Budaya Sekolah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

BUDAYA SEKOLAH : PENGENALAN

Definisi Budaya
Menurut Deal dan Peterson(1999), John(2010) dan Garatt(1990), budaya ialah entiti keseluruhan
yang kompleks. Ia merangkumi aspek-aspek seperti pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral,
undang-undang, norma, adat resam dan kemahiran-kemahiran lain serta kebiasaan yang diwarisi
ataupun diperoleh dan diaplikasi di dalam kehidupan. Kesemua elemen ini adalah penting dalam
menghuraikan sesuatu perkara ataupun perlakuan (Deal dan Petterson, 1999). Manakala,
menurut Marof Redzuan dan rakan-rakan (2001) pula menghuraikan budaya sebagai fabrik
masyarakat yang mengikat ahli-ahli masyarakat dan institusinya melalui set matlamat dan nilai
yang disediakan oleh budaya masyarakat itu sendiri. Ia juga lebih dikenali sebagai concensual
dan holistic (menyeluruh).
Definisi Budaya Sekolah
Maksud budaya sekolah menurut Banks dan Banks(1993), Deal dan Peterson (1998) ialah sistem
sosial yang mempunyai budaya yang tersendiri. Ia terdiri dari norma institusi, struktur sosial,
kepercayaan, nilai, simbol, tradisi, matlamat dan tujuan yang tersendiri untuk membentuk
organisasi tersendiri. Berdasarkan kajian Budaya Sekolah Rendah: Hubungannya Dengan
Kepemimpinan, Komitmen Organisasi Dan Pencapaian Akademik oleh Yaakob, 2007. Menurut
Hopkins (2005), kajian-kajian menunjukkan salah satu faktor penghalang kepada pencapaian
sekolah ialah budaya organisasi sekolah. Justeru, reformasi pendidikan harus memberi fokus
kepada budaya terlebih dahulu sekiranya mutu pendidikan hendak ditingkatkan. Sekolah-sekolah
di Malaysia mempunyai persamaan daripada segi, kurikulum, bentuk bangunan, kelayakan guru,
dan prasarana. Namun yang membezakan sekolah ialah unsur budaya sekolah dan unsur inilah
yang dikatakan penentu pada keberkesanan sekolah (Bolman & Deal, 1991; Huberman, 1992;
Sharifah Md Nor, 2000). Memandangkan budaya dibentuk oleh warganya, maka budaya boleh
berubah dan orang yang paling berpengaruh untuk mengubah dan mencorakkan budaya sekolah
ialah kepemimpinan sekolah (Deal & Peterson, 1999; Sergiovanni, 2000).
Sifat budaya sekolah

Melalui definisi-definisi di atas, terdapat beberapa sifat yang dapat kita pastikan dalam
membentuk budaya sekolah. Setiap sifat dan dalam rangkaian budaya mempunyai fungsi dan
peranan serta pengertian yang tersendiri yang menjadi asas sekolah. Maksud yang tersirat dalam
sifat-sifat budaya sekolah menurut Shatar Sabran (2001) adalah seperti simbol, norma yang
terdiri daripada Mores dan resam, nilai, kepercayaan dan ritual, bahasa, tradisi dan perayaan,
konvensi dan andaian dan pengetahuan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi budaya sekolah
Daripada yang kita ketahui, setiap sekolah mempunyai budaya yang tersendiri yang membentuk
sistem yang tersendiri. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi dalam membentuk budaya
sekolah. Antara faktor-faktornya ialah nilai dan misi, struktur organisasi, komunikasi yang
berkesan, persekitaran kerja, pemilihan dan pengambilan pekerja, perancangan kurikulum,
belanjawan dan pengurusan sumber, sistem nasihat dan disiplin dan komuniti.
Definisi visi, misi dan nilai
Visi ialah tanggapan dan pandangan yang jauh dan mendalam, terutamanya yang berkaitan
dengan perkembangan masa depan dan sebagainya (Kamus Dewan Edisi Empat). Visi juga
merupakan matlamat sekolah yang berorientasikan pencapaian. Misi ialah memberi arah tuju dan
tujuan sekolah yang nyata. Ia adalah cara merancang pelan operasi bagi mencapai objektif dan
sasaran oleh masyarakat sekolah. Nilai adalah bagaimana sifat-sifat dapat dicapai.
Nilai dan visi mempengaruhi budaya sekolah.
Budaya sekolah merupakan elemen yang penting dalam sesebuah sekolah dan dipengaruhi oleh
nilai dan kepercayaan yang menjadi asas dam visi sekolah. Selain itu, struktur dan sistem sekolah
membolehkan sekolah memilih cara bagaimana ia menjalankan aktiviti visi. Visi sekolah
terdapat dalam pernyataan dasar sekolah yang timbul daripada nilai dan kepercayaan sekolah.
Visi dan misi sangat penting di dalam sesebuah sekolah, ini merupakan matlamat sekolah dan
hala tuju sekolah sesebuah sekolah. Visi dan misi mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dalam
membentuk wawasan sekolah dan merupakan pemangkin setiap warga sekolah untuk
mencapainya. Oleh itu, nilai dan visi merupakan pengaruh yang penting dalam membentuk

