Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Kepentingan hutan Bandar - Dewan Kosmik, Jun 2011.

Kawasan Bandar merupakan penyumbang utama pembebasan


karbon dioksida yang menjadi punca utama pencemaran udara. Oleh itu
kewujudan hutan Bandar penting bagi mengurangkan masalah ini. Hutan
Bandar merupakan tumbuh-tumbuhan yang sedia ada dan juga pokokpokok yang ditanam secara sistematik di persekitaran Bandar. Hutan
Bandar berperanan untuk menyediakan kawasan hijau yang berkualiti
bagi mengimbangi binaan batu dan struktur lain yang mendominasi
landskap Bandar.
Hutan Bandar berfungsi untuk mengurangkan kesan negatif akibat
kemerosotan kualiti alam sekitar di kawasan Bandar. Ketika ini, hutan
Bandar menjadi semakin releven dan sangat berpotensi untuk
mengurangkan masalah pencemaran udara. Di samping itu masalah
pemanasan global juga dapat dikurangkan melalui penghutanan Bandar.
Pokok pinggiran jalan yang ditanam pula dapat dijadikan peneduh
daripada panas matahari. Namun demikian, pemilihan pokok yang sesuai
perlu diambil kira oleh pihak berkuasa tempatan. Umpamanya,
penanaman pokok palma, walaupun canatik, tidak membawa banyak
faedah sebagai peneduh kerana saiz konopinya yang kecil berbanding
dengan pokok-pokok besar yang lain. Begitu juga pokok angsana,
walaupun rending tetapi dahannya mudah patah dan membahayakan
orang ramai,
Pada masa yang sama, pokok besar yang ditanam di sekitar Bandar
seperti khaya senegalensis dan Samanea saman berfungsi untuk
menyerap karbon dioksida di atmosfera. Karban dioksida yang diserap
berubah ke bentuk biojisim yang disimpan sebagai karbon sama ada di
bahagian akar atau di bahagian batang, daun dan dahan. Peranan utama
pokok yang menjadi penyumbang kepada perhutanan Bandar adalah
untuk mengurang masalah perubahan iklim. Hal ini demikian kerana
pokok yang ada di sesuatu kawasan Bandar dipercayai dapat memberikan
sumbangan bukan sahaja di kawasan bamdar tersebut bahkan di
peringkat global. Oleh itu, hutan Bandar sememangnya penting dalam
melengkapkan ekosistem Bandar.
Berbeza dengan hutan hujan tropika yang berfungsi untuk
mengurangkan kerosakan tanah, menyediakan sumber makanan dan
perlindungan kepada pelbagai jenis haiwan, hutan Bandar pula dapat
meminimumkan kerosakan akibat hakisan tanah. Hai ini disebabkan
kewujudan hutan Bandar sedikit sebanyak telah dapat menangani
masalah kejadian tanah runtuh di kawasan Bandar. Oleh itu, pelbagai
usaha perlu dilakukan bagi menjamin pengekalan pokok besar yang sedia
ada di kawasan Bandar. Usaha ini penting demi meningkatkan kualiti
udara di Bandar di samping manfaatnya terhadap alam sekitar secara
keseluruhan.

Skema jawapan :

petikan kepentingan hutan bandar

1. Usaha-usaha memupuk semangat cinta akan hutan perlu bermula


pad peringkat sekolah.

Sekolah menubuhkan Kelab Pencinta Alam


Member hadiah / anugerah kepada murid yang melibatkan diri
dalam aktiviti hutan
Mengadakan pertandingan melukis poster / menulis essei
tentang hutan
Mengadakan pameran tentang hutan dengan kerjasama Jabatan
Hutan / Perhilitan
Mengadakan lawatan ke hutan rekreasi
Mengadakan kempen / ceramah tentang kepentingan hutan
Mengadakan aktiviti perkhemahan di hutan

