Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

Pengenalan

Menurut Kamus Dewan ( 1984), hal. 1115, santun bermaksud halus budi bahasa
atau budi pekerti , beradab atau sopan. Menurut Asmah Haji Omar ( 2000), kesantunan
mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan
kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar. Kesantunan masyarakat
Melayu adalah berdasarkan agama Islam dan adat Melayu. Orang Melayu sangat
mementingkan kesantunan dalam hubungan masyarakat. Bahasa halus dan tersirat selalu
digunakan supaya tidak mengecil hati orang lain.
Kesantunan berbahasa dari segi verbal mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Antaranya,
penggunaan kosa kata dan ganti nama yang sesuai. Pemilihan kata harus sesuai dengan
situasi, topik perbincangan dan hubungan antara penutur dan pendengar. Malahan, nada
seseorang penutur haruslah rendah ataupun lembut ketika berbahasa. Gerak lakunya turut
mestilah lemah lembut, manakala gaya dan ragamnya tidak boleh mengejek, menyindir,
perli atau menempelak.
Pemilihan kata dan ungkapan bergantung pada kedudukan, pangkat, umur dan
keakraban hubungan. Sebagai contoh, panggilan pak digunakan untuk lelaki yang sama
sebaya dengan ayah kendiri. Panggilan mak pula digunakan untuk perempuan yang sama
sebaya dengan emak kendiri.
Kesantunan dari segi non-verbal pula merujuk kepada perbuatan, ekspresi wajah,
bahasa tubuh dan isyarat. Kesantunan non-verbal adalah semua perlakuan yang tidak
menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami. Sehubungan
dengan itu, bahasa tubuh, ekspresi wajah yang merangkumi hubungan mata juga
memainkan peranan yang sama penting untuk melestarikan konsep kesantunan berbahasa
itu.

Tugasan 1
Filem yang telah saya tonton dan dipilih ialah Aku Tak BODOH. Saya memilih filem
ini kerana banyak iktibar ataupun pengajaran boleh diperoleh melalui filem ini. Satu daripada
iktibar yang boleh kita peroleh daripada filem ini ialah ibu bapa seharusnya banyak
mengambil berat terhadap anak. Ibu bapa harus membuang pandangan seperti merotan
dan memarahi anak merupakan tanda kasih saying akan anak dan mendidik mereka. Hal ini
demikian kerana anak-anak akan berasa tertekan dan menganggap bahawa ibu bapa tidak
sayang akan mereka seperti yang berlaku pada watak utama dalam filem ini, iaitu Roy.
Sinopsis
Filem ini mengisahkan tentang keluarga seorang kanak-kanak lelaki bernama Jefri
yang berusia 8 tahun dan mempunyai seorang abang bernama Roy yang berusia 16 tahun.
Mereka hidup dalam kemewahan tetapi berasa tidak mendapat kasih sayang dan perhatian
yang cukup daripada kedua-dua ibu bapa mereka. Bapa mereka bekerja sebagai seorang
pengaturcara komputer manakala ibu mereka pula ialah seorang editor majalah yang
sentiasa sibuk dan sering kali tidak mempunyai masa untuk bersama-sama Jefri dan Roy.
Ibu bapa mereka sentiasa mengkritik dan tidak pernah memuji walaupun perkara
yang mereka buat itu adalah baik dan mengagumkan. Semua yang dibuat mereka pasti
dikatakan tidak betul. Contohnya, Roy telah menjadi pemenang dalam pertandingan
Malaysian Blogger Awards 2010. Namun begitu, ibu Roy tidak memujinya, malah
memarahinya supaya menggunakan bakatnya itu, iaitu blogging dalam menulis karangan.
Roy mula memberontak dan dia juga mempunyai seorang kawan, Sudin yang juga
senasib dengannya. Sudin berasal daripada keluarga yang miskin dan mempunyai seorang
bapa yang merupakan bekas banduan dan kaki pukul. Oleh sebab tidak tahan dengan
desakan dan kerenah ibu bapa mereka, mereka telah terjebak dalam gejala sosial bersamasama kawan samseng. Masalah menjadi semakin besar apabila Roy dan Sudin sudah
berani menjadi pencuri dan ditangkap oleh dua orang lelaki yang dikatakan 'polis'.
Jefri juga telah melakukan satu kesalahan yang membangkitkan kemarahan besar
ibu dan ayahnya. Jefri telah mencuri duit di kantin dengan hasrat membeli satu jam masa
ayahnya yang berharga RM 500 untuk hadir ke concert yang dipersembahkan oleh Jefri.
Roy dan Sudin pula telah diperas ugut oleh dua orang polis tersebut dan disuruh
membayar RM 6000 kepada mereka. Jadi, Roy dan Sudin terpaksa meragut rantai seorang
mak cik. Namun, mereka telah menyedari kesalahan mereka dan memutuskan untuk
2