budaya sekolah dan tanggungjawab warga sekolah untuk mencapainya. Ini adalah kerana nilai
dan visi adalah cermin sesebuah sekolah tersebut.

BUDAYA SEKOLAH : MERANCANG KURIKULUM


Isu utama dalam merancang kurikulum di sekolah menengah adalah sejauh mana kurikulum
dapat disampaikan dan pembelajaran murid dikendalikan oleh seorang guru di sebuah bilik
darjah. Disebabkan pendekatan sekolah adalah berstrukturkan pasukan, maka unsur paling
penting yang perlu diserahkan sebagai tanggungjawab individu adalah kawalan kelas ke atas
masanya (Burnham,2004). Disebabkan pendekatan sekolah adalah berstrukturkan pasukan, maka
unsur paling penting yang perlu diserahkan sebagai tanggungjawab individu adalah kawalan
kelas ke atas masanya. Oleh yang demikian, jadual waktu yang terkawal perlu disusun bagi
mengelakkan sebarang masalah. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengarahkan semua
sekolah di seluruh negara menggunakan jadual waktu anjal berdasarkan Surat Pekeliling Bil.
01/1995 (Abdullah Sani,2003).
Pelaksanaan jadual waktu yang terkawal dapat membantu keberkesanan P&P. Antaranya;
1.

Proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan berupaya mencapai matlamatnya kerana
peruntukan masa yang mencukupi untuk satu-satu mata pelajaran dalam setiap hari.

2.

Mengurangkan pembaziran waktu ketika guru bergerak dari satu kelas ke satu kelas yang lain.
Faktor taburan dan reka bentuk bangunan yang mengambil kira jarak jauhnya, juga bangunan
yang bertingkat-tingkat malah daripada bilik guru sendiri dapat berlaku pembaziran masa.

3.

Peruntukan 2 hingga 3 waktu bagi satu mata pelajaran dapat memberikan ruang masa yang
cukup bagi menghuraikan satu-satu topik yang hendak diajar dan menjadikan pengajaran dan
pembelajaran lebih berkesan.

4.

Dapat mengurangkan kekerapan pelajar yang suka keluar dari kelas sewaktu pertukaran guru.
Namun begitu pelaksanaan dan keberkesanan yang akan terhasil bergantung kepada
kebijaksanaan pemimpin sekolah semasa menyusunnya.

