Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 28

Bab 2: struktur atom

Unsur dan sebatian

1.

Jirim dapat dikelaskan kepada dua kumpulan, iaitu unsur dan sebatian.

2.

Unsur terdiri daripada satu jenis atom sahaja. Zarah-zarah dalam suatu unsur mungkin
berbentuk atom atau molekul, bergantung kepada jenis unsur itu.

3.

Hanya 9 unsur berikut wujud sebagai molekul, manakala unsur-unsur yang lain terdiri
daripada atom.

4.

Unsur-unsur yang wujud dalam bentuk molekul ialah: oksigen, hidrogen, nitrogen, florin,
klorin, iodin, bromin, sulfur dan fosforus.

Contoh:

(Kedua-dua ferum dan oksigen ialah unsur kerana mereka terdiri daripada satu jenis atom sahaja)

Sebatian
1.

Sebatian ialah bahan yang terdiri daripada dua atau lebih unsur yang terikat secara kimia.

2.

Zarah-zarah dalam suatu sebatian ialah molekul atau ion.

Contoh:

(Kedua-dua natrium klorida dan karbon dioksida ialah sebatian kerana mereka mengandugi lebih
daripada satu jenis atom)

Simbol unsur
1.

Dalam kimia, kita menggunakan simbol untuk mewakili unsur.

2.

Setiap simbol diwakili oleh satu atau 2 huruf.

3.

Sesetengah unsur diwakili oleh huruf pertama namanya.

Contoh:
Unsur

Simbol

Unsur

Simbol

Fluorin

Fosforus

Hidrogen

Sulfur

Iodin

Karbon

Nitrogen

Vanadium

Oksigen

Kalium

1.

Jika terdapat lebih daripada satu unsur di mana namanya bermula dengan huruf yang sama,
maka huruf yang kedua digunakan dalam simbol.

2.

Huruf yang kedua setiasa adalah huruf kecil.

Contoh:
Unsur

Simbol

Unsur

Simbol

Bromin

Br

Nikel

Ni

Kalsium

Ca

Silikon

Si

Klorin

Cl

Helium

He

Kromium

Cr

Argon

Ar

Magnesium

Mg

Aluminium

Al

Mangan

Mn

Zink

Zn

Neon

Ne

Platinum

Pt

Natrium

Na

Plumbum

Pb

Natrium

Na

Plumbum

Pb

Sesetengah unsur diwakili oleh simbol yang merujuk kepada nama latinnya.
Contoh:

Unsur

Nama Latin

Simbol

Kuprum

Cuprum

Cu

Besi

Ferrum

Fe

Timah

Stannum

Sn

Merkuri

Hydrargyrum

Hg

Perak

Argentum

Ag

Keadaan jirim
Lengkung pemanasan

Pada titik A, bahan itu berada dalam keadaan pepejal.

Zarah-zarahnya tersusun dengan padat, teratur, bersentuhan pada kedudukan tetap


mengikut corak susunan tertentu, dan ditarik oleh daya tarikan yang kuat.

A-B

Dari titik A ke B, pepejal bahan itu dipanaskan dan suhu pepejal semakin meningkat.

Semasa pemanasan, tenaga haba yang dibekalkan diserap oleh zarah-zarah pepejal dan
ini menyebabkan zarah-zarah itu bergetar dan berputar dengan cepat.

Tenaga gerakan ini disebut tenaga haba zarah zarah yang semakin bertambah apabila
suhu meningkat.

Pemanasan ini menyebabkan pepejal itu mengembang dan daya tarikan antara zarah
menjadi semakin lemah.

Pada titik B, tenaga haba yang telah diserap membolehkan zarah-zarah bergetar dan

berputar dengan begitu cepat sehingga dapat mengatasi daya tarikan yang kuat antara
zarah-zarah.

Jadi, zarah-zarah terpisah daripada satu sama lain dan susunan bertertib runtuh
menyebabkan zarah-zarah bergerak bebas secara rawak serta menggelongsor di atas satu
sama lain dalam kelompok-kelompok zarah.

B-C

Pada peringkat ini, pepejal mula melebur

Dari titik B ke C, pepejal sedang melebur menjadi cecair.

Ini bermakna pada peringkat ini sistem itu mengandungi kedua-dua pepejal dan cecair.

Di sepanjang proses peleburan ini, suhu sistem itu menjadi tetap walaupun tenaga haba
terus dibekalkan.

Ini disebabkan tenaga haba yang dibekalkan sepanjang proses peleburan ini digunakan
untuk melemahkan daya tarikan yang kuat antara zarah-zarah supaya pepejal dapat bertukar
kepada cecair.

C-D

Tenaga haba ini disebut haba pendam perlakuran.