memulangkan rantai itu kepada mak cik tersebut. Walaupun begitu, orang ramai tidak
memaafkan kesalahan mereka itu. Dalam pada itu, orang ramai telah mengerja mereka dan
ingin mendidik mereka bagi pihak ibu bapa mereka.
Bak kata pepatah, malang tidak berbau, bapa Sudin telah jatuh dari tangga dan
meninggal dunia apabila cuba untuk menyelamatkan anaknya daripada pukulan orang
ramai. Sudin amat menyesali atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan sebelum itu dan
telah berubah menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat. Tambahan pula, Sudin
juga telah diterima semula untuk bersekolah.
Roy pula telah bebas daripada tangkapan polis ekoran rayuan kedua-dua ibu bapa
dan neneknya kepada mak cik itu. Akhirnya, keluarga Roy bersatu kembali dan hidup
bahagia.
a)

Kesantunan dalam filem/ drama

Situasi 1 ( Jefri dan Roy mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada ayah mereka)

i)

Jenis Kesantunan

: Kesantunan verbal

ii)

Ulasan

Dalam situasi ini, Roy dan Jefri telah mengucapkan Selamat Hari Jadi bersamasama kepada ayah mereka. Mereka mempunyai sebuah keluarga yang amat bahagia.
Dalam keluarga itu, terdapatnya seorang nenek, seorang ayah, seorang ibu dan dua orang
anak yang terdiri daripada Roy dan Jefri. Walaupun kadang-kala berlakunya pertelingkahan
antara mereka semua, tetapi pertelingkahan itu tidak kekal lama. Dengan mengucapkan
Selamat Hari Jadi, tandanya Roy dan Jefri menghargai jasa dan sumbangan ayah mereka
terhadap keluarga. Tambahan pula, nada ketika itu adalah lembut. Mereka juga
mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada ayah mereka dengan hati yang ikhlas. Jadi, hal
ini dapat dikatakan sebagai salah satu contoh kesantunan masyarakat Malaysia.
3

Kesantunan merupakan penggunaan kata atau perlakuan yang sesuai, tidak menimbulkan
konflik, sentiasa menjaga air muka pendengar, ikhlas dan merangkumi hubungan manusia.
Situasi 2 ( Ibu Roy dan Jefri berasa kecewa dan sedih)

i)

Jenis Kesantunan

: Kesantunan non-verbal

ii)

