Penyata Razak 1

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Sejauhmana Penyata Razak 1956 telah berjaya mewujudkan perpaduan kaum di

Malaya. Bincangkan.

Pengenalan:
Dasar Pelajaran Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 adalah
berasaskan kepada Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) yang mana
kedua-dua laporan ini menekankan aspek perpaduan negara dan penghasilan tenaga
rakyat seperti yang dinyatakan dalam:-

Tujuan dasar pelajaran didalam negeri ini adalah bermaksud hendak menyatukan
murid-murid dari semua bangsa didalam negara ini dengan menggunakan satu
peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa penghantar yang besar, walaupun perkara ini tidak dapat
dilaksanakan serta-merta melainkan hendaklah dibuat secara beransur-ansur.
(Penyata Razak, Perenggan 12)

Satu daripada kemahuan dasar pelajaran Persekutuan Tanah Melayu ini ialah
mengubah corak Tanah Melayu. Kami berpendapat bahawa caranya supaya sempurna
perkara ini ialah dengan jalan menyamakan sukatan pelajaran semua sekolah.
(Penyata Razak, Perenggan 115)

Memeriksa akan dasar pelajaran Negeri Persekutuan Tanah Melayu yang ada
sekarang dan mengesyorkan

sebarang perubahan kepadanya atau menyesuaikan

dengannya yang mana wajib, dengan tujuan hendak menubuhkan satu peraturan
pelajaran kebangsaan yang munasabah yang dapat diterima oleh rakyat didalam
Persekutuan Tanah Melayu ini amnya dan dapat memenuhi kemahuan mereka serta
menggalakkan kemajuan mereka sebagai suatu bangsa didalam bidang kebudayaan
masyarakat, ekonomi dan politik, dengan tujuan hendak menjadikan bahasa Melayu itu
bahasa kebangsaan negeri ini dan dalam pada itu memelihara bahasa dan kebudayaan
lain-lain bangsa yang ada didalam negeri ini.
(Penyata Razak, Perenggan 1(a))

Penyata Razak dengan jelasnya mengutamakan perpaduan Negara sebagai satu


matlamat yang perlu dicapai. Ini bermakna bahawa unsur-unsur dan nilai-nilai perpaduan
dijadikan teras pendidikan kebangsaan untuk menjamin kesejahteraan dan kepentingan
masyarakat di Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum. Oleh kerana masyarakat
Malaysia berupa masyarakat majmuk, maka konsep perpaduan dalam konteks negara ini
perlu difahami sebagai satu proses yang mengutamakan perpaduan rakyat berbilang kaum
selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Perpaduan yang diwujudkan mesti berupaya
menangkis gejala-gejala yang boleh memecah belahkan rakyat seperti gejala perkauman,
keturunan, ugama, bahasa, perasaan kedaerahan dan lain-lain lagi.
Untuk mencapai matlamat perpaduan negara ini melalui sistem pendidikan,
Penyata Razak telah menggariskan dua aspek utama, iaitu sistem persekolahan yang sama
bagi semua dan kurikulum sekolah yang sama kandungannya dan bercorak kebangsaan.
Oleh itu, bagi tujuan untuk menjamin pencapaian matlamat perpaduan melalui bidang

pendidikan, maka kedua-dua aspek tadi perlulah diteliti secara lebih terperinci dengan
memberi tumpuan kepada aspek berikut:

Sistem Persekolahan
1. Struktur masa persekolahan dan penjurusan
2. Rancangan alih bahasa
3. Peperiksaan yang sama
4. Pengurusan dan pentadbiran secara berpusat
5. Pengelolaan sekolah-sekolah swasta
6. Peluasan dan penyamarataan peluang dan kemudahan pelajaran

Kurikulum
1. Sukatan pelajaran dan peperiksaan yang sama
2. Bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan
3. Buku-buku teks
4. Pendidikan Sivik
5. Pendidikan ugama, moral dan etika
6. Pembentukan displin
7. Kegiatan ko-kurikulum.