Sekolah-sekolah di Malaysia mempunyai persamaan daripada segi, kurikulum, bentuk


bangunan, kelayakan guru, dan prasarana. Namun yang membezakan sekolah ialah unsur
budaya sekolah dan unsur inilah yang dikatakan penentu pada keberkesanan sekolah
(Bolman & Deal, 1991)

Contoh budaya sekolah yang dibentuk oleh sesebuah sekolah untuk memperkasakan kurikulum
sekolah;
Memanjangkan waktu persekolahan: Sebuah sekolah di Boston iaitu Clarence Edwards Middle
School
Membina budaya membaca di Parkdale Midle School
SMKA(P) Kangar: Program 10 Minit Bersama Buku
Namun begitu, perancangan yang berkualiti sahaja tidak cukup jika pelaksanaannya tidak
menampakkan satu budaya yang jelas dan difahami oleh semua ahli komuniti. Sebagai contoh di
Sekolah Clarence Edwards Middle School, sekolah ini telah melaksanakan segala perancangan
yang telah dibincang bersama dan perubahan yang dilakukan melibatkan kesemua ahli komuniti
sekolah. Terdapat sepuluh kunci yang telah ditekankan oleh mereka dalam mengorak perubahan
dan sebahagian daripadanya adalah;
1.

Sekolah mesti peruntukkan lebihan masa yang banyak iaitu sekurang-kurangnya 300 jam
setahun, kira-kira 1 jam 45 minit.

2. Mesti bersatu padu dan sepakat untuk menggubal semula jadual waktu.
3. Sekolah mesti mengutamakan dan fokus kepada pembelajaran lebih masa seperti yang dijanjikan
bersama untuk memberi manfaat kepada pelajar.
4.

Sekolah perlu mengubah jadual untuk semua pelajar supaya tiada pelajar merasakan bahawa
dirinya berada dalam tahanan.

5. Pelajar di dalam kelas perlulah mempunyai tahap akademik yang setara, guru pula perlu mahir
dalam bidang yang diajar serta kumpulan tutor dalam saiz yang kecil atau perseorangan.
6.

Sekolah perlu melibatkan guru yang efektif

7. Sekolah mestilah mengubah kepercayaan dan tingkah laku guru dan pelajar.

Dalam masa tiga tahun, sekolah ini akhirnya dapat mengubah prestasi sekolah jauh lebih baik
dari sebelumnya dan sekolah ini telah menjadi ikutan sekolah lain untuk melanjutkan waktu
pembelajaran. Jelasnya, sesebuah sekolah dapat melonjak jauh sekiranya setiap ahlinya bersedia
melakukan perubahan untuk membina budaya sekolah baru selari dengan matlamat mereka yang
jelas.

BUDAYA SEKOLAH : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA

Faktor Kepimpinan Sekolah


Menurut Porth (2000), budaya sesebuah sekolah banyak dipengaruhi oleh sikap pemimpinnya.
Pemimpin yang akan menentukan matlamat dan hala tuju sekolah tersebut. Pemimpin yang
bersemangat tinggi , sedar tanggungjawab beliau kepada staf, murid, ibubapa dan masyarakat ,
sedar tanggungjawab kepada bangsa dan masyarakat sudah tentu akan memainkan peranan untuk
membentuk budaya kerja yang cekap dan seterusnya budaya sekolah yang cemerlang. Pemimpin
sekolah perlu memastikan keperluan semua guru dan aspek kesediaan di ambil perhatian. Usaha
untuk membentuk budaya sekolah gaya kepimpinan juga perlu berubah dari autokratik kepada
distributif. Pemimpin yang mengamalkan perkongsian kepimpinan akan melihat keupayaan,
kebolehan subordinatnya sebagai satu aset untuk membentuk budaya kerja profesional dan
prestasi tinggi. Hussein Mamood (1993), mengatakan kejayaan dan kegagalan sesebuah sekolah
di Malaysia banyak bergantung kepada pihak sekolah iaitu guru besar, guru-guru tetapi
kepimpinan guru besar adalah dikenalpasti sebagai pemboleh ubah yang penting sekali yang
mempengaruhi kualiti dan kuantiti hasil sekolah.
Disokong kajian Huber (2004) sekolah yang diklasifikasikan sebagai berjaya mempunyai
pemimpin sekolah yang kompeten dan sebaliknya sekolah yang tidak berjaya, tidak mempunyai
pemimpin sedemikian. Lewis dan rakan-rakan (2008), mencadangkan lima set amalan yang
membentuk teras asas amalan kepimpinan yang berjaya iaitu menetapkan hala tuju,
membangunkan keupayaan manusia, mereka bentuk semula organisasi, mengurus program
pembelajaran, dan perilaku kepimpinan. Pertama, menetapkan hala tuju organisasi di mana
pemimpin yang menetapkan hala tuju yang jelas akan memberikan impak kepimpinan yang