Pada titik C, semua pepejal telah ditukarkan kepada cecair.

Peleburan telah selesai.

Dari titik C ke D, cecair bahan itu terus dipanaskan dan suhunya semakin meningkat.

Tenaga haba yang diserap oleh zarah-zarah cecair pada peringkat ini menyebabkan
zarah-zarah bergerak dengan semakin cepat dan saling berlanggar dengan lebih kerap, iaitu
tenaga kinetik zarah-zarah semakin bertambah.

Pada titik D, zarah-zarah cecair telah menerima tenaga yang cukup untuk mengatasi daya
tarikan jiran-jirannya.

D-E

Maka zarah-zarah itu keluar dari permukaan cecair untuk menjadi gas.

Pada peringkat ini, cecair itu dikatakan mula mendidih.

Suhu cecair mula mendidih disebut takat didih

Dari titik D ke E, cecair sedang mendidih. Ini bermakna pada peringkat ini sistem itu
mengandungi kedua dua cecair dan gas.

Di sepanjang proses pendidihan, suhu sistem itu, iaitu takat didih, tidak berubah tetapi
menjadi tetap walaupun tenaga, haba terus dibekalkan melalui pemanasan.

Ini disebabkan tenaga, haba yang dibekalkan sepanjang proses pendidihan ini digunakan
untuk mengatasi daya tarikan antara zarah-zarah cecair supaya zarahzarah cecair terpisah
jauh antara satu sama lain.

Tenaga haba yang digunakan untuk mengewapkan cecair semasa pendidihan dikenal
sebagai haba pendam pengewapan.

Pada titik E, semua cecair telah bertukar kepada gas.

E-F

Pendidihan telah selesai.

Dari titik E ke F, pemanasan yang seterusnya menaikkan suhu gas.

Tenaga haba yang diserap oleh zarah-zarah gas pada peringkat ini menyebabkan zarahzarah bergerak dengan semakin cepat dalam keadaan rawak dan lebih kerap berlanggar
antara satu sama lain.

Ini bermakna tenaga kinetik zarah-zarah gas semakin bertambah.

Pemanasan ini menyebabkan gas itu semakin mengembang dan daya tarikan antara
zarah gas semakin lemah.

Takat beku, takat didih dan keadaan jirim

1.

Takat lebur suatu bahan ialah suhu tetap di mana bahan itu melebur menjadi cecair pada
tekanan tertentu.

2.

Takat beku suatu bahan ialah suhu tetap di mana cecair bahan itu membeku menjadi pepejal
pada tekanan tertentu.

3.

Bagi suatu bahan tulen yang sama, takat lebur dan takat bekunya adalah sama.

4.

Takat didih suatu bahan ialah suhu tetap di mana cecair bahan itu mendidih menjadi gas
pada tekanan tertentu.

5.

Keadaan fizik suatu bahan pada suatu suhu tertentu bergantung kepada takat lebur dan takat
didihnya.

6.

Suatu bahan adalah dalam keadaan pepejal jika suhunya lebih rendah daripada taket
bekunya.

7.

Bahan itu berada dalam keadaan gas jika suhunya lebih tinggi daripada takat didihnya, dan
berada dalam keadaan cecair jika shunya di antara takat beku dan takat didih.

Perkembangan model atom

Jadual di bawah menunjukkan saintis yang menyumbang kepada perkembangan model atom.

John Dalton

John Dalton
Mengemukakan Model
Atom Pertama
1.

Semua jirim terdiri daripada atom. Atom merupakan


zarah yang paling kecil, yang tidak boleh dibahagi
lagi.

2.

Atom tidak boleh dicipta atau dimusnahkan.

3.

Atom-atom bagi sesuatu unsur tertentu adalah


sama, tetapi berbeza daripada atom-atom unsur lain.

4.

Atom-atom berpadu antara satu sama lain


mengikut nisbah nombor bulat yang terkecil.

J.J. Thompson Menemui


Elektron
J.J. Thomson

1.

Jisim elektron adalah kira-kira 2000 kali lebih ringan


daripada atom hidrogen.

2.

Elektron-elektron bertabur di seluruh atom yang


merupakan satu sfera yang bercas positif, seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah

Ernest Rutherford

Ernest Rutherford Menemui


Proton
1.

hampir semua jisim atom tertumpu dalam satu


kawasan yang sangat kecil, berat, dan bercas positif,
Kawasan kecil ini dipanggil nukleus.

2.

nukleus mengandungi proton sahaja.

3.

bilangan proton sama dengan bilangan elektron

dalam atom.
4.

kebanyakan bahagian dalam atom merupakan


ruang kosong.

5.