Kesan dari Penyata Razak ini, banyak perubahan-perubahan telah dibuat oleh
menteri-menteri pelajaran Malaysia demi untuk mencapai perpaduan kaum. Peristiwa 13
Mei 1969 adalah merupakan kemuncak manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia
yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda yang menyedarkan
banyak pihak tentang betapa pentingnya perpaduan kaum di Malaysia.

Struktur masa persekolahan dan penjurusan.


Menyeragamkan waktu persekolahan diseluruh Malaysia. Walau bagaimanapun
pihak pengurusan sekolah masih boleh menambah waktu persekolahan mengikut
keperluan dengan persetujuan pihak berkuasa. Penjurusan murid mengikut tahap
pencapaian dilakukan agar pengajaran dan pembelajaran dapat dirancang oleh guru
mengikut tahap murid-murid tersebut.

Peperiksaan yang sama.


Semua murid diwajibkan mengambil peperiksaan yang sama dengan Lembaga
Peperiksaan Malaysia dipertanggungjawabkan untuk menjalankannya. Mengikut Akta
Pelajaran 1961, Lembaga Peperiksaan adalah bertanggungjawab untuk mengendalikan
peperiksaan-peperiksaan awam di Malaysia sama ada dikelolakan sendiri atau dengan
kerjasama badan-badan peperiksaan luar negara.

Pengurusan dan pentadbiran secara berpusat.


Sistem pentadbiran pendidikan negara ialah sistem pusat. Struktur pentadbirannya
terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat pusat, peringkat negeri dan peringkat
sekolah. Sekolah-sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), Sekolah Jenis
Kebangsaan

(Tamil)

diletakkan

dibawah

pentadbiran

satu

bumbung.

Walau

bagaimanapun masih ada sekolah yang mempunyai Lembaga Pengurus Sekolah yang
mengurus sekolah tetapi tertakluk kepada pengurusan pusat.

Pengelolaan sekolah-sekolah swasta.


Mengikut peruntukkan Seksyen 44 dalam Akta Pelajaran 1961, semua sekolah
swasta mesti berdaftar dengan Kementerian Pelajaran dengan syarat-syarat tertentu.
Murid-murid disekolah swasta ini mengambil peperiksaan yang sama dengan muridmurid disekolah bantuan penuh kerajaan disamping peperiksaan-peperiksaan yang
dianjurkan oleh sekolah itu sendiri.
Murid-murid disekolah swasta disyaratkan supaya mengikuti kurikulum dan
peperiksaan yang sama seperti mana yang diduduki oleh murid-murid disekolah bantuan
penuh kerajaan seperti Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran Malaysia. Disamping
itu sekolah-sekolah swasta juga boleh menyediakan murid-murid untuk menduduki
peperiksaan-peperiksaan seperti berikut:

Sijil Perdagangan Malaysia

City and Guilds of London Institute

London Chamber of Commerce and Industry

Council of Legal Education of London

Sukatan pelajaran dan peperiksaan yang sama.


Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang dapat membendung segala ilmu
pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan
kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahliahlinya. Dalam konteks Malaysia, kurikulum itu juga berperanan untuk melahirkan
rakyat yang mendukung cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang
berpandukan Rukunegara disamping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk

keperluan negara. Murid-murid sekolah dari semua kaum dan lapisan masyarakat
mengikuti kurikulum yang seragam, melalui sukatan pelajaran yang sama kandungannya,
kegiatan luar bilik darjah yang sama, mengambil peperiksaan yang sama dalam bahasa
penghantar yang sama iaitu Bahasa Malaysia.
Bahasa Malaysia dijadikan satu matapelajaran wajib disemua peringkat dan jenis
sekolah dan kelulusan dalam matapelajaran ini adalah syarat utama untuk mendapatkan
kelulusan dalam peperiksaan awam seperti PMR dan SPM sehingga sekarang. Dengan itu
Bahasa Malaysia memainkan peranan sebagai alat untuk menyatupadukan rakyat dalam
proses untuk mencapai perpaduan negara yang dicita-citakan.

