Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Pengurusan bilik darjah yang baik akan mewujudkan bilik darjah yang effektif dan

berkesan. Kewujudan bilik darjah yang effektif tidak akan tercapai jika rutin bilik darjah itu
tidak dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan. Aktiviti-aktiviti seperti menyemak
keadaan fizikal bilik darjah, menanda kedatangan murid-murid, mengutip yuran, mengutip
dan memulangkan buku latihan, mengurus Skim Pinjaman Buku, menyediakan dan
menyimpan pelbagai rekod yang dijalankan secara tetap dinamakan sebagai rutin bilik
darjah. Oleh itu secara kasarnya rutin bilik darjah dapat ditakrifkan sebagai suatu cara yang
tetap menjalankan aktiviti-aktiviti bilik darjah. Pengurusan rutin bilik darjah yang teratur akan
menghasilkan iklim bilik darjah yang baik dan akan mewujudkan suasana bilik darjah yang
sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
Mengikut Joseph F. Callahan dan Leonard H. Clark (1988), guru seharusnya
menerangkan kepada murid-murid tentang rutin yang hendak dijalankan dengan jelas
supaya mereka tahu mengikut rutin yang ditetapkan. Berdasarkan penjelasan yang
diberikan oleh Joseph F. Callahan (1988) dan W.F. Connell (1981) rutin bilik darjah boleh
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu rutin bilik darjah yang dilakukan oleh guru dan
murid-murid.
Rutin bilik darjah biasanya dilakukan oleh guru secara bersendirian. Ada juga rutin
yang dianggap sulit khasnya yang berkaitan dengan rekod peribadi murid. Rutin seperti
berikut ini mestilah dilakukan oleh guru iaitu mengutip yuran, mengutip buku, mengambil
kedatangan murid dan memungut buku latihan. Manakala dalam rutin bilik darjah yang
dilakukan oleh murid, murid dianggap sebagai pembantu guru untuk menjalankan rutin
dalam bilik darjah. Aktiviti yang disarankan oleh guru ialah mengemaskan bilik darjah,
memungut dan menghantar buku, menghias bilik darjah dan sebagainya. Rutin yang hendak
dilakukan oleh murid mestilah ditetapkan terlebih dahulu supaya murid tahu perkara yang
seharusnya dilakukan dan dapat melaksanakannya tanpa arahan.
Apakah yang dimaksudkan dengan rutin menyemak keadaan fizikal bilik darjah?
Perkataan fizikal itu sendiri merujuk kepada bentuk luaran sesuatu objek. Oleh itu,
menyemak keadaan fizikal bilik darjah dapat diertikan sebagai satu proses penyemakkan
bentuk luaran sesuatu bilik darjah oleh seseorang guru sebelum memulakan sesi
pengajaran dan pembelajaran. Penyusunan meja dan kerusi, penyusunan murid,
pencahayaan, pengudaraan, keselamatan, kebersihan bilik darjah, penyusunan sudut
pembelajaran dan sudut multimedia merupakan aspek-aspek yang dapat digolongkan dalam
rutin penyemakkan keadaan fizikal bilik darjah oleh seseorang guru.

Penyusunan meja dan kerusi merupakan antara salah satu rutin bilik darjah yang
dapat mewujudkan iklim pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Hal ini kerana, corak
dan jenis penyusunan meja dan kerusi memastikan kelicinan proses pengajaran dan
pembelajaran.

Buktinya,

menurut

Savage

(1999),

penyusunan

meja

dan

kerusi

mempengaruhi sikap dan tingkah laku murid serta menyumbang kepada kelicinan proses
pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, penyusunan meja dan kerusi murid-murid seperti
gaya auditorium, gaya bersemuka, gaya off-set, gaya seminar dan gaya kluster akan
membantu murid-murid dalam meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran mereka. Kebanyakan guru sekolah rendah lebih gemar menggunkan gaya
kluster berbanding dengan gaya-gaya lain memandangkan pelaksanaan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) lebih menekankan proses pengajaran dan pembelajaran
berpusatkan murid. Iklim pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tidak dapat
diwujudkan di dalam bilik darjah kecuali guru cekap melaksanakan rutin bilik darjah iaitu
memilih jenis penyusunan meja dan kerusi berdasarkan aktiviti yang akan dijalankan.
Seterusnya, penyusunan murid juga merupakan salah satu aspek dalam rutin
penyemakkan keadaan fizikal bilik darjah yang memainkan peranan dalam usaha
mewujudkan iklim pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Hal ini kerana, penyusunan
murid di dalam bilik darjah membantu mengurangkan masalah disiplin semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Menurut Leonard dan Karen (1996), jika para guru hendak
mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran

maka penyusunan

muris

haruslah

sedemikian rupanya.