Ulasan

Ibu Roy dan Jefri berasa kecewa dengan sikap suaminya. Dia minta suaminya
ceraikannya. Pertelingkahan antara Ibu Roy dan Jefri disebabkan Roy bergaduh dengan
samseng. Ekoran daripada pergaduhan tersebut, ibu Roy telah dipanggil oleh guru besar ke
sekolah berkenaan dengan pergaduhan itu. Suaminya menyalahkan ibu Roy tidak menjaga
Roy dengan baik kerana selalu balik lambat.Pertelingkahan antara mereka bertambah
serius ketika suaminya menyebut perkataan-perkataan tidak elok seperti gila dan
menyampah terhadapnya.
Awak dah gila ke ape?kata suaminya. Ayat ini jelas membuktikan bahawa
suaminya telah menyebut perkataan-perkataan yang tidak elok terhadapnya.
Dalam situasi ini, ibu Roy dan Jefri telah menunjukkan kesantunan non-verbal yang
negatif iaitu perasaan kecewa dan sedih.
Situasi 3 ( Seorang ibu menghadiahkan beg baru kepada anaknya)

i)

Jenis kesantunan

: Kesantunan verbal

ii)

Ulasan

Situasi ini dimulakan dengan kepulangan seorang anak ke gerai yang dijaja oleh
ibunya. Assalamualaikum, anak mak dah balik, kata seorang ibu. Waalaikumusalam,
mak, balas anaknya. Percakapan antara ibu dan anak itu menunjukkan nilai sopan santun
yang menjadi adat orang Melayu selama ini. Masyarakat Melayu selalunya saling
bersalaman apabila bertemu. Bukan itu sahaja, anak itu juga memanggil ibunya dengan
panggilan yang betul, iaitu mak. Anak itu tidak memanggil nama ibunya seperti yang
berlaku dalam keluarga Barat. Kemudian, cerita dalam situasi ini diteruskan dengan sebuah
beg yang baru telah dihadiahi oleh ibu itu kepada anaknya. Hal ini demikian kerana anak itu
telah mendapat 55 markah dalam ujian Matematiknya dan beg baru itu dihadiahkan sebagai
tanda ganjaran. Anak itu membalas dengan ucapan terima kasih kepada ibunya. Cara dan
bentuk bahasa yang digunakan oleh anak itu adalah penuh dengan kesopanan. Bahasa
yang digunakan oleh anak itu tidak menyinggung perasaan ibunya.
Situasi 4 ( Sudin menolong bapanya mengisikan nasi dalam mangkuk)

i)

Jenis Kesantunan

: Kesantunan non-verbal

ii)

Ulasan

Perbuatan Sudin yang menolong ayahnya mengisikan nasi dalam mangkuk adalah
tanda ketaatan seorang anak terhadap ayahnya. Amalan seperti ini patut dipraktikkan dalam
setiap keluarga. Sudin mengisikan nasi dalam mangkuk bapanya terlebih dahulu sebelum
untuk dirinya sendiri. Perbuatan ini seharusnya dicontohi oleh generasi moden pada masa
kini. Dalam ajaran Confucian yang diasaskan oleh Confucius, konsep kesantunan
mengandungi beberapa sifat yang disarankan supaya dimiliki oleh manusia seperti ketaatan
kepada ibu bapa. Sehubungan dengan itu, Sudin turut menunjukkan perasaan kasih sayang
akan bapanya melalui perbuatannya itu. Walaupun Sudin sentiasa bertengkar dengan
bapanya tetapi Sudin tetap sayang akan bapanya. Bapa Sudin turut selalu memarahi Sudin
atas perkara seperti suka bergaduh dan Sudin pula melawan cakap bapanya. Namun
begitu, Sudin telah menyesal dan Encik Suhaimi, pengetua sekolahnya sendiri pergi merayu
agar Sudin diterima semula untuk bersekolah. Hasrat bapa Sudin kepada dia sebelum
meninggal dunia telah dicapai. Bapa Sudin menjadi inspirasi kepadanya dan Sudin telah
menjadi pemenang silat Malaysia pertama di Sukan Olimpik yang dianjurkan di London
pada tahun 2012.
Situasi 5 ( Ayah Roy dan Jefri bersalam dengan mr. Lim)

i)

Jenis Kesantunan

: Kesantunan verbal

ii)