Electron-elektron bergerak dengan cepat


mengelilingi pusat nukleus pada jarak yang berlainan
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah.

(Walau bagaimanapun, masih terdapat kelemahan dalam


model atom yang dikemukakan oleh Ernest Rutherford
kerana jisim atom yang dihitung daripada model Rutherford
kurang daripada jisim atom yang sebenar.)
Mendapati Elektron Bergerak dalam Petala

Neils Bohr
1.

Electron-elektron bergerak mengelilingi nukleus


dalam petala-petala tertentu seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah.

2.

Setiap orbit bedarak tetap dari nukleus dan


berbentuk bulatan supaya jarak suatu elektron
tertentu dari nukleus adalah sentiasa tetap.

James Chadwick

James Chadwick Menemui


Neutron
1.

Menjumpai suatu zarah kecil yang lain dalam


nukleus selain proton.

2.

Jisim zarah ini hampir sama dengan proton, tetapi


zarah ini adalah neutral (tidak bercas).

3.

Beliau menamakan zarah ini neutron.

4.

Beliau mendapati bahawa semua nukleus


mengandungi neutron dan proton kecuali nukleus
hidrogen yang mempunyai proton sahaja.

Model atom moden

1.

Struktur sesuatu atom terdiri daripada satu nukleus kecil dipusatnya yang dikelilingi oleh
elektron-elektron yang bergerak dalam petala-petala tertentu.

2.

Nukleus mengandungi dua jenis zarah asas, iaitu proton dan neutron.

3.

Nukleus atom sangatlah kecil. Sebahagian besar jisim atom tertumpu dalam nukleus ini.

4.

Nukleus sentiasa bercas positif.

5.

Atom sebarang unsur adalah neutral kerana bilangan proton sama dengan bilangan elektron
di dalam atom itu. Jadi, jumlah cas positif daripada proton dalam nukleus sama dengan jumlah
cas negatif daripada elektron di sekeliling nukleus.
Misalan:

6.

a.

atom nitrogen mempunyai 7 proton dan 7 elektron.

b.

Atom sulfur mempunyai 16 proton dan 16 elektron.

Atom daripada unsur yang sama semestinya mempunyai bilangan proton yang sama,
manakala atom daripada unsur yang berbeza semestinya mempunyai bilangan proton yang
berbeza. Oleh itu bilangan proton dalam suatu atom menentukan jenis unsur itu. Misalnya:
a.

atom yang mempunyai 6 proton mestilah karbon.

b.

Atom yang mempunyai 11 proton mestilah natrium.

Zarah-zarah subatom
1.

Atom sesuatu unsur terbina daripada tiga jenis zarah asas, iaitu proton, neutron dan elektron.

2.

Cas relatif dan jisim relatif bagi tiga jenis zarah subatom itu diberi dalam jadual di bawah

3.

Proton dan neutron membentuk pusat bagi satu atom. Mereka digelar sebagai nukleon.

4.

Elektron bergerak mengelilingi nukleus dengan laju yang amat tinggi.

Zarah
Proton

Simbol
p

Cas Relatif
+1

Jisim Relatif
1

Neutron
Elekron

n
e

0
-1

1
1/1840

Cas zarah
1.

Satu atom yang neutral mempunyai bilangan elektron yang sama dengan bilangan proton .

2.

Cas negatif pada elektron dan cas potisif pada proton masing-masing meneutralkan antara
satu sama lain. Contohnya, (+4) + (-4) = 0.

3.

Jika bilangan proton di dalam satu zarah lebih daripada bilangan elektron, zarah itu bercas
positif.

4.

Jika bilangan elektron di dalam satu zarah lebih daripada bilangan proton, maka zarah itu
bercas positif.

Contoh:

Bilangan proton
3
5
9
11
16
17
20

Bilangan electron
3
2
10
10
18
18
18

Cas
0
+3
-1
+3
-2
-1
+3

Nombor atom dan nombor nukleon


1.

Satu atom yang neutral mempunyai bilangan elektron yang sama dengan bilangan proton .

2.

Cas negatif pada elektron dan cas potisif pada proton masing-masing meneutralkan antara
satu sama lain. Contohnya, (+4) + (-4) = 0.

3.

Jika bilangan proton di dalam satu zarah lebih daripada bilangan elektron, zarah itu bercas
positif.

4.

Jika bilangan elektron di dalam satu zarah lebih daripada bilangan proton, maka zarah itu
bercas positif.

Contoh:

Bilangan proton
3
5
9
11
16

Bilangan electron
3
2
10
10
18

Cas
0
+3
-1
+3
-2

17
20

18
18

-1
+3

Isotop

Isotop-isotop sesuatu unsur ialah stom-atom sesuatu unsur yang mempunyai


bilangan proton yang sama, tetapi bilangan neutron yang berbeza.
1.