2. Cara-cara mengekalkan hutan Bandar

Menanam semula pokok yang telah ditebang di hutan Bandar


Kerajaan menghadkan pembangunan di kawasan hutan Bandar
Penyelengaraan / pengurusan pokok
Kerajaan menguatkuasakan undang-undang / akta penebangan
pokok / menekankan hukuman berat kepada sesiapa yang
menebang pokok di hutan Bandar
Kerajaan / NGO mengadakan kempen untuk meningkatkan
kesedaran masyarakat tentang kepentingan hutan Bandar
Mewujudkan jabatab / unit khas untuk memantau hutan Bandar
Setiap rakyat menanam pokok di kawasan perumahan di Bandar

3. Fungsi hutan hujan tropika

Mengurangkan kerosakan tanah / hakisan tanah


Menyediakan sumber makanan
Perlindungan kepada pelbagai jenis haiwan / habitat hidupan liar

Dunia Iktiraf Cara Malaysia Urus Sektor Perhutanan, Berita Harian


12 April 2001.
Tema Hari perhutanan Sedunia tahun ini Hutan Kita
Tanggungjawab Bersama , tidak memberi sebarang makna jika kita tidak
serius menangani kemusnahan hutan yang berselindung menggunakan
nama pembangunan. Dijangkakan, dalam tempoh 10 tahun lagi, kira-kira
50 peratus daripada spesies flora dan fauna di muka bumi ini akan pupus
angkara tindakan manusia, sama ada kerana pembangunan atau
disebabkan pencemaran. Kajian Fakulti Perhutanan, Universiti Putra
Malaysia menunjukkan hutan tropika negara dihuni 15 ribu spesies
tumbuhan berbunga, 300 spesies mamalia, 700 spesies burung, 300
spesies reptelia, 165 spesies amfibia, 300 spesies ikan air tawar dan
berjuta-juta spesies serangga. Inilah khazanah berharga bagi negara
yang perlu dipertahankan untuk mengelakkan kepupusan atas alas an
pembangunan dan komersial.
Kita beruntung kerana Malaysia mengamalkan pengurusan hutan
mapan dan masih mempunyai 44.3 peratus daripada 29.7 juta hektar
tanahnya yang diliputi hutan bagi tatapan generasi akan datang yang
juga berhak menikmati keindahan fauna dan flora. Kini sudah ada
kesedaran dalam kalangan masyarakat bahawa hutan bukanlah gedung
kekayaan kepada kepada pembalak sahaja, malah semua tumbuhan di
dalamnya ada potensi perubatan yang boleh dikaji dan mempunyai nilai
komersial. Malah kajian Institusi Barah Kebangsaan Amerika Syarikat
mendapati 75 peratus daripada sumber tumbuhan yang dapat
menyembuhkan penyakit barah hidup di hutan tropika. Kita akui hutan
sebahagian daripada sumber pendapatan utama negara, iaitu hasil
eksport balak dan keluarannya mencapai RM16.6 bilion pada 1999.
Bagaimanapun kegiatan pembalakan tanpa kawalan boleh
menggalakkan kemusnahan pada habitat alam, sedangkan hutan boleh
mengekalkan sistem ekologi. Malah bagi mereka yang tinggal
berhampiran hutan, terutamanya orang Asli, hutan merupakan tempat
mereka mencari rezeki dengan mencari petai, madu dan rotan. Jika hutan
diterokai secara sewenang-wenangnya akan memberi kesan kepada
banyak pihak. Hutan sebenarnya mampu menyimpan air berdasarkan
daya serapan akar. Kita sudah ada pengalaman masalah kekurangan air
beberapa tahun dulu yang sewajarnya menjadi pengajaran kepada kita.
Malah, masalah banjir kilat yang berlaku di kuala Lumpur tidak akan
timbul jika sejak perancangan awal lagi kawasan berbukit dan hutan tidak