Ulasan

Semasa ayah Roy dan Jefri menjawab panggilan telefon Mr. Lim, dia memulakan
perbualan dengan mengucapkan hello kepada Mr. Lim. Bersalam-salaman merupakan
6

antara contoh kesantunan masyarakat Malaysia yang diwarisi secara turun-temurun sejak
zaman nenek moyang. Mr. Lim telah menjemput dia untuk memberi ceramah di universiti
dan satu jam masanya dikenakan dengan bayaran sebanyak RM 500. Seterusnya, ayah
Roy dan Jefri menamatkan perbualan mereka dengan mengucapkan bye kepada Mr. Lim.
Walaupun amalan mulia ini, iaitu bersalam antara satu sama lain ketika bertemu masih
wujud dalam masyarakat Malaysia pada masa kini, namun jarang dipraktikkan dalam
kehidupan seharian. Contohnya, masyarakat sekarang kelihatan jarang bersalam ataupun
bertegur sapa dengan jiran apabila bertemu. Masyarakat kini, khususnya remaja yang
mempunyai gelaran khas, iaitu Smartphone Addicts ataupun Phubbing telah mengabaikan
harta yang diwarisi dari nenek moyang tersebut.
Situasi 6 ( Seorang setiausaha mengetuk pintu sebelum masuk bilik majikannya)

i)

Jenis Kesantunan

: Kesantunan non-verbal

ii)

Ulasan

Setiausaha ayah Roy dan Jefri mengetuk pintu sebelum masuk bilik ayah mereka
yang turut merupakan majikan setiausaha tersebut. Tindakannya itu merupakan tanda
menghormati majikannya. Hal ini demikian kerana ayah Roy dan Jefri sedang berbincang
dengan majikannya pula dalam bilik ketika itu. Apabila setiausaha itu membuka pintu, dia
meminta maaf dengan ayah Roy dan Jefri terlebih dahulu kerana mengganggu
perbincangan mereka. Kemudiannya, barulah setiausaha tersebut memaklumkan kepada
ayah Roy dan Jefri bahawa anaknya, iaitu Roy hendak jumpanya. Roy telah menghantar
laptop ayahnya yang selalu hang ke pejabatnya. Roy telah membantu ayahnya membaiki
laptop itu. Tindakan setiausaha itu yang mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk bilik

adalah antara contoh sikap bersopan-santun. Malahan, tindakan tersebut langsung tidak
menyinggung perasaan mana-mana pihak.
Situasi 7 ( Jefri meminta maaf dengan kedua-dua ibu bapanya)

i)

Jenis Kesantunan

: Kesantunan verbal

ii)

Ulasan

Situasi ini amat menyentuh hati saya. Jefri sanggup mencuri demi membeli satu jam
masa ayahnya untuk datang ke persembahannya. Namun, tindakan mencuri ini merupakan
kesalahan di sisi undang-undang. Hal ini seharusnya dititikberatkan dan Jefri perlu diberi
khidmat kaunseling supaya tidak melakukan kesalahan itu lagi. Jefri sepatutnya tidak boleh
menjadikan alasan itu sebagai sebabnya mencuri. Walau bagaimanapun, Jefri telah
meminta maaf menggunakan kata-kata yang ikhlas dengan kedua-dua ibu bapanya atas
kesalahan yang telah dilakukannya, iaitu mencuri. Ayah Jefri telah berhenti merotannya
setelah dia memberitahu tujuannya mencuri dan meminta maaf. Pergeseran antara Jefri
dan ayahnya telah dikurangkan secara tidak langsung. Sebelum itu, Jefri beranggapan ibu
bapanya tidak mengambil berat terhadapnya, malah mengabaikannya. Hal ini boleh
dibuktikan apabila Jefri membuat panggilan telefon kepada ibu bapanya tetapi mereka tidak
menjawab panggilannya. Nombor yang anda dial tidak dapat dihubungi, sila cuba sebentar
lagi. Begitulah situasinya apabila Jefri membuat panggilan telefon kepada ayahnya pada
setiap kali. Seterusnya, ayahnya berjanji dengan Jefri bahawa semua itu tidak akan
berulang lagi.
b)