Walaupun bilangan proton dalam atom sesuatu unsur adalah tetap, tetapi kadang kala
bilangan neutron mungkin berbeza.

2.

Atom-atom yang nombor neutron yang berbeza bagi unsur yang sama itu dipanggil isotop.

3.

Isotop-isotop sesuatu unsur ialah stom-atom sesuatu unsur yang mempunyai bilangan proton
yang sama, tetapi bilangan neutron yang berbeza.

4.

Kebanyakan unsur menunjukkan keisotopan.

Sifat Kimia dan Sifat Fizik Isotop


1.

Isotop-isotop yang berbeza bagi satu unsur mempunyai bilangan proton yang sama, maka ia
juga mempunyai konfigurasi elektron yang sama, dengan ini sifat kimianya juga adalah sama.

2.

Akan tetapi isotop-isotop bagi suatu unsur mempunyai sifat fizik ( ketumpatan, takat lebur,
takat didih ) yang berbeza.

3.

Sesuatu unsur dalam keadaan semula jadi mungkin wujud sebagai gabungan daripada
beberapa jenis isotop.

Ringkasan
Sifat-sifat Isotop
Bilangan proton
sama
Bilangan neutron
berbeza
Sifat kimia
sama
Sifat Fizik
berbeza
Contoh:

Unsur

Nama

Hidrogen

Hidrogen
Deuterium
Tritium
Oksigen-16
Oksigen-17
Oksigen-18
Karbon-12
Karbon-13

Oksigen

Karbon

Simbol
H
H
3
H
16
O
17
O
18
O
12
C
13
C
1

Nombor
proton
1
1
1
8
8
8
6
6

Nombor
nukleon
1
12
23
16
17
18
12
13

Bilangan
proton
1
1
1
8
8
8
6
6

Bilangan
neutron
0
1
2
8
9
10
6
7

Klorin
Natrium

Karbon-14
Klorin-35
Klorin-37
Natrium-23
Natrium-24

C
Cl
37
Cl
23
Na
24
Na
14

35

17

17

11

11

6
17
17
11
11

14
35
37
23
24

6
17
17
11
11

8
18
20
12
13

Susunan elektron dalam atom

1.

Dalam model atomnya, Neils Bohr mencadangkan bahawa elektron mesti berada di dalam
orbit yang mempunyai tenaga tertentu yang dinamakan sebagai petala.

2.

Setiap petala boleh diisi oleh bilangan elektron yang terhad.

3.

Misalnya, petala pertama maksimumya boleh diisi oleh 2 elektron, petala kedua boleh diisi
oleh 8 elektron dan petala ketiga boleh diisi oleh 18 elektron.

4.

Bagaimanapun, petala ketiga mencapai kestabilan maksimum apabila is diisi oleh 8 elektron.
Oleh itu elektron ke-9 dan ke-10 akan diisi ke dalam petala keempat, dan bukan di dalam petala
ketiga (Sila rujuk kepada susunan elektron argon, kalium dan kalsium dalam jadual di bawah..

5.

Susunan elektron bagi sesuatu atom ialah suatu susunan elektron yang menunjukkan
bagaimana elektron-elektron dalam satu atom unsur ditempatkan dalam petala-petala yang
mengelilingi nukleus.

6.

Contoh-contoh di bawah menunjukkan bagaimana elektron-elektron disusun bagi unsurnunsur tertentu.

7.

Susunan elektron bagi 20 unsur pertama dalam Jadual Berkala dapat ditulis dengan mengikut
langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Petala-petala elektron yang mengeliling nukleus dilabelkan dengan 1,2,3,4 atau
K,L,M,N mulai daripada petala yang terdekat degnan nukleus.
Langkah 2: Isikan petala yang terdekat
Langkah 3: Elektron diisi mengikut hadnya.

Petala 1 : 2 elektron
Petala 2 : 8 elektron
Petala 3 : 8 elektron
Petala 4 : ..
Atom

Nota
1.

Susunan Elektron

Litium mempunyai 3 proton, 3 neutron dan


3 elektron.

2.

Ketiga-tiga elektron disusun mengikut cara

2.1

berikut:

2 elektron diisi dalam petala pertama.

1 elektron diisi dalam petala kedua.

Oleh itu, susunan elektronnya ialah 2.1

1.

Klorin mempunyai 17 proton, 18 neutron


dan 17 elektron.

2.

Elektron-elektronnya disusun mengikut


cara berikut:

2 elektron diisi dalam petala pertama.

8 elektron diisi dalam petala kedua.

7 elektron diisi dalam petala ketiga

Oleh itu, susunan elektronnya ialah 2.8.7

1.