Contohnya

penyusunan murid mengikut giliran abjad nama murid. Di dalam sesebuah bilik darjah yang
mempunyai lelaki dan perempuan penyusunan murid mengikut abjad nama akan
mengurangkan masalah disiplin. Hal ini kerana, murid-murid yang sama jantina biasanya
suka berinteraksi sesama mereka dan keadaan ini membolehkan masalah disiplin seperti
membuat bising semasa proses pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku. Kebanyakan
murid-murid tahap satu di sekolah rendah disusun mengikut abjad nama murid
memandangkan murid-murid tahap satu mempunyai pergerakkan badan yang sukar dikawal
oleh guru dimana kadang-kadang berupaya mencetuskan masalah disiplin semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru tidak dapat mewujudkan iklim pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan kecuali guru mengambilkira penyusunan murid mengikut abjad
nama dalam rutin penyemakkan keadaan fizikal bilik darjah.

Tambahan pula, aspek pencahayaan juga merupakan salah satu aspek yang penting
dalam rutin menyemak keadaan fizikal bilik darjah. Pencahayaan yang baik akan
melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran manakala pencahayaan yang kurang
baik di dalam bilik darjah akan mengakibatkan proses pengajaran dan pembelajaran supaya
tidak dapat berjalan dengan begitu baik. Pencahayaan optimum dapat meningkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid di dalam sesebuah bilik
darjah.
Pencahayaan cukup amatlah penting untuk keselesaan murid dan guru semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Lampu yang mencukupi boleh memberi
pencahayaan yang mencukupi. Guru haruslah memastikan lampu-lampu yang terdapat di
dalam sesebuah bilik darjah berfungsi dan melaporkan kepada pihak bertanggungjawab jika
terdapat kerosakkan. Demi mengelakkan sebarang halangan untuk pencahayaan di dalam
bilik darjah maka susun atur perabot dalam bilik darjah juga hendaklah disusun dengan baik.
Keadaan pencahayaan bilik darjah juga haruslah berada dalam keadaan stabil iaitu tidak
terlalu terang ataupun terlalu gelap.
Langsir boleh dipasangkan bagi memastikan faktor pencahayaan seimbang di dalam
sesebuah bilik darjah. Bilik yang gelap akan memberi kesan terhadap pandangan murid.
Murid juga berkemungkinan untuk tidur di dalam bilik darjah yang gelap sementara bilik
darjah yang terang pula akan menyilaukan pandangan murid. Oleh itu, guru hendaklah
sentiasa memberi perhatian kepada pencahayaan di dalam bilik darjah dan susunan perabot
bilik darjah supaya tidak menghalang pencahayaan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh American Federation of Teachers (1997)
terhadap kesan pencahayaan ke atas prestasi pembelajaran murid-murid mendapati muridmurid yang terdedah kepada pencahayaan semula jadi di dalam bilik darjah mempunyai
tahap perkembangan sebanyak 20% lebih cepat dalam mata pelajaran Matematik serta 26%
lebih cepat dalam pembacaan berbanding kelompok murid yang kurang terdedah kepada
pencahayaan semula jadi. Kajian yang dijalankan di Washington dan Colorado turut
membuktikan pencahayaan yang baik dapat mempengaruhi proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam sesebuah bilik darjah.
Tambahan pula, isu kepentingan pengaliran pengudaraan di dalam bilik darjah juga
merupakan salah satu aspek dalam rutin menyemak keadaan fizikal bilik darjah.
Pengudaraan yang cukup amatlah penting untuk keselesaan murid dan guru semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tingkap dan kipas yang mencukupi boleh
memberi pengudaraan yang mencukupi bagi sesebuah bilik darjah. Guru haruslah
3