Kesantunan dalam masyarakat/ keluarga

i)

Jenis Kesantunan

: Kesantunan non-verbal

ii)

Ulasan

Dalam kehidupan seharian, saya selalu bertegur sapa ataupun bersalam dengan
sesiapa yang ditemui. Dalam pada itu, saya turut sentiasa memberi senyuman ikhlas
kepada mereka ketika bersalam supaya tidak dianggap biadab atau sombong. Hal ini
demikian kerana sejak kecil lagi saya telah dididik untuk memberi salam apabila bertemu
dengan orang seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini juga amat
dititikberatkan ketika berada di sekolah menengah dahulu. Sebagai pelajar, kami
dikehendaki memberi salam kepada guru-guru, staf-staf sokongan akademik dan bukan
akademik serta pengetua. Sesiapa yang tidak mematuhi peraturan ini akan diberi amaran.
Malahan, kami tidak diwajibkan untuk memberi salam secara lisan kepada mereka, sekadar
melontarkan senyuman pun sudah cukup.
Memberi salam dalam satu pertemuan akan menciptakan kesan pertama yang positif
sekaligus membuka pembicaraan ke tahap selanjutnya. Dalam banyak budaya di dunia ini,
bersalaman atau jabat tangan dianggap sebagai cara terbaik menunjukkan keramahan kita.
Para sejarawan sepakat bersetuju bahawa budaya berjabat tangan bermula pada sekitar
tahun 200 SM ketika para koboi di Inggeris berjabat tangan antara satu sama lain,
menandakan mereka bertangan kosong tidak membawa senjata saat mengadakan
pertemuan. Awalnya, bersalaman dilakukan dengan tangan kiri kerana para koboi sering
menyembunyikan pistol mereka di dalam lengan baju sebelah kiri.
Seiring zaman bergulir dan orang tidak lagi membawa senjata ke mana-mana,
berjabat tangan mulai dilakukan dengan tangan kanan. Bersalaman adalah menggenggam
tangan orang lain dan saling menampal bahagian tangan di antara ibu jari dan telunjuk,
kemudian memberikan tekanan. Di Jepang, cara memberikan salam adalah dengan
bersalaman atau membungkukkan badan atau kombinasi dari keduanya. Di Perancis dan
Itali, orang selalu bersalaman setiap kali bertemu. Mereka bersalaman dengan memberikan
cukup tekanan pada tangan kerana jabat tangan yang lemah dianggap sebagai dingin dan
tidak bersahabat.
Di Rusia, orang juga biasa bersalaman setiap kali bertemu orang yang dikenal.
Mereka hanya tidak bersalaman saat mengenakan sarung tangan. Di Austria, adalah hal
umum apabila wanita tetap duduk sementara lelaki berdiri saat kedua-duanya bersalaman.
Di Swiss, seorang lelaki sebaiknya berjabat tangan wanita terlebih dahulu dalam sesuatu
pertemuan.
Di China, bersalaman dengan kuat dan menggoyang-goyangkan tangan merupakan
hal yang normal. Di Arab Saudi, hanya lelaki yang saling bersalaman dan mereka sangat
menghargai jabat tangan yang lemah (tidak ditekan), namun dalam waktu yang lebih lama
daripada jabat tangan kebanyakan. Jabat tangan yang terlalu bertenaga akan dianggap
9