ditebang secara sesuka hati. Ramai yang mengetahui bahawa hutan


dapat menyerap air, sekali gus dapat mengelakkan banjir kilat.
Atas kesedaran penjagaan hutan yang sempurna, masyarakat dapat
mengkaji dan menghayati hasil ciptaan Tuhan yang indah. Bagi
mengelakkan hutan tidak diterokai secara tidak bermoral, Akta
Perhutanan Negara 1983 yang mengenakan hukuman denda dan penjara
mandatori perlu dikuatkuasakan seberapa segera yang boleh. Tindakan
yang tegas diharapkan dapat menyedarkan masyarakat yang kini sibuk
memikirkan kerjaya semata-mata, tanpa memikirkan keadaan alam yang
kian musnah. Kita tidak mahu sudah terantuk baru tengadah. Terlalu
banyak kita menyesali kesilapan, dan masalah hutan ini, kita jangan
sesakali silap lagi. Pengurusan di Barat dalam menjaga alam sekitar boleh
dijadikan contoh. Tidak salah untuk kita meniru perkara yang baik.
Kesedaran yang berterusan daripada segenap lapisan masyarakat
merupakan impian yang murni yang entah bila akan menjadi kenyataan.
Permintaan terhadap produk berasaskan kayu-kayan yang
semakin meningkat menyebabkan hutan kini ditebang secara
tidak terkawal sama ada secara sah atau haram. Fenomena ini
menyebabkan banyak pihak berasa bimbang. Pada pendapat
anda, apakah kepentingan hutan kepada kita?
Baru-baru ini, suatu bencana telah menimpa negara apabila
fenomena jerebu telah melanda negara dengan teruk sekali. Indeks
Pencemaran Udara (IPU) yang relah direkodkan mencecah tahap yang
amat membimbangkan, iaitu melebihi 300IPU. Beberapa kawasan
terutama di Lembah Klang telah di isytiharkan darurat sehingga memaksa
orang ramai berkurung di dalam rumah. Punca utama masalah tersebut
adalah sebagai akibat kebakaran hutan di Sumatera dan di Riau,
Indonesia. Hal tersebut telah memberikan gambaran kepada kita batapa
hutan amat perlu sama ada sebagai sumber ekonomi atau sebagai
pengawal ekosistem. Sesungguhnya, saya amat bersetuju dengan
pernyataan bahawa hutan amat penting kepada kita.
Dari sudut landskap alam, hutan memainkan peranan penting untuk
membentuk satu panorama alam yang menghijau, indah, permai dan
harmoni. Hutan yang dikurnai Tuhan kepada kita seolah-olah menjadi
taman semula jadi yang menawarkan segala keindahan dan keunikan.
Ribuan spesies flora yang tumbuh subur di dalam hutan tropika
menghindangi kita keindahan dan ketenangan yang tiada tolok
bandingnya dan amat sukar untuk dicari ganti. Pelbagai spesies
tumbuhan tumbuh meliar di dalam hutan. Sebahagian daripadanya dapat
dijadikan sumber hiasan dan sebahagian lagi berguna sebagai sumber
perubatan herba. Pada masa ini, pokok-poko banir yang terdapat di
dalam hutan terutamanya Kesinai menjadi buruan peminat bonsai. Selain
menjadi bahan hobi, penggemarnya juga dapat menambahkan
pendapatan dengan menjual pokok bonsai yang sememangnya
mempunyai nilai yang tinggi.