Kalsium mempunyai 20 proton, 20 neutron

2.8.7

dan 20 elektron.
2.

Elektron-elektronnya disusun mengikut


cara berikut:

2 elektron diisi dalam petala pertama.

8 elektron diisi dalam petala kedua.

8 elektron diisi dalam petala ketiga

2 elektron diisi dalam petala keempat

2.8.8.2

Jadual di bawah menunjukkan susunan elektron bagi 20 unsur yang pertama dalam jadual berkala.
Unsur

Nombor

Bilangan

Proton

elektron

Bilangan elektron di dalam


petala

petala

petala

petala

pertama

kedua

ketiga

keempat

Susunan
Elektron

Hidrogen

Helium

Litium

2.1

Berillium

2.2

Boron

2.3

Karbon

2.4

Nitrogen

2.5

Oksigen

2.6

Fluorin

2.7

Neon

10

10

2.8

Natrium

11

11

2.8.1

Magnesium

12

12

2.8.2

Aluminium

13

13

2.8.3

Silikon

14

14

2.8.4

Fosforus

15

15

2.8.5

Sulfur

16

16

2.8.6

Klorin

17

17

2.8.7

Argon

18

18

2.8.8

Kalium

19

19

2.8.8.1

Kalsium

20

20

2.8.8.2

Elektron valens

Elektron yang terletak di petala terluar dinamakan elektron valens.


1.

Elektron yang terletak di petala terluar dinamakan lektron valens.

2.

Bilangan elektron menentukan sifat kimia satu unsur.

3.

Unsur yang mempunyai bilangan elektron valens yang sama menunjukkan sifat kemia yang
sama.

Contoh:
Berapakah bilangan elektron valens bagi natrium, 11Na; oksigen, 8O; Karbon, 12C dan Kalsium,20Ca.

Jawapan:

Atom
11
Na
8
O
12
C
20
Ca

Konfigurasi elektron
2.8.1
2.6
2.8.2
2.8.8.2

Elektron valens
1
6
2
2

Bab 3: formula dan persamaan kimia


Jisim atom relatif

Jisim Relatif
Jisim Relatif satu objek ialah perbandingan jisim objek itu dengan jisim satu objek piawai.

Jisim Atom Relatif


Jisim atom relatif suatu unsur ialah bilangan kali satu atom suatu unsur itu lebih berat
daripada 1/12 satu atom karbon-12.

Jisim Atom Relatif


1.
2.

Jisim atom relatif ialah perbandingan jisim satu atom kepada jisim atom yang lain.
Jisim atom relatif suatu unsur ialah bilangan kali satu atom suatu unsur itu lebih berat
daripada 1/12 satu atom karbon-12.
3.
Jisim atom relatif karbon-12 dianggap sebagai 12.
4.
1/12 jisim satu atom karbon-12 dinamakan sebagai unit jisim atom (uja.)
5.
Jisim satu atom karbon = 12 uja

Contoh 1
Jisim natrium adalah 23 kali lebih besar daripada 1/12 karbon-12. Apakah jisim atom relatif
bagi natrium?
Jawapan:

23
Contoh 2:
Jika jisim unsur A adalah 2 kali lebih besar daripada jisim karbon, maka jisim atom relatif
bagi unsur itu ialah __________. (Jisim atom relatif karbon = 12)
Jawapan:

Jisim Atom Relatif Unsur A = 2 x 12 = 24

Contoh 3:
Satu unsur X adalah 8 kali lebih berat daripada satu atom litium. Hitungkan jisim atom relatif unsur X (
Jisim atom relatif: Li = 7 )
Jawapan:

Jisim Atom Relatif X = 8 x 7 = 56


Jisim molekul relatif
Jisim molekul relatif suatu bahan ialah bilangan kali jisim satu molekul bahan itu lebih besar daripada
1/12 kali jisim satu atom karbon-12 di mana jisim relatif bagi satu atom karbon ialah 12.

Jisim molekul relatif satu molekul adalah sama dengan jumlah jisim relatif bagi semua atom di dalam
molekul itu.
Contoh 1
Cari jisim molekul relatif bagi karbon dioksida.
[ JAR: C = 12; O = 16 ]

Jawapan:

Formula of karbon dioksida = CO

Jisim Molekul Relatif CO = 1 x 12 + 2 x 16 = 44


2

Contoh 2
Berapakah jisim formula relatif bagi aluminium sulfat [ Al 2(SO4)3]?
( Ar: O = 16, S = 32; Al = 27 )

Jawapan:

Jisim Molekul Relatif Al (SO ) = 2 x 27 + 3( 32 + 4 x 16)