kasar. Di Kuwait, jabat tangan hanya berlaku untuk sesama lelaki yang baru pertama kali
bertemu atau saling mengenal. Seterusnya, mereka tidak perlu lagi bersalaman.
Semasa berjabat tangan kenalan atau sahabat mata perlu dijaga dan berilah
senyuman penuh ikhlas. Contohnya, Saya akan elakkan daripada melihat ke arah tangan
ketika berjabat tangan. Dengan saling menatap akan menunjukkan rasa percaya pada diri
saya.
Senyuman merupakan antara mimik muka yang boleh kita dapati. Bahasa tubuh
merujuk kepada satu cara berkomunikasi tanpa menggunakan pertuturan ( lisan),
sebaliknya komunikator menggunakan gerakan anggota badan seperti tangan, kepala dan
lain-lain, gerakan mata serta mimik muka. Senyuman membawa seribu makna. Dengan
senyuman, hati yang melihat mampu cair. Terdapat beberapa jenis senyuman yang sering
kita lihat.
Antaranya, senyuman manis. Saya akan menunjukkan senyuman manis ini ketika
bertemu dengan orang-orang tua. Senyuman ini akan meninggalkan impression yang
sungguh dalam pada mereka sehingga tidak akan melupakan kita. Dengan itu, kita juga
akan senang didekati oleh kawan-kawan di sekeliling.
Selain itu, senyuman gembira. Senyuman gembira ini pula boleh kelihatan pada
mimik muka saya apabila saya berjumpa dengan seorang kawan yang lama tidak
berhubung. Saya telah meninggalkan sebuah tempat yang telah didiami selama lebih
kurang 18 tahun dan melanjutkan pelajaran di IPG Kampus Perlis. Saya tidak mempunyai
seorang pun saudara-mara ataupun kenalan lama di sini. Namun, saya telah bertemu balik
dengan seorang kawan yang sekelas dengan saya pada zaman persekolahan beberapa
hari dahulu di satu majlis yang diadakan di luar kawasan IPG Kampus Perlis. Kawan yang
dimaksudkan itu sedang menuntut ilmu di UniMAP.
Dalam konteks bertegur-sapa, kita akan berjabat tangan dengan orang lain. Berjabat
tangan bukan hanya sekadar bentuk kesopanan semasa bertemu dengan seseorang.
Berjabat tangan juga merupakan faktor penentu kejayaan semasa di interview pekerjaan,
bertemu pelanggan, bertemu dengan teman-teman. Semuanya boleh mencerminkan
keterampilan dan sifat diri kita sendiri. Berjabat tangan dapat membentuk kesan awal yang
kuat. Perkara ini juga merupakan sikap formal dalam kehidupan profesional.
Saya selalunya berjabat tangan dengan orang lain dalam kedudukan berdiri dan
berhadapan. Perkara ini bermaksud saya menunjukkan rasa hormat. Jika sedang duduk,
saya akan berdiri seketika jika saya berjabat tangan. Jika akan duduk kembali di kerusi,
saya akan duduk setelah orang lain mulai duduk. Semasa berjabat tangan, saya akan
10

