Doa Sempena Penutupan Karnival Dakwah Sekolah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

DOA SEMPENA PENUTUPAN KARNIVAL DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH

,


Ya Allah Ya Karim Ya Wadud
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami berada dalam
Program Ilmiah serta
Majlis Penutupan Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
Ya Allah Ya Faaalullimaayurid
Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan
rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan
dan hidayah-Mu.
Disaat ini juga kami rafakan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau
teruskan dan lanjutkan kejayaan yang sudah dicapai samada dalam bidang akademik
mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami
kecemerlangan dan kejayaan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa akan
datang.
Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid ,
Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini
sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Dalam erti kata lain,
jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun
untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun
ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah agar majlis ini
menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain dalam membentuk ummat dan
generasi rabbani

You might also like