Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap

hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun.


Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif
Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah
pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai
hasrat

menjadikan

Malaysia

sebagai

sebuah

Negara

Bersukan (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan


Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan
matlamat negara ke arah Wawasan 2020. Pada tahun 2016 ini,
sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai
aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan
masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan
Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara
serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui
penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya
akan berganding bahu menganjur dan menyertai program
dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan. Hari
Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan
menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup
cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat
Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada
kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60
peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya

hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat


membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan
rakyat Malaysia.

OBJEKTIF
a) Menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat.
b) Memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat.
c) Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan
industri sukan.
d) Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat.
e) Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti
membangunkan sukan di peringkat akar umbi.

You might also like