besar. Terdapat banyak masalah yang timbul sekiranya pemimpin sekolah tidak menjalankan
peranannya dan

menyerahkan tanggungjawab beliau di sekolah kepada pekerja-pekerja di

bawahnya. Fenomena ini akan membentuk satu budaya kerja yang tidak cekap dan selaras.
Kerjasama antara staf sukar dibentuk kerana setiap orang mempunyai pelbagai pendapat.
Pelbagai masalah akan timbul sekiranya ketua dalam organisasi tersebut tidak memainkan
peranan beliau.
Faktor Kepimpinan Guru
Dalin (1993) juga menyarankan individu yang pertama perlu berubah dalam pembentukan
sesebuah budaya ialah guru. Kesediaan guru untuk berubah mencari, belajar dan menguasai
ilmu baru akan meningkatkan keupayaan, kebolehan, kredibiliti guru untuk merubah budaya
pembelajaran murid secara keseluruhannya. Kebiasaannya, pelajar menjadikan guru sebagai
role model mereka kerana mereka menganggap guru sebagai golongan yang berpendidikan
dan berfikiran jauh ke hadapan. Stolp (1995), kepimpinan guru dapat mempengaruhi pelajar ke
arah situasi pembelajaran yang menggalakkan serta membentuk cara budaya pelajar yang sesuai.
Tambahan pula, pengaruh guru terhadap pelajar sangat besar sehinggakan kadangkala
kepercayaan yang diberikan oleh pelajar kepada mereka tinggi berbanding daripada ibu bapa
sendiri.
Menurut Bath(2001) guru adalah pemimpin yang berperanan sebagai agen perubahan.
Guru melakukan perubahan ke atas sekolah dan bilik darjah. Selain itu, guru juga memainkan
peranan sebagai pemimpin, inventor, pengajar, pengurus dan fasilitator kepada pelajar. Melalui
peranan-peranan tersebut, secara tidak langsung guru dapat menggabungkan elemen budaya
seperti nilai, norma, bahasa, kepercayaan, simbol, pengetahuan dan lain-lain. Apabila sifat
budaya yang diterapkan oleh guru menjadi ikutan pelajar, maka amalan ini akan membina
budaya sekolah
Faktor Disiplin Sekolah
Abdullah Sani Yahaya (2003), budaya sekolah amat berkait rapat dengan disiplin sekolah. Jika
budaya sekolah baik, maka wujudlah disiplin yang baik dengan zero defect dalam semua aktiviti
pendidikan, iaitu tiada masalah P&P, tiada konflik, tiada pelanggaran disiplin, tiada masalah

keceriaan sekolah dan sebagainya. Terdapat banyak masalah disiplin yang sering dilakukan oleh
pelajar. Salah laku yang ditunjukkan oleh pelajar banyak ragam seperti datang lambat ke sekolah,
ponteng kelas, mencalarkan kereta guru, tidak memakai lencana sekolah dan tidak menghormati
guru. Semuanya melibatkan masalah disiplin yang kecil dan masih boleh diperbaiki di mana
boleh dikatakan pelajar ini adalah pelajar nakal. Tetapi berlainan pula dengan kes memukul guru,
mengugut bunuh, merokok, menghisap dadah atau ganja, merompak dan banyak lagi yang belum
didedahkan. Kebiasaannya, apabila pelajar terlibat dengan masalah disiplin akan menyebabkan
mereka hilang minat untuk belajar apatah lagi memikirkan masa depan.
Menurut Tajul Ariffin (1990), masalah kemerosotan akhlak dan disiplin pelajar sering
ditimbulkan. Masalah ini sekaligus membawa gambaran negatif kepada sistem pelajaran kita.
Punca utama masalah ini ialah penekanan konsep pelajaran yang keterlaluan kepada isi
pelajaran, lulus periksa, pengkhususan yang terhad dan menumpukan kepada perkembangan
intelek dan kemahiran semata-mata. Persoalan pembinaan sikap, akhlak dan disiplin diabaikan.
Jadi, pelaksanaan disiplin atau peraturan sekolah adalah penting untuk mewujudkan persekitaran
sekolah yang selesa dan harmonis. Sekolah mempunyai suasana disiplin yang teratur tanpa perlu
membina peraturan ketat, tenang tanpa penindasan yang secara amnya adalah selesa untuk
suasana proses pembelajaran.

