PBSM - Surat Air Lap

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

CAWANGAN PERAK
(MALAYSIAN RED CRESCENT SOCIETY , PERAK BRANCH)

IBU PEJABAT CAWANGAN (BRANCH HEAD QUARTERS), JALAN KOMPLEKS SUKAN, 31400 IPOH, PERAK DARUL
RIDZUAN

Tel : 05-5466159

Fax: 05-5482679

Ruj.Kami: BSMM/CP/ B&KK/PT/16/(009)


Tarikh
: 22 Mac 2016

Tn. Hj Fazdil b Mansor


Lembaga Air Perak
Jalan St John,
30200 Ipoh, Perak
Tuan,
MEMOHON BEKALAN AIR UNTUK KEGUNAAN BERSIH DIRI SEPANJANG KEM
KEPIMPINAN JPN-BSMM DIJALANKAN
Dengan hormatnya dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan
Jawatankuasa Belia & Kanak-Kanak, BSMM Cawangan Perak akan mengadakan Kem
Kepimpinan JPN-BSMM Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Tahun 2016.
2.
Memandangkan bilangan peserta yang ramai, pihak BSMM ingin memohon tambahan
bekalan air dan tangki simpanan air bagi menampung keperluan peserta dan urusetia di kem
tersebut.
3.

Aktiviti tersebut akan diadakan seperti ketentuan berikut:


Tempat
Tarikh
Hari
Masa pendaftaran
Masa Bersurai
Anggaran Peserta
Jumlah Guru/Urusetia

: Tapak Perkhemahan SK Pos Raya, Simpang Pulai


: 8 hingga 10 April 2016
: Jumaat-Ahad
: 2.30 petang (Jumaat)
: 12.00 tengahari (Ahad)
: 500 orang
: 50 orang

4.
Mohon kerjasama Tuan untuk mempertimbangkan permohonan ini agar perjalanan
aktiviti kem dapat berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Kerjasama pihak tuan amatlah dihargai dan terlebih dahulu diucapkan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menjalankan tugas,

................................................................................
(MOHD YUSOF BIN HJ. AHMAD)
Penolong Pengarah Belia dan Kanak-kanak
BSMM Negeri Perak

You might also like