memastikan alat elektrik seperti kipas ini berfungsi dan melaporkan kepada pihak
bertanggungjawab jika terdapat kerosakkan. Susun atur perabot di dalam bilik darjah juga
hendaklah disusun dengan baik supaya tidak menghalang tingkap untuk mengelakkan
berlakunya halangan pengudaraan.
Selain itu, guru juga hendaklah sentiasa membuka pintu dan tingkap untuk
pengudaraan. Ini membolehkan murid-murid dapat oksigen yang mencukupi. Oksigen yang
mencukupi menyegarkan minda murid-murid apabila proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku. Kekurangan oksigen boleh menyebabkan murid-murid sentiasa menjadi letih dan
mengantuk. Keadaan sebegini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak
boleh berjalan dengan lancar dan murid-murid tidak dapat menumpukan perhatian yang
sepenuhnya di dalam bilik darjah.
Seterusnya, perabot yang berlebihan juga akan mengakibatkan kekurangan
pengudaraan di dalam bilik darjah. Kepadatan perabot akan mengurangkan proses
pengaliran pengudaraan. Perabot-perabot yang berlebihan sehingga mengambil ruang
daripada keseluruhan ruang sesebuah bilik darjah menyebabkan bilik darjah menjadi panas.
Keadaan ini akan menyebabkan kekurangan fokus murid-murid dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Oleh itu, faktor pengudaraan sangat membantu dalam melicinkan proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
Selain daripada aspek pengudaraan dan pencahayaan, aspek keselamatan dalam
bilik darjah juga merupakan salah satu aspek dalam rutin menyemak keadaan fizikal bilik
darjah. Guru hendaklah sentiasa memastikan setiap bilik darjah di sekolah sentiasa selamat
dan sesuai bagi merangsang proses pengajaran dan pembelajaran agar melahirkan murid
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Seseorang guru haruslah sentiasa mengawasi murid-murid bagi mengelakkan
sebarang

gangguan

yang

dapat

menjejaskan

kellicinan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran seperti kemalangan dan kecederaan di dalam bilik darjah. Contohnya, guru
sentiasa memantau dan mengawasi murid-murid ketika mereka bermain di padang semasa
waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Murid-murid yang terlalu hiperakrif seharusnya
diberikan perhatian yang lebih bagi mengelakkan sebarang jenis gangguan.
Selain itu, aspek keselamatan di dalam bilik darjah juga merupakan salah satu
komponen dalam rutin menyemak keadaan fizikal bilik darjah. Dalam aspek keselamatan di
dalam bilik darjah, seseorang guru digalakkan bagi mewujudkan kawasan larangan di dalam
bilik darjah. Murid-murid tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan larangan tersebut tanpa
keizinan guru. Contohnya tempat menyimpan alat pemadam api. Peti pertolongan cemas ini
diletakkan di hadapan kelas. Seterusnya dalam aspek keselamatan bilik darjah penggunaan
4