= 342
2

Contoh 1
Soalan:
Diberi bahawa formula bagi satu sebatian ialah KXO 3 dan jisim molekul relatifnya ialah 167. Cari jisim
atom relatif bagi unsur X? (Jisim atom relatif: O = 16; K = 39 )
Jawapan

Katakan jisim atom relatif unsur X = m


Jisim molekul relatif KXO
= 39 + m + 3(16) = 167
m = 167 - 39 - 3(16) = 80

Jisim atom relatif unsur X = 80

Contoh 2
Soalan:
Diberi bahawa formula am bagi satu hidrokarbon ialah CnH2n dan jisim molekul relatifnya ialah 84. Cari
nilai n.
Jawapan:

Jisim molekul relatif C H


= n(12) + 2n(1) = 84
14n = 84
n = 84/14 = 6
n

2n

Konsep mol
1.

mol mewakili satu bilangan yang tertentu ( 6.02 x 1023 ).

2.

Satu mol sesuatu bahan ialah kuantiti yang mengandungi bilangan zarah yang sama dengan
bilangan atom yang terdapat dalam 12.000 gram karbon-12. Bilangan zarah ini ialah 6.02 x
1023.

3.

Nombor malar 6.02 x 1023 disebut nombor Avogadro.


Misalan:
1 dozen telur = 6.02 x 1023 biji telur
dozen telur = 3.01 x 1023 biji telur
dozen telur = 1.505 x 1023 biji telur

Dengan konsep yang sama:


1 mol atom = 6.02 x 1023 biji atom
mol atom = 3.01 x 1023 biji atom
mol atom = 1.505 x 1023 biji atom.
4.

Jenis zarah yang terdapat dalam suatu bahan mungkin ialah atom, molekul atau ion.
Misalan:
1 mol kalium = 6.02 x 1023 atom kalium
1 mol karbon dioksida = 6.02 x 1023 molekul karbon dioksida.
1 mol ion sulfat = 6.02 x 1023 ion sulfat.

Contoh:
Cari bilangan atom yang terdapat di dalam:

a.

2 mol ferum

b.

3.6 mol zink

c.

2.8 mol zink

d.

mol ferum

Jawapan:

a.

2 mol ferum = 2 x 6.02 x 1023 = 1.204 x 1024 atom ferum

b.

3.6 mol zink = 3.6 x 6.02 x 1023 = 2.167 x 1024 atom zink

c.

2.8 mol zink = 2.8 x 6.02 x 1023 = 1.686 x 1024 atom zink

d.

mol ferum = x 6.02 x 1023 = 1.505 x 1023 atom ferum.

Bilangan mol dan bilangan zarah


1.

Kita telah belajar bahawa "mol" mewakili satu kuantiti, iaitu 1 mol = 6.02 x 10 23. The
number 6.02 x 1023 dan nilai ini digelar pemalar Avogadro.

2.

Oleh itu, jika dalam satu soalan kita diberi bilangan mol bahan dan disuruh mencari bilagan
zarah dalam bahan itu, kita boleh mendapat jawapan dengan mendarabkan bilangan mol bahan
itu dengan pemalar Avogadro.

3.

Sebaliknya, jika bilangan zarah diberi dan disuruh menbari bilangan mol, jawapan boleh
diperolehi dengan membahagikan bilangan zarah dengan pemalar Avogadro.

Contoh 1
Antara 1 mol of helium dan 1 mol of uranium, yang manakah emngandungi lebih banyak zarah? Yang
mana pula mempunyai jisim yang lebih besar. [ Jisim atom relatif: He=4; U=238 ]

Jawapan:

1 mol of helium and 1 mol of uranium mengandungi


bilangan zarah yang sama..
Jisim 1 mol uramium lebih besar daripada jisim 1 mol
helium.
Contoh 2
Cari bilangan zarah yang terdapat di dalam 2.5 mol emas.

Jawapan:

Bilangan atom
= Bilangan mol x pemalar Avogadro
= 2.5 x 6.02 x 1023 = 1.505 x 1024
Contoh 3
Berapa bilangan mol magnesium mengandungi 2.76 x 1023 atom magnesium?

Jawapan:

Bilangan mol
= Bilangan atom pemalar Avogadro

= 2.76 x 1023 6.02 x 1023


= 0.46 mol
Bilangan mol atom dan bilangan mol molekul
1.

Semua molekul mengandungi lebih daripada satu atom

2.

Contohnya, setiap karbon dioksida mengandungi 3 atom, iaitu satu atom karbon dan dua
atom oksigen.

3.

Oleh itu, satu mol karbon dioksida mengadungi 3 mol atom, iaitu satu mol atom karbon dan
dua mol oksigen.

4.