Selain itu, hutan turut juga menjadi penstabil ekosistem, penyejuk


hawa, dan pengimbang antara cuaca sejuk dengan cuaca panas. Semasa
proses fotosintesis berjalan secara biologi, pokok akan menyerap gas
karbon dioksida dan membebaskan gas oksigen. Oksigen merupakan
sumber asas terpenting kepada manusia dan haiwan untuk bernafas.
Dengan yang demikian wujudlah suatu rantaian fenolema alam yang
saling memerlukan antara manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Dengan kesegaran hawa swmula jadi, hutan menjadi destinasi pilihan
utama pelancong terutamanya di kawasan tanah tinggi. Selain itu,
kawasan tanah tinggi juga menjadi lokasi aktiviti kembara dan mendaki
gunung yang menjadi terikan jutaan pelancong pada setiap tahun. Di
Malaysia, pusat-pusat pelancongan tanah tinggi utama seperti Tanah
Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting, Bukit Fraser, Bukit bendera,
Gunung Tahan dan Gunung Kinabalu amat terkenal sebagai pusat
pelancongan berhawa sederhana.
Dari sudut ekonomi pula, hutan memberikan sumbangan yang amat
besar kepada kemajuan sesebuah negara. Bermula dari kegiatan ekonomi
secara tradisional sehingga kepada kegiatan industry dan pemprosesan,
hutan menjadi pembekal utama bahan mentah yang amat bernilai. Hasilhasil seperti kayu balak, rotan, venir, dan pelbagai jenis getah semuanya
diperoleh dari hutan. Di Malaysia, hutan menjasi pembekal utama balak
tropika. Kayiu-kayu tropika daripada jenis kayu keras menjadi sumber
yang amat penting dalam industry pembinaan. Kayu-kayan berkualiti
tinggi seperti cengal, seraya, kapor, keruing, meranti, merbau dan pinangpinang mempunyai pasaran yang tinggi di luar negara. Justeru, tidak
hairanlah kini hutan ditebang sama ada secara sah atau haram demi
mengejar untung laba yang lumayan.
Kini, dalam keghairahan manusia kembali meneroka bahan-bahan
herba sebagai penyembuh pelbagai penyakit, hutan telah menjadi ladang
semula jadi yang menyimpan pelbagai khazanah yang amat bernilai.
Tumbuh-tumbuhan herba seperti tongkat ali, kacip fatimah , lempoyang,
hempedu bumi, pegaga dan sebagainya mula mendapat perhatian
pengusaha perubatan tradisional. Oleh itu, tidak hairanlah apabila tradisi
perubatan herba ini yang dipelopori oleh masyarakat Cina klasik sejak
2000 tahun yang alalu masih bertahan sehingga hari ini.
Selain itu, hutan menjadi penebat utama pergerakan tanah. Akar
pokok yang berpaut kuat pada tanah berfungsi menahan runtuhan
terutama pada waktu hujan lebat. Daun pokok pula membantu
menghalang air hujan daripada terus menimpa permukaan tanah yang
boleh menyebabkan tanah runtuh atau hakisan tanah. Hakisan tanah
yang melampau oleh air hujan mendatangkan kesan kepada dasar sungai.
Sungai menjadi cetek apabila mendapan tanah yang dibawan oleh air
termendap di dasarnya. Kejadian tanah runtuh yang sering melanda
beberapa tempat adalah berpunca daripada aktiviti penebangan dan
penerokaan hutan yang dijalankan secara tidak terkawal. Kejadian tanah
runtuh yang berulang kali berlaku di Ampang Selangor menjadi bukti

kukuh bahawa hutan amat penting sebagai penahan dan penebat hakisan.
Berdasarkan kajian geologi, hutan, tanah bukit dan hujan menjadi
rangkaian tiga beradik yang saling memerlukan. Apabila satu daripada
komponennya musnah, justeru komponen yang lain akan turut nusnah.
Sesungguhnya, penebangan hutan secara sesuka hati dan
keterlaluan merupakan suatu pengkhianatan terhadap umat manusia
dan tindakan pendek akal yang tidak boleh dimaafkan sama sekali. Hutan
akan terus diperlukan sama ada untuk generasi kini, akan datang, malah
untuk selama-lamanya. Justeru, peliharalah hutan demi anak cucu kita
dan ingatlah amaran peribahasa ingat sementara belum kena, jimat
sementara belum habis

