Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Pengenalan

Saya telah berkhidmat selama 18 tahun dalam bidang pendidikan dan pernah bertugas
di 3 buah sekolah yang mempunyai persekitaran yang berbeza. Sekarang saya
mengajar di sekolah gred B yang terletak di kawasan luar bandar. Sekolah saya
mempunyai kemudahan-kemudahan yang cukup bagi proses pembelajaran di dalam
bilik darjah. Seramai 33 orang guru telah berkhidmat di sekolah ini dan jumlah
keseluruhan murid di sekolah saya ialah 331 orang termasuk murid prasekolah.
Di sekolah, saya mengajar mata muridan Bahasa Malaysia di kelas 2 cerdik.
Terdapat 30 orang murid daripada pelbagai aras kebolehan dan pelbagai kaum. Hasil
ujian dianogsis didapati sebahagian besar murid belum dapat menguasai kemahiran
asas membaca dan menulis. Bagi membantu murid-murid saya menguasai kemahiran
membaca dan menulis, saya memilih Model ASSURE kerana model tersebut sesuai
untuk digunakan dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran. Model
ASSURE merupakan sebuah model perancangan mengajar berasaskan bilik darjah
(Yusuf Hashim, 1997).
Bagi melahirkan suasana pembelajaran yang berkesan, guru digalakkan
merancang rancangan mengajar secara sistematik supaya teknologi dan media (alat
dan bahan bantu mengajar) yang digunakan benar-benar memberi kesan kepada
proses pengajaran dan pembelajaran. Sistematik bermaksud tiap-tiap langkah dalam
model ini akan menerima imput daripada langkah-langkah sebelumnya dan akan
memberi output kepada langkah seterisnya. Model ASSURE boleh dijadikan panduan
untuk merancang penggunaan media dan teknologi dalam rancangan mengajar instruksi
(Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1982, 1996).

Model ASSURE
Rancangan mengajar atau persediaan mengajar boleh didefinisikan sebagai suatu
rancangan muridan yang mengandungi unsur-unsur seperti pengetahuan sedia ada
murid, objektif muridan, media pengajaran, kaedah dan teknik pengajaran, set induksi,
perkembangan, penilaian dan penutup untuk satu atau dua waktu pengajaran.

Faktor penting yang perlu dipertimbangkan oleh guru semasa menyediakan rancangan
mengajar adalah tujuan utama atau matlamat yang mahu dicapai dari pengajaran yang
hendak disampaikan serta impaknya terhadap penerimaan isi pelajaran dan
pemahaman murid. Kemahiran dalam reka bentuk instruksional sangat perlu bagi guru
dan pembina bahan instruksional. Ia dapat membantu guru merancang pembinaan dan
penggunaan media dan kaedah yang sesuai. Model Reka Bentuk instruksional
ASSURE,

(Heinich,

mengendalikan

1982)

pengajaran

bertujuan
yang

menyediakan

memerlukan

panduan

penggunaan

merancang
media. Justeru

dan
itu

penyesuaian ini dapat dilakukan berasaskan Model Reka Bentuk tersebut bagi memilih
dan menggunakan media pengajaran secara umum.
Terdapat enam langkah penting dalam Model ASSURE yang boleh digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi saya perancangan pengajaran yang
rapi dan tersusun akan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di
mana pengajaran dan pembelajaran berlaku sebagai proses perkembangan secara
berperingkat.
Berdasarkan model ASSURE, enam langkah utama adalah seperti berikut :A Analyze learner (menganalisis murid)
S - State objective (menyatakan objektif pengajaran)
S - Select method (memilih kaedah,media dan bahan sumber pengajaran )
U Utilize media and materials (menggunakan media dan bahan )
R Require learner perticipation (memerlukan penglibatan murid yang aktif )
E Evaluate and revise (menilai hasil pembelajaran dan buat penambahbaikan )

Langkah-langkah pengajaran menggunakan Model ASSURE


1.

Analyze learner (menganalisis murid)


Sebelum saya memulakan pengajaran, langkah pertama yang perlu saya lakukan
adalah menganalisis setiap murid dalam kelas saya. Ini penting kerana melalui
penganalisaan ini, saya dapat mengenali dan memahami ciri-ciri murid, tahap
pengetahuan, pengalaman sedia ada dan gaya pembelajaran murid kerana setiap murid
mempunyai tahap yang berbeza antara satu sama lain.

