Matlamat ST John

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

MATLAMAT ST.

JOHN AMBULAN
Diharapkan akan mencapai matlamat seperti berikut :
1. Menimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal, dan menyemai,
penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai murni dalam pendidikan
2. Memberi perkhidmatan dan membantu masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.
3. Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturahim di kalangan ahli.
4. Meningkatkan displin diri
5. Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan
6. Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala sekolah dengan ibubapa dan
masyarakat, khasnya masyarakat setempat.

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI OLEH


AHLI ST. JOHN AMBULANS
- Pertolongan Cemas
Ilmu dan kemahiran pertolongan cemas merupakan aset yang amat penting. Ia amat
berguna bagi setiap orang memberi sumbangan bakti kepada masyarakat. Pertolongan
cemas ialah rawatan yang diberikan sementara waktu kepada mangsa kemalangan atau
pesakit. Pertolongan cemas ini diberikan sebelum pesakit mendapat bantuan yang
sewajarnya daripada doktor atau pakar. Tujuan Pertolongan Cemas ialah mengurangkan
bahaya, mengurangkan kecederaan dan mengurangkan bahaya kecederaan.
- Kelayakkan Pemberi Pertolongan Cemas
Pemberi pertolongan cemas seharusnya mempunyai beberapa sifat, iaitu :
a) Mengesan maklumat dan mengenal pasti punca yang menyebabkan kecederaan
b) Menggunakan kemudahan-kemudahan yang ada di sekitar tempat kemalangan dengan
cekap bagi membantu mangsa mereka boleh mengendalikan rawatan dan pertolongan
mengikut keutamaan.
c) Tidak mudah panik, tidak gugup dan tidak putus asa. Mereka mesti melakukan bantuan
kecemasan dengan penuh keyakinan dan tenang dan teratur.
d) Memberi bantuan dengan sebaik mungkin dan tidak menambahkan kesakitan kepada
pesakit.
e) Memberi arahan dan panduan yang jelas kepada mangsa kemalangan jika mangsa
sedar.

You might also like