Pada masa kini, lambakan bahan buangan semakin menjadi


masalah kepada alam sekitar. Ada pihak yang berpendapat
bahawa kitar semula boleh menjadi alternative kepada masalah
tersebut. Anda prihatin dengan masalah tersebut dan ingin
memberikan pendapat tentang langkah-langkah untuk
melaksanakannya. Kemukakan pendapat anda itu selengkapnya.
Rakyat Bersih Negara Sejahtera dan Kebersihan Itu Sebahagian
Daripada Iman. Demikianlah sligan murni yang ingin mendidik rakyat
supaya menghargai kebersihan. Kebersihan ialah asset paling bernilai
dalam menjanakan sebuah kehidupan yang selesa, sejahtera dan
kondusif. Namun demikian, fenomena sampah sarap yang bertimbuntimbun seperti gunung gagal mengimplementasikan matlamat murni di
atas. Beberapa langkah dan stategi sedang dan telah dilaksanakan untuk
menangani gejala sampah sarap itu, namun semuanya kurang berkesan.
Oleh itu salah satu tindakan praktikal untuk menangani gejala tersebut
ialah menjalankan proses kitar semula secara lebih intensif dan
komprehensif.

Dalam merealisasikan tanggungjawab ini, pihak berwajib dan


berautoriti seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) hendaklah bertindak untuk
mewartakan undang-undang larangan pembuangan bahan sisa secara
tidak teratur. Pembuangan bahan sisa secara tidak teratur bukan sahaja
boleh menjejaskan keindahan alam sekitar malah boleh mendatangkan
kesan negatif seperti pencemaran bau, menjejaskan kesihatan dan boleh
mengakibatkan sungai serta longkang menjadi cetek dan tersumbat.
Tragedi banjir kilat yang serius yang melanda Kuala Lumpur pada 26 April
2001 adalah berpunca daripada pembuangan bahan sisa yang tidak
teratur sehinggakan sungai utama seperti Sungai Gombak, Sungai Kelang
dan Sungai Pudu melimpah. Limpahan tersebut disebabkan dasar sungai
yang semakin tohor kerana menerima bahan terampai dan bahan mendap
yang terlalu banyak. Selain itu, pihak berkuasa seperti JAS khususnya
hendaklah mewartakan larangan pembuangan dan pembakaran bahan
sisa buangan dengan lebih tegas. Manakala pihak majlis daerah kerajaan
tempatan (MDKT) hendaklah mengenakan caj yang tinggi kepada syarikatsyarikat yang mahu melupuskan sampah di tapak pembuangan sampah
mereka. Langkah ini diyakini dapat membantu orang ramai mencari
alternative lain, misalnya mengitar semula sampah sarap dan sisa
buangan.
Muafakat membawa berkat. Kerja sepakat hasil meningkat. Oleh
itu, dalam menangani masalah sampah sarap yang semakin gawat ini
usaha bersepadu semua pihak hendaklah digemblengkan. Kerjasama
antara pihak kerajaan, peniaga, pengilang dan orang ramai hendaklah
disepadukan. Kerajaan sebagai pihak yang berkuasa hendaklah
memberikan pelepasan cukai insentif kepada syarikat yang menjalankan
perniagaan kitar semula. Sebagai sokongan kepada industri tersebut,
sistem pembuangan bahan sisa hendaklah secara teratur. Langkah pihak
berkuasa yang meletakkan tong sampah berdasarkan klasifikasi bahan
buangan di tempat-tempat strategik di negara ini merupakan langkah
yang terpuji. Secara tidak langsung usaha tersebut dapat menyedarkan
orang ramai tentang perlunya sampah dibuang mengikut kategori dan
memudahkan urusan operasi kitar semula. Selain itu, pengilang atau
kerajaan hendaklah memberikan insentif kepada pekedai dan premis
perniagaan seperti restoran dan pasar raya yang menyediakan tempat
pembangan yang boleh dikitar semula.
Langkah yang seterusnya ialah mewujudkan lebih banyak pusat
belian bahan-bahan terpakai dan bahan-bahan sisa buangan. Pada masa
ini, masalah besar yang timbul dan menjadi persoalan kepada ahli
masyarakat adalah tentang lokasi kilang pemprosesan bahan kitar
semula. Oleh itu, usaha yang paling berkesan adalah dengan
mewujudkan pusat belian setempat barang-barang terpakai dan bahanbahan sisa buangan daripada orang ramai. Langkah ini bukan sahaja
dapat menyelamatkan alam sekitar daripada tercemar teruk malah dapat
meningkatkan pendapatan sampingan kepada suri rumah, bak kata
pepatah hendak kaya berdikit-dikit, hendak papa bertabur urai