Selain daripada itu, saya juga mendapatkan maklumat murid melalui pemerhatian
semasa proses pengajaran dan pembelajaran, temubual dengan ibu bapa/penjaga, guru
kelas dan mata muridan serta rakan sebaya. Berdasarkan kepada penganalisisan dan
pemerhatian saya, didapati murid-murid kelas 2 cerdik mempunyai ciri-ciri seperti
berikut:
1.

Emosi dan tingkahlaku


Didapati murid kelas 2 Cerdik mempunyai ciri-ciri seperti perasaan terlalu merendah diri,
risau, takut, sedih, cepat bosan terhadap muridan, malas dan pasif;

2.

Sosial
Murid-murid kelas 2 Cerdik didapati, gelisah, pendiam, suka menangis dan selalu
ponteng sekolah dan kurang berkeyakinan. Hasil pemerhatin juga didapati murid kelas
ini kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa/penjaga di rumah dalam bidang
pendidikan.

3.

Kesihatan
Hasil pemerhatian, didapati murid-murid lemah pergerakan psikokomotor, badan yang
kurang sihat, masalah penglihatan, kurang mementingkan kebersihan diri.

4.

Kesedaran belajar
Murid-murid kurang bersedia untuk belajar, kurang perbendaharaan kata dan kurang
pemahaman.

5.

Pengamatan
Murid-murid tidak mangenal bentuk, saiz, warna, turutan, keliru dengan arah, tidak boleh
mengingat kembali, lemah pergerakan dan tidak kreatif.

6.

Kebolehan
Hasil pemerhatian juga mendapati murid kelas 2 Cerdik ini suka melakukan aktiviti yang
berkaitan dengan muzik dan nyanyian. Ini kerana mereka telah didedahkan dengan
aktiviti hiburan baik di rumah mahu pun di persekitaran tempat kediaman mereka..
Melalui proses menganalisis murid-murid yang memerlukan pemulihan dan bimbingan
ini, ia membantu saya untuk memilih media, teknologi dan kaedah yang sesuai dengan
mereka. Dalam hal yang demikian, saya sememangnya telah sedia maklum bahawa
murid saya mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis.

Maka adalah lebih sesuai saya menggunakan bahan bukan cetak pada peringkat
permulaan, saya akan melakukan ujian diagnostik. Ujian ini bertujuan untuk mengenal
pasti zon kemahiran asas membaca yang tidak dikuasai oleh murid saya. Berdasarkan
ujian ini, saya boleh mengkelaskan murid mengikut tahap kemahiran mereka. Ini bagi
memudahkan saya untuk merancang pengajaran mengikut kemahiran asas mereka.
Berdasarkan analisis murid 2 Cerdik di atas, ia dapat dikelompokkan kepada tiga
perkara penting iaitu;
1.

Ciri-ciri umum merupakan deskripsi umum tentang umur, tahap/tingkatan, latar


belakang sosio-ekonomi dan sebagainya. Dengan mengetahui ciri-ciri ini, guru dapat
menjadikannya asas dalam pemilihan bahan media. Untuk mengetahui ciri-ciri lain, guru
haruslah meneliti rekod murid serta berinteraksi dengan murid secara langsung.

2.

Komoentensi khusus peringkat masuk berkait dengan pengetahuan dan kemahiran


sedia ada murid tentang tajuk dan kandungan muridan. Maklumat ini diperolehi daripada
ujian kemasukan dan juga interaksi bersama mereka. Aspek ini tidak boleh diperkecilkan
kerana kesannya sangat besar kepada pembelajaran murid. Misalnya cara mengenal
perkataan kata adjektif. Andainya ada murid yang tidak memahami lagi konsep kata
adjektif, sudah pasti mereka gagal mengikuti pembelajaran. Tegasnya, guru tidak harus
mengandaikan semua muridnya mempunyai pengetahuan dan kemahiran sedia ada
yang sama.

3.

Stail pembelajaran merujuk kepada kluster trait psikologi yang dapat menerangkan
bagaimana seseorang itu menanggapi, berinteraksi dan bertindak balas dengan
persekitaran. Tegasnya, stail ini akan memberi kesan yang besar kepada murid ketika
mereka belajar melalui pelbagai kaedah dan media.

2.

S-State (menyatakan objektif pengajaran)


Setelah saya dapat menganalisis ciri-ciri umum murid dan mengetahui tahap
penguasaan kemahiran asas membaca, langkah seterusnya ialah saya perlu
menyatakan objektif pengajaran yang hendak dicapai. Objektif pembelajaran diambil
daripada sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ia dirancang berdasarkan Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Ini
perlu dilakukan dengan teliti kerana saya perlu melihat setiap perubahan tingkah laku
yang berlaku pada murid saya sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Saya
perlu menyatakan objektif pengajaran yang jelas, boleh dilihat perubahan tingkah laku
dan dapat dicapai.