peti pertolongan cemas juga perlu diberi perhatian yang serius oleh guru. Setiap kelas perlu
mempunyai peti pertolongan cemas kerana kita tidak dapat menjangka bila berlakunya
kemalangan. Dengan adanya peti ini, rawatan bantu mula dapat diberikan dengan segera
apabila berlakunya kemalangan.
Lantai kelas haruslah sentiasa bersih dan kering. Guru perlu sentiasa meneliti
keadaan lantai prasekolah. Lantai harus kering dan bersih. Ini kerana,para pelajar sekolah
rendah gemar berlari dalam kelas mereka.Lantai yang licin boleh mengundang bahaya
kepada mereka. Keselamatan di dalam bilik darjah amat penting kerana para pelajar dapat
menjalankan aktiviti dengan bebas dan rasa selesa. Keadaan ini juga akan membantu
pelajar menyuburkan nilai mengutamakan keselamatan. Keselamatan di dalam bilik darjah
dapat mengelakkan daripada kemalangan yang tidak diduga.
Dalam rutin penyemakkan keadaan fizikal bilik darjah aspek kebersihan bilik darjah
juga harus dipertimbangkan oleh seseorang guru. Hal ini kerana, menurut Kamus Dewan
edisi keempat kebersihan merujuk kepada keadaan bebas dari kotoran, debu, sampah dan
bau.
Kebersihan bilik darjah mewujudkan suasana yang ceria semasa proses pengajaran
dan pembelajaran. Suasana yang ceria semasa proses pengajaran dan pembelajaran
memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran kepada murid-murid iaitu
objektif pelajarannya dicapai. Menurut Rogers, murid-murid lebih mudah menerima
pembelajaran apabila ancaman luaran berada pada tahap minimum (Noriati Arashid & Boon
Pong Ying, 2009). Di sini bermakna guru bukan sahaja menyediakan keadaan bilik darjah
yang tenang dan selesa, tetapi juga menyediakan keadaan bilik darjah yang ceria. Keadaan
ceria bilik darjah dapat diwujudkan melalui pemeliharaan kebersihan sesuatu bilik darjah.
Contohnya dalam bengkel Kemahiran Hidup suasana ceria dapat diwujudkan melalui
penjagaan keadaan fizikal bengkel tersebut seperti lantai, tingkap, kipas serta penyusunan
peralataan yang teratur. Umumnya penglibatan murid secara aktif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran bergantung kepada faktor tahap keceriaan sesuatu bilik darjah. Faktor
keceriaan bilik darjah tidak dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran kecuali guru memainkan perananya dalam menjaga kebersihan fizikal bilik
darjah sebagai salah satu komponen dalam rutin penyemakkan keadaan fizikal bilik darjah.
Kebersihan bilik darjah juga dapat menghilangkan kebosanan dan perasaan jemu
dalam kalangan murid. Kebosanan dan perasaan jemu ini membuatkan murid-murid berasa
tidak bahagia berada di bilik darjah. Jadi murid mula melibatkan diri dalam masalah disiplin
terutamanya dalam masalah ponteng kelas dan sekolah. Menurut (Berita Harian, 20
September 2013) kebosanan dikenal pasti antara sebab utama sebahagian besar murid
5

ponteng sekolah. Seseorang murid yang tidak suka akan keadaan bilik darjah mula berasa
bosan dan inginkan kebahagian di luar bilik darjah. Umumnya, masalah disiplin dalam
kalangan murid disebabkan oleh kebosanan mereka. Kebosanan dalam kalangan murid
tidak dapat dielakkan kecuali guru mengutamakan kebersihan dalam bilik darjah.
Kebersihan bilik darjah juga boleh memupuk keyakinan diri dalam murid sekolah.
Hal ini kerana sesebuah bilik darjah yang bersih dan cantik pasti akan mendapat pujian
daripada pihak sekolah. Hal ini secara tidak langsung memotivasikan murid-murid serta
meningkatkan keyakinan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut
Skinner, ganjaran yang berbentuk pujian daripada seorang guru atau pihak sekolah
memberi kepuasan kendiri kepada murid-murid kerana dapat melakukan sesuatu perkara itu
dengan baik dan sempurna. Seseorang murid sentiasa dipuji dan diberi pujian atas hasil
kerjanya, perasaan minat dan semangat meneruskan usaha dapat dipupuk. Kebanyakan
murid yang suka menghabiskan atau menghasilkan sesuatu tugasan diberi oleh guru
mereka dengan baik dan cepat jika mereka diberi ganjaran. Keyakinan diri murid-murid
dapat dipupuk kecuali guru tidak mementingkan aspek kebersihan dalam bilik darjah.
Kebersihan membolehkan murid-murid memberikan tumpuan yang sepenuhnya
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana keadaan bilik darjah yang bersih
mewujudkan suasana yang tenang dan selesa serta menstabilkan emosi murid-murid.
Dalam keadaan ini murid-murid dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Najeemah Md.Yusof (2006), tumpuan muridmurid dipengaruhi oleh persekitaran yang positif atau disebut persekitaran pembelajaran
kondusif iaitu merupakan satu komponen yang amat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Keadaan bilik darjah yang kotor dan tidak dibersihkan setiap hari akan
menghasilkan bau yang tidak menyenangkan serta mengakibatkan murid-murid tidak dapat
memberi komitmen yang sepenuhnya dalam pembelajaran mereka. Secara umumnya,
murid-murid memberikan tumpuan yang sepenuhnya jika persekitaran bilik darjah mereka
memberi ketenangan kepada mereka. Begitu juga sebaliknya, jika persekitaran kotor maka
murid-murid tidak dapat memberikan tumpuan lalu proses pengajaran dan pembelajaran
tidak dapat dilaksanakan dengan lancar serta objektif juga tdak dapat dicapai.
Tambahan pula, sudut pembelajaran juga merupakan salah satu aspek dalam rutin
penyemakkan keadaan fizikal bilik darjah. Sudut bacaan meningkatkan kemahiran
membaca dalam kalangan murid. Hal ini kerana sudut bacaan yang memuatkan pelbagai
bahan seperti buku, kamus, peta, surat khabar dan majalah akan membuka peluang kepada
murid-murid untuk meningkatkan kemahiran membaca dan memperluas kosa kata mereka.
Menurut tokoh bahasa Marohaini Yusoff (1989), tabiat membaca memperbaiki kosa kata

