Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Menurut kamus dewan edisi ke empat bangunan bersejarah bermaksud bangunan yang dibina

pada masa silam dan mempunyai peristiwa tertentu.


Malaysia merupakan negara membangun yang paling pesat berkembang serta mencapai
kemajuan yang cemerlang dalam pelbagai sektor, tetapi di sebalik arus pemodenan dan
pembangunan ini terdapat banyak bangunan bersejarah yang mempunyai daya tarikan dan
keunikan reka bentuk serta seni binanya yang tersendiri yang masih terpelihara dan utuh.
Kesan-kesan peninggalan sejarah serta ketamadunan pada masa dahulu masih boleh dilihat
dan dinikmati oleh generasi masa kini.
Bangunan-bangunan tinggalan sejarah ini merupakan aset yang tidak ternilai bagi negara kita,
justeru itu bangunan-bangunan ini perlu dipelihara dengan baik dan rapi bagi mengelakkan
warisan ketamadunan sejarah negara daripada terus pupus ditenggelami masa sehingga ianya
dilupakan oleh generasi-generasi kini dan yang akan datang.
Bangunan-bangunan bersejarah seperti Istana Lama Bukit Chandan di Kuala Kangsar, Perak,
Bangunan Stadhuys di Bandar Hilir, Melaka, Balai Besar di Alor Setar, Kedah dan Bangunan
Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur merupakan khazanah warisan yang sewajarnya dipulihara
dan dilestarikan.
Begitu juga di tempat tinggal saya di Kulim, Kedah terdapat bangunan bersejarah Rumah
Lindungan Raja di Sedim yang merupakan monumen lama amat penting sebagai bahan bukti
yang kukuh tentang Peristiwa Sedim iaitu peristiwa di mana Tungku Abdul Rahman
menempatkan ayahanda baginda, Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943) untuk
berlindung semasa Jepun menyerang Kedah pada Disember 1941.

Latar Belakang Bangunan


Melalui temu bual dengan sumber Encik Husin bin Idris merupakan generasi ke empat penduduk
di situ Rumah Lindungan Raja ini merupakan rumah seorang pengasas kampung itu, Haji Mohd
Yassin Haji Mutalib yang dibina pada tahun 1353 hijrah bersamaan 1934 Masihi.
Struktur / Senibina Bangunan
Struktur Rumah Lindungan Raja kebanyakannya diperbuat dari kayu jenis cengal batu. Keluasan
rumah tersebut adalah 30 kaki panjang dan 30 kaki lebar dengan ketinggian keseluruhan rumah
adalah 15 kaki, dibina di atas tanah berkeluasan setengah relung. Seni bina rumah adalah jenis
rumah Kedah dan berbumbung Perak dengan ukiran pucuk buluh . Rumah ini beratap asbestos
dan mempunyai sebuah rumah ibu, dapur dan sebuah anjung sahaja.
Tujuan Pembinaan Bangunan
Rumah ini pada mulanya menjadi tempat tinggal pengasas kampung itu, Haji Mohd Yassin Haji
Mutalib sehinggalah beliau meninggal dunia dalam tahun 1939. Kemudian ianya diduduki oleh
Encik Abdul Hamid Saad sehinggalah perang dunia ke dua bermula. Semasa Jepun mendarat di
Tanah Melayu pada disember 1941, rumah ini dipilih oleh Almarhum Tungku Abdul Rahman
Putra Al Haj untuk Paduka Ayahanda Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Abdul Hamid
Halim Shah bersemayam sewaktu berlindung di kampung tersebut. Selepas peristiwa tersebut
rumah itu diduduki oleh Encik Shafie Haji Yasin yang merupakan penghuni terakhir.

Fungsi / Keadaan Bangunan

Pada 12 Januari 1963 Tungku Abdul Rahman, Perdana Menteri ketika itu telah mengisytiharkan
nama rumah tersebut sebagai Rumah Lindungan Raja dan kampung itu kepada Kampung
Lindungan Raja. Kini rumah ini telah diambil alih oleh Muzium Negeri Kedah bersama dengan
Yayasan Sultanah Bahiyah dan dijadikan monumen sejarah bagi memperingati Peristiwa Sedim
tersebut. Pada masa kini,Sedim telah menjadi kawasan rekreasi yang popular di Kedah dan
menjadi daya tarikan pelancong luar dan dalam negeri. Usaha dijalankan oleh pihak muzium
untuk mengekalkan rumah ini dalam keadaan bentuk asalnya. Bangunan bersejarah Sedim
ini tetap dipelihara akan seni bina dan reka bentuknya kerana ia merupakan salah satu institusi
warisan kebudayaan bangsa yang tidak ternilai harganya

You might also like