Sebagai contoh, sebelum pengajaran bermula saya telah menetapkan objektif


pengajaran bahawa murid dapat membina dan mengeja secara lisan lima perkatan kata
adjektif dengan betul.
Saya perlu memilih perkataan tersebut berdasarkan pengetahuan sedia ada dan
persekitaran mereka. Ini bagi memudahkan meraka untuk membina dan mengeja
perkataan tersebut. Selain daripada itu, saya menyediakan bahan bantu mengajar
seperti kad imbasan bergambar dan kad kata adjektif.
Dalam langkah ini, harus diingat bahawa hasil pembelajaran bukan bertujuan menyekat
murid untuk belajar, Cuma ia merupakan tahap yang minimum tentang apakah yang
sepatutnya dipelajari oleh mruid daripada pengajaran yang dilakukan. Seperkara lagi,
apa yang dipelajari itu bukan perkara lama, tetapi sesuatu yang baru kerana
pembelajaran itu sendiri bermakna perubahan atau pembaharuan. Ini bermakna hasil
pembelajaran harus difokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap
yang baru untuk dipelajari.

3.

S Select Method ( memilih kaedah, media dan bahan sumber pengajaran)


Bagi langkah ketiga, saya perlu memilih kaedah, media dan bahan yang bersesuaian
dengan kemahiran membaca perkataan kata adjektif. Pertama saya perlu memastikan
kaedah yang digunakan mestilah bersesuaian dengan ciri-ciri murid, pengetahuan sedia
ada, gaya pembelajaran serta objektif. Kedua, saya juga mesti melihat format media
yang bersesuaian seperti gambar, foto, slad, audio serta video interaktif. Saya perlu
mengambil kira kumpulan murid, keupayaan, objektif serta maklum balas dalam memilih
format media yang bersesuaian. Ketiga, saya juga perlu melilih, mengubahsuai atau
menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran di mana bahan sumber adalah
merujuk kepada isi muridan yang difokuskan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Bagi murid pemulihan, saya memilih kaedah pembelajaran masteri. Kaedah pengajaran
ini memang sesuai dengan murid pemulihan. Melalui kaedah ini, saya akan memastikan
murid saya telah menguasai satu kemahiran, kemudian barulah saya akan
memperkenalkan dengan kemahiran yang lain. Bagi murid yang tidak menguasai
kemahiran kata adjektif, mereka akan mempelajari kemahiran tersebut sehingga berjaya
menguasai. Sepanjang proses pengajaran, teknik latih tubi akan sentiasa diterapkan.

Kebiasanya, saya akan memilih media yang interaktif untuk murid pemulihan. Ini kerana
murid pemulihan kurang berminat terhadap pelajaran kerana mereka tidak boleh
menaakul. Oleh itu, saya biasa memilih media yang boleh merangsangkan
pembelajaran seperti video, permainan atau aktiviti berasaskan teknologi.
Saya memilih bahan-bahan bantu belajar yang mudah digunakan oleh murid pemulihan
seperti kad imbasan perkataan, kad cantuman kata adjektif. Kad tersebut disediakan
berwarna warni dalam saiz yang berbeza serta tahan lama. Warna amat penting dalam
menarik minat murid pemulihan untuk belajar dan warna yang terang akan dapat
merangsan minda mereka. Saya menyediakan kad tersebut dalam kuantiti yang banyak
supaya murid dapat mempelajari perkataan baru setiap hari sehingga mereka
menguasai kemahiran tersebut.

4.

U-Utilize Media and Materials (menggunakan media dan bahan)


Persoalan yang penting dalam langkah ini ialah, bagaimana sesuatu media dan bahan
sumber dapat dimanfaatkan oleh guru dan murid. Oleh itu, saya perlu menyemak,
pratonton, mengkaji bahan sumber sebelum digunakan serta sesuai dengan
persekitaran bilik darjah.
Kad-kad cantuman perkataan dan kad imbasan yang dibekalkan dan dibina sendiri
diletakkan di sudut yang mudah dicapai oleh murid. Secara tidak langsung, minat murid
pemulihan untuk belajar sendiri terbina. Saya akan menggunakan media dan bahan
dengan secara optimum. Media pengantar utama bagi murid pemulihan adalah laptop
dan LCD. Pembelajaran secara interaktif berbantukan komputer dapat menarik minat
murid pemulihan untuk mencuba perkara yang baru. Paparan slaid perkataan kata
adjektif yang jelas, gambar yang mudah difahami serta berwarna-warni di samping
penggunaan lagu dan nyanyian yang sesuai dapat meningkatkan tahap pembelajaran
murid pemulihan.