Orang tua-tua ada berpesan hidup ini sandar-menyandar bak aur


dengan tebing. Oleh itu, untuk memastikan usaha murni ini menjadi
kenyataan, semua pihak hendaklah saling bekerjasama. Apabila ada
pihak yang mahu mengambil inisiatif menyelamatkan alam daripada
tercemar teruk maka perlu ada pihak yang menyokong usaha tersebut.
Oleh itu, hebahan dan pengiklanan hendaklah diproaktifkan agar
mesejnya difahami oleh semua pihak. Dengan itu, agensi penyiaran
seperti media elektronik dan media cerak hendaklah tampil ke hadapan
menjadi pelo[por menyampaikan maklumat kepada orang ramai sesuai
dengan slogan Penyebar Maklumat Untuk Rakyat. Berita terkini
Hiburan Sensasi dan lain=lain slogan yang menjadi imeh agensi-agensi
media berkenaan.
Sesungguhnya, setiap individu perlulah sedar bahawa dalam semua
urusan hendaklah bermula dari awal seperti kata nbidalan mengaji
daripada alif, membilang daripada esa, dan sakit bermula, mati
bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal dan kerja berlandasan.
Justeru, untuk merealisasikan program kitar semula yang masih dianggap
baru dalam industri pemprosesan di negara ini hendaklah dimulakan
daripada awal. Dengan komitmen dan keyakinan semua pihak, kita yakin
usaha ini akan menatijahkan masa depan yang cemerlang terhadap
kesejahteraan alam dan keselesaan hidup manusia. Ingatlan kepada
slogan Kitar Semula, Fikir Dahulu Sebelum Dibuang

KESAN-KESAN PEMANASAN GLOBAL TERHADAP BUMI DAN PENGHUNINYA.


Oleh : Zarina Zainuddin.
Ahli kelab Pencinta Alam Sekitar di seluruh dunia sedang hangat
memperkatakan tentang isu pemanasan global. Umum sedia maklum
akan isu pemanasan global yang sedang melanda dunia tika ini. Segenap

