa
*bunian* ini adalah hasil gabungan hubungan manusia dan jin. Sekali seorang manusia telah
pergi untuk tinggal dengan orang *bunian*, dia tidak boleh balik ke alam biasa, sebagaimana
orang *bunian* hidup lebih lama daripada manusia. Terdapat cerita mengenai seorang lelaki
yang mengahwini orang *bunian*, tetapi ingin mengembali ke keluarga mereka yang telah
ditinggalkan, memutuskan untuk meninggalkan orang *bunian*. Waktu pulang mereka ke
golongan manusia, mereka mendapati bahawa setiap orang yang mereka kenal telah
meninggal dunia, dan beberapa tahun sudah berlalu. Cerita ini pernah disebutkan dalam
cerita dongeng Amerika iaityu Rip Van Winkle. Perkara tersebut menyerupai teori kerelatifan
masa.Orang *Bunian* Sungai Tekali Pada Julai 1998, satu tapak perkhemahan baru telah
dibina di Kampung Sungai Tekali, daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Tapak
perkhemahan ini adalah milik Jabatan Pelajaran Negeri Selangor . Perkhemahan yang pertama
kali itu ialah Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Negeri Selangor.Segelintir penduduk
kampung percaya dan melihat 3 orang (?) *bunian* mandi dalam anak sungai di tapak itu.
Seperti biasa majlis bacaan Yassin diadakan pada hari pertama perkhemahan. Pada malam
'Night Walk' yang dikendalikan oleh Askar Briged Tengah, dua orang peserta telah 'hilang' dan

seperti kerasukan selama beberapa bulan. Kejadian ini dikaitkan dengan orang *bunian*. Kini
tapak perkhemahan itu telah 'bersih' dan tidak lagi kedengaran cerita-cerita seumpama itu.

HANTU BUKIT

13. *Hantu bukit*


*Hantu bukit* merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran dikawasanbukit. *Hantu
bukit*sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat.

HANTU KUBUR

14. *Hantu kubur*


*Hantu kubur* merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran dikawasan perkuburan.
*Hantu kubur* amat ditakuti dikalangan orang-orang asli kerana mampu menyebarkan
penyakit. Ini adalah antara sebab orang asli berpindah randah sekiranya berlaku kematian.
Malah ia ditakuti oleh puak asli Kubu (Indonesia) dan Jakun (Malaysia) walaupun mereka
dipisahkan oleh selat Melaka. Sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat.Cara
mengambilnya ialah:tanah atau pacang kayu org mati kena bunuh/berdarah

PARI PARI

15. *Pari-pari*

*Pari-pari* merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu,


kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang terdapat dalam hutan. *Pari-pari* ini
dikatakan mempunyai masyarat tersendiri dan boleh dikatakan menyerupai orang bunian.
*Pari-pari* dikatakan tidak dipelihara oleh manusia dan dikatakan hidup bebas.

JERAKUNG

17. *Jerangkung*

*Jerangkung* merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu,


kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan menginiaya orang
lain. Pemeliharaan makhluk halus seperti ini turut dikenali sebagai saka.

HANTU LAUT

18. *Hantu laut*

*Hantu air* (juga termasuk *Hantu laut*) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang
atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu
membahayakan mereka yang bertembung dengannya.Kebiasaannya ia dikatakan terapungapung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh
dengannya.Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di
pinggir air.Dipercayai bahawa *hantu air* berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang
dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.Air laut
yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi
para nelayan dari*hantu air (laut)*, satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan
diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.

HANTU GALAH

19. *Hantu galah*


*Hantu Galah* merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu,
kemungkinannya dari golongan jin/shaitan.Ia dikatakan berbentuk manusia tetapi bersaiz
besar dan amat tinggi sehingga kepalanya dikatakan menyapu awan. Ia sering kali ditemui
jauh di dalam hutan dan biasanya hanya kakinya yang kelihatan.Mereka yang diusiknya
dikatakan sering menyangka kakinya sebagai batang pokok.Kakinya dikatakan berbulu
panjang dan hanya mangsa hanya terserempak pada waktu malam apabila sering bersandar
atau memegang kakinya, atau ketika melalui celah kangkangnya.Manusia yang bersahabat
dengannya dikatakan boleh mencabut bulu betisnya yang akan dibakar untuk menyerunya
apabila memerlukan pertolongannya.

