Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SENATOR PROF DATO DR ISMAIL MD SALLEH

Ismail Salleh mula hilang deria penglihatan sepenuhnya ketika berusia 13 tahun.
Namun, kecacatan itu bukan pematah semangat dan menjadikannya lemah.
Sebaliknya 'kegelapan' dijadikannya tiket untuk mengatur langkah berada di puncak
menara gading dan seterusnya mencipta nama di persada dunia.
Ismail dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 September 1947. Sebagai seorang
anak yang dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan, keazaman dan kecekalan
beliau untuk berjaya menjadi aspirasi ramai anggota masyarakat, terutama golongan
kurang upaya.
Beliau

antara

orang

yang

layak

disifatkan

sebagai

'Towering

Malays'.

Mendapatkan Sarjana Muda Ekonomi dan Sains Politik dari Universiti New York
pada 1973 sebelum menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan doktor
falsafah (PhD) dalam bidang ekonomi di Universiti Illinois, Amerika Syarikat pada
1974 dan 1977.
Guiness Book of Record mencatatkan beliau sebagai orang cacat penglihatan
pertama di dunia mendapat Doktor Falsafah. Dr Ismail sering memberikan pendapat
mengenai ekonomi dan kedudukan sosioekonomi dan politik orang Melayu, terutama
pendidikan dan program pembangunan kemiskinan dalam pelbagai forum, termasuk
siaran televisyen. Memulakan kerjaya pertama sebagai pensyarah ekonomi di
Jabatan Penganalisis Ekonomi dan Dasar Awam di Fakulti Ekonomi Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) sejurus menamatkan pengajian. Beliau kemudiannya
dilantik sebagai Ketua Jabatan pada 1981.
Pernah memegang pelbagai jawatan dalam bidang akademik termasuklah sebagai
Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech (IUCTT) dan
Presiden Persatuan Kebangsaan Kolej Swasta Bumiputera.

Dalam bidang ekonomi, beliau diamanahkan sebagai Timbalan Ketua Pengarah


Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS), Timbalan Pengarah Eksekutif Pusat
Perkhidmatan dan Penyelidikan Ekonomi, Pusat Perniagaan Malaysia serta Ahli
Majlis Perunding Ekonomi Negara II (MAPEN II) - Jawatankuasa Kerja bagi
Penyusunan Semula Masyarakat.
Pada 2001, dianugerahkan doktor kesusasteraan Universiti Antarabangsa Irish oleh
Kesatuan Eropah bagi mengiktiraf sumbangan beliau kepada negara ini dan juga
komuniti antarabangsa. Allahyarham aktif membantu golongan senasib dengannya.
Dilantik sebagai Presiden Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) pada 2007
dan pernah memegang jawatan Pengerusi, Majlis Antarabangsa Asia Tenggara bagi
Pendidikan Untuk Orang Cacat Penglihatan pada 1999. Juga pernah diberi
penghormatan sebagai Ketua Kontinjen negara semasa Sukan Timur Jauh dan
Pasifik Selatan untuk Orang Kurang Upaya (Fespic) yang berlangsung di Kuala
Lumpur pada 2006.
Bapa kepada enam cahaya mata itu pernah berkata tugasnya sebagai Ketua
Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej
Antarabangsa

Teknologi

Twintech

tidak

menghalangnya

untuk

terus

memperjuangkan peningkatan akses terhadap infrastruktur OKU yang pada


pendapatnya masih jauh ketinggalan berbanding negara lain di dunia.
Pada 18 Disember 2007, Dr Ismail terus melakar sejarah apabila dilantik sebagai
Senator dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) pertama. Apa pun, setiap yang
hidup memang sudah dijanjikan dengan sebuah kematian.
Pada 27 Ogos 2009 lalu pakar ekonomi itu meninggal dunia semasa dalam
penerbangan dari China ke Singapura. Ismail ke China kerana menghadiri satu
mesyuarat mengenai urusan universitinya, International University College of
Technology Twintech.

You might also like