pelosok dunia menerima kesan-kesan negatif ekoran daripada kealpaan


sikap manusia sendiri. Pemanasan global bermaksud peningkatan suhu
bumi yang tinggi berbanding suhu normal. Hal ini berlaku berpunca
daripada aktiviti manusia yang rakus mengejar pembangunan tanpa
mengambil kira soal alam sekitar. Ahli-ahli sains dan geografi sependapat
mengatakan punca utama pemanasan global ialah nipisnya lapisan ozon
yang diakibatkan oleh pelepasan gas khususnya gas klorofluorokarbon
(CFC).
Kesan yang pertama adalah bencana alam. Hal ini dapat dilihat
melalui perubahan suhu yang melampau. Ada bahagian di dunia ini
mengalami musim kemarau dan kering yang panjang. Suhu yang
terlampau panas mengakibatkan fenomena seperti ini berlaku. Paras air
di empangan juga mula merosot menyebabkan pihak berkuasa terpaksa
mencatu bekalan air agar dapat memastikan air tadahan tidak habis
digunakan dan putus bekalan air. Suhunyang tidak stabil juga
penyumbang kepada rebut taufan seperti taufan Katrina di Amerika
Syarikat. Malah pernah berlaku beberapa taufan iaitu Katrina, rita dan
Wilma terjadi pada satu musim. Kejadian rebut taufan bukan saja terjadi
di benua Amerika malah turut melanda China dan juga Korea. Malaysia
turut terasa kesan pemanasan global kerana masalah ini telah
menganggu iklim khatulistiwa di Malaysia. Cuaca panas dan lembab
sepanjang tahun tidak berada pada paras yang normal. Pada tahun 2008,
negara kita dilanda banker besar sehingga melibatkan banyak tempat di
serata Malaysia.
Apabila telah menyebabkan bencana alam maka hal ini turut berkait
rapat dengan nyawa. Fenomena ini telah mengorbankan nyawa manusia
dan juga haiwan. Menurut perangkaan yang dikeluarkan pertubuhan
kesihatan Sedunia (WHO), peningkatan suhu bumi telah membunuh lebih
sejuta orang di seluruh dunia sejak tahun 2000 sama ada secara langsung
ataupun secara tidak langsung. Hampir separuh daripada jumlah tersebut
merupakan penduduk di benua Asia Pasifik kerana benua tersebut
merupakan benua yang paling padat penduduknya. Ada juga mangsa
yang meninggal dunia disebabkan pencemaranudara setiap tahun.
Kematian-kematian yang berlaku ini berpunca daripada suhu bumi yang
terlalu panas atau sejuk.
Pemanasan global turut menjejaskan kesihatan manusia. Bagi
mereka yang menggemari aktiviti luar, sudah pasti mereka terdedah
kepada udara yang tercemar. Menyedut udara yang tercemar akan
merosakkan sistem tubuh badan terutamanya jantung. Di samping itu,
pemanasan global menyebabkan lapisan ozon semakin nipis. Maka
pancaran cahaya matahari akan menuju tepat ke bumi tanpa tapisan yang
tebal. Pancaran sinar matahari seperti ini tidak elok untuk kulit. Mereka
yang selalu terdedah kepada matahari akan menghidap penyakit kulit.
Menurut pakar pengkaji cuaca, untuk kesan jangka panjang, paras
air di lautan akan meningkat. Hal ini disebabkan suhu yang terlampau

panas telah mencairkan glasier dan bongkah ais seluruh dunia.


Peningkatan seperti biasanya akan menenggelamkan kawasan pantai
yang rendah. Paras air di lautan meningkat dan menyebabkan kawasan
daratan akan berkurangan. Para saintis menjangkakan jika bongkah ais
Antartika Barat mencair dan tumbang ke dalam lautan, hal ini akan
meningkatkan paras air sehingga ke 10 meter dan akan meningkatkan
aras lautan sehingga 10 meter dan banyak kawasan pantai akan hilang
ditenggelami lautan.
Pemanasan global juga telah mengakibatkan kepupusan flora dan
fauna. Suhu yang panas dan kering akan mengakibatkan kebakaran
secara semula jadi. Keadaan bertambah buruk jika terdapat angin
semasa kebakaran tersebut. Dengan bantuan angin, api akan cepat
merebak khususnya bagi hutan tebal. Walaupun ada usaha untuk
memadamkannya, namun kebakaran seperti ini sukar untuk dikawal.
Akibat daripada fenomena ini, banyak tumbuhan akan musnah dijilat api.
Begitu juga dengan binatang. Hutan adalah habitat semula jadi haiwan.
Semasa hutan terbakar, habitat haiwan akan terjejas dan haiwan akan
terkorban jika tidak dapat menyelamatkan diri.
Isu pemanasan global bukanlah isu terpencil sesebuah negara
kerana masalah ini melibatkan seluruh pelosok bumi. Masalah ini
berpunca daripada manusia, maka manusia juga yang perlu
bertanggungjawab demi memastikan generasi akan datang boleh
mengecapi kehidupan yang harmoni. Segala punca bagi pemanasan
global haruslah dikenal pasti dan ditangani dengan serius agar
pemanasan global dapat dihentikan.

You might also like