Ibrahim Mamat (2001), proses penyerapan disiplin yang

dilaksanakan perlu mengambil kira 4 perkara iaitu matlamat, corak, kaedah dan kesan. Matlamat
akhir yang ditekankan ialah mewujudkan pelajar seimbang yang serasi dengan masyarakat dan
bukan yang mengenetepikan segala nilai dan norma yang dianuti

BUDAYA SEKOLAH : MEWUJUDKAN IKLIM SEKOLAH YANG POSITIF


IKLIM & PERSEKITARAN SEKOLAH
Sudah menjadi fitrah setiap manusia yang cinta akan sesuatu yang cantik, bersih dan ceria.
Begitulah juga dengan pelajar-pelajar sekolah yang memerlukan persekitaran sekolah yang baik
bagi merangsang pembentukan jiwa yang tenang dan aman dalam menimba ilmu pengetahuan.
Jadi tidak hairanlah mengapa pihak pengurusan sekolah amat menekankan aspek iklim dan
persekitaran sekolah yang baik. Mana mungkin pelajar dapat belajar dengan tenteram sekiranya

persekitaran sekolahnya kucar kacir, kotor, berbau dan bising. Di tambah pula dengan hubungan
antara pelajar dengan guru yang sentiasa tegang, guru yang tidak mesra, sikap pelajar yang nakal
dan suka bergaduh. Hal ini boleh menyumbang ke arah pemerosotan prestasi pelajar, masalah
ponteng dan disiplin pelajar yang sukar untuk dibendung kesan daripada iklim dan persekitaran
sekolah yang negatif. Pusat Perkembangan Kurikulum (1981) mendefinisikan iklim sekolah
sebagai suasana sekolah yang baik di mana keadaan persekitarannya dirasakan selesa,
tenteram, mesra, riang dengan pembelajaran yang lancar. Sebuah sekolah boleh mengalami
iklim positif dan negatif (Smith, 1995). Pada kebiasaanya, sebuah sekolah yang iklimnya
dianggap positif mempunyai ciri-ciri fizikal sekolah yang bersih dan menarik, hubungan sosial
yang baik antara semua warga sekolah serta suasana kerja yang produktif. Manakala iklim
negatif atau tertutup lazimnya mempunyai keadaan sekolah yang kucar-kacir, kurang selamat,
tidak tenteram dan teratur, malah sering menghadapi konflik dan masalah disiplin (Mok Soon
Sang, 2003).

Usaha untuk mewujudkan suatu iklim yang sihat amat penting dalam membina sekolah
yang berkesan. Salah satu aspek penting dalam iklim persekolahan adalah faktor keceriaan.
Menurut Kamus Dewan, ceria dapat diertikan sebagai sesuatu yang cantik, bersih, suci dan murni
dalam sesuatu ruang atau kawasan tertentu. Manakala menceriakan bermaksud menjadikan
sesuatu

ruang

atau

kawasan

tertentu

kelihatan

ceria,

bersih,

dan

cantik

dengan

mengindahkannya, memurnikan, menyucikan serta mendidik dan memelihara. Oleh hal yang
demikian, semua warga sekolah patut berganding bahu dalam mewujudkan iklim sekolah yang
positif dengan mengindahkan kawasan sekolah seperti menanam pokok-pokok bunga,