5.

R-Require Learner Perticipation (memerlukan penglibatan murid)


Tidak dapat dinafikan murid orang asli mempunyai perasaan rendah diri dan tidak
mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Saya perlu merancang seuatu pembelajaran
yang melibatkan murid orang asli secara aktif bagi menghasilkan perubahan tingkah
laku yang diharapkan. Bagi saya penglibatan murid orang asli dalam proses pengajaran
dan pembelajaran amat penting.

Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai dapat membantu dan mengekalkan
pemglibatan murid orang asli. Melalui penggunaan gambar, gambar bersiri, video, dan
nyanyian dalam proses pengajaran dan pembellajaran. Ia dapat mencetuskan
perbincangan kumpulan, penjanaan idea dan penglibatan murid orang asli secara aktif.
Ini sekali gus memudahkan saya menilai tingkah laku dan pemahaman mereka terhadap
pembelajaran dalam langkah seterusnya.
Selain daripada itu, saya juga merancang supaya semua murid terlibat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid akan dibahagikan kepada dua kumpulan di
mana setiap kumpulan akan mengedarkan kad cantuman suku kata kata adjektif yang
berlainan. Setiap ahli dalam kumpulan mesti bekerjasama untuk membina perkataan
kata adjektif yang bermakna iaitu hasil dari cantuman dua kad suku kata. Setiap
kumpulan mesti membina 10 perkataan kata adjektif dan perkataan kata adjektif yang
telah dibina akan ditulis di papan putih. Perkataan-perkataan yang dibina adalah
berdasarkan pengalaman dan persekitaran murid orang asli.

6.

E-Evaluate and Revise (melakukan penilaian dan pengubahsuaian)


Dalam langkah terakhir ini, saya perlu membuat penilaian dan pengubahsuaian
berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Peringkat ini penting dalam sesuatu
langkah kerana untuk mendapatkan maklum balas dan penilaian yang dibuat oleh murid
orang asli. Oleh itu, saya mengadakan satu sesi refleksi bersama-sama murid. Ia
bertujuan untuk mendapatkan maklum balas terhadap tahap penguasaan murid dalam
pembelajaran yang baru dilakukan.
Dalam langkah ini, beberapa persoalan boleh digunakan untuk melihat penilaian dan
seterusnya membuat pengubahsuaian. Antara persoalan yang boleh digunakan sebagai
panduan adalah :

1.

Adakah objektif pengajaran saya pada hari ini tercapai?

2.

Adakah media dan bahan sumber yang saya gunakan dapat membantu murid
menguasai kemahiran?

3.

Adakah murid dapat menguasai kehamiran asas membaca perkataan kata adjektif?

4.

Adakah bahan sumber yang saya gunakan memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran.

5.

Adakah suasana pembelajaran yang terhasil selesa dan kondusif?


Soalan-soalan ini akan membantu saya mengenal pasti kelemahan dan kekuatan yang
terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran dapat diubahsuai bagi pengajaran dan
pembelajaran seterusnya.

Di penghujung sesi pengajaran, saya akan mengedarkan lembaran kerja yang berkaitan
dengan perkataan kata adjektif dengan bimbingan guru. Antara aktiviti yang dijalankan
dalam lembaran kerja tersebut adalah memadankan perkataan kata adjektif dengan
gambar yang betul, murid menulis suku kata kata adjektif berdasarkan gambar yang
diberi dan murid mewarnakan gambal yang betul berdasarkan suku kata kata adjektif
yang diberi. Melalui aktiviti ini, saya dapat menilai sejauh mana objektif yang dirancang
dapat dicapai. Ini juga membolehkan saya melihat tahap penguasaan murid terhadap
kemahiran yang telah diterapkan.
Selain daripada senarai di atas, terdapat beberapa senarai lain yang boleh dijadikan
garis penduan ketika menilai median, iaitu;
1.

Amat kreatif dan berkaitan dengan isu yang menarik minat murid;

2.

Menyokong pemikiran tinggi;

3.

Memperkembangkan kemahiran berfikir;

4.

Menyampaikan kandungan secara mendalam;

5.

Merangsang naluri ingin tahu murid;

6.

Murid dapat melibatkan diri secara aktif;

7.

