Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

2.1.

1 HABA LEMBAP
Definisi:

Cara memasak dengan memindahkan haba kepada bahan masakan melalui

cecair (bukan minyak).


Kaedah ini ada yang memerlukan suhu yang rendah dan ada juga yang
memerlukan suhu yang tinggi).

1. MENGUKUS

Mengukus ialah cara memasak makanan dengan menggunakan wap daripada air
mendidih dengan tujuan melembutkan makanan dengan tidak mengubah bentuk dan
warna asalnya.Contoh bahan makanan yang sesuai untuk dikukus ialah ikan, kek,
pudding, kuih tempatan dan lain-lain lagi.
Kebaikan
- Mudah dicernakan dan sesuai untuk
pesakit, kanank-kanak dan orang
tua.

- Lambat masak
- Tidak sesuai untuk sayuran berdaun
hijau kerana warna hijau akan

- Baik untuk mereka yang


mengamalkan diet.
- Mudah dimakan kerana tekstur yang
lembut.
- Kurang kehilangan nutrient
berbanding kaedah merebus.
- Mengukus dengan periuk tekanan
jauh lebih cepat dan sesuai untuk
memasak makanan yang banyak
dan

Kelemahan

boleh dimasak serentak.

bertukar menjadi warna yang


kuarang

menarik.

- Memerlukan perhatian semasa


memasak supaya air kukusan
sentiasa cukup dan mendidih.
- Makanan kelihatan pucat dan
kurang
menyelerakan.

2. MENCELUR
Memasak makanan dengan memasukkan makanan itu ke dalam air yang mendidih
(100C) seketika dengan tujuan melembutkan makanan itu. Bahan makanan yang
sesuai untuk dicelur ialah sayur-sayuran mi dan lain-lain lagi.

Prinsip Mencelur:
Pastikan air mendidih sebelum makanan dimasukkan
Elakkan daripada mencelur terlalu lama kerana ini akan memusnahkan
vitamin C dan garam mineral yang terdapat dalam makanan.
Rendam sebentar sayur yang telah dicelur di dalam air ais dengan tujuan
untuk:
- Memberhentikan proses memasak
- Mengekalkan warna dan rangup.
Kebaikan

- Cepat dan mudah disediakan.


- Melembutkan kulit badam dan tomato
supaya mudah dibuang kulitnya.
- Melembutkan selulosa sayur-sayuran.
- Mengurangkan rasa pahit seperti
mencelur sayur peria.

Kelemahan

- Memerlukan lebih perhatian


- Nutrien larut dalam air
- Nutrien terbuang bersama-sama air
kecuali air itu digunakan.

5. MEREBUS
Merebus ialah cara memasak makanan dalam air atau cecair yang mendidih (100C)
dan dibiarkan masak secara mereneh sehingga lembut . Bahan yang sesuai untuk
direbus ialah tulang, daging yang liat, ayam, telur, dan pelbagai jenis umbisi seperti
keladi, ubi kayu dan lain-lain lagi.

Prinsip Merebus :
Makanan dimasukkan dalam cecair sejuk atau mendidih dan dimasak hingga
empuk
Periuk hendaklah bertudung rapat untuk mengurangkan penyejatan semasa
memasak
Jangan merebus makanan protein terlalu lama kerana haba yang tinggi akan
menyebabkan protin menjadi liat.

Kebaikan

Kelemahan

- Kaedah memasak yang tidak banyak


memerlukan perhatian.
- Melembutkan gentian daging,
selulosa
sayuran dan buah-buahan

- Mengambil masa yang lama.


- Nutrien makanan larut dalam air dan
hilang jika cecair tidak digunakan.
- Makanan akan hilang rasanya
dan
hancur jika direbus terlalu lama.

4. MERENDIDIH
Kaedah memasak menggunakan periuk yang mengandungi air di atas api perlahan
82C atau kurang dalam jangka masa yang lama dengan tujuan lembutkan makanan.
Cecair dihidangkan bersama-sama dengan makanan yang direndidih. Contohnya
bahan makanan yang sesuai direndidih ialah seperti ayam, daging, ikan, buahbuahan dan sayuran.
Kebaikan
Tidak
banyak
memerlukan
perhatian,
hanya sekali sekala
perlu dikacau untuk
mengelakkan
makanan
melekat pada dasar
periuk.
- Makanan lembut mudah dicernakan.
- Menjimatkan kos kerana sesuai
untuk potong
daging
liat.
- Rasa dan nutrien makanan dapat
dikekalkan kerana kuah.

Kelemahan
- Masa memasak yang panjang.
- Kos bahan api yang tinggi.

5. MERENEH
Mereneh ialah kaedah memasak dengan air mendidih secara perlahan di dalam
periuk bertutup dan makanan dimasak dalam tempoh yang lama. Kaedah ini
memerlukan haba yang rendah.
Kebaikan

Kelemahan

- Makanan mudah dimakan kerana


lembut
- Menjimatkan kos kerana
menggunakan potongan daging liat
yang lebih murah.
- Sesuai untuk sayuran berubi

- Mengambil masa yang lama.


- Tidak sesuai untuk sayuran berdaun
hijau kerana warna bertukar menjadi
kurang menarik

You might also like