Konsep Dan Takrifan Kegiatan Ekonomi Tugasan Geogr

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Konsep Dan Takrifan Kegiatan Ekonomi

Tugasan Geografi PT3 2015


Takrifan Kegiatan Ekonomi
Menurut Buku Teks Tingkatan 3 muka surat 114, kegiatan ekonomi bermaksud kegiatan
manusia yang mendatangkan nilai dan pendapatan. Terdapat pelbagai jenis kegiatan
ekonomi di kawasan kajian saya iaitu Telok Panglima Garang. Antaranya adalah
perniagaan, pertanian dan perindustrian.
Rujukan :
Abd Rahim Md Nor, 2004, Buku Teks Geografi Tingkatan 3. Selangor. Cerdik
Publications Sdn Bhd.
Menurut BusinessDictionary.com, kegiatan ekonomi ditakrifkan sebagai aktiviti-aktiviti
yang melibatkan pengeluaran, pengedaran dan penggunaan barangan, dan perkhidmatan
di semua peringkat dalam masyarakat.
Rujukan : http://www.businessdictionary.com/
Konsep kegiatan ekonomi
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinasikan bahawa kegiatan ekonomi sebagai
perkara-perkara atau aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat. Terdapat banyak jenisjenis kegiatan ekonomi,antara contoh-contoh kegiatan ekonomi ialah
perniagaan,perikanan,penternakan dan lain-lain.
Contoh Lengkap Konsep Dan Takrifan Kegiatan Ekonomi (5 Markah)
Kegiatan Ekonomi boleh didefinisikan sebagai aktiviti individu yang boleh
mendatangkan hasil pendapatan serta menjana sumber kewangan. Dalam erti kata lain,
kegiatan ekonomi boleh didefinisikan sebagai kegiatan manusia yang boleh
mendatangkan nilai dan pendapatan (1 Markah). Kegiatan ekonomi utama di Malaysia
boleh dibahagikan kepada tiga sektor iaitu sektor Primer, Sekunder dan Tertier (1
Markah). Contoh sektor sekunder melibatkan aktiviti pertanian, perikanan, perhutanan/
pembalakan dan perlombongan (1 Markah). Sektor sekunder pula ialah aktiviti
perindustrian seperti aktiviti pengeluaran atau pengilangan (1 Markah)sementara sektor
tertier melibatkan aktiviti Pelancongan, Pendidikan, Perdagangan, Pengangkutan dan
kewangan (1 Markah).

Kegiatan Ekonomi boleh didefinisikan sebagai aktiviti penduduk yang menjana


pendapatan dalam kehidupan seharian. Kegiatan ekonomi boleh dibahagikan kepada
beberapa sektor antara adalah Pembalakan, Pertanian, Perkhidmatan, Perindustrian
mahupun Perlombongan. Di Malaysia, kegiatan ekonomi utama boleh dikategorikan
kepada tiga antaranya adalah sektor sekunder, tertier dan Primer. Kegiatan ekonomi juga
merupakan salah satu penyumbang kepada pendapatan kasar negara.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007 halaman 471 kegiatan ialah perihal atau
keadaan giat, kecergasan ataupun aktiviti.

Manakala ekonomi pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007: 379, ekonomi
bermaksud ilmu berkenaan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang, dan
perkhidmatan; sistem pengendalian sumber kekayaan (kewangan, perindustrian,
perdagangan) sesebuah negara; keadaan kekayaan atau kebendaan; urusan mengenai hal
(perbelanjaan, penggunaan barang-barang) dalam rumah tangga.
Oleh itu, kegiatan ekonomi boleh ditakrifkan sebagai aktiviti yang melibatkan
pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang dan perkhidmatan dalam bidang
pertanian, kewangan, perindustrian, perdagangan sesebuah negera. Kegiatan ekonomi
juga merupakan sumber pendapatan untuk memperoleh keuntungan.

Pelbagai jenis kegiatan ekonomi di Malaysia memainkan peranan penting dalam


pembangunan dan kemajuan negara.
Kegiatan ekonomi di Malaysia boleh dibahagikan kepada kegiatan ekonomi primer,
kegiatan ekonomi sekunder dan kegiatan ekonomi tertier. Pembahagian ini berdasarkan
bentuk kegiatan yang terlibat.
Sektor pertanian, perikanan, penternakan, perhutanan dan perlombongan termasuk dalam
kategori kegiatan ekonomi primer kerana melibatkan pengeluaran secara langsung
daripada sumber alam semula jadi tanpa mengubahsuai bentuk barang.
Contoh Pekerjaan : petani, nelayan, penternak, pelombong, pekebun, peladang, pembalak
dan sebagainya.
Kegiatan ekonomi sekunder ialah kegiatan ekonomi yang kebanyakannya merupakan
lanjutan daripada kegiatan ekonomi primer yang memerlukan pemerosesan. Bahan
mentah diproses menjadi barang siap atau barang separuh siap. Dua kegiatan ekonomi
sekunder ialah kegiatan pembuatan (perkilangan) dan pembinaan.
Contoh Pekerjaan : pekerja kilang, operator pengeluaran, buruh binaan, jurutera dan
sebagainya.
Kegiatan ekonomi tertier ialah sektor perkhidmatan, seperti pendidikan, perniagaan,
perbankan, kewangan, pelancongan dan sebagainya.
Contoh Pekerjaan : guru, doktor, jururawat, polis, tentera, peguam, peniaga, penjaja,
pekedai, kerani dan sebagainya.

You might also like