JIN TANAH

20. *Jin Tanah*


*Jin Tanah* dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul.
Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dikatakan menjaga sesuatu
kawasan (tanah).*Jin Tanah* biasanya menjaga sesuatu kawasan tanah dan akan menganggu
mereka yang membuka tanah baru untuk berhuma. Untuk mengelakkan gangguan *Jin
Tanah*, biasanya upacara pembukaan tanah baru akan diadakan. Biasanya makanan yang
disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan
sebagainya. Sekiranya tidak, *Jin Tanah* akan mengganggu mereka yang meneroka kawasan
tanah baru tersebut.

HANTU KUM KUM

22. *Hantu Kum-Kum*


Asal h*antu kum-kum* dikatakan bermula dengan seorang wanita yang mengamalkan ilmu
mencantikkan muka. Tetapi salah satu pantangnya merupakan dia tidak boleh melihat cermin
selama 10 hari / sesetengah cerita menyatakan sebulan.Semenjak hari itu semua orang
memuji-muji kejelitaan wanita itu dan menyebabkan dia tidak sabar dan melihat wajahnya di
cermin pada hari terakhir. Akibatnya mukanya menjadi buruk, dan setelah dia menemui
kembali gurunya, dia diberitahu bahawa mukanya hanya akan kembali cantik setelah dia
menyapu mukanya dengan darah XX perawan.Disebabkan itu wanita itu merayau-rayau
mengetuk pintu rumah bagi mencari mangsa sambil menyatakan "*Kum-Kum*" sambil
mengenakan jibab.

23. *Orang minyak*


*Orang minyak* merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin bagi tujuan
menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan mencuri/membuat onar.Salah satu
cerita mengatakan *orang minyak* ini telah tersalah menuntut, menyebabkan dia menjadi
hitam dan hanya akan pulih selepas memperkosa 40 orang gadis. Mangsa akan menjadi
terpukau dan ditanda dengan dipangkah pada mukanya selepas dinodai. Kisah orang minyak
ini amat popular sehinggakan ia dijadikan sebuah filem pada tahun 1958. Filem ini diterbitkan
oleh Malay Film Productions Ltd dan diarahkan oleh P. Ramlee.

25. *Penanggalan*
Hantu *Penanggalan* atau juga dikenali sebagai *hantu tengelong* di negeri Kedah merujuk
kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan.
Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan
kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali
perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena.
Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi
memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan
asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala
mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan
terbongkar.*Penangalan* dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya
mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh
itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang),
diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah
tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.Ketika
*penanggalan* terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka
yang terburai itu.

26. *Hantu bidai*

*Hantu Bidai* atau juga dikenali sebagai hantu balong bidai merujuk kepada sejenis makhluk
halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka
menganggu manusia. Kononnya hantu bidai merupakan semangat jahat yang tinggal dalam
air.*Hantu bidai* mampu menyerupai tikar, dan akan menggulung dan melemaskan mangsa.

30. *Harimau jadian*

*Harimau jadian* dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis ilmu yang membolehkan
penuntutnya bertukar menjadi harimau apabila dikehendaki. Ia dikatakan dibantu oleh
golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya mempertahankan
diri dan juga bagi memudaratkan musuh.*Harimau jadian* biasanya perlu dibuang sebelum
meninggal, dan sekiranya tidak dibuangkan, penuntut ilmu itu akan sukar meninggal dunia.

31. *Jembalang tanah*


*Jembalang tanah* merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat dikawasan
hutan dara. *Jembalang tanah* dikatakan berasal daripada urin atau tali pusat bayi yang
ditanam di kawasan hutan

You might also like