Dengan cara yang sama, kita mengetahui bahawa, dalam dua mol karbon dioksida terdapat 6
mol atom, dalam 3 mol karbon dioksida terdapat 9 mol atom dan seterusnya.

Contoh 1:

a.

Berapa bilangan molkah molekul hidrogen boleh dibentuk oleh 20 mol atom hidrogen?

b.

Berapa bilangan molkah atom hidrogen yang terdapat di dalam 20 mol molekul hidrogen?

Jawapan:

a.
Setiap molekul hidrogen (H ) mengandungi 2 atom
hidrogen.
Maka, 20 mol atom hidrogen boleh membentuk 10 mole
molekul hidrogen.
2

b. Bilangan mol atom hidrogen yang terkandung di


dalam 20 mol molekul hidrogen
= 2 x 20 mol = 40 mol.
Contoh 2:

a.

Cari bilangan mol karbon atom yang terdapat di dalam 0.75 mol karbon dioksida.

b.

Cari bilangan mol oksigen atom yang terdapat di dalam 0.75 mol karbon dioksida.

Jawapan:

a.
Setiap molekul karbon dioksida (CO ) mengandungi 1
atom karbon dan 2 atom oksigen.
2

Maka, 0.75 mol karbon dioksida mengandungi 0.75


mol atom karbon.
b.
Bilangan mol atom oksigen yang terkandung di dalam
0.75 mol karbon dioksida
= 2 x 0.75 mol = 1.50 mol
Bilangan mol dan jisim bahan
Jisim Molar
1.

Jisim molar satu bahan ialah jisim 1 mol bahan itu.

2.

Nilai jisim molar satu bahan adalah sama dengan jisim atom relatifnya dalam unit gram.

3.

Jisim molar juga ditakrifkan sebagai jisim satu bahan yang menpunyai bilangan zarah yang
sama dengan pemalar Avogadro.
Unsur

Jisim atom relatif

Jisim satu mol bahan

Jisim molar

Hidrogen

1g

1 g mol-1

Karbon

12

12 g

12 g mol-1

Oksigen

16

16 g

16 g mol-1

Kuprum

64

27 g

27 g mol-1

Ferum

56

56 g

56 g mol-1

Contoh
1.

Jisim atom relatif kuprum ialah 64, maka jisim 1 mol kuprum ialah 64g

2.

Jisim atom relatif natrium ialah 23, maka jisim 2 mol natrium = 2 x 23 = 46g

3.

Jisim molekul relatif nitrogen ialah 28, maka jisim 2.5 mol nitrogen = 2.5 x 28 = 70g

4.

Jisim atom relatif kalsium ialah 20, maka jisim 0.3 mol kalsium = 0.3 x 20 = 6g

Kesimpulan

Nota:
Hubungan di antara jisim satu bahan dan bilagnan mol zarah boleh diringkaskan seperti persamaan
di bawah:

n=mMolar Mass
Persamaan ini boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah di mana anda diberi jisim bahan dan
diminta mencari bilangan mol zarah (atau sebaliknya).

Contoh:
Cari bilangan mol atom yang terdapat dalam 4.6g natrium (Jisim atom relatif natrium = 23)

Jawapan:

Bilangan mol,
n=4.623=0.2mol

Contoh
Cari bilangan mol natrium hidroksida yang berjisim 191 g [Jisim atom relatif: Na=23, O=16, H=1]

Jawapan:

Jisim formula relatif NaOH = 23 + 16 + 1 = 40


Bilangan mol NaOH dalam 191g,
n=19140=4.775mol

contoh 1
Soalan
Berapakah jisim bagi 7.12 mol NaI. [Jisim Atom Relatif: Iodin = 131; Natrium = 23]
Jawapan:

Jisim formula relatif NaI = 23 + 131 = 154.


Jisim 7.12 mol NaI
= Bilangan mol x Jisim formula relatif of NaI
= 7.12 x 154
= 1096.48g

Jisim bahan dan bilangan zarah


1.

Kadang-kala, dalam satu soalan, jisim satu sampel bahan diberi dan anda disuruh mencari
bilangan zarah di balam sampel itu (atau sebaliknya).

2.

Untuk menyelesaikan soalan sebegini, kita perlu menentukan bilangan mol zarah dalam
sampel itu terlebih dahulu kemudian mencari bilangan zarah (atau jisim) dalam sampel itu.

