Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Definisi Aurat Dalam Islam

Pengertian aurat menurut bahasa ialah keaiban. Manakala


menurut pengertian dan pandangan syarak ialah bahagian-bahagian
tertentu pada bahagian badan manusia yang wajib ditutupi daripada
pandangan orang yang diharamkan melihatnya (bukan mahram).
Perbezaan batas-batas aurat adalah kerana hubungan keturunan dan
kerana tali ikatan seperti perkahwinan, mertua, menantu, ipar duai
dan kerana penyusuan dan sebagainya.

Perbahasan tentang permasalahan aurat sudah lama


diperkatakan dan tidak pernah sunyi daripada dibahaskan. Malangnya,
apa yang menyedihkan ialah sering kali permasalahan ini dibahaskan
oleh orang yang dikuasai nafsu dan tidak berlandaskan nas-nas yang
sahih, sebaliknya kebanyakan mereka ini benci kepada sumber qatie.

Namun yang beranggapan bahawa menutup aurat akan mejadi


faktor kepada kemunduran Islam. Di samping itu, terdapat juga
wanita muslim yang masih tidak tahu, tidak faham, dan salah faham
mengenai cara menutup aurat mengikut syarie di dalam kehidupan
mereka. Justeru itu, mereka inilah yang akan terjatuh kelembah
kemaksiatan, dosa dan keharaman. Oleh itu, hukum menutup aurat ini
adalah perkara yang serius dan harus diperhatikan betul-betul agar
anda sebagai muslimah tidak terjerumus ke dalam kesesatan.

You might also like