Membolehkan penerokaan isu secara mendalam;

8.

Menghubungkait bidang muridan; dan

9.

Meningkatkan nilai murni.


Selain daripada menggunakan soal selidik dan senarai semak, penilaian terhadap media
dan kaedah juga boleh dilakukan melalui:

1.

Perbincangan dengan kelas;

2.

Temubual dengan setiap murid; dan

3.

Pemerhatian.

KESIMPULAN
Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru itu tidak akan
dapat mencapai kompetensi dalam penggajaran. Semua guru yang melaksanakan
tugas mereka dengan jujur dan penuh minat akan sentiasa memikirkan apa yang perlu
dilakukan dan bagaimana mereka merancang untuk melaksanakannya. Justeru itu,

Proses Pengajaran dan Pembelajaran perlu dirancang dengan teliti untuk memastikan
objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancang tercapai. Oleh yang demikian,
Model Reka Bentuk Instruksional ASSURE boleh digunakan untuk membantu guru
merancang dan melaksanakan pengajaran dalam bilik darjah kerana hanya dengan
perancangan pengajaran yang berkesan membolehkan murid memperoleh kemahiran,
pengetahuan

dan

sikap

yang

diharapkan

disamping

mewujudkan

keyakinan,

kepercayaan dan rasa hormat mereka terhadap guru sekaligus membantu membina
disiplin yang positif melalui proses pengajaran yang sistematik dan menarik.
Perancangan mengajar merupakan susunatur pengajaran agar pembelajaran
dapat berlaku secara berstruktur. Pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang
berkembang secara berperingkat (Yusup Hashim (2000). Justeru itu penyampaian
pengajaran perlu disusun secara berperingkat-peringkat. Menurut Yusuf Hashim (1998),
rancangan pengajaran yang berorentasikan bilik darjah tidak menggalakkan guru
membina bahan pengajaran, sekadar hanya memilih bahan sahaja. Alasannya jelas;
kerana ia menjimatkan masa. Namun, realiti masa kini menunjukkan jumlah bahan
pengajaran yang tersedia ada masih kecil, dan ini bermakna guru masih perlu
menyediakannya sendiri. Dengan menggunakan Model ASSURE, ia dapat membantu
guru merancangan pengajaran yang dapat memanfaatkan penggunaan media. Melalui
Model ASSURE, ia memberi fokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran
berasaskan media dalam bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancangan
pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing.
Dalam Model Reka Bentuk ASSURE ini, Analisis Murid sangat perlu jika sesuatu
media hendak digunakan dengan berkesan kerana ia harus disesuaikan dengan ciri-ciri
murid, pengetahuan perlu ada dan stail pembelajaran mereka sama ada dari kalangan
murid auditori, visual atau kinestatik. Objektif pengajaran pula perlu dinyatakan dengan
jelas dan harus difokuskan kepada pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk
dimuridi dan ia merupakan tahap minimum yang perlu dicapai oleh murid daripada
pengajaran yang dijalankan. Selain dari itu, kaedah pengajaran yang digunakan
haruslah sesuai dan dipilih berkait rapat dengan objektif, kandungan pengajaran dan
kumpulan sasaran atau murid kerana terdapat beberapa peringkat dalam pengajaran
yang memerlukan beberapa kaedah yang berbeza sama ada secara kelas, berkumpulan
atau individu. Pemilihan media pula harus bersesuaian dengan kaedah yang dipilih dan
keperluan penggunaanya dalam satu-satu pengajaran sama ada menggunakan media
sedia ada, mengubah suai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan. Selain dari
itu, murid juga harus dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, kuiz
dan projek bagi memastikan proses pembelajaran berlaku. Bagi melihat keberkesanan
rancangan pengajaran yang dibuat, penilaian perlu dilakukan sama ada sebelum,
semasa dan selepas sesi pengajaran yang melibatkan aspek pencapaian murid dan

pembelajaran yang dihasilkan seterusnya keberkesanan media dan kaedah pengajaran


yang digunakan.
Penjelasan di atas jelas menunjukkan bahawa Model Rekabentuk ASSURE
mengandungi elemen-elemen penting yang boleh dijadikan satu panduan untuk
merancang pengajaran agar matlamat utama yang diharapkan dari pengajaran tersebut
dapat dicapai. Melaluinya juga guru dapat mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi,
psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu yang perlu dilakukan secara
berterusan untuk melahirkan murid yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi
intelek, rohani, jasmani dan emosi seperti yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan
Negara

You might also like