rapatkan jari-jari dan eratkan genggaman. Saya turut meletakkan ibu jari di atas tangan
seseorang ketika berjabat tangan saya. Sedangkan jari-jari lain dilekatkan di telapak
tangannya, lalu digoyangkan dengan gerakan ke atas dan ke bawah sebanyak dua hingga
tiga kali. Adalah diingatkan bahawa jangan terlalu keras dalam menggenggam tangan orang
lain, pastikan kedudukan tangan kita berada di kedudukan yang betul dan bersemangat
ketika kita berjabat tangan dengan mereka.
Semasa menamatkan pertemuan, saya akan berjabat tangan orang itu lagi. Perkara
ini merupakan tanda perpisahan dengan gaya profesional. Malahan, saya juga akan
memastikan tangan saya kering ketika berjabat tangan orang lain. Hal ini demikian kerana
tangan yang lembab atau basah akan memudahkan tangan lepas dari cengkaman. Saya
sentiasa ingat supaya tidak menggunakan jari-jari saat menggenggam tangan seseorang
berjabat tangan saya. Jika melakukan berjabat tangan dengan gaya seperti itu, saya akan
dianggap tidak menghormati seseorang berjabat tangan saya dan menimbulkan kesan
bahawa saya jijik memegang tangannya atau tidak ikhlas bersalaman.
Sehubungan dengan itu, saya juga akan melambai-lambaikan tangan ketika melihat
kawan datang dari jauh dan mendekati saya. Perbuatan ini merupakan sejenis isyarat
gerakan tangan. Dalam konteks isyarat gerakan tangan, perbuatan melambai-lambaikan
tangan merupakan emblems, iaitu isyarat tangan yang digunakan secara tersediri untuk
menyampaikan sesuatu maksud. Hal ini turut membolehkan kita menunjukkan kemesraan
dan senang didekati oleh orang lain.
Sebagai seorang pemain catur antarabangsa, saya juga mempraktikkan amalan
bertegur sapa ini dalam setiap permainan catur antarabangsa. Contohnya, saya akan
berjabat tangan pihak lawan saya bagi memulakan sesebuah permainan. Hal ini demikian
kerana pepatah Cina ada mengatakan bahawa persahabatan harus diutamkan daripada
kemenangan dalam sesesuatu pertandingan.
Sejak kecil lagi, saya telah dididik oleh nenek supaya menunduk ketika memberi
salam. Tingkah laku ini bertujuan untuk menunjukkan perasaan hormat dalam kita terhadap
orang lain. Padahal, dalam masyarakat Cina, tunduk ketika memberi salam adalah dianggap
sebagai satu tingkah laku yang bersopan santun.

11

RUMUSAN
Ibu dan bapa kaum keluarga
Saudara terdekat jiran tetangga
Sayang menyayangi bertegur sapa
Ketelusan ikatan sepanjang usia
Tingkah laku penuh dengan sifat kesantunan yang ditunjukkan dalam lirik lagu Budi
Bahasa Budaya Kita merupakan antara beberapa aturan perilaku yang ditetapkan bersama
oleh masyarakat Malaysia. Sebagai warganegara Malaysia, kita haruslah sentiasa
berpegang pada konsep kesantunan dalam kehidupan seharian. Satu daripada tingkah laku
yang bersantun yang disarankan dalam lirik lagu tersebut ialah bertegur sapa antara sama
lain. Kesantunan dapat tercermin dalam aspek kehidupan seperti cara berpakaian. Kita
haruslah memakai pakaian yang sesuai mengikut keadaan dan situasi. Contohnya, kita
memakai pakaian formal ketika menghadiri sesi temu duga. Kita memakai pakaian yang
berwarna hitam dan putih sahaja apabila kita menghadiri upacara kematian kaum Cina.
Padahal, kita tidak boleh memakai pakaian dengan sesuka hati supaya tidak menyinggung
perasaan orang lain. Sebagai contoh, kita tidak boleh berpakaian biasa seperti yang kita
pakai di rumah untuk menghadiri upacara perkahwinan. Perbuatan ini akan dianggap tidak
sopan dan berbudi bahasa. Kesimpulannya, tingkah laku yang bersantun harus diikuti oleh
semua rakyat Malaysia supaya keadaan yang amai dan damai sentiasa kekal.