memelihara kebersihan, melukis mural yang sesuai serta menghiasi bilik darjah dengan pelbagai
bahan pengajaran yang menarik (Abdullah Sani bin Yahya, 2007). Sekiranya keceriaan sekolah
tidak dijaga, hal ini akan mewujudkan suasana sekolah yang mati dan membosankan apabila
kita menjejakkan kaki ke kawasan sekolah tersebut. Dengan keadaan sekolah yang tidak teratur,
rumput-rumput tumbuh meliar dan panjang, kereta dan basikal yang tidak tersusun, bilik darjah,
tandas dan makmal yang kotor, cermin-cermin tingkap yang penuh dengan debu, longkang yang
tersumbat dan berbau busuk serta kawasan sekolah yang penuh dengan sampah sarap. Iklim
sekolah yang sebegini akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah
seterusnya menggambarkan bagaimana sikap dan budaya negatif warga sekolah tersebut.

Pada amnya, iklim dan persekitaran sekolah akan membawa pengaruh yang penting
terhadap pembentukan tingkah laku, imej mental, aspirasi dan interaksi sosial bagi anggotaanggota di dalamnya (Abdullah Sani bin Yahya, 2007). Terdapat kajian yang menunjukkan
bahawa sekolah yang berpencapaiaan tinggi mempunyai tahap keceriaan yang lebih baik
berbanding sekolah yang persekitarannya kurang ceria (Mohd Redzauddin bin Ismail, 2008). Oleh
hal yang demikian, suasana dan iklim sekolah adalah amat penting dalam membantu pelajar
untuk belajar dengan tenteram dan selesa. Selain itu, apabila kawasan persekitaran sekolah yang
cantik dan ceria, pelajar tidak akan jemu untuk hadir ke sekolah lagi kerana merasa bahagia
berada di kawasan sekolah. Hal ini bukan sahaja dapat mengelakkan masalah ponteng sekolah
dalam kalangan pelajar malah masalah disiplin pelajar dapat dikurangkan kerana emosi pelajar

tidak terganggu. Dalam masa yang sama, sesebuah sekolah yang cantik dan menarik pasti akan
mendapat pujian daripada pelbagai pihak terutamanya ibu bapa pelajar yang menghantar anakanak mereka ke sekolah. Mereka akan bertambah yakin dengan pihak pentadbiran sekolah yang
mampu mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi membantu proses pembelajaran anakanak mereka.
Sememangnya sudah menjadi impian untuk setiap warga sekolah untuk menjadikan
sekolah masing-masing yang terbaik di antara yang terbaik. Tetapi tidak dinafikan terdapat
halangan-halangan tertentu dalam merealisasikan hasrat tersebut. Salah satu halangan tehadap
melaksanakan sesuatu projek keceriaan biasanya timbul daripada masalah kewangan. Dalam hal
ini, semua pihak patut bekerjasama termasuklah, pengetua, guru-guru, staf-staf sekolah, para
pelajar dan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Pihak sekolah perlu berusaha mencari
penaja, pelajar pula boleh menjalankan kutipan derma melalui program-program tertentu, guruguru pula membantu para pelajar menjalankan program-program amal. Selain itu, gotong-royong
secara berkala, pertandingan keceriaan kelas, membersihkan kawasan sekolah 5 minit sebelum
kelas bermula, mampu memastikan kebersihan dan keceriaan kelas di tahap yang baik. Kadang
kala halangan untuk mewujudkan budaya cinta akan kebersihan dan keceriaan sekolah adalah
berpunca daripada segelintir guru dan para pelajar yang enggan memberikan kerjasama. Oleh itu,
sikap dan gaya kepimpinan pihak pengurusan sekolah yang berwibawa seharusnya mampu
menangani halangan ini dengan sebaiknya. Sekiranya iklim dan persekitaran sekolah dalam
keadaan yang bersih dan ceria, sudah pasti motivasi dan prestasi pelajar dapat ditingkatkan ke
tahap yang optimum seterusnya mewujudkan budaya sekolah yang positif.