Buku-buku teks.
Buku-buku teks yang digunakan disekolah diselaraskan dengan terbentuknya Unit
Biro Buku Teks di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran pada 15 Mei 1967.
Unit ini berfungsi untuk menilai buku-buku teks bagi semua matapelajaran yang diajar
disekolah rendah, dikelas peralihan hingga ketingkatan lima disekolah menengah. Selain
memastikan ia mematuhi sukatan pelajaran, buku-buku teks itu juga hendaklah mematuhi
kehendak dan kepentingan Rukunegara, ditulis dalam bahasa yang baik dan
dipersembahkan mengikut prinsip pembelajaran yang berkesan. Sekolah Kebangsaan dan
Sekolah Rendah Kebangsaan dikehendaki menggunakan hanya buku Kementerian
Pelajaran yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, manakala Sekolah Rendah
Jenis Kebangsaan (Tamil), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina), Sekolah Menengah
Kebangsaan (Ugama) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dibenarkan memilih satu
judul daripada beberapa judul yang telah diperakukan.

Untuk menjamin kualiti penilaian buku-buku teks, adalah diperakukan bahawa


langkah-langkah diambil supaya Biro Buku Teks ini bebas sama sekali dari sebarang
tekanan atau kuasa dalam urusan nya menilai buku-buku teks yang bakal digunakan
disekolah-sekolah. Penghasilan buku-buku teks oleh penulis-penulis yang terlibat dalam
pengurusan biro ini adalah dilarang sama sekali.

Pendidikan ugama, sivik, moral dan etika.


Pendidikan Ugama Islam adalah diwajibkan kepada semua murid Islam yang
berugama Islam. Akta Pelajaran 1961, Seksyen 36 (1), menentukan bahawa pendidikan
Ugama Islam hendaklah diberikan kepada murid-murid Islam sekiranya terdapat 15 orang
atau lebih disesebuah sekolah. Sementara Pendidikan Ugama Islam diwajibkan kepada
semua murid Islam, pendidikan ugama lain tidak boleh dipaksakan kepada murid-murid
lain yang bukan penganutnya kecuali dengan persetujuan bertulis daripada ibubapa
mereka.
Pendidikan Ugama Islam bertujuan mewujudkan masyarakat berdisiplin dengan
nilai akhlak yang tinggi. Unsur disiplin dan nilai akhlak ini merupakan asas yang kukuh
bagi membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu, kerana Pendidikan Ugama Islam
menanamkan nilai-nilai dan sikap hidup yang baik serta membentuk kelakuan yang
bersopan santun dan hormat menghormati diantara satu sama lain.
Objektif utama matapelajaran Sivik adalah untuk menyemai,menanam dan
memupuk semangat cintakan negara, sifat bertimbang rasa dan toleransi, sikap
berdikari,jayadiri dan semangat mahu dan sanggup memahami masalah-masalah
masyarakat serta bersedia untuk bertindak dan melibatkan diri bagi menyelesaikan

masalah-masalah itu. Sukatan pelajaran Sivik disemua sekolah adalah diasaskan kepada
Rukunegara dan Perlembagaan Malaysia.

Pembentukan disiplin.
Salah satu daripada matlamat pendidikan adalah melahirkan individi-individu
yang berdisiplin. Mereka yang berdisiplin sedar akan tanggungjawab terhadap diri
sendiri, keluarga, masyarakat, institusi pendidikan dan social serta negara. Disiplin diri
adalah penting dalam usaha kita mewujudkan satu masyarakat yang bertata susila,
bersatupadu, demokratik, adil, liberal dan progresif.
Disiplin seseorang murid bukan ditentukan oleh sekolah sahaja. Persekitaran dan
masyarakat juga mempunyai pengaruh terhadap pembentukan disiplin seseorang murid.
Masyarakat dan persekitaran murid diluar sekolah amat kuat pengaruhnya dalam
pembentukan disiplin murid.

Disiplin dan Masyarakat

Untuk mewujudkan dan mengembangkan disiplin yang diingini dikalangan murid-murid,


penglibatan ibubapa secara aktif adalah diperlukan. Hubungan yang rapat diantara
sekolah dengan rumah dan masyarakat membolehkan wujudnya hubungan timbal balik
diantara guru dan ibubapa. Justeru itu kedua-dua pihak dapat berusaha untuk mengatasi
masalah murid-murid secara bersama dan berkesan. Usaha ini dapat dilaksanakan dengan
lebih berkesan melalui Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG).