12

REFLEKSI
Bak kata pepatah, Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, hasil
usaha saya membuat rujukan mengenai konsep kesantunan masyarakat Malaysia, tugasan
ini telah berjaya disiapkan. Terdapat beberapa kekurangan dalam diri saya ketika
menyiapkan tugasan ini. Antaranya, saya tidak dapat menguruskan masa dengan
sempurna. Saya terpaksa membuat rujukan sehingga larut malam bagi menyiapkan tugasan
ini kadang-kala. Walaupun begitu, saya telah menemui jalan penyelesaiannya, iaitu
membuat jadual waktu harian dan mematuhinya. Saya mendapati kerja dapat disiapkan
tepat pada masa dan sistem pengurusan masa saya bertambah baik.
Semasa menulis esei ini, saya berpendapat bahawa konsep kesantunan
masayarakat Malaysia seharusnya dipelajari oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira
kaum dan agama. Hal ini demikian kerana sebuah negara yang harmoni dapat dibentuk
dengan adanya kesantunan pada setiap warganegara Malaysia. Menurut Kamus Dewan
( 1984), halaman 1115, santun bermaksud halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab
atau bersopan.
Setelah membuat rujukan berkenaan dengan konsep kesantunan masyarakat
Malaysia, saya mendapati bahawa kesantunan selalu berlaku dalam hubungan dua pihak
seperti antara anak dengan orang tua, antara orang yang masih muda dengan orang yang
lebih tua, antara tuan rumah dengan tetamu, antara lelaki dengan wanita, antara murid
dengan guru dan sebagainya. Contohnya, seorang anak harus sentiasa menghormati dan
berbahasa secara sopan santun dengan ibu bapa. Antara anak dengan seorang yang lebih
tua pula, anak seharusnya menggelar orang yang lebih tua dengan menggunakan gelaran
yang betul seperti mak cik, pak cik, abang, kakak, nenek, tok dan sebagainya.
Mereka tidak boleh menggelar orang yang lebih tua dengan hanya menggunakan nama
orang tersebut sahaja. Perbuatan ini akan dianggap tidak bersopan.
Selain itu, kita perlu melakukan kerja dengan mengikut etika dan peraturan kerja
supaya tidak mengingkari arahan daripada pihak atasan serta menghormati pihak atasan.
Kita juga harus bekerja dengan bersungguh-sungguh serta sempurna supaya kita dapat
menghasilkan hasil kerja yang terbaik kepada pihak atasan. Dalam soal cara makan, kita
13

seharusnya makan dengan mengikut etika di meja makan yang betul dan tepat. Kita tidak
boleh makan dengan gelojoh dan cepat. Sebaliknya, kita harus makan dengan sopan dan
lambat. Kita mesti menunggu semua orang sampai sebelum mula makan sebagai tanda
menghormati orang lain.
Bukan itu sahaja, saya juga telah menyedari bahawa antara nilai kesantunan dalam
masyarakat Cina ialah orang tua makan dahulu daripada orang yang lebih muda. Dalam Di
Zi Gui karya Li Yu Xiu (1622-1722), penulis telah menasihati orang muda supaya sentiasa
memberi keutamaan kepada orang tua semasa makan. Orang muda mesti menunggu orang
tua makan dahulu sebelum mereka mula menjamu selera. Masyarakat Cina juga harus
menunggu sehingga semua ahli keluarga tiba di depan meja makan sebelum mereka mula
menjamu selera. Perbuatan ini dianggap sebagai tanda penghormatan terhadap semua ahli
keluarga.
Kesimpulannya, tugasan ini telah banyak memanfaatkan saya. Hal ini demikian
kerana saya dapat memperoleh ilmu pengetahuan yang lebih banyak, terutamanya
mengenai konsep kesantunan masyarakat Malaysia. Sebelum ini, dalam minda saya,
kesantunan bermaksud bersopan-santun. Namun demikian, saya telah mengenali konsep
kesantunan dengan lebih mendalam dan memahami bahawa kesantunan bukan sekadar
membawa maksud bersopan-santun.

14

BIBLIOGRAFI.
ATAN, A. (2011). Pengacara TV9 perlu jaga kesantunan berbahasa Melayu
dengan betul. Kuala Lumpur: ONLINE BH.
Kamus Dewan Edisi Baharu. (1984). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Leech, G. N. (1983). Principles of pragmatics. London: Longman.
Mashudi, R. (2011, 2 18). Hilangnya kesantunan bahasa kita. Retrieved from
Utusan Online: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_01.htm
Omar, A. H. (2000). Wacana perbincangan, perbahasan dan perundingan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Berita Harian, 15 Januari 2010.

15

You might also like