Latar Belakang Kaum India

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Orang India Malaysia ialah rakyat Malaysia yang berasal dari India.

Kebanyakan mereka datang ke Malaysia semasa zaman penjajahan British di


Malaya. Namun, sumber-sumber sejarah membuktikan bahawa kaum India tiba di
Malaysia sejak zaman keagungan Dinasti Chola. Kini, kaum India merupakan kaum
ketiga terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu dan Cina.
Orang orang India telah datang berniaga ke Malaysia sejak 2000 tahun yang
lalu berdasarkan kitab Ramayana yang menyebut mengenai cengkih. Kitab
Ramayana yang ditulis kurun ke lima atau empat sebelum masihi (2500 tahun
dahulu).
Kumpulan-kumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak
merupakan keturunan penghijrah semasa Kesultanan Melaka dan kemudiannya
semasa pendudukan Melaka dijajah oleh orang Portugal dan Belanda. Negeri-negeri
Selat seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dijajah oleh pihak British antara
tahun 1786 hingga 1824 memulakan satu aliran masuk tidak putus-putus yang
terdiri daripada buruh, pedagang, supai, dan banduan yang melibatkan diri dalam
bidang pembinaan, pertanian dagangan, pertanian, dan perdagangan. Penghijrahan
orang India secara beramai-ramai dari subbenua India ke Tanah Melayu menyusul
peluasan pemerintahan British ke negeri-negeri Melayu yang terletak di pantai
barat sejak dekad 1870-an dan pertumbuhan ekonomi perladangan getah yang
kemudian.
Penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura sebelum kemerdekaan
terutamanya terdiri daripada orang dewasa lelaki yang meninggalkan keluarga
mereka di India dan Sri Lanka. Oleh itu, bilangan penduduk India naik turun dengan
kerap dengan kedatangan dan kepulangan mereka. Menjelang 1931, bilangan
penduduk India telah bertambah di Tanah Melayu dan Singapura, dan negeri
Selangor, bilangan mereka melebihi orang Melayu pada tahun itu. Bilangan
penduduk India hamper-hampir tidak berubah sehingga 1947 disebabkan mereka
pergi ke Myanmar semasa pendudukan Jepun sebagai rekrut untuk Angkatan
Tentera kebangsaan India, dan kuli untuk Landasan Kematian. Pada tahun 2005,
orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia.
Pada zaman dahulu, Sejarahwan J.V.Sebastian , K.T.Thirunavukkarasu, dan
A.W.Hamilton merekod bahawa bahasa Tamil merupakan bahasa yang digunakan
dalam perdagangan di Malaysia dan Indonesia.
Pada tahun 1947, sebahagian penghijrah India yang terbesar terdiri daripada
penutur bahasa Tamil merupakan 77% daripada jumlah penduduk India di Tanah
Melayu dan Singapura.
Pada zaman kolonial British, kebanyakan orang India bekerja sebagai buruh
ladang, terutamanya di ladang getah, malah sebahagian kecil juga bertugas di
jabatan-jabatan perkhidmatan awam. Kebanyakan orang Telegu juga bekerja
sebagai buruh ladang, sedangkan komuniti Malayalee pula dibahagikan kepada

mereka yang bertugas sebagai pekerja pentadbir di ladang-ladang serta sebagai


kolar putih pentadbiran di bandar. Seterusnya, kaum Ceylon pula bertugas dalam
kerajaan kebanyakannya pada taraf sebagai kerani dan ke atas. Kerjaya mereka
telah dipra-tentu oleh kerajaan British yang menjajah Tanah Melayu pada masa
dahulu. Orang India Utara, kecuali orang Sikh, terutamanya terdiri daripada
pedagang dan peniaga. Umpamaya, Gujarati dan Sindhi memiliki sebilangan
syarikat tekstil yang penting di Tanah Melayu. Orang Sikh biasanya bertugas
sebagai polis atau pengawal.
Selepas tahun 70-an, pekerja estet kaum Tamil dan Telugu sudah mula
berhijrah ke Bandar akibat banyak ladang getah telah ditutup dan dimajukan untuk
tujuan yang lain.
Pada 22 Ogos 2009, YB Dato Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia
menyatakan bahawa kerajaan sedang mengambil langkah meningkatkan taraf
hidup pekerja ladang, terutamanya orang India yang berkerja di ladang. Kerajaan
nampak turut bersimpati dengan keadaan kaum India terutama sekali dalam bidang
ekonomi, sosial serta pelajaran. Oleh kerana kerajaan menghargai dan mengiktiraf
sumbangan kaum India terhadap asas ekonomi negara Fasa 1 dan Fasa kedua.
Sejak dahulu kerajaan telah memberi banyak sokongan kepada kaum India
Malaysia.

Kini, hampir 16% pekerja profesional di Malaysia terdiri daripada kaum India.
Terdapat juga peningkatan jumlah perniagaan dalam masyarakat India.
Komuniti-komuniti perniagaan, iaitu komuniti Gujarati, Sindhi, Chettiar, dan
Muslim Tamil, lebih tertumpu di kawasan bandar.
Kebanyakan kaum India Malaysia beragama Hindu dan diikuti Kristian dan
Sikh.
Kaum India Malaysia telah memberi banyak sumbangan mereka terhadap
negara sejak dahulu. Oleh itu, kita perlulah meningkatkan dan
menghargaisumbangan kaum India.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_India_Malaysia

You might also like