KEPENTINGAN BUDAYA SEKOLAH


Peranan budaya sekolah memang tidak dapat dinafikan lagi, budaya sekolah banyak memberi
pengaruh dan impak kepada warga sekolah terutamanya dari segi pencapaian, emosi dan juga
tingkah laku. Kemajuan dan pencapaian sekolah dapat ditingkatkan melalui penglibatan,
kerjasama dan juga kepercayaan. Menurut (Comer, 1980) pendidik perlu bekerjasama bagi
melahirkan sekolah yang produktif dan seronok dihuni. Research for Better School telah
melakukan kajian pada 200 buah sekolah cemerlang di Amerika Syarikat dan telah
menyenaraikan beberapa ciri budaya yang dimiliki oleh sekolah-sekolah tersebut iaitu sekolah
menyediakan kemudahan-kemudahan yang maksimum kepada pelajar, kurikulum berfokus
kepada isi kandungan dan kemahiran, kepimpinan menyediakan visi dan sumber, guru-guru
disediakan dengan sumber-sumber yang mencukupi dan sekolah tidak menerima sebarang alasan
(Yahya bin Don, Aziah Ismail, Yaakob Daud, 2006). Semua ciri-ciri ini mempunyai hubungan
dengan budaya sekolah yang positif dan seimbang.
Yahya bin Don, Aziah Ismail, Yaakob Daud (2006) menyatakan kepentingan budaya
sekolah dijelaskan dan diperkukuhkan lagi oleh The Southwest educational Laboratory (SEDL)
iaitu membantu usaha menambah baik sekolah bagi pelajar yang berisiko, menyediakan fokus
dan tujuan sekolah yang jelas kerana budaya menjadi gam yang mengikat ahli bersama bagi

menjayakan misi sekolah, budaya juga boleh menjadi penghalang kepada kejayaan sekolah dan
budaya boleh mewujudkan penindasan dan diskriminasi kepada sub kumpulan dalam sekolah,
sekolah yang menginginkan kemajuan perlu memberi fokus kepada nilai-nilai, kepercayaankepercayaan dan norma-norma serta persekitaran dan juga perlu menitikberatkan perubahan yang
fundamental. Kepentingan tentang budaya di sekolah juga telah dipersetujui dan diperkukuhkan
lagi dengan Stolp (1995) yang menjelaskan budaya sekolah yang sihat mempunyai hubungan
yang kuat dengan pencapaian akademik dan motivasi, produktiviti dan kepuasan guru. Selain itu
kepentingan budaya sekolah juga terbukti melalui kajian demi kajian yang menunjukkan
sekiranya budaya sekolah tidak menyokong pembaharuan yang diperkenalkan, pembaharuan itu
akan gagal.

BUDAYA SEKOLAH MENGHALANG KEPADA SESUATU PERUBAHAN


Namun di sebalik kepentingannya, budaya sekolah juga boleh menjadi penghalang kepada
perubahan yang ingin dilakukan jika perubahan tersebut tidak selari dengan budaya yang telah
sedia wujud.

Patterson, Purkey dan Parker (1986) menjelaskan budaya sekolah akan

memberikan kesan terutamanya kepada tingkah laku dan pencapaian pelajar di sekolah rendah
dan menengah, budaya sekolah tidak turun dari langit tetapi ia dibentuk dan dimanipulasikan
oleh orang dalam sekolah, budaya adalah unik, justeru tidak mungkin sesebuah sekolah
mempunyai budaya yang sama dengan budaya yang lain, menyediakan fokus dan tujuan yang
jelas, budaya menjadikan ikatan antara warga sekolah demi memenuhi misi sekolah.