penggunaan murid-murid. Seseorang murid yang mempunyai kesukaran dalam membaca


boleh menghadapi masalah tersebut dengan membaca pelbagai bahan bacaan di sudut
bacaan. Secara umumnya, kemahiran membaca dapat dipertingkat melalui pembacaan
yang luas. Kemahiran membaca dalam kalangan murid akan meningkat kecuali guru tidak
menekankan budaya membaca di bilik darjah.
Sudut bacaan dapat membantu perkembangan intelek murid. Hal ini kerana
seseorang murid yang mempunyai tabiat membaca yang luas sudah pasti memiliki ilmu
pengetahuan yang luas. Perkara ini meningkatkan tahap pemikiran dan intelek murid.
Menurut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah menukil
dalam salah satu ucapan beliau sekitar pertengahan tahun 2005 yang lalu. Ungkapan
keramat itu sesungguhnya membawa maksud bahawa harga seseorang dalam pasaran
pekerjaan akan bertambah sekiranya individu itu berusaha mendapatkan keterampilan yang
lain untuk dirinya. Selain melalui proses pembelajaran secara formal, nilai diri akan dapat
ditambah dengan banyaknya menerusi amalan membaca. Seseorang murid yang
mempunyai tahap pemikiran yang tinggi mampu berfikir dengan rasional. Secara umumnya,
tahap intelek seseorang dapat ditingkatkan melalui pembacaan yang luas. Perkembangan
intelek murid-murid dapat dipertingkat kecuali guru tidak berusaha untuk memperluas ilmu
pengetahuan murid-murid.
Sudut multimedia yang dikategorikan sebagai sudut pembelajaran membolehkan
para pelajar mengakses sendiri tanpa bergantung kepada pembelajaran guru sahaja.
Penggunaan komputer dapat memudahkan guru dalam pencarian maklumat serta muridmurid akan menjadi kreatif untuk membincangkan sesuatu isu akan yang dibincangkan
dalam kelas. Menurut Jamaluddin Badusah&Hashimah Haji Hashim penggunaan komputer
menarik minat pelajar belajar dan mengumpul maklumat. Seseorang murid yang
mengamalkan pembelajaran akses kendiri mempunyai pengetahuan yang lebih luas
berbanding dengan murid yang bergantung kepada penyampaian pembelajaran daripada
guru. Secara umumnya, murid-murid dapat memperluas ilmu pengetahuan melalui
pengamalan

pembelajaran

akses

kendiri.

Murid-murid

dapat

meningkatkan

ilmu

pengetahuan kecuali para guru tidak mengutamakan aksesan kendiri.


Oleh itu, rutin menyemak keadaan fizikal bilik darjah dapat mewujudkan iklim
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kecuali guru tidak mengambilkira aspek-aspek
di dalam rutin menyemak keadaan fizikal bilik darjah seperti Penyusunan meja dan kerusi,
penyusunan murid, pencahayaan, pengudaraan, keselamatan, kebersihan bilik darjah,
penyusunan sudut pembelajaran dan sudut multimedia.

You might also like