Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Yang berusaha, Puan serta rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.

Salam sejahtera

Sukacita saya memulakan pidato ini dengan seruan agar kita bersyukur ke
hadhrat Ilahi kerana telah mengurniakan kita sebuah negara yang aman dan
makmur.

Dengan nikmat keamanan dan kemakmuran ini, kita boleh menjalani kehidupan
harian dengan selesa. Bebas mencari rezeki di mana-mana tanpa rasa takut.
Tidak seperti sesetengah negara yang bergolak, rumah-rumah ibadat dibom,
rompakan dan pembunuhan di sana sini.

Sesungguhnya nikmat keamanan, kebebasan dan kemakmuran yang kita kecapi


hari ini tidak datang dengan mudah. Ianya tidak datang secara kebetulan atau
percuma bahkan diperolehi dengan perjuangan dan susah payah. Bak kata
bidalan YANG BULAT TIDAK DATANG BERGOLEK, YANG PIPIH TIDAK DATANG
MELAYANG.

Hakikatnya para pejuang tanahair terdahulu telah mewariskan kepada kita


sebuah negara yang merdeka. Sebuah negara yang bebas daripada belenggu
penjajah.

Sidang hadirin sekalian,

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah Perdana Menteri Malaysia yang
pertama. Beliau dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan. Kemerdekaan yang dicapai
memalui perundingan itu telah meletakkan Malaysia di tempat yang paling
selamat dan dihormati.

Tun Abdul Razak merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Beliau telah
meneroka perjuangan mengisi kemerdekaan melalui pelan pembangunan
strategik yang kukuh.

Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri Malaysia ketiga meneruskan misi
mengisi kemerdekaan. Beliau telah menumpukan perhatian yang lebih kepada
perpaduan. Perpaduan merupakan asas pembangunan.

Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke empat.
Beliau digelar Bapa Pemodenan kerana mempunyai wawasan yang jauh dalam
membangunkan Negara. Pencapaian cemerlang beliau telah memartabatkan
Negara kita Malaysia, lebih dikenali di peringkat antarabangsa.

Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi merupakan Perdana Menteri Malaysia ke 5.


Aspek modal insan diberi penekanan istimewa. Integriti, ketelusan dan keadilan
dilihatnya sebagai utama.

Hadirin, hadirat yang dihormati sekalian,

Kini, giliran Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri
Malaysia yang ke-6. Beliau telah mengadun kesemua gaya pemerintahan dan
pemikiran pemimpin terdahulu melalui gagasan Satu Malaysia. Rakyat
didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Gagasan Satu Malaysia mengajak kita menghargai kemerdekaan yang telah


diwariskan kepada kita. Tugas kita seterusnya adalah memelihara dan mengisi
kemerdekaan yang sudah di dalam genggaman kita. Setiap cabaran yang datang
perlu ditangani dengan berkesan.

Bagi memelihara keamanan dan kestabilan negara ini, seluruh rakyat hendaklah
bersatu padu. Memupuk semangat persefahaman yang berterusan, toleransi
yang tinggi serta kerjasama yang kukuh tanpa mengira kaum.

Akhir sekali, Marilah sama-sama kita berganding bahu tanpa mengira kaum,
agama dan budaya berpadu tenaga berusaha ke arah mengekalkan
kemerdekaan negara kita yang tercinta.

You might also like