Contoh:

Berapakah bilangan molekul terdapat dalam 16g oksigen (O 2)? [ Ar: O =.16, Nombor Avogadro = 6 x
1023]

Jawapan:
Jisim molekul relatif O2 = 2(16) = 32

Bilangan mol oksigen=Mass of oxygenMolar mass of oxygen=16 g32g mol1=0.5 mol

Unknown node type: br

Bilangan molekul = 0.5 x (


6 x 1023 ) = 3 x 1023

Contoh 1
Soalan:
Cari bilangan atom yang erkandung di dalam 34g gas ammonia (NH 3). [Jisim atom relatif: Nitrogen:
14; Hidrogen: 1]

Jawapan:

Jisim molekul relatif NH


= 14 + 3(1)
= 17

Bilangan mol ammonia =3417=2 mole


Bilangan molekul NH = 2 x 6.02 x 1023 = 1.204 x 1024
3

Setiap molekul NH mempunyai 4 atom (1 atom nitrogen


dan 3 atom hidrogen ).
3

Maka, bilangan nombor atom


= 4 x 1.204 x 1024
= 4.816 x 1024
Contoh 2
Cari jisim bagi satu sampel metana (CH4) yang mengandungi 1.806 x 1023 molkul. [Jisim atom relatif:
Karbon: 12; Hidrogen: 1]

Jawapan:

Jisim Molekul Relatif CH


= 12 + 4(1)
= 16

Bilangan mol CH4=1.80610236.021023=0.3 mole

Jisim CH
= Bilangan mol x Jisim Molar
= 0.3 x 16 = 4.8g
4

Bilangan mol dan isipadu gas

Isi padu Molar Gas


1.

Kuantiti sebarang gas yang sama mempunyai bilangan isi padu yang sama jika suhu dan
tekanan gas adalah sama.

2.

Isi padu molar gas ditakrif sebagai isi padu yang dipenuhi oleh 1 mol gas dalam tekanan dan
suhu tertentu.

3.

Pada suhu bilik (25C) dan tekan atmosfera piawai (),

4.

Pada suhu dan tekanan piawai (0C dan 1 atm), satu mol gas memenuhi isi padu 22.4 dm
(22400cm).

Number of mole of gasses


1 mol of O gas
1 mol of H gas
2 mol of He gas
3.5 mol of N gas
2

Volume at s.t.p. (dm3)


1 x 22.4 = 22.4
1 x 22.4 = 22.4
2 x 22.4 = 44.8
3.5 x 22.4 = 78.4

Number of mole of gasses


1 mol of O gas
1 mol of H gas
2 mol of He gas

Volume at r.t.p. (dm3)


1 x 24 = 24
1 x 24 = 24
2 x 24 = 48

3.5 mol of N gas


2

3.5 x 24 = 84

Contoh:
berapakah isi padu (pada suhu bilik dan tekanan atmosfera piawai) bagi 2 mol gas oksigen? (Isi padu
molar gas pada suhu bilik = 24 dm)

Jawapan:

Isi padu gas = 2 x 24 = 48 dm


Contoh:
Satu sampel ozon mempunyai isi padu 960cm pada suhu bilik dan tekanan piawai. Cari bilangan mol
molekul ozon di dalam sampel itu. [Isi padu molar gas pada suhu bilik = 24.0dm]

Jawapan:

Bilangan mol=960cm324000cm3=0.04 mol


Isipadu gas, jisim bahan dan bilangan zarah
Rajah di bawah menunjukkan hubungan di antara bilangan mol zarah dengan bilangan zarah, jisim
bahan dan isi padu gas.

Contoh
Cari bilangan zarah yang terkandung di dalam 1200cm gas nitrogen pada suhu dan tekanan bilik. (Isi
padu moalr gas pada suhu dan tekanan bilik = 24 dm/mol)

Jawapan:

Bilangan mol gas nitrogen=1200 cm324000 cm3=0.05 mol

Bilangan molekul
nitrogen= 0.05 mol 6.02 1023= 3.01 1022
Contoh 1
Soalan:
Sebuah bekas mengandungi 3.913 x 1023 molekul gas metana. Berapakah isi padu gas itu dalam
suhu dan tekanan bilik?
[Pemalar Avogrado = 6.02 x 1023; Isi padu molar gas pada suhu dan tekanan bilik = 24,000 cm 3/mol]

Jawapan:

Bilangan mol gas metana, n=3.913 10236.021023=0.65 molI


si padu gas=0.6524000 cm3=15600 cm3
Contoh 2
Soalan:
Sebuah balang gas mengandungi 200cm gas oksigen pada suhu dan tekanan piawai. Cari jisim gas
oksigen. [Jisim atom relatif: Oxygen = 16; Isi padu molar gas pada suhu dan tekanan piawai = 22.4
dm]

Jawapan:

Bilangan mol gas oksigen, n=200 cm322400 cm3=1112 molJisim


molekul relatif oksigen, n = 216=32Jisim
oksigen=1112 32 gmol1=0.286g

You might also like