Kerja Kursus SCE3112 PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN


TUGASAN PROJEK
TAJUK PROGRAM:
PISMP ambilan Januari 2010
TAJUK KURSUS:
Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

NAMA PELAJAR:

SEMESTER: 6

KOD KURSUS: SCE3112


TARIKH MULA:
15 Julai 2012

TARIKH HANTAR:
25 Ogos 2012

Hasil Pembelajaran Kursus


1.
2.
3.
4.
5.
6.

Menerangkan keperluan dan kepentingan makmal sains dalam pengajaran dan


pembelajaran sains.
Membincangkan cara untuk memudahkan keberkesanan organisasi dan
pengurusan makmal sains.
Mengenal pasti langkah-langkah keselamatan yang sesuai untuk
melaksanakan aktiviti sains.
Menunjukkan teknik asas makmal berkenaan kerja kaca dan pengawetan
spesimen biologi.
Menunjukkan pengetahuan dan kemahiran dalam penyelenggaraan bahan dan
peralatan sains.
Meneroka bagaimana pengubahsuaian, penyediaan dan pemilihan sumber
yang sesuai dapat meningkatkan pembelajaran sains sekolah rendah.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 3, 4 dan 6.

Objektif Kerja Kursus


1.

Merancang, melaksanakan dan membuat


keselamatan makmal di institusi pendidikan.

laporan

audit

pengurusan

2.

Menghuraikan dan menunjukkan kemahiran pengawetan spesimen biologi.

3.

Merancang dan mengubah suai sumber sedia ada untuk menghasilkan bahan
bantu mengajar.

TUGASAN PROJEK
Kurikulum Sains memerlukan murid meneroka sesuatu konsep dengan
pendekatan inkuiri penemuan. Makmal atau bilik Sains merupakan tempat yang
penting bagi guru dan murid menjalankan amali dalam pengajaran dan
pembelajaran sains.
TUGASAN 1 (40%)
Keselamatan di makmal dan bilik sains merupakan aspek utama yang perlu
diberi perhatian untuk melindungi mereka yang bekerja dalam makmal dan bilik
sains daripada segala kemalangan akibat kecuaian atau kejadian di luar jangkaan.
Anda dikehendaki membuat rujukan lanjutan tentang pengurusan keselamatan
makmal dan bilik sains.
1.

Sediakan satu instrumen penilaian pengurusan keselamatan makmal sains.

2.

Laksanakan audit pengurusan keselamatan makmal sains di IPGK Sultan


Abdul Halim.

3.

Cadangkan tindakan penambahbaikan yang harus dilakukan.

4.

Laksanakan tindakan penambahbaikan yang telah dicadangkan.

Sediakan satu laporan yang mengandungi perkara-perkara di atas.


Catatan: Tugasan 1 ialah tugasan kumpulan.

TUGASAN 2 (50%)
Guru sains perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam penyediaan
bahan yang diperlukannya supaya kerja amali dapat dijalankan dengan sempurna
dan berkesan.

Aktiviti 1 (30%)
Pengawetan spesimen biologi merupakan salah satu kemahiran asas makmal
yang perlu dikuasai oleh guru sains.
(a)

Huraikan dan tunjukkan bagaimana anda mengawet spesimen serangga dan


tumbuhan kecil secara kering.

(b)

Pamerkan spesimen yang telah anda awetkan.

Sediakan satu laporan berserta gambar dan video sebagai bukti pelaksanaan.

Aktiviti 2 (20%)
Aktiviti pengubahsuaian (improvisation) merupakan satu aktiviti yang sentiasa
dilaksanakan oleh guru sains bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
dapat dijalankan dengan sempurna dan berkesan.
(a)

Jelaskan maksud pengubahsuaian dalam aspek pengajaran sains?

(b)

Pilih topik daripada Kurikulum Sains Sekolah Rendah.


(i)

Kenal pasti bahan bantu mengajar yang diperlukan untuk mengajar


topik yang dipilih.

(ii)

Huraikan dengan bantuan gambar rajah dan tunjukkan bagaimana


anda mengubahsuai dan menyediakan bahan bantu mengajar yang
diperlukan.

Pamerkan bahan bantu mengajar yang telah anda hasilkan. Sediakan satu
laporan berserta gambar dan video sebagai bukti pelaksanaan.

Catatan: Tugasan 2 ialah tugasan individu.

SIKAP DAN SAHSIAH (10%)


Komitmen, Nilai Murni dan Kolaborasi (5%)
(i)

Sentiasa menunjukkan semangat ingin tahu yang berterusan.

(ii)

Boleh menjalankan kajian daripada sumber maklumat yang betul.

(iii)

Sentiasa jujur dalam merekod data semasa menjalankan tugasan.

(iv)

Sentiasa mengamalkan sikap saling membantu dan berkolaborasi semasa


menjalankan tugasan.

(v)

Kemampuan yang tinggi untuk memimpin rakan.

(vi)

Sentiasa mengambil bahagian dengan sangat aktif

(vii)

Sentiasa menunjukkan bertanggungjawab dan iltizam yang tinggi.

Refleksi (5%)
Penulisan refleksi yang baik seharusnya terdiri daripada tiga elemen iaitu:
(a)

Huraian pengalaman (retell) Penulisan difokuskan kepada beberapa aspek


penting berkaitan tugasan. Penjelasan merujuk kepada apa yang telah
dilakukan dan dialami dalam tugasan berkenaan.

(b)

Hubung kait pengalaman baru dengan pengalaman lalu (relate) Penulisan


harus menjurus kepada kesan pengalaman, aspek pembelajaran atau
kesedaran baru. Perkaitan pengalaman baru dengan pengalaman lama harus
ditunjukkan.

(c)

Huraian kesan pengalaman ke atas diri pelajar (result) Kesan pengalaman


yang dilalui terhadap perkembangan diri sebagai seorang guru. Pelajar perlu
dapat mengulas dengan membuat analisis atau penilaian ke atas pengalaman
yang dilalui dan membina pemikiran atau ilmu baru yang dapat membantu
mereka meningkatkan keupayaan sebagai seorang guru.

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus


1.

Hasil kerja kursus hendaklah bertaip menggunakan font jenis Arial, saiz 12 dan
langkau 1.5 baris.

2.

Sumber bahan/rujukan perlu dinyatakan mengikut format APA.

3.

Bahagian kulit luar hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut:


(a)
(b)
(c)
(d)

Nama Pelajar
Angka Giliran
Nombor Kad Pengenalan
Kumpulan / Unit

Disediakan oleh:

(e) Kod dan Nama Kursus


(f) Nama Pensyarah Pembimbing
(g) Tarikh Serahan

Disahkan oleh:

_____
)

__

You might also like