FAKTOR PENGHALANG PEMBENTUKAN BUDAYA SEKOLAH


Selain itu, terdapat juga beberapa perkara yang menjadi penghalang kepada pembentukan budaya
yang baru di sekolah di antaranya ialah sesuatu budaya yang telah wujud memang sukar untuk
diubah, disiplin penghalang besar kepada kejayaan sekolah, bekerja dengan orang yang terpaksa
dan birokrasi pendidikan menghalang pendidikan awam berkembang serta terdapat guru yang
menyatakan bahawa mereka telah melakukan yang terbaik di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Di samping itu juga, Patterson, Purkey dan Parker (1986) menyatakan bahawa
terdapat beberapa andaian yang selalu dilakukan oleh warga pendidik yang menjadi penghalang

kepada pembentukan baru budaya di sekolah iaitu sistem sekolah dipandu oleh matlamat yang
sama, kuasa dalam sistem sekolah terletak di pihak atasan (mereka menafikan perkongsian
kuasa), alternatif ataupun modifikasi kepada penyelesaian masalah tidak dicari, untuk setiap
masalah hanya ada satu penyelesaian dan mempercayai bahawa masyarakat tidak banyak
membantu sistem sekolah dan menafikan peranan ibu bapa di sekolah. Semua andaian-andaian
ini telah mempengaruhi tindakan warga sekolah dan menjadikan sekolah mundur.
Justeru itu Patterson, Purkey dan Parker (1986) telah memberikan beberapa saranan bagi
membaiki andaian-andaian tersebut iaitu kuasa di sekolah perlu diagihkan kepada segala lapisan
organisasi, keputusan yang dibuat adalah satu proses tawar-menawar ke arah mencari
penyelesaian yang terbaik dan memuaskan ramai pihak, masyarakat sebenarnya amat
berpengaruh dan kadangkala dengan cara yang tidak dijangka serta pelbagai cara yang digunakan
oleh guru bagi mengajar dengan berkesan.
Kesimpulannya, Bart (2002) menjelaskan segala inovasi dengan meletakkan budaya
sebagai piawai yang tinggi tidak banyak membawa kejayaan kecuali pentadbir dan guru berusaha
mengubah budaya sekolah. Segala inovasi dan piawai yang ditetapkan haruslah perlu
disesuaikan dengan elemen-elemen yang telah sedia ada supaya budaya dan matlamat sekolah
dapat bergerak dengan seiring selaras dengan impian sekolah.

RUJUKAN PENULISAN ILMIAH BUDAYA SEKOLAH BLOG INI


Abdullah Sani bin Yahaya (1997). Mengurus Sekolah. Kuala Lumpur : PTS Profesional
Publishing Sdn. Bhd.
Barth, R. (2002). The Culture Builder. Educational Leadership, 59(8): 6-11.
Comer, J.P.(1980). School Power: : Implications of an Intervention Project.
New
York: The Free Press.
Fox, R. S. (1995). An Introduction To Teaching : Psycological Perspectives 1995. Blackwell :
Oxford UK and Cambridge USA.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1981). Kurikulum baru sekolah rendah: Matlamat, rasional,
bidang pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur : Pusat
Perkembangan Kurikulum.

Mohd Redzauddin bin Ismail (2008). Hubungan Rekabentuk Landskap Sekolah Dengan
Pencapaian Prestasi Akademik Pelajar Sekolah Menengah Di Besut, Terengganu. Selangor :
Universiti Putra Malaysia.
Mok Soon Sang (2003). Peperiksaan penilaian tahap kecekapan Skim Perkhidmatan Guru :
bahagian II: kompetensi khusus/fungsi (pengurusan pengajaran dan pembelajaran) Selangor :
Kumpulan Budiman.
Patterson, J. L., Purkey, S. C. & Parker, J. V. (1986). Productive School Systems for a
Nonrational World. Alexandria, VA: ASCD.
Stolp, S. (1994) Leadership for School Culture. [Electronic version], ERIC Digest 91.
Diperoleh pada November 20, 2011 daripada http://www.ericdigests.org/1995- 1/culture.htm
Stolp, S. dan Stuart C. Smith (1994). School Culture and Climate: The Role of the
Leader. OSSC Bulletin. Eugene: Oregon School Study Council.
Yahya Don, Aziah Ismail & Yaakob Daud. (2006). Kepimpinan & Pembangunan Pelajar
Sekolah di Malaysia. Kuala Lumpur: PTS Profesional

You might also like