Disiplin dan Perpaduan Negara.

Disiplin dan perpaduan negara merupakan factor-faktor penting dalam pembentukan


masyarakat Malaysia yang dicita-citakan. Ini boleh dicapai dalam aktiviti perhimpunan

mingguan yang diadakan disekolah dimana nyanyian lagu kebangsaan dan aktiviti
menaikkan bendera adalah asas penting dalam pembentukan disiplin dan perpaduan
negara serta menyemaikan perasaan cintakan negara.

Disiplin di Sekolah

Diperingkat sekolah, pelaksanaan dan penyerapan disiplin itu dilakukan dengan dua
cara:1. Dengan cara langsung apabila disiplin dikenakan dari luar
2. Dengan cara tidak langsung apabila disiplin disemai dan dihayati.
Semenjak 1956 pihak Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan berbagai-bagai surat
pekeliling mengenai peraturan-peraturan yang perlu dilaksanakan disekolah, namun
konsep disiplin mengalami perubahan dari masa kesemasa. Pemansuhan hukuman dera
adalah bukti perubahan ini. Perubahan ini mempunyai implikasi yang tersendiri apabila
sikap sebilangan guru menganggap bahawa disiplin adalah tanggungjawab sebilangan
guru sahaja. Ini adalah merbahaya dan merugikan kerana peraturan sekolah tidak dapat
dilaksanakan dengan sebaiknya jika seorang atau beberapa orang guru sahaja yang
memikul tanggungjawab tersebut. Disamping itu ada juga guru yang kurang memberi
sumbangan dalam pembentukan persekitaran pendidikan yang baik disekolah.

Kegiatan ko-kurikulum.
Kegiatan ko-kurikulum adalah penting disemua peringkat persekolahan. Kegiatan
ko-kurikulum dibahagikan kepada tiga kategori iaitu, unit beruniform, kelab atau
persatuan dan sukan. Semua murid diwajibkan untuk mengambil bahagian dalam
sekurang-kurangnya satu kelab atau persatuan dan mana-mana satu aktiviti sukan.

Kegiatan ko-kurikulum yang dijalankan diluar bilik darjah adalah penting untuk
menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan, bekerjasama dan bertolak ansur
diantara murid-murid berbagai keturunan yang mempunyai latar belakang social dan
ekonomi yang berbeza. Ia juga bertujuan melatih murid berdisiplin, berdikari dan
berkemahiran dalam sesuatu bidang yang mereka ceburi.

Kegiatan

Unit beruniform
unit

beruniform

disekolah

adalah

penting

untuk

menyemai

sikap

bertanggungjawab, berdisiplin, berdikari dan kecekalan dikalangan murid. Untuk


meningkatkan minat dan penyertaan murid dalam unit beruniform ini, guru-guru juga
dilatih dalam bidang ini.

Kelab dan Persatuan

Matlamat penubuhan sesebuah persatuan atau kelab adalah untuk menggalakkan muridmurid berkenalan sesama sendiri, memberi perkhidmatan kepada masyarakat dan juga
membolehkan murid mencapai kemahiran dalam sesuatu bidang atau hobi.

Sukan dan Permainan

Sukan adalah merupakan satu saluran yang berkesan untuk menanam semangat
kesukanan, memupuk persefahaman serta perpaduan dikalangan murid

Kesimpulan.
Malaysia perlu mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu berteraskan
kepada Rukunegara. Dalam masyarakat yang bersatu padu, setiap individu wajib
mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia yang
sanggup mengenepikan unsur-unsur perkauman yang boleh memecah belahkan
masyarakat. Usaha berterusan dan sikap rakyat Malaysia sendiri adalah penting untuk
mengekalkan perpaduan kaum yang telah wujud sejak sekian lama untuk kesejahteraan
generasi yang akan datang.

Bibliogarfi:
Laporan Jawatankuasa Kabinet, Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran
Kementerian Pelajaran Malaysia
Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka (1979)
Pendidikan Hari Ini Untuk Hari Esok
Haji Hamdan Sheikh Tahir
Dewan Bahasa Dan